Showing posts with label KaHWiN. Show all posts
Showing posts with label KaHWiN. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Penantian Cahaya Mata

   Bismillahirrahmanirrahim… Sudah berhabuk rasanya blog ini… Lama tidak singgah dan update topik yang baru. Maklumlah, berbulan melalui morning sickness yang membuatkan mata tidak segar mengadap lap top, fikiran melayang hinggakan suami ke laut pun, tiada emosi berlebihan… Kali ini nak berkongsi sedikit mengenai penantian cahaya mata..

   Syukur Alhamdulillah, akhirnya disahkan hamil.. ^__^.. Rasanya ingin bersujud lama-lama dan berterima kasih dengan Allah atas nikmat yang Dia pinjamkan seketika buat diriku ini. Semoga semuanya bermula dan berakhir dengan perkara yang baik.

   Hati mana yang tidak gelisah jika sudah dua tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Orang sekeliling sering bertanya, seolah tiada usaha yang saya dan suami lakukan. Terkadang rasa kecewa kerana soalan yang mereka ajukan seolah mempersoalkan ketentuan Allah. Tiada siapa yang tahu setakat mana rezeki kita dan bagaimanakah bentuk ‘rezeki’ yang Allah kurniakan kepada kita. Syukur, Alhamdulillah, hati ini yakin bahawa Allah telah menetapkan masa yang benar-benar sesuai agar anak yang bertuah ini lahir pada masa yang tepat. Walapun terpaksa menangguhkan satu semester demi keselamatan bayi tercinta ini dari bahaya bahan kimia dalam makmal.

    Sepanjang dua tahun empat bulan penantian ini, saya rasa bersyukur sangat kerana terlalu banyak hikmah yang saya peroleh. Dengan satu tempoh masa inilah membuatkan saya merasai apa yang dilalui oleh pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata. Allah permudahkan pernikahan kami, dan Allah uji pula kami dengan perkara yang lain. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Inilah perasaan mereka yang menanti cahaya mata bertahun lamanya. Rasa bagai ingin duduk jauh dari orang yang mengenali kita. Bukan kerana tidak sabar dengan ujian Allah, tetapi kerana ‘berbisanya’ mulut orang disekeliling seolah tidak percaya qada dan qadar Allah.

   Sepanjang penantian cahaya mata, pelbagai usaha saya dan suami lakukan. Di sini saya ingin berkongsi usaha tersebut. Mungkin terlalu banyak yang saya senaraikan di sini. Saya juga tidak tahu mana satukah asbab Allah memberikan saya peluang untuk hamil ini. Bagi saya, setiap apa yang saya lakukan hanyalah sebagai ikhtiar. Hanya Allah yang Mengetahui. Setiap orang, usahanya dan asbabnya berbeza. Ini sekadar perkongsian dari seorang hamba Allah yang sangat lemah.

1.      Amalan doa ibu hamil “Rabbi la tazarni fardau, wa anta khoirul warisin” yang bermaksud, “Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diriku sendiri (tanpa zuriat), dan Engkaulah juga sebaik-baik yang Mewarisi” Anbiya:89.



2.      Doa sendiri dari hati sebagai contoh “Ya Allah, hanya pada-Mu tempat hamba memohon. Engkau berilah peluang agar hamba boleh merasai susahnya mengandung sebagaimana yang dilalui ibuku. Engkau berilah hamba kesempatan melalui kesakitan melahirkan sebagaimana wanita lain merasakan. Engkau berilah hamba peluang merasai cabaran mendidik anak mengikut syariat-Mu. Engkau berilah hamba kesempatan itu ya Allah. Hamba redhakan anak hamba untuk kerja dakwah ad-deen Mu…”

3.      Banyakkan beristighfar. Mohon pada Allah agar kesalahan kita sama ada sedar atau tidak, kecil atau besar diampunkan. Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar dengan tekun, maka Allah memberinya jalan keluar dari segala kesusahan dan kesempitan hidupnya, dan Allah memberinya rezeki secara tak terduga.” Hadis Riwayat Abu Daud.

4.      Banyakkan bersedekah. Tak kiralah nilainya besar atau kecil, sedekah dapat membersihkan harta kita. Jika ada banyak duit, sedekahlah banyak. Jika kurang, 10sen pun sudah dikira sedekah. Yang penting niat kita ikhlas. Sedekah juga sebaiknya dirahsiakan. “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah: 261. Suami isteri digalakkan bersedekah. Kadang-kadang Allah uji kita melibatkan duit, kerana Allah nak ingatkan kita supaya bersedekah. Boleh juga buat satu tabung di rumah. Setiap kali lepas Subuh, kita masukkan duit, walaupun 10sen, dan kemudian niatkan untuk dapat zuriat yang baik. Bila duit tabung tu da banyak, boleh la sedekah kat mana-mana. Buat jamuan untuk anak yatim, sedekah duit di masjid atau belikan telekung dan apa-apa pun mengikut keperluan sesuatu tempat tersebut. In shaa Allah. Bila da sedekah, lupakanlah jumlah dan apa yang kita dah sedekah tu. Setiap kali sedekah, niatkan untuk dapat anak yang soleh dan buat ibu bapa atau saudara yang sudah tiada.

5.      Bela haiwan peliharaan. Tidak kisahlah nak bela apa pun… Saya pilih rabbit kerana najisnya tak berbau terlalu kuat jika dibandingkan dengan najis kucing. Dan yang penting, rabbit lebih besar dan gebu berbanding hamster… hihihi… Kita bela haiwan dengan baik, in shaa Allah haiwan itu akan mendoakan kita.

6.      Fikir orang lain dalam setiap perkara. Selalunya, kalau nak rendahkan ego, kita akan buat perkara yang serendah2nya jika dibandingkan dengan tahap pendidikan atau kerjaya kita. Jika kita belajar sampai PhD, janganlah kita pula memulakan suasana tandas yang kotor. Kalau tak sanggup bersihkan tandas, cukuplah kita bersihkan bahagian yang kita telah gunakan. Itu juga dikira membantu mak cik cleaner. Macam mana nak jadi sensitive dengan persekitaran? Jawapannya adalah, menanamkan sifat empati dalam diri. Empati adalah kita meletakkan perasaan atau situasi orang lain dalam diri kita. Seperti contoh yang tadi, kita bayangkan kita mak cik cleaner tandas tu. Mestilah kita akan lebih bertanggungjawab. Perkara ini kecil, tapi tak semua mampu melakukannya melainkan dengan izin Allah. Kita memudahkan orang lain, dan mungkin ada di antara mereka yang akan mendoakan kita yang memudahkan urusan mereka.

7.      Minta doa dari ibu bapa dan orang lain. Saya selalu meminta ibu mendoakan saya berjaya setiap kali sebelum menjawab soalan peperiksaan. Saya juga sering meminta ibu mendoakan agar saya dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah. Doa ibu itu makbul, tiada hijab. In shaa Allah. Saya juga ada mengirimkan doa kepada dua orang rakan saya yang menunaikan umrah, dua bulan sebelum saya hamil.

8.      Supplement. Saya juga ada mencuba beberapa supplement yang dikatakan berkesan untuk mendapatkan cahaya mata contohnya Furmon, pil herba cina dan mineral coffee. Tapi semuanya tidak memberi sebarang kesan. Semua hanya ikhtiar dan tidak akan berlaku tanpa izin Allah.

9.      Pemeriksaan kesihatan. Saya sudah beberapa kali menghubungi LPPKN, namun gagal. Dua hari kemudian, saya disahkan hamil. Alhamdulillah. Pemeriksaan kesihatan amat mahal. Jadi, puas saya berdoa agar Allah berikan keajaiban kepada saya. Kerana Allah itu Maha Berkuasa dan mampu membenarkan perkara yang ajaib dan mustahil itu berlaku.

