Showing posts with label Ad-DeEnuL IsLAm. Show all posts
Showing posts with label Ad-DeEnuL IsLAm. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Adilkah islam?

Adilkah islam? Alhamdulillah, sepanjang tempoh latihan industri, Allah telah menempatkan saya dengan seorang rakan sebilik yang berbangsa Cina. Semakin bergetar rasa jantungku ini. Bukannya apa. Takut disoal diakhirat kelak. Terngiang-ngiang rasanya nanti Allah akan tanya, “Wahai Chee, mengapa kamu tetap mensyirikkan Allah. Tidakkah ada dikalangan kamu yang islam, menerangkan Islam kepadamu?” “Ya,.. hana rakan sebilikku. Dia tidak pernah memberitahuku tentang Islam”..

Huuaa.. memang menakutkan. Jadi, saya pun cuba sedikit demi sedikit memperkenalkan islam kepadanya.  “Chee, bagaimana kepercayaan agamamu terhadap manusia pertama?” Maka Chee pun mula bercerita. Setelah itu, tiba pula giliran saya. “Oh.. begitu, tetapi lain pula dengan islam. Manusia pertama diciptakan dari tanah iaitu Nabi Adam. Hawa pula dari tulang rusuk Nabi Adam. Dekat dihati untuk disayangi. Bukan dari tulang kepala untuk dijunjung dan bukan dari tulang kaki untuk dipijak-pijak. Dan seterusnya penciptaan manusia adalah daripada air mani..” Boleh rujuk surah Al-Insaan, Al-baqarah dan As-Sajadah. In shaa Allah.

Boleh dikatakan, hampir tiap-tip hari kami bercerita tentang agama. Chee juga sering bertanya soalan. Saya suka cara Chee. Dia bertanya dan bukannya membuat andaian sendiri. At least boleh explain sekiranya pandangan mereka itu salah. Alhamdulillah. Terima kasih Chee sebab awak permudahkan saya berdakwah atau menyampaikan tentang islam kepadamu.  Semoga Allah membuka pintu hatimu untuk memeluk agama islam suatu hari nanti. Aamiiin

Suatu hari, Chee bertanya kepada saya. “Hana, islam itu tak adilkan?” Saya terkedu. Macam nak marah, tapi saya memandang wajahnya dan tersenyum. “Kenapa awak cakap begitu Chee?” Saya masih tersenyum. Jangan cepat melatah. Mereka tidak tahu. Untunglah mereka bertanya. Mereka bertanya sebab mereka masih memberi peluang kepada kita memberi hujah dan kepada dirinya dalam menilai hujah.

“Islam melebihkan lelaki… kesian wanita kan…?” Balas Chee. Saya masih tersenyum dan cuba menjawab tenang. “Oh.. sebab itukah Chee. Okay, berikan saya masa untuk explain kat awak ya… pertama sekali, islam adalah agama yang adil. Kenapa saya cakap begitu? Okay, saya akan beri awak gambaran. Contohnya awak ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua perlukan pakaian. Anak lelaki awak belikan t-shirt dan anak perempuan awak belikan gown. Itu baru adil. Dikira tidak adil jika awak belikan kedua-duanya gown atau t-shirt  kerana itu bukanlah fitrah atau diri semulajadinya. Begitu juga dalam islam dalam membelikan songkok untuk anak lelaki dan tudung untuk anak perempuan. Adil maksudnya sesuai dengan tempatnya, bukan dengan persamaan kuantiti. Tidak adil juga jika kita biarkan orang yang pendek beratur dibelakang orang yang tinggi. Itu sudah melangkaui kemampuannya. Itu tidak adil, walaupun yang tinggi datang awal.

