Bismillahirrahmanirrahim….
Syukur Alhamdulillah, dalam x sedar sekarang ni da 27
Ramadan.. Lagi 2 bulan, husband nak balik… yayyy… sangat2 menantikan kepulangan
suami tercinta…. Entry kali ni, saya ingin menceritakan sedikit mengenai mimpi
saya… Kalau nak dihuraikan satu persatu, memang sangat banyak… Tetapi saya
tidak berniat pun nak menceritakan mimpi saya secara terperinci. Tapi saya nak
berkongsi hikmahnya sebuah mimpi.
Sejak kecil, saya sering mimpi perkara yang pelik dan
menakutkan sehingga sekarang. Dulu semasa kecil, saya sering menangis bila
dapat mimpi yang pelik…. Sebab semuanya melibatkan orang yang saya sayangi…
Sekarang ni, saya cuba mengabaikan mimpi tersebut… Tapi kalau dah pelik sangat,
fikiran ni boleh terganggu juga… Dalam suatu hari boleh dapat 2-3 mimpi…
Kadang-kadang bila terjaga tengah malam sebab mimpi yang
pelik itu, terus saya bergegas ke bilik air… Setelah berwuduk, sempat juga
tunaikan solat tahajud, solat sunat taubat dan sunat hajat. Erm, mungkin itu
adalah kebaikan terjaga di tengah malam… Mimpi yang ngeri ibarat alarm untuk
bertahajud. Ambil yang positif.. In shaa Allah,,, Tiada lagi yang perlu
dirisaukan.
Setelah berkahwin, bagi saya tiada rahsia antara suami dan
isteri. Mimpi yang pelik pun saya ceritakan pada suami… Jawapan suami pula
sangat berbeza dan tak pernah saya dapat jawapan seperti itu… Sangat kreatif..
he he.. Mungkin suami tak mahu saya mengambil serius mengenai mimpi-mimpi yang
pelik tu. Bila saya ceritakan kepada suami, suami saya dengan kreatifnya
mengubah suai kisah mimpi itu. Bila saya ceritakan tentang kepala kucing yang
pecah dan berdarah, suami saya mengatakan bahawa itu sebenarnya adalah buah
tembikai yang pecah… Hi hi hi…. Daripada serius, terus saya ketawa…
Suami siap berpesan lagi, “kalau mimpi yang pelik, kejutkan
abang,, boleh abang putar belitkan mimpi tu…” he he he…. Terima kasih sayang….
(buat suami tercinta) Suami banyak membantu diri ini…. Rindu sangat padanya…
Rajin… Siap buat air bacaan yassin lagi…Alhamdulillah ya Allah… Suamiku
anugerah-Mu yang sangat bermakna…
Tapi takut juga sekiranya itu adalah petanda sesuatu... Nauzubillah... Minta dijauhkan Allah..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
No comments:
Post a Comment