10.  Saya mencuba ovulation test kit. Kit ini adalah untuk mengesan LH (luteinizing hormone) yang tinggi sebelum perlepasan telur wanita (ovum). Kit ini boleh didapati di Watson, Guardian atau Farmasi. Alhamdulillah, baru cuba sekali, Allah permudahkan.

   Setakat ini, itu sahaja perkongsian saya mengenai ikhtiar yang saya cuba usahakan agar mendapat peluang untuk hamil. Mungkin banyak usaha yang saya rasakan telah dicuba, tetapi, mana tahu mungkin datang dari asbab yang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bagi mereka yang masih menanti cahaya mata, yakinlah. Usaha dengan penuh tawakal kepada Allah. Kadang-kadang perkara itu terlalu kecil dan berada di sebelah kita, tetapi kita yang tidak nampak. Hiraukan herdikan atau soalan pedas orang lain. Yakin dengan Allah. In shaa Allah.. La tahzan.. Innallaha ma ana… Jangan bersedih. Allah sentiasa dengan kita.

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~




Monday, February 16, 2015

1000 Makna di Atas Kapal

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, sudah sampai di UPM untuk menyambung semula semester yang berikutnya.

Diri ini meninggalkan palitan kenangan di dalam kapal, membuatkan suamiku diserang ‘penyakit’ sepertimana mula-mula sign on dulu. Malah kali ini lebih kritikal sehinggakan suamiku enggan sign on di ‘Kapal Puteri Mutiara Satu’ ini lagi kerana hampir setiap sudut telah dilawati oleh ku dan suamiku… Begitu besar kesannya kehadiran diri ini dalam kapal tersebut hingga mengganggu ketenangan suamiku.. Hingga dia sudah tiada mood lagi nak bekerja dan nak pulang cepat…. *_* Begitu hebatnya kesan kehadiran seorang isteri pelaut di tempat kerja suami walaupun hanya 2 minggu…. Adakah suami pelaut yang lain juga mengalami perkara sedemikian? Hihihi… ^_~

Wahai suamiku, Itulah kesannya kepada orang yang ditinggalkan…. Setiap sudut rumah akan terkenang wajah pasangan yang tiada lagi di sisi atas urusan yang mereka terpaksa utamakan. Itulah yang dilalui oleh isterimu apabila dirimu sign on.Kehadiranmu seolah sentiasa di sisi, di dalam kereta, rumah kita serta rumah ibubapa. Apabila shopping sorang-sorang di pasaraya yang sering kita kunjungi, maka terasa seakan dirimu ada bersama… Tetapi sebenarnya itu hanyalah khayalan semata…

Semasa di kapal, dirimu mengorbankan waktu rehat demi mengisi masa dengan perkara manfaat bagi isterimu… Di wajahmu terlihat keletihan, tapi dirimu bertahan bagaikan pejuang yang tidak mahu menjatuhkan senjata… huhuhu….. Terima kasih sayang….. Blog ini sering dilawati oleh suamiku yang sentiasa meraikan penulisan isterinya. Bukan setakat penulisan, malah dalam setiap apa yang ku lakukan.. Semasa cutimu, baju-baju kotor tidak sempat ku sentuh untuk basuh.. tanganmu sepantas kilat meyambar baju tersebut tanpa merungut. Jika isterimu basuh baju tersebut, maka suami ini akan menarik muka sambil berkata, “Alaaa… hana ni.. Itu kerja abang… Biar abang yang buat….”… ^___^ Alhamdulillah.. Sungguh murninya tingkahmu wahai sayang….

Bila isterimu masak, maka suami akan datang dan menawarkan diri untuk membantu.. mashaAllah…. Semoga berkekalan hingga ke hari tua…. Hehe… Penyapu, mop juga menjadi milikmu sorang…. Ringannya tulangmu membantu isterimu duhai sayang…. ^_^ Pantang disebut apa ku mahu, pasti ditunaikan. Pernah suatu ketika ku suarakan padamu untuk membeli tablet. Suami terus buat survey di internet dan mengajakku ke pasaraya untuk survey.. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana tablet impianku mencecah hampir RM5000. Bukan caraku menghabiskan wang di atas ‘kehendak’ dan bukan pada ‘keperluan’… Lalu puas ku pujuk pula dirimu bahawa tablet itu sebenarnya tidak perlu… Malu dengan diri sendiri.. malu dengan suami… Pantang sebut, pasti dia cuba untuk tunaikan….

Semasa di atas kapal, tangan ini sentiasa dipimpin erat oleh suamiku…. Dibawa melalui jalan yang jauh dari kumpulan kawannya. Sungguh, tindakan mu itu amat ‘cantik’ duhai sayang… Perasaan cemburu di hatimu menandakan bahawa suamiku bukanlah seorang yang ‘dayus’… Membuatkan diri ini juga segan untuk berjalan tanpa hadirmu….^__^ Semasa di gym, matamu sudah merah menahan kepenatan bekerja.. Namun dirimu tetap bertenaga membuat aksi-aksi lucu agar isterimu ketawa gembira. Maklumlah, pertama kali kita bermain ping pong…. Dirimu menyambut bola ping pong dengan pelbagai aksi melucukan sehingga tertiarap bagi menyambut sebiji bola ping pong,.. Alahai… sangat comel la sayang.. hikhik…

Setiap petang di kapal kita menonton separuh cerita (Filem dijadikan sebagai drama bersiri > tengok sekerat2..) hihi… Sampai kawan-kawan tegur, “asyik tengok cerita ni aje..” hihihi Haa… hampir terlupa… Teringat wajahmu semasa mula-mula menyambutku untuk naik kapal.. Sayang… Wajahmu penuh dengan cahaya… hihi….. Rasa seolah pertama kali kita berjumpa… Sangat berseri-seri… Dirimu tidak memandang tepat ke mataku kerana ‘malu’… ya…. ‘Malu’ itu membuatkan tingkahmu seakan kaku… Nak masuk hari ketiga, barulah nampak perangai hubby sebenar yang suka mengusikku…. Comel sangat…. Hihi….

Mungkin ada hikmahnya Allah tidak beri lagi kita cahaya mata… Kita bercinta selepas berkahwin.. Jadi, Allah bagi peluang kita bercinta dengan cinta yang halal dahulu, barulah memberi kita cahaya mata… Cuma perempuan ini memang suka bercerita tentang ‘bayi’.. Kerana bayi itu adalah ‘permainan’ wanita… hihihi…. Kalau boleh nak merasa juga bagaimana rasanya mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak…. Jika itu tidak termasuk dalam pakej family kecil kita ini, maka dirimu akan tetap ku jaga semampuku hingga ke hujung nyawa dan teringin benar menjadi ketua bidadarimu ketika di syurga… Allah tak menjanjikan anak dalam setiap perkahwinan… tetapi rasanya tidak lengkap tanpa kehadirannya… Mahu melihat anak yang mewarisi sifatmu, kecantikanmu, akhlakmu…. Sebagai peneman dikala dirimu mencari rezeki dan sebagai penyambung rantai perjuangan islam… In shaa Allah…


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Friday, May 23, 2014

HoW SwEeT YoU aRe ^_^

     Bismillahirrahmanirrahim…. Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan saya seorang suami yang sangat baik, penyayang, memahami dan sangat sensitive dengan perilaku isterinya. Sejujurnya, saya dan suami tidak pernah keluar berdua semasa tempoh perkenalan sebelum berkahwin. Tetapi selepas berkahwin, dia dapat memahami hampir semua gerak geri saya, riak muka, nada suara dan semua perangai saya. Sama ada saya terasa dengan perbuatannya, dan lain-lain lagi. Inilah kisah seorang suami yang sangat-sangat saya hargai. Tidak pernah terlintas saya mempunyai seorang suami yang sangat teliti ini. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Mungkin kerana Allah mengetahui bahawa saya ini seorang yang sangat sensitive, jadi Allah satukan saya dengan seorang suami yang sangat penyabar dan sering mendampingi saya walaupun jasadnya tiada di sisi saya. Inilah diri saya. Sebelum berkahwin, saya sejujurnya memang cepat terusik dan senang menitiskan air mata. Tapi dalam diam. Apabila sudah berkahwin, semua perubahan sangat cepat dikesan oleh suami yang sangat penyayang ini… Tidak ada ruang untuk disembunyikan.