Dari segi pembahagian harta, Allah utamakan lelaki kerana mereka mempunyai tanggungan isteri dan anak. Anak perempuan pula akan menjadi tanggungan suaminya. Tetapi pembahagian harta ini boleh berubah sekiranya anak lelaki yang kaya, menyedekahkan pembahagian hartanya kepada adik perempuannya yang dalam kesempitan hidup. Begitu juga seperti apa yang telah Allah tetapkan, Allah tidak pernah menjatuhkan martabat wanita. Ya, dalam islam memang keredhaan isteri adalah pada suaminya, tetapi, jangan lupa. Keredhaan suami pula adalah kepada ibunya.”

Banyak lagi hujah dan huraian yang boleh diberikan. Cuma satu pesanan saya. Tolonglah jangan marah apabila orang kafir bertanya tentang islam. Mereka ingin tahu tentang islam, cuma bentuk soalan mereka yang tak berapa sesuai. Mereka yang bertanya itu lebih baik berbanding mereka yang membuat persepsi buruk seterusnya melabel kita sebagai terrorist. Wallahu a’lam


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~         

Wednesday, May 22, 2013

Ringkasan ceramah 'Pemerintahan dalam Islam'


Ringkasan ceramah yang bertajuk ‘Pemerintahan dalam Islam’

Oleh : Ustaz Syaari Ab Rahman (penulis buku Kepimpinan Al Fateh)
21 May 2013


Bismillahi Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi kekuatan. Dengan izin-Nya saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang telah saya perolehi hari ini. Alhamdulillah… Betapa pentingnya majlis ilmu itu bagi mentarbiyah hati…. Makanan rohani… Perlu ada ilmu, baru boleh kita amalkan. Ini ringkasan yang saya perolehi dari ceramah semalam.

Ø  Ustaz Shaari menegaskan bahawa kita perlulah mengubah paradigm, bukannya behavior.

Ø  1/3 Al-Quran adalah mengenai sajarah (sejarah). Dalam Al-Quran x cerita secara detail mengenai sejarah tersebut kerana apa yang penting adalah: Why it’s happened? And How generation respond? Sebab itulah tidak diberitahu siapakah nabi yang dicari oleh Nabi Musa. Hanya dalam hadis yang menyatakan bahawa nabi itu ialah Nabi Khidir a.s. Begitu juga dengan kisah Ashabul kahfi (7 pemuda gua). Kisah mereka tidak di spesifikkan tempat dan siapakah pemuda2 itu. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

Ø  Leadership means that you can influence others by your attitude/behavior. Sepertimana Rasulullah SAW yang menjadi rujukan semasa peristiwa kekalutan dalam menentukan siapakah yang berhak meletakkan semula batu hajarul aswad ke tempat asalnya, walhal ketika itu ada pemimpin negara yang lain. Rasulullah SAW dikenali sebagai Al-Amin kerana sikap baginda yang sangat terpuji. Dengan itu baginda diangkat sebagai pemimpin kerana berjaya mempengaruhi orang dengan akhlaknya yang baik.

Ø  Kita perlulah proaktif dan bukannya bergantung kepada orang lain. Tempat bergantung kita hanyalah kepada Allah yang Maha Esa. Kita tak perlukan orang untuk bersemangat, tapi kita sendiri mampu memberi ‘warna’ kepada kehidupan kita yang akan datang. Kita adalah hamba kepada Allah, bukannya hamba kepada manusia. Tidak perlu gentar kepada manusia yang ego.  Sebagaimana Sumayyah, Yassir, Bilal bin Rabbah, Mashitah yang ditawan dan diseksa dengan kejam. Namun, mereka tidak pernah terlepas dari mangatakan ‘Ahad’, ‘Allahu akbar’…. Walaupun jasad tersiksa, walaupun kulit terkoyak, walaupun dijemur, mereka tetap kuat. Kerana kuatan mereka adalah kekuatan yang mereka perolehi daripada Allahu Rabbal A’lamin…..