        Pernah satu ketika, saya berkecil hati dengan sikapnya. Semasa dalam kereta, saya hanya mendiamkan diri. Kemudian, air mata pun mengalir laju. Betapa telitinya suami terhadap saya, kerana dia boleh mengesan saya menangis sedangkan dia sedang memandu kereta. Mungkin juga dia sedar perkara itu kerana gerak tangan saya menyapu air mata dan mengesat hidung. *_* Menakjubkan… Tahu apa tindakan suami yang amat saya cintai itu??? Dia berhentikan kereta di bahu jalan. Segera dia meminta maaf pada saya, walaupun saya belum mengatakan sebab saya menangis. Wahai suamiku, senang benar air mata ini jatuh berderai dek kerana halusnya rasa hati ini. Isterimu ini suka mengeraskan hatinya dalam segala urusan. Kemudian apabila sendirian, dia menangis. Wahai sayangku, isterimu ini cuba untuk menyembunyikan air mata ini. Kerana air mata ini jatuh bukanlah keranamu. Tapi kerana masalah yang wujud di sekeliling. Cuba disembunyikan agar tidak mengganggu dirimu. Tetapi apakan daya. Air mata ini tidak boleh terhalang dari jatuh apabila di hadapanmu.. Walaupun di khalayak ramai…. Pernah juga air mata ini jatuh di kawasan orang ramai…. Maafkan isterimu duhai sayang……. Ia mengalir sendiri… Tetapi tindakanmu amat bijak… Semua dalam genggamanmu dilepaskan. Jarimu segera menyelati jari isterimu. Matamu melihat tepat kedalam anak mata isterimu. Jarimu menyapu lembut air mata ini. Lalu didakap isterimu dalam pelukanmu. Kerana itulah semua masalah selesai dalam masa yang sekejap. Kerana itulah kita tidak pernah bergaduh berpanjangan. Hadirnya seorang suami yang sangat bijak dan berjiwa lembut.

        Ayuh kita beralih pula dengan cerita yang agak nakal… Saya mengadukan masalah saya kepada suami. “Sayang, laptop ni macam ada current kat bahagian kiri. Takut overflow. Bahaya ni..”  Keesokkan harinya, suami datang ke UPM Serdang dari Melaka untuk rawatan rambut dan juga makan malam Biomedical Club. Semasa menunggu suami membuat rawatan rambut selama satu jam, saya pun mengambil kesempatan untuk window shopping. Lalu saya ternampak satu coklat yang sangat cantik berserta bear. Sangat comel. Saya belikan buat husband bersama kad. Selepas rawatan rambut selesai, suami terus menerpa ke beg yang berisi coklat dan kad tersebut.. “Eeehhh…. Apa ni?” Suami saya tersenyum panjang. “Untuk abang ke?” Soal suamiku…. “Opppssss….. da tak surprise la macam ni…” jawabku… hehe… Terus dipegangnya beg itu. Tersenyum lebar sahaja dia… Kemudian dia ajak saya ke satu kedai. Dia beli reben tarik. Saya hanya memerhati dari jauh. Macam tahu sahaja kenapa.. hehehe… Sampai sahaja di hotel, suami meminta saya menarik hujung reben tersebut agar menjadi satu gulungan yang cantik. Saya cuba menahan ketawa. Selesai mandi, suami menunggu dengan beg laptop ditangannya bersama reben tersebut. Rupa-rupanya dia ingin meletakkan reben tersebut di beg laptop yang baru dibelinya buat saya. Syukur, Alhamdulillah sayang…. Hana sangat bersyukur kerana suami hana sangat prihatin. ^__^ hana suka sangat dengan laptop tu. Alhamdulillah…



      Antara cerita nakal yang lain, saya berkata kepada suami, “Erm, nak beli tudung la… Jom pergi warta..” Suami kemudiannya akur membawa isteri membeli belah. Sampai sahaja di warta, tudung yang saya cari tiada. Jadi saya berjalan pula ke kedai lain. Semasa di kedai jubah, saya ternampak sehelai jubah yang sangat cantik. Warnanya pun lembut. Lalu saya pun berkata, “Sayang, jubah ni cantik la… Murah ni.. RM50 je…. Kat tempat lain tak jumpa. Ada bunga-bunga lagi…” Akhirnya saya berjaya menambah koleksi jubah… hihihi… Semasa berjalan di kedai kasut pula, saya pun berkata lagi, “sayang, sandal ni dah nipis la. Sakit kaki.. Nak sandal baru boleh..” Suami pun akur juga.. Tiada sedikit rungutan pun yang keluar dari mulutnya. Keluar sahaja dari Warta Bangi, saya pun berkata, “Sayang, hana minta maaf.. Kata nak beli tudung. Tapi beli kasut dan jubah pula…” hihihi…. Suami hana memang terbaik… kata-kata nak sedapkan hati suami, “sayang beli baju, tudung untuk isteri, hana cover aurah..abang dapat pahala.. betul tak? Hihihi” Ataupun, “Hana dah menjadi isteri, imej hana maruah suami. Tak kan nak selekeh kan?” hihihi…. Sabar je la dapat isteri macam ni…. Tetapi, bukan semua barang tersebut suami bayarkan. Saya menggunakan duit sendiri. Jangan bebankan suami.. Berbelanja ikut kemampuan. ^_~

       Minggu inilah minggu kritikal. Dua minggu terakhir kuliah. Kena hantar abstrak proporsal, buat thesis, oral presentation dan lain-lain lagi… Saya rasa agak stress. Tambahan pula saya diserang cirit-birit, menstrual pain, sandal putus, sikat tercabut, wet lab x menjadi dan banyak perkara lagi. Sangat stress. Suami menelefon saya. Saya lebih banyak mendiamkan diri kerana tidak tahu mahu mula dari mana untuk berkongsi masalah. Menitis lagilah air mata ini semasa menceritakan semua masalah tersebut. Keesokkan harinya, suami menghantar mesej kepada saya, “Abang ada surprise..”  Rupanya dia menghantar gambar tiket bas untuk ke Terminal Bersepadu Selatan daripada Masjid Tanah, Melaka. Suami saya rupanya sudah sampai untuk berjumpa dengan saya. Sanggup ponteng kelasnya.. Masya Allah….. Tak tergambar gembiranya rasa dihati. Dia tidak putus-putus memberikan kata semangat kepada saya. Dialah suami terbaik buat saya. Saya ingin sekali bersamanya di syurga Allah.

     Kepada sesiapa yang membaca entry saya ini, bukanlah hadiah laptop sebagai objek utama, bukanlah jubah sebagai bukti cinta, bukanlah kereta sebagai syarat utama, bukanlah harta sebagai permainan bahagia. Semuanya datang dari hati dan cinta yang ikhlas kerana Allah. Hadiah terbaik buat isteri atau suami adalah kesetiaan, kepercayaan, mengambil berat, sensitive dengan pasangan dan banyak lagi. Itulah hadiah terbesar, yang tidak boleh diukur, tetapi sungguh besar nilainya. Penulisan ini adalah bagi merakamkan detik terindah bersama pasangan. Jika kesepian atau diuji dengan masalah, ingatlah semula kebahagiaan dan kenangan manis tersebut. Pasti terubat duka di hati. In shaa Allah..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, April 28, 2014

Cinta kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim… 

Betapa indahnya rasa cinta itu.. Cinta dalam rumah tangga. Ketawa bersama, menangis bersama, manja bersama, boleh berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Bagi cinta ‘pelaut’, saya meniatkan dalam hati, “Ya Allah… Tidak mengapalah jika kami sering berjauhan di dunia ini. Yang hanya ku mahukan adalah sentiasa bersama suami di syurga-Mu nanti…”.. Sungguh besar nilainya dan niat ini seolah mempunyai kekuatan. Niat inilah yang menjadi jawapan kepada kata-kata manusia. Kata-kata yang sering ingin menjatuhkan cinta seorang pelaut. 

Acap kali saya berhadapan dengan kata-kat mereka yang menyentap hati dan menambahkan keperitan yang dihadapi..
1. “Walaupun pelaut bergaji mahal, saya tak sanggup bersuamikan pelaut..” 

2. “Kenapa tak suruh suami berhenti kerja? Banyak lagi kerja kat darat ni..” 

3. “Saya dengar pelaut ni ada banyak ‘perempuan simpanan’”

4. “Tak sangguplah berjauhan dengan suami. Semua kerja kena buat sendiri” 

5. “Gaji pelaut kan banyak, buat apa nak belajar lagi? Tak payah kerja.”… 

Allahu akbar…. Sedihnya dengan pandangan manusia yang sedemikian.

Berbalik semula dengan persoalan mengenai cinta pelaut tadi. Mungkin dari sekolah lagi, Allah telah mentarbiyah saya untuk berdikari dan mencari kekuatan sendiri. Kerana apa? Hikmahnya telah saya perolehi sekarang.Saya perlu berdikari kerana saya isteri pelaut. Saya redha dan tak pernah menyesal mempunyai suami seorang pelaut. Saya memilih suami atas kerana jawapan istikharah. Saya minta jawapan dari Allah, jadi tak mungkin saya perlekehkan jawapan istikharah itu.

1. Saya memilih suami bukan kerana gajinya. Sejujurnya, saya mula mengetahu mengenai gaji suami ketika dia mengisi borang nikah. Saya tak pernah bertanya mengenai gajinya dan dia juga tidak pernah memberitahu saya. 

2. Kenapa saya tidak mensyaratkan agar dia berhenti kerja laut selepas berkahwin? Kerana saya memilihnya kerana Allah. Dia berkelulusan dalam bidang pelayaran. Dia sangat seronok berkerja sebagai pelaut. Adilkah sekiranya saya memaksa dia berhenti kerja semata-mata kerana saya? Jauh itu kan boleh menguatkan lagi rasa cinta. Jarak yang dekat sesekali tidak menjamin kebahagiaan. Malah menimbulkan banyak konflik. Kita ambil yang positif. Jika benar suami saya ingin berhenti kerja sebagai pelaut, saya rela. Walaupun gaji di darat mungkin 3-4 kali ganda kurang dari gaji pelaut. Kerana itu pilihannya. 

3. Mengenai fitnah pelaut mempunyai ramai ‘perempuan simpanan’, pada pandangan saya, saya memilih suami kerana agamanya. Saya tak nampak apa yang dilakukannya. Tapi Allah nampak. Allah itukan Maha Adil. Serahkan semuanya kepada Allah. 

4. Isteri seorang pelaut perlulah berdikari. Menguruskan makan minum anak, kesihatan anak, aktiviti anak dan pelbagai lagi. Bagi saya perkara itu sangat mencabar. Itulah ‘uniknya’ isteri pelaut.  Jangan fikir kita sendirian. Allah sentiasa disampingmu.. Jika ibu tunggal boleh menguruskan segala-galanya, tidak mungkin kita sudah gagal walhal belum mencuba. In shaa Allah.. 

5. Ini kisah saya. Saya merupakan seorang pelajar. In shaa Allah akan menamatkan degree pada bulan jun ini. Kebanyakan kawan saya semuanya memilih untuk bekerja. Namun saya memilih untuk sambung belajar. Pertamanya, itu permintaan suami. Keduanya, saya pun memang berminat untuk sambung belajar. Ramai juga yang cuba memberikan pendapat. Baiklah, saya mendengar, tapi keputusan di tangan saya. Semua mempersoalkan bahawa saya sepatutnya tidak perlu sambung belajar kerana gaji lepasan degree dan master sebagai science officer adalah sama. Tiada bezanya. Tujuan saya untuk sambung belajar, adalah untuk membuat penyelidikan. Tentang gaji, itu saya serahkan kepada Allah. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Jadi tak perlulah risau. Kita hanya perlu berusaha. Tak perlu kerja? Pendapat saya, jika anak masih kecil, saya perlu mendidik mereka. Apabila ilmu agama sudah mantap, maka campaklah anak di mana pun, pasti dia akan kembali kepada agama. Pendidikan awal itu penting. Tetapi, suami mencadangkan saya untuk bekerja agar saya tidak bosan. Hal ini tidak berani saya kupaskan kerana masih belum saya hadapi. Wallahu a’lam.  Inilah saya. Cinta saya kepada suami adalah kerana Allah.

Jika kami berselisih pendapat sekalipun, salah seorang akan beralah. Bagi saya, Jika tak boleh nak buat sekalipun, niatkanlah bahawa kita lakukan perkara tersebut untuknya adalah kerana Allah. Pasti semua yang berat jadi mudah. Inilah cinta seorang pelaut. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman. Aamiiin..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, September 9, 2013

ISTERI bermadu dengan KERJA..

Sering kali kita dengar mengenai kisah poligami. Poligami bermaksud lelaki mengahwini lebih daripada dua orang wanita. Maka lelaki itu perlu bersikap adil. Tetapi pada kali ini saya  ingin menyentuh tentang poligami juga. Tetapi poligami ISTERI dan KERJA.

Mungkin ramai para suami di luar sana tidak sedar mengenai perkara ini. Maka di sini, saya ingin menyentuh sedikit perkara yang tiba-tiba sahaja muncul di benak pemikiran yang kerdil ini,. Saya ingin merungkai topik ini berdasarkan persamaan antara ISTERI dan KERJA.

Ya, sememangnya itu dua perkara berbeza. Satu bernyawa, satu tidak bernyawa. Satu berperasaan dan satu lagi tidak berperasaan. Tiga perkara yang tidak akan putus setelah terpisahnya jasad anak adam dengan rohnya iaitu, sedekah jariah (KERJA), Doa anak yang soleh (ISTERI/SUAMI) dan ilmu yang bermanfaat (DIRI).