Ø  Sukalah rasanya saya ingin berkongsi sebuah kisah yang boleh menaikkan semula semangat kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil ini. Abd Rahman b Rauf merupakan seorang yang sangat kaya di Makkah. Semasa berhijrah ke Madinah, beliau jatuh fakir (tiada harta kekayaan). Kemudian Rasulullah SAW mempersaudarakan beliau dengan Sa’ad bin Rabith yang merupakan penduduk Madinah yang paling kaya. Sa’ad menyambut mesra kedatangan saudara barunya iaitu Abd Rahman. Kemudian Sa’ad menawarkan separuh hartanya kepada Abd Rahman dan juga meminta Abd Rahman memilih antara dua orang isterinya agar yang paling cantik dipilih Abd Rahman akan segera diceraikan dan boleh berkahwin dengan Abd Rahman. Jika kita diberi pilihan, pasti tidak akan menolak. Ahhh, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari!! Namun berbeza dengan Abd Rahman. Beliau menolak kedua-dua tawaran tersebut. Beliau memulakan perniagaan sendiri kerana yakin Allah pasti membantunya. Kemudian, beliau kembali semula menjadi saudagar yang kaya seperti sebelum ini. He had proved that, his self must be proactive and stop blaming others. Allah menguji kita kerana kita boleh menghadapinya. “Allah x pernah membebani seseorang hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”Al Baqarah: 286

Ø  Bagaimana kita perlu memilih pemimpin di Malaysia ini? Caranya adalah dengan mendidik diri kita semua sebagai pemimpin. Pemuda sekarang adalah pemimpin sekarang dan yang akan datang. Pemimpin Malaysia sekarang akan berlalu. We decide what we want. Bermula dengan amal fardhi (amal diri sendiri), kemudian barulah kepada jami’e ( berpasukan).

Ø  Buat mereka yang mengatakan bahawa sistem demokrasi itu adalah sistem jahiliyah, perlu ada perdebatan yang panjang mengenai hal ini.  Perlantikan khalifah2 setelah Rasulullah SAW wafat adalah berbeza, tetapi mempunyai konsep yang sama iaitu musyawarah, syura (perbincangan dan mencapai kata sepakat).

Ø  What you say is nothing, which you are everything.

Ø  Tiada manusia yang mulia melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Ø  Orang yang baik dan beriman, akan senyap apabila dihina. Misalannya, kisah Nabi Yusuf a.s.  Nabi Yusuf difitnah, dihina, dipenjara, tetapi akhirnya Allah memberikan dia keadilan. Boleh rujuk kisah Yusuf dalam Al-Quran.

Ø  Rumah tangga yang Berjaya adalah dibentuk dengan kasih sayang, bukan dengan ilmu agama semata2. Perlukan seni dalam berumah tangga. Lakukan pekerjaan yang merupakan peranan kita. Abaikan pekerjaan lain. Bahagikan masa kerana setiap orang mempunyai lebih dari satu peranan dalam satu masa. Contohnya, sebagai hamba Allah, pelajar, ibu, bapa, anak, suami, isteri, pemimpin atau pekerja. Rasulullah SAW sanggup merendahkan egonya sebagai suami kepada isterinya kerana rumah tangga itu adalah kasih sayang. Dalam Al-Quran tidak mengajar seni rumah tangga, tapi kita yang perlu cari.

Ø  Cuba planning, siapakah kamu dalam 10 tahun yang akan datang. Siapa kita yang akan datang adalah siapa kita di masa ini. Perubahan memang perit. Tapi berubahlah demi kebaikan.