KERJA. Kadang-kadang lelaki terlalu asyik dalam berkerja sehingga terlupa dengan tanggungjawabnya yang lain iaitu isteri. Isteri telah meninggalkan keluarganya tercinta untuk menguruskan hidupmu wahai suami. Cukuplah kamu menghargainya dengan satu perasaan kasih dan sayang. Berurusan dengan manusia, ini soal hati. Hati boleh diurus baik hanya dengan kasih sayang. Barulah tiada pemberontakan. Ya, KERJA itu membuahkan hasil. Kerjalah sumber NAFKAH ZAHIR kepada sesebuah institusi keluarga. NAFKAH ZAHIR itulah yang kemudiannya bercambah menjadi rumah, kereta, pelaburan dan sebagainya. NAFKAH ZAHIR boleh membantu kita di dunia dan diakhirat sekiranya kita menggunakannya ke arah yang bermanfaat seperti bersedekah, zakat, menunaikan haji dan lain-lain. Kelak di akhirat, Allah pasti akan tanya bagaimanakah caranya kita membelanjakan wang itu. Jika baik, maka baiklah imbalan yang kita dapat. Tetapi jika buruk, maka buruklah yang kita dapat. Begitu juga buat isteri yang bekerja.

ISTERI. Kadang-kadang bersikap seperti kanak-kanak dan merimaskan. Tapi jika suami melihat, mereka bukanlah mengada-ngada atau membebankan. Mereka hanya memerlukan kasih sayangmu. Besar sangatkah pelaburan masamu kepada isteri sedangkan pelaburan wang boleh kamu beri sebesar-besarnya? Jika KERJA itu NAFKAH ZAHIR, maka ISTERI pula adalah NAFKAH BATIN. Jika KERJA boleh menghasilkan WANG, maka ISTERI pula boleh menghasilkan ZURIAT. Jika NAFKAH ZAHIR akan ditanya di akhirat, maka NAFKAH BATIN itu juga akan ditanya diakhirat. Jika didikan kita baik, maka anak yang soleh itu akan membantu kita diakhirat kelak. Tetapi jika buruk, maka buruklah imbalan yang kita akan dapat. SUAMI juga berhak mendapatkan perjuangan ini, kerana tanpa suami, siapalah isteri.

Hujah saya ini bukanlah saya beratkan kepada mereka yang bernama SUAMI. Saya turut tujukan kepada isteri yang semakin lupa dengan tanggungjawab mereka. Tetapi memandangkan golongan majoriti adalah lelaki yang menjadi rezeki, maka penekanan itu lebih saya berikan kepada mereka yang bernama SUAMI.

Buat suamiku yang bekerja di laut. Hana amat mencemburui masa sayang dengan KERJA. Sayang bersama KERJA selama enam bulan.. tetapi sayang bersama HANA hanya tiga bulan. Kadang-kadang rasa ingin menjadi seperti KERJA. Tetapi, kerja tak boleh bagi zuriat kat abang… jadi hana bersyukur dan tetap nak menjadi ISTERI abang hingga ke syurga. ^__^ Masa amat mencemburui kita di dunia, tetapi hana harap, masa tidak mencemburi kita bila di syurga. Hanya Allah mengetahui segala sesuatu..

Tetapi saya akui, KERJA dan ISTERI tidak boleh dipisahkan. Kerana MEREKA adalah pencetus kebahagiaan rumahtangga. Wahai KERJA dan ISTERI, berdamailah. Janganlah kalian bergaduh. Kerana SUAMI juga manusia biasa..

Saya sayang suami saya kerana Allah..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Tuesday, August 20, 2013

Perasaan di hari pernikahan

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga saya berkongsi kisah semasa di hari pernikahan antara saya bersama pilihan hati. 9 december 2012 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya dan suami.

Tiada apa dapat difikirkan. Rasa bagai tidak percaya. Malam sebelum perkahwinan, saya mengambil beberapa jenis bunga untuk mandi bunga. Sudah!! Mandi bunga?? Ini bukannya mandi bunga yang telah dijampi oleh tok bomoh ataupun yang seangkatan dengannya. Tujuan mandi bunga dan limau tu, sebab mahukan wangi dan kesegaran bunga itu sahaja.. Saya sempat juga bacakan surah yassin dalam satu botol air, dan kemudiannya saya campurkan air itu dengan air bunga di dalam baldi. Dengan harapan agar Allah memudahkan segala urusan pernikahan dan majlis walimah yang sangat-sangat bermakna ini. Alhamdulillah.. sangat menyegarkan.

Malam itu, saya sibuk membuat persiapan terakhir bagi hantaran dan hiasan di ruangan akad nikah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebelum tidur, ada beberapa orang kawan yang sanggup datang awal semata-mata untuk memakaikan inai kerana inai sebelumnya tersangat cair. Tidak berseri langsung. Mungkin salah cara bancuhan. Maklumlah, persiapan sendiri.. ^__^ Lepas pakai inai, terus tidur. Tak fikir apa dah.

Dua perjanjian yang telah saya dan suami lafazkan sebelum pernikahan.Perjanjian yang  pertama, kami tidak boleh bersua muka sepanjang tempoh pertunangan dan perjanjian yang kedua ialah aurat saya terhadap suami masih seperti hubungan ajnabi melainkan sebelum tidur. Mengapa perlu bersyarat? Erm.. barulah rasa keindahan perkahwinan itu. ^_~



Dengan syarat itu, membuatkan saya rasa sangat berat untuk melihat wajah suami terutamanya sebelum akad nikah. Maafkan adinda wahai kekanda.. Terlalu berat untuk melihat wajah suami sehinggalah terlafaz ijab dan qabul. Mahu dikikis perasaan yang tak menentu itu. Sesudah akad, penyerahan mas kahwin dan sesi bergambar, kami melaksanakan solat sunat nikah untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah yang telah melancarkan majlis pernikahan kami. Apa yang mengagumkan, itulah kali pertama kami solat berjamaah sebagai suami dan isteri. Alhamdulillah ya Allah. Sungguh besar nikmat-Mu ini. Sangat terharu semasa suami membacakan doa diumbun rambut ini. Bagai nak gugur jantung ini.. ^__^

Semasa persandingan, saya mengukirkan senyuman khas buat semua sahabat-sahabat yang sudi hadir. Alhamdulillah… Terima kasih kerana sudi memeriahkan dan mendoakan kami.. Terima kasih kerana banyak bagi hadiah… Complete kitchen sets. ^__^ Terima kasih buat saudara, jiran, rakan sekelas, Biomedic tahun ketiga, tahun keempat dan juga junior, rakan-rakan mantan MTM dan MTM, rakan-rakan PMIUPM, rakan-rakan bekas pelajar Matrik Johor, rakan-rakan UTeM, jiran lama, dan semuanya yang telah hadir. Alhamdulillah.. Sangat ramai dan meriah.



Bersama iringan paluan kompang, tiga pertunjukan silat, satu tayangan video yang cukup indah (pre-wedding), dan lain-lain lagi. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Satu ucapan, ribuan terima kasih yang tak terhingga dan yang terpaling special adalah buat ayah dan ibu yang tersangat sporting. Tampa redha mereka, maka tiadalah redha Allah. Alhamdulillah, dengan redha dan izin mereka, saya sudah pun menjadi seorang isteri kepada seorang ‘lelaki’ yang tidak pernah saya kenali sebelum ini.  Seorang anak yang dahulunya bergantung kepada ibu dan ayah, kini menjadi isteri pelaut yang perlu berdikari sendiri. Jika dahulunya ayah dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas saya, kini suami pula yang akan menggalas tanggungjawab yang amat berat itu. “Kerana sayangnya hana terhadap abang, in shaa Allah hana akan menjaga setiap batas perlakuan hana sebagai isteri abang. Walaupun abang jauh, cinta yang dipupuk atas cinta Illahi ini pasti akan dilindungi dan dirahmati oleh-Nya.. Biiznillah..”

Pasti kalian tertanya apakah tujuan perjanjian kedua yang telah saya nyatakan tadi. Tujuan saya memberikan perjanjian tersebut adalah, saya selalu cuba dan cuba untuk menutup aurat saya dikalangan lelaki ajnabi. Tetapi selepas akad nikah, maka apa yang telah saya pelihara adalah ‘halal’ hanya untuk suami. Maka saya berpandangan, kali pertama suami melihat aurat saya, biarlah dalam keadaan sebaik yang mungkin. Bukannya dalam keadaan tidak terurus kerana keletihan. You get what you give. The most important thing is the first impression. ^_~


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Monday, August 12, 2013

SETINGGI MANA EGOMU DALAM RUMAH TANGGA??

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Takutnya hamba ingin menulis pada kali ini ya Allah… Kau jauhkanlah hamba daripada perkara2 ini ya Allah.. Cuma tujuan saya ingin berkongsi adalah sebagai peringatan sesama kita dan sebagai peringatan kepada saya di hari tua.. In shaa Allah… Dengan pemikiran yang waras, saya harap idea ini boleh memimpin saya kembali ke jalan yang benar sekiranya suatu hari nanti saya diuji pula dengan hal yang sedemikian. Nauzubillahi min zalikh..

Baru-baru ini, pasti kita sangat biasa dengan amalan memohon ampun antara orang-orang yang kita sayangi dan kenali. Jatuh berderai air mata memohon ampun, namun belum pun tegak matahari diatas kepala, sudah mengulangi kesalahan yang sama. Adakah sudah menjadi tabiat dan kebiasaan? Nauzubillahi min zalikh ya Rabbal A’lamin..

Anak memohon ampun kepada kedua ibu dan bapa, isteri memohon ampun kepada suami. Namun, belum selesai pun sehari beraya, sudah mula bergaduh semula. Dengan isteri berani menaikkan tangan ke muka suami… Wahai wanita…. Setulus mana pun sayangmu kepada suami, jika kita sayang anak, kita tangan-tangankan, tapi tiada istilah itu terhadap suamimu. Wahai wanita…. Sebelum kamu bernikah, syurgamu adalah dengan redha kedua orang tuamu. Tetapi apabila sudah terlafaznya, “Aku terima nikah …….dengan mas kahwinnya, …….tunai”, maka syurgamu adalah bersama redha suamimu. Walaupun sekeras mana pun suamimu, walau macam mana salah pun suami mu, gunakanlah cara terbaik untuk berbincang. Rendahkan egomu.

Begitu juga denganmu wahai suami. Walaupun syurga isteri adalah bersamamu, ini tidak bermaksud kamu berhak ke atas isteri sepenuhnya. Isterimu adalah pendampingmu… Tulang rusukmu.. Bukan dari tulang kepala untuk dijunjung dan bukan juga dari tulang kaki untuk dipijak-pijak. Tetapi dari tulang rusukmu wahai kaum Adam. Tulang yang dekat dengan hatimu untuk disayangi. Fahamilah isterimu. Berlembutlah dengannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Jika dinilai antara kalian siapakah yang terbaik bersama isterinya, maka akulah yang paling baik terhadap isteriku..”

Siapa kata dengan KEKERASAN itu kita boleh melembutkan hati yang KERAS???? Lalu bagaimana titisan air yang lembut boleh melekukkan batu yang keras setelah berulang kali menitis di atas tempat yang sama??? Wahai suami, wahai isteri…. Pilihlah jalan KELEMBUTAN untuk menyelesaikan urusan antara kalian.  Hidup ini tidak lama.. Entah esok, entah lusa, nyawa kita boleh diambil. Hablu minAllah, Habluminannas… Menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Allah menciptakan manusia sebagai khalifah, bukannya sebagai ahli ibadat semata-mata.


Inilah jawapannya mengapa saya mudah menitiskan air mata apabila suami tertinggikan suara. Terlalu banyak masalah rumah tangga yang saya lihat… dan saya takut…. Nauzubillahi min zalikh…

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~ 

Wednesday, May 29, 2013

Buat suami yang jauh di lautan...

Hanya coretan bahasa indah…
Pegubat hati yang semakin gundah…

Bila hamba duduk, rasa x keruan…
Bila hamba baring, rasa kekurangan…
Lalu hamba ambil laptop dan hamba tekan2…
Inilah bait2 kata yang hamba perlukan..

Jarak yang jauh itu membatasi..
Masa juga semakin menguji..
Jika dirimu hanya menyepi..
Semakin sukar hari2 dilewati..

Hidup ini bukanlah lakaran…
Dihadiahi Illahi dengan dugaan..
Kuatkan diri cubalah bertahan…
Hanya doa yang hamba kirimkan…

Senyuman itu pengubat duka..
Menjadi penghibur hati yang lara..
Kita  hanyalah insan biasa…
Semoga dicucuri rahmat dariNya..

Gugurnya ‘ia’ x dapat ditahan..
Setiap titisan mewakili perasaan…
Sedih dan gembira pasti dikeluarkan..
Tenteramkan jiwa yang kekusutan..

Disingkap jendela merenung rembulan,
Mengharapkan esok lebih indah,
Andai x tercapai apa yg diimpikan,
Janganlah kita mudah mengalah..

Yang mudah itu indah….
Yang payah itu  lumrah…

Tuesday, May 28, 2013

Cara mengatasi rindu kepada suami...

Bismillahirrahmanirrahim…

Ditinggalkan selama enam bulan kerana suami mencari nafkah di laut…. Begitu perit rasanya… Namun, sampai bila harus melayani keperitan itu? Lalu saya terfikir, bukankah Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya sesuai dengan kesanggupannya? Sekarang ini Allah mengujiku dengan berjauhan daripada suami. Maka, saya harus gagahi juga… Bukan saya sahaja merupakan isteri seorang pelaut. Ramai lagi di luar sana. Sampaikan saya terfikir, bagaimana mereka mencari ‘kekuatan’ tersebut. Baru 4 bulan perkahwinan, sudah terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Sangat sedih…. Sangat kesepian… Namun ada beberapa perkara yang saya lakukan agar dapat merawat keperitan ini.

Allahu Rabbi…. Allah sahaja yang boleh memberikan ketenangan itu… Maka saya mengadukan rindu ini kepada Allah… Doakan yang terbaik buat suami. Jika terlalu rindu, saya sedekahkan yassin buat suami… Semoga suami juga diberikan kekuatan oleh Allah.. Setiap hari saya baca Al-Quran yang dihadiahkan suami agar dia juga turut mendapat ganjarannya… Kerana sayangnya saya kepada suami kerana Allah…

Terkadang kuat rasa rindu terhadapnya. Hal ini sangat-sangat dirasakan bila saya bersendirian, dan juga pada hari-hari tertentu wanita (hanya wanita faham hari-hari sensitive mereka. Buat lelaki boleh belajar daripada isteri tentang hari-hari tertentu itu kerana setiap wanita lain harinya). Kita perlu mengetahui punca kita sensitive, jadi kita boleh mencari solusinya.. Dan cubalah sibukkan diri dengan aktiviti luar.

Bila rindukan suami, maka terhasillah madah-madah dan bait-bait kata yang menggambarkan kesepian dan semangat buat diri sendiri. Saya senaraikan planning yang akan dilaksanakan apabila suami balik nanti. Nampak lebih teratur. Maka lahirnya perkara-perkara yang unik dan kreatif untuk menyampaikan rasa cinta kepada suami…

Benar kata orang… Apabila berjauhan dengan suami, rasa rindu itu akan meneguhkan lagi rasa cinta kerana kita boleh menilai layanan kita terhadap suami sebelum ini. Jika ada yang kurang, kita boleh perbaiki. In shaa Allah.