Wallahu a'lam

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Thursday, August 2, 2012

6 perkara Allah sembunyikan

Bismillahirrahmanirrahim,,,

Sejujurnya, artikel ini hanyalah 'copy and paste' sahaja.. Diharapkan dapat menambahkan lagi ilmu kita..selamat beramal.. In shaa Allah...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik. Kemudian Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Allahu a'lam..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Saturday, July 28, 2012

Analogi dan Islam


Apa pentingnya Islam dan analogi? Analogi bukanlah satu perkara yang mirip atau perkara yang serupa, tetapi analogi adalah satu perumpamaan atau gambaran bagi menjelaskan sesuatu perkara.  Selalunya analogi digunakan untuk sesuatu yang kita tak nampak.  Boleh jadi itu adalah teori, perkara ghaib ataupun konsep. Di sini sukalah saya ingin berkongsi beberapa analogi yang berkaitan Islam. Mungkin juga pembaca boleh menambah analogi yang kalian tahu agar kita boleh berkongsi. Berdakwah menggunakan analogi adalah sesuatu yang menarik dan membuktikan bahawa pendakwah itu kreatif dalam menarik minat mad’u ke arah Ad-deenul islam..

PENEMBAK TEPAT VS IMAN
Saya percaya, rata-rata sudah biasa dengan analogi ini. Penembak tepat bagi membezakan percaya dan yakin dalam menjelaskan konsep iman. Ada seorang penembak tepat berjaya menembak buah epal dengan tepat. Tapi apabila si penembak tepat meminta  salah seorang menawarkan diri untuk meletakkan buah epal itu di atas kepala, maka tiada siapa yang mahu. Itulah yang dikatakan percaya. Tapi sekiranya kita bersedia menawarkan diri, maka itu membuktikan bahawa kita ini yakin dengan penembak tersebut. Percaya dan yakin adalah dua perkara yang berbeza. Maka iman itu  sebenarnya adalah, kita yakin dengan Allah. Bukannya satu kepercayaan semata-mata. Tapi keyakinan kita dengan kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah yang menciptakan alam yang terbentang luas, yakin dengan ketentuan Allah. Yakin boleh dipisahkan dengan percaya, tapi percaya tidak boleh dipisahkan dengan yakin.

CURRENT VS NERAKA
Analogi ini saya dapat dari Ustaz Harun Din dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Agak menarik juga. Jika kita mengeja ‘current’ (dalam jawi) akan terdirilah perkataan ini daripada gabungan huruf kaf, alif, ra dan nun. Jika kita terbalikkan ejaan ini nun, ra, alif dan kaf maka terbitlah perkataan ‘neraka’. Mengapa kita yakin dengan current tetapi kita tidak yakin dengan neraka? Jika kita diminta untuk memegang current, maka adakah kita sanggup memegangnya? Sudah tentu tidak bukan? Current itu adalah ilmu fizik. Kita yakin sebab kita tahu konsepnya. Neraka pula adalah metafizik. Sekalipun kita tidak dapat melihat neraka, tapi Allah begitu menyayangi kita sehingga banyak digambarkan tentang neraka itu, contohnya dalam surah Al-Waqiah dan banyak lagi.

AIR KOPI VS HATI YANG KOTOR
Agak unik juga. Analogi ini saya peroleh daripada Ustaz Zamri dalam rancangan Adik Dan Al-Quran.  Disediakan dua gelas. Satu gelas berisi air kopi dan satu gelas lagi berisi air putih.Air putih itu diibaratkan sebagai hati yang bersih. Air kopi pula adalah hati yang kotor. Air yang hitam pekat dan kita tidak boleh nampak apa isi dalam air tersebut. Tidak boleh ditembusi cahaya. Maknanya hati itu tidak menyerap ‘nur’ Allah.  Begitu berbeza dengan air kosong (hati yang bersih tadi). Tapi kita harus ingat. Walaupun hati kita bersih, kita masih perlu menjaganya agar tidak dicemari dengan kotoran seterusnya menghalang hidayah Allah. Berbalik semula kepada hati yang kotor tadi. Lalu bagaimana kita mahu membersihkan hati yang kotor itu? Ingatlah, Allah itu suka kepada hambanya yang bertaubat. Jika kita masukkan air putih (diibaratkan sebagai ilmu agama) ke dalam air kopi tadi, sedikit demi sedikit, maka akan berlakunya pencairan molekul kopi dalam air tersebut. Semakin banyak ilmu agama yang kita pelajari, maka semakin banyak air putih yang ditambah ke dalam air kopi yang seteruskan memudarkan warna hitam pada air kopi tersebut bagi mendapatkan hati yang bersih (air yang jernih).