Satu pesanan saya buat suami dan isteri, belajarlah dan amalkanlah memohon ampun sesama sendiri setiap hari sama ada sesudah solat ataupun sebelum tidur. Bincanglah apa masalah kita terhadap pasangan kita. Cari waktu yang sesuai. Kita seharusnya berterus terang dan tidak menyimpan perasaan yang tidak enak itu. Hal ini kerana, lelaki kadang kala tidak perasan dengan perasaan sentitif wanita. Maka kita perlu saling peka kerana sudut pandang seorang lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Sebab itulah Allah ciptakan wanita dan lelaki itu berpasangan dan saling melengkapi…

Sangat-sangat rindukan saat menjadi makmum solat berimamkan suami, merindui  saat mengaji Al-Quran bersama, merindui saat bersalaman memohon ampun kepada suami, merindui saat bergurau senda dengan suami… Wahai suamiku, semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah… Wallahu a’lam


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Lakaran Minda (diri dan alam perkahwinan)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi membaca entry saya pada kali ini… Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menaip walaupun sedikit kepenatan bermusafir di muka bumi Allah ini. Tiba-tiba diri ini terpanggil untuk menaip mengenai “Lakaran Minda”… Apakah itu “Lakaran minda”?

Bagi saya, life is an experiment because not all people in this world would experience the same things, faced the same problems. But remember that we came from Allah, and our Ad-Deen already united us together and bring us back to our Creator… How beautiful our Ad-Deen, Islam (the way of life, religion)..

Mengenai Lakaran Minda…. Seperti post saya sebelum ini mengenai “Preparation perkahwinan seiring preparation kematian”, saya sebenarnya ingin memberi penekanan mengenai ‘preparation’ atau ‘persediaan’ diri kita. Lakaran Minda ini merupakan salah satu cara saya membuat ‘persiapan’ tersebut. Sebenarnya diri kita ini dikawal oleh pemikiran kita sendiri. Otak dan Pemikiran adalah dua perkara yang berbeza… Otak tidak bererti tanpa pemikiran yang sempurna… Jadi, jika kita mahu mengawal sikap kita, maka kawallah pemikiran kita dahulu. Saya telah mencuba ‘experiment’ ini dalam diri saya. Alhamdulillah berkesan. Lakaran minda ini boleh dibuat mengenai kebaikan yang kita mahukan dan juga keburukan yang kita mahu perbaiki.



‘Kita’ sebelum baligh a.k.a puberty adalah hasil tarbiyah (didikan) ibu bapa. Tapi ‘kita’ selepas akil baligh merupakan diri kita sendiri. Kita sudah ada ‘pemikiran’ jadi kita harus ‘drive’ our own self on the right way. Kita yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Don’t blame others. Berbalik semula kepada ‘experiment’ yang telah saya jalani kepada diri saya sendiri. Sebagai contohnya, sebelum saya berkahwin, saya menyenaraikan beberapa kelemahan diri saya. Kemudiannya, saya cuba cari penyelesaiannya. Maklumlah, nak hidup dengan orang baru yang sangat-sangat dicintai, jadi perlulah kita cuba menjadi yang baik, walaupun bukanlah yang terbaik. Saya sebenarnya seorang yang cepat marah. Bila saya fikirkan kesannya dalam rumah tangga yang bakal saya bina, maka saya cuba mencari solusinya. Perkara yang saya rasa paling baik adalah, DIAM. Apa yang saya lakarkan dalam minda adalah, bila saya marah > saya perlu DIAM > tarik nafas dalam-dalam > beristighfar… Adakah kita tiada perasaan? Mampukah kita pendam setiap kemarahan?? Soalan yang pasti akan dilemparkan oleh para pembaca, bukan? Jawapannya adalah, saya diam dahulu, bila kemarahan sudah reda, barulah saya akan berbincang dan meluahkan kepada suami dengan kata-kata yang lebih sopan dan manis. Itu adalah lakaran minda saya sebelum kahwin. Dan Alhamdulillah, itulah yang saya lakukan selepas berkahwin dan amat berkesan. Dan jika suami marah, saya juga akan DIAM.

Mulut perempuan ni sangat bahaya… sangat laser dan syaitan mudah sangat menguasai manusia yang sedang marah. Kerana apabila kita marah, syaitan akan masuk ke dalam pembuluh darah kita. Sepertimana kisah syaitan dan Nabi Musa a.s. Syaitan memohon pertolongan Nabi Musa agar Allah mengampunkannya. Allah memberikan syarat kepada syaitan. Jika mahu pengampunan, syaitan perlu bertaubat dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Namun syaitan tetap enggan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Lalu syaitan memberitahu satu rahsianya kepada Nabi Musa a.s atas pertolongan yang diberikan. Syaitan berkata, “ Akan aku beritahu satu rahsia kepadamu wahai Musa. Janganlah engkau marah, kerana apabila engkau marah, aku akan masuk ke dalam pembuluh darahmu..” (cerita yang diringkaskan)

Saya yang masih berumur 22tahun, masih merupakan seorang pelajar, dan bergelar seorang isteri ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu Allah dengan kalian semua. In shaa Allah. Rumahtangga, bukan setakat terbina melalui agama, bahkan perlu ada kesenian. Itulah fitrah kehidupan.Sedangkan Rasulullah sendiri bergurau senda dengan Aisyah, dan sangat kreatif dalam menzahirkan rasa cintanya kepada isteri tercinta, inikan pula kita… Contohnya, Rasulullah bermain lumba lari dengan Aisyah, menghulurkan pehanya agar dipijak Sufiyah untuk naik ke atas unta, minum air di bekas bibirnya Aisyah, menghadiahkan cincin kepada semua isterinya tetapi minta dirahsiakan kerana takut isteri yang lain cemburu walhal semuanya mendapat cincin dan banyak lagi.

Saya juga ada mereka beberapa permainan yang kadang kala nampak seolah-olah tidak matang, tetapi hal itulah yang membangkitkan rasa cinta suami dan isteri. Tambahan pula berjauhan dengan suami selama enam bulan, maka wujudlah pelbagai aktiviti dan permainan untuk suami… Tapi hati-hati ya, jangan sampai suami rasa dirinya diperbodohkan pula. Perlu pandai menyesuaikan semuanya dengan keadaan.  Saya mencipta lirik lagu, buat video, berpantun, berteka-teki, saling bertukar hadiah, jogging bersama (walaupun suami je jogging dan saya follow naik motor,, eerrr.. maaf ya sayang,, sayang lari laju sangat… semput nak kejar> for my husband), masak bersama, main menang kalah dan macam-macam lagi… Alhamdulillah mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada suami… (for my husband>terima kasih sayang kerana sudi melayan karenah isterimu ini.. heee ^_~)

Apa yang kalian ingin lakukan, siapa kalian yang akan datang, kalian perlu lakarkan sekarang.1) Ambil sehelai kertas, senaraikan kelemahan kalian, dan cari solusinya. Cuba perlahan-lahan. We drive our own self. 2) Ambil lagi sehelai kertas, senaraikan kehidupan anda yang akan datang. Contohnya, sekiranya saya sudah berkahwin, saya nak solat berjemaah setiap waktu dengan suami, saya nak mengaji Al-Quran dengan suami, saya nak bertahajud dengan suami, saya nak panggil suami dengan panggilan yang mesra dan lain-lain lagi. Kenapa perlu sekarang? Kerana jika terlambat, kalian semua akan menyesal. Mulakanlah semua ini pada hari pertama setelah akad nikah. Jika kalian nak mulakan 5 tahun selepas nikah, jawabnya pasangan anda akan memberi respond yang amat menyakitkan iaitu, “dah kurang tabiat ke awak ni?...” Eeerrr…..