ANGIN DAN ALLAH
Jika ditanya tentang Allah, salah satu jawapan yang kita boleh berikan ialah, angin. Kita rasa angin, kita nampak pokok bergoyang disebabkan angin tapi kita tak nampak angin. Begitu jugalah Allah. Jika kita beribadat kepadaNya, maka kita akan rasa tenang, akan sentiasa dilindungiNya, walaupun kita tidak nampak Allah. Jika kita mahu melihat Allah, maka bertaqwalah. Telah Allah janjikan bahawa hambanya akan dapat melihatNya di syurga nanti.. Allahu a’lam.

AIR SUSU DAN ALLAH
Kita ambil segelas air putih. Kita nampak air itu jernih. Bila kita tambah dengan pewarna air ataupun susu, maka air tadi akan berubah warna. Sudah tidak kelihatan air putih tadi melainkan ia telah berubah warna mengikut pewarna yang telah kita tambahkan. Lalu, adakah molekul air putih tadi masih ada dalam cawan? Ya, molekul itu masih ada lagi, tapi sudah berubah warna. Begitulah Allah. Kita tak nampak Allah, tapi Allah itu ada. Sentiasa memerhatikan kita.

KERETA VS PENDAKWAH
Kita bayangkan sebuah kereta yang dipandu oleh seseorang di atas jalan raya.  Minyak itu ibarat tarbiyah (didikan). Dakwah itu ibarat jalan dan siasah itu ibarat pemandu. Tiga unsur ini amat berkait rapat dalam menggerakkan kereta itu. Sebuah kereta perlukan minyak untuk bergerak. Begitu juga pendakwah. Pendakwah perlulah mengisi ilmu didada sebelum berdakwah, agar lebih mudah dia menyampaikan amar ma’ruf dan  nahi mengkar. Sebuah kereta perlukan juga laluan atau jalan supaya kereta tidak melencong dan menuju ke arah yang betul. Sepertimana juga pendakwah yang memerlukan medan dakwahnya. Barulah mempunyai target dan kena pada tempatnya. Kereta juga memerlukan pemandu bagi mengawal kereta tersebut. Tidak mungkin kereta berjalan sendiri, sedangkan kereta kawalan jauh juga memerlukan orang bagi mengawal pergerakannya. Begitu jugalah pendakwah yang memerlukan siasah bagi bergerak kerja.

Allahu a’lam bissowab…

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Tuesday, February 14, 2012

Penghuni Syurga dan Penghuni Neraka

Ibnu Amr bin Al-Ash menceritakan, Rasulullah menemui mereka sambil memegang dua catatan, lalu baginda bertanya, “Tahukah kalian apakah dua catatan ini?”

Kami menjawab, “Tidak wahai Rasulullah, melainkan jika engkau memberitahukannya kepada kami.”

Baginda menjelaskan mengenai catatan di tangan kanannya, “Ini adalah catatan dari Tuhan sekalian alam yang di dalamnya terdapat nama-nama penghuni syurga, nama-nama bapa dan bangsa mereka.” Kemudian disebutkan sehingga nama mereka yang terakhir, tidak ada penambahan dan pengurangan lagi dari nama-nama yang sudah disebutkan tadi. Kemudian baginda menjelaskan pula mengenai catatan di tangan kirinya, “Ini catatan dari Rabbul-alamin yang di dalamnya terdapat nama-nama penghuni neraka, nama-nama bapa dan bangsa mereka.” Kemudian disebutkan sehingga nama mereka yang terakhir, tidak ada penambahan dan pengurangan lagi selama-lamanya.

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, lalu apa gunanya beramal sekiranya sudah ada ketetapan seperti itu?”

Baginda menjawab, “Berbuat dan berkatalah yang benar dan pasangkan keduanya. Sesungguhnya penghuni syurga diberi kesudahan dengan amal para penghuni syurga, apapun amalan yang pernah dikerjakannya, dan penghuni neraka diberi kesudahan dengan amal para penghuni neraka, apapun amalan yang pernah dikerjakannya.”

Kemudian Rasulullah memberi isyarat dengan kedua tangannya, lalu membuang catatan itu dan berkata, “Tuhan kamu sudah membuat ketetapan terhadap hamba-hamba, satu golongan di syurga dan satu golongan di neraka.”

(Direkodkan oleh Tarmizi, > hadith shahih gharib)

Ali menceritakan, dia melihat Rasulullah naik ke atas mimbar, memuji Allah dan berkhutbah,

“Ada sebuah kitab yang di dalamnya Allah tuliskan nama para penghuni dan nasab mereka secara terperinci dan menyeluruh, tidak ada lagi tambahan atau pengurangan terhadap mereka hingga hari kiamat. Para penghuni syurga diakhiri dengan amal penghuni syurga dan penghuni neraka diakhiri dengan amal penghuni neraka, apapun yang pernah dilakukan, dan ada kalanya orang yang berbahagia meniti jalan orang yang sengsara, hingga dikatakan, ‘Alangkah miripnya yang satu dengan yang lain’. Siapa yang ditetapkan Allah sebagai orang yang berbahagia di dalam Ummul-kitab, maka Allah tidak mengeluarkannya dari dunia hingga Dia membuatnya mengerjakan amal yang membuatnya bahagia sebelum kematiannya, meski jaraknya hanya seperti jarak di antara dua kali memerah susu. Kemudian baginda berkata, ‘Amal-amal itu berdasarkan kesudahannya, amal-amal itu berdasarkan kesudahannya, amal-amal itu berdasarkan kesudahannya.’”

(Direkodkan oleh At-Tobrani dalam Al-Ausath)


>>Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW<<

Friday, November 4, 2011

 WAITING FOR THE CALL by Irfan Makki
Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I just love to hear this song.... i really hope that one day i will be infront of the Kaabah,,, InsyaAllah.. I want to recite the Al Quran, pray and i want to cry, cry and cry.... infront of Kaabah,,, infront of Allah... Biiznillah.. ^_^

Thursday, July 7, 2011

ZIKIR LAPANG REZEKI

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah 

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.”

Tuesday, February 8, 2011

Teka-teki imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?



Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?



Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?



Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

>>> share dari seorang sahabat.... best nie,,,,, :-)

muhasabah bersaman!!

Monday, February 7, 2011

AIR

AIR

            Jika diberi pilihan, aku mahu menjadi air. Air adalah molekul berulang H₂O yang sangat lembut dan menenangkan. Setitis air mengandungi jutaan atom dan molekul yang saling berpegangan dalam air. Alhamdulillah, dengan sifat air yang lembut itu, air sangat memenuhi fitrah kita sebagai seorang manusia yang dapat meneguknya serta menghilangkan dahaga. Nikmatnya tidak terkira.

            Sifat air sangat menarik. Takat bekunya apabila berada dibawah 0°C dan tahap mendidih pada suhu 100°C. Dari sifat itu, turunlah salji yang kemudiannya menghasilkan putaran musim yang indah seterusnya menstabilkan suhu dibumi ini. Dari sifat didihnya pula, kita dapat membunuh kuman dan bakteria. Air yang meruap pula menghasilkan kabus, awan dan seterusnya hujan. Maka lengkaplah satu kitaran air.Dalam kenderaan, air juga digunakan sebagai bahan penyejuk. Tanpa air, kenderaan yang besar juga tidak mampu bergerak.

            Lebih 75% daripada badan kita adalah air dan lebih 75% bumi ini juga adalah air. Subhanallah,,,, Indahnya ciptaan Allah itu. “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman?” Kejadian manusia juga bermula daripada setitis air mani. “Dan sungguh, Kami menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk lain)” Al-Mu’minun ; 12-14

             Walaupun air nampak lemah, tetapi banyak kekuatannya. Air boleh menjana sumber elektrik. Air yang dicincang tidak akan putus. Air yang dikepung akan mencari jalan keluar. Sekiranya gagal, air tersebut akan cuba melembutkan struktur tebing itu dan cuba untu melepasinya. Sekiranya gagal lagi, air yang berkumpul itu akan menjadi wap dan akhirnya bebas ke udara. Setitis air yang menitik berterusan juga boleh melekukkan seketul batu yang keras. Air yang menitis dari kelopak mata pula boleh melembutkan hati yang keras. Ingatlah, barangsiapa yang menangis kerana bertaubat, menangis kerana takutkan Allah, maka air mata itu akan memadamkan api neraka buatnya.

            Air mempunyai satu matlamat. Mengalirnya dari hulu ke hilir. Tidak pernah songsang. Bertemu di satu tempat. Bergabung kekuatan. Menjadi medium baru untuk hidupan lain, iaitu hidupan laut. “Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Ar-Rahman:19-21

            Marah itu adalah api yang boleh membakar diri. Kerana itulah syaitan mudah menguasai diri. Siramilah kemarahan itu dengan air kesabaran. Mudah-mudahan api kemarahan itu segera terpadam. Bersifat lembutlah kita sepertimana air, tetapi bila sampai masanya nanti kita harus bersifat keras dan tegas. Tegaslah kita dalam memperjuangkan agama Allah yang satu ini. Bertegaslah kita terhadap musuh-musuh Islam. “Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.”Al-Maidah; 54

             Bersyukurlah kita dengan air yang tiada rasa ini, tetapi memberi manfaat yang sangat besar terhadap diri kita. “Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah kami yang menurunkannya? Sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?” Al-Waqiah: 68-70

Rujukan:
• Al-Quran Mukarim
• Al-Islam, Februari 2011

Saturday, December 11, 2010

KISAH 2 MUSUH KITA

Jika kita rasa kita PANDAI, igtlah ada yg lagi PANDAI dari kita,
Jika kita rasa kita HEBAT, igtlah ada yg lagi HEBAT dari kita,
Jika kita rasa kita KUAT, igtlah ada yg lagi KUAT dari kita,
Jika kita rasa kita SEMPURNA , igtlah ada yg lagi SEMPURNA dari kita,
           Ingatlah sahabat, perasaan itu sering menipu kita,,, Sering mengaburi kita,,,, Perasaan yang dikuasai nafsu dan syaitan.Sahabat, marilah kita muhasabah diri kita,,, Kita adalah sebaik-baik ciptaan... Walaupun diciptakan dari tanah, tetapi Allah tetap menyuruh malaikat (daripada cahaya) dan syaitan (daripada api) bersujud kepada kita... Kita ada akal, ada nafsu,,, Kenapa kita tidak tundukkan segala milik Allah ini kpd Khaliq (Pencipta) kita. Ingatlah,, setiap jam malaikat maut merenung ke wajah kita. Menantikan perintah Allah untuk menarik semula nyawa (harta) Allah yang kita PINJAM ini..
Ini saya kongsikan 2 kisah musuh kita. Berhati-hatilah dan lawanlah ia.Itu juga dikira berjihad wahai sahabat.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)


Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........
Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!".
Sahabat2, mudah2an cerita ini memberi kesan di dalam hati kita. Semoga sahabat2 mendapat perlindungan Allah~
Kongsikan dgn org tersayang~
Wallahualam bissowab~