Selamat mencuba semua…. Saya hanya berkongsi sedikit ilmu… Mana yang salah harap ditegur. Jangan terlalu obsess dengan lakaran minda kalian, kerana reality tidak seindah lakaran minda. Setiap orang pasti ada kelemahannya. Kita hanya berusaha. Jika ada yang tidak berapa baik datang, maksudnya Allah nak uji kita..Yang baik datang daripada Allah (Khaliq) dan yang lemah datang dari diri saya sendiri. Wallahu a’lam…

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Saturday, April 27, 2013

Belum sampai rezekiku...


Bismillahirrahmanirrahim

Berkahwin semasa belajar…. Mesti terfikirkan, bagaimana pula jika pregnant? Ada 2 pendapat sahaja diri ini terima. 1. Membuat Family planning… (x kisah la samaada secara semulajadi, pil perancang atau apa jenis sekalipun.) 2. Tak perlu planning untuk anak pertama kerana itu adalah rezeki Allah. Akhirnya diri ini memilih pilihan yang ke-2 kerana diri ini yakin bahawa Allah sentiasa akan membantu hambaNya…     Doaku, “ Ya Allah, jika anak ini ‘memberatkanku’ sepanjang tempoh pembelajaranku, maka Kau permudahkanlah mana yang terbaik buatku ya Allah. Tapi jika anak ini tidak ‘memberatkanku’ sepanjang tempoh pembelajaranku, maka Kau kurniakanlah dia kepada diriku dan suamiku kerana sesungguhnya kami sudah bersedia…”

Walaupun agak ragu-ragu dengan keputusan itu, setiap bulan diri ini menantikan petanda-petanda kehamilan… Kadang-kadang rasa macam pseudopregnancy (x pregnant, tapi rasa macam ada baby dalam perut) la pula… Bila ada masa, buku Diari Hamil ku belek2…. Semakin excited rasanya…. Bila buka fb, diri ini join group Ibu-Ibu Mengandung.. Habis semua gambar di saved.. Semua maklumat di saved… Bila tiba waktu makan, rasa nak ambil diet yang sihat.. Preparation untuk hamil… 7 April 2013, suami telah berlayar… Maka, 6 bulan daripada itu, tidak dapat berjumpa lagi dengan suami tercinta..

Bulan terakhir itu amat2 dinantikan. Bila tiada juga petanda kehamilan, tiba-tiba diri ini rasa sedih… Maksudnya, lagi  15 bulan (paling kurang) bagi mendodoi seorang bayi yang bernama anak. Ya, itu semua aturan Allah… Bila diberi kata semangat oleh suami, rasa semangat kembali datang. Hidup masih diteruskan dengan life sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, ramai kawan yang telah pregnant. Satu hari, diri ini mendapat tahu seorang kawan yang pernikahannya lewat sebulan daripadaku telah pregnant… Ya Allah… Tak berhenti air mata ini mengalir… tak tahu la,,, Malam itu rasa bagaikan malam yang syahdu… Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Rasulullah…. Tapi sangat2 sedih…. Ya Allah…… Mmg benar, diri ini x berapa nak ready klu ada baby sekarang,,, tapi, inilah fitrah selepas kahwin,, bila dah kahwin, mesti nak anak….…. Allahu Akbar…. Suami jauh pula… xde tempat nak mengadu…… tiada siapa yg faham melainkan Allah…… Mungkin belum sampai rezekiku....

Kita sering mengharapkan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita, Marilah kita mengingati kematian… Moga dengan itu kita boleh melembutkan hati ini…

~~Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW~~

Friday, April 26, 2013

5 months and 10 days more to go to hold again your hand……


Siapa yang sangka, isteri seorang pelaut itu lembut hatinya?

Tatkala melihat pasangan suami isteri yang lain sibuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam, diri ini isteri seorang pelaut hanya boleh menyingkap kenangan,…. 6 bulan terpaksa digagahi tanpa suami di sisi…. Suami mencari rezeki, jauh x keterlihatan walau bayangan….

Perit, sakit, rindu dihadapi sendiri.. Tiada lagi tempat bermanja…  jarang pula mendengar suaranya…. Di cari tempat untuk bermanja,,, dicari tempat untuk mencurahkan kasih sayang, si dia tiada,,, hanya tulisan2 yang menghubungkan bagi meluah rasa rindu, kasih dan cinta….. Kadang2 diri bertanya… Sampai bila? Jawabku, in shaa Allah… sampai di Syurga diri ini tetap menantimu wahai suami tercinta…

Dirimu juga turut tersiksa…. Dikejauhan dan sibuk dengan kerja…. Dilanda ombak, ribut demi mencari rezeki buat keluarga….

Dikala diri ini melihat isteri2 sibuk menyiapkan makanan untuk suami, sibuk bersiap untuk menyambut kepulangan suami setiap hari…. Namun hati ini hanya mampu merintih,,, Saat itu tidak dapat dinikmati selama 6 bulan….

Bila di rumah, terkenang wajah suami tersenyum….. Teringatkan suami yang sering membuatku ketawa.. Terbayangkan suami yang sering membantu meringankan kerja rumah…
Air mata tidak berhenti menitis… Kononya dulu, diri bertekad bahawa diri ini kuat dan mampu menghadapi semuanya…. Tapi diri ini lemah,… Sehingga air mata sendiri pun tidak bisa di hentikan….

Perlahannya masa berlalu,, hanya gambarmu wahai kekasih yang membuatkan diri ini terjaga…  di setiap kali melelapkan mata, sering pula dirimu muncul didalam mimpiku…
Wahai suamiku….. Alangkah indahnya saat dulu… Saat kita bersama ketawa, menangis… Pedihnya hati ini untuk ke tempat dulu… bergetar rasanya hati,,, kerana kuatnya bayangan terhadapmu…

Setiap perkara harus dilakukan sendiri… Tanpa dirimu di sisi…. Semoga Allah kuatkan hati ini….
Sayang, dirimu tetap ku nanti….

5 months and 10 days more to go to hold again your hand……

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW~~

Thursday, February 21, 2013

PUISI KHAS BUAT SUAMI TERCINTA.. ^__^


Duhai sayangku,,,
Setelah terlafaz ijab dan qabul….
Hati ini sebak rasa bersyukur…
Satu janji  akan dimakbul..
Ingin buatkan dirimu terhibur..

Duhai suamiku,,,
Hadirmu sebagai ketua keluarga..
Penyatuan dua keluarga berbeza..
Kini bersatu dengan izinNya..
Bagi membentuk sebuah 'syurga'..

Duhai si pemilik hati,,,
Banyak kurangnya diri ini..
Adinda cuba untuk perbaiki…
Agar dirimu gembira di sisi…
Mengharap redha dari Illahi..

Duhai nakhodaku,,,
Dirimu sentiasa berada di lautan..
Jauh berlayar meredah gelora..
Semoga kita diberi kekuatan..
Dihiasi dengan rasa cinta..

Duhai mujahidku,,,
Adinda harapkan anakanda kita,
Bisa berjuang demi Ad Deen tercinta..
Kerana itulah cita-cita adinda..
Untuk syahid membela agama…

Duhai kekasihku,,,
Hidup di dunia sementara cuma…
Dengan redhamu dinda bisa ke syurga…
Ampunilah segala khilaf dan dosa…
Yang mana terlepas atau sengaja…

Duhai perwiraku,,,
Dinda ingin menemani dirimu..
Dinda harap kanda bisa membantu…
Dinda ingin menjadi bidadari syurgamu….
Dinda  harap kanda akan memimpinku..

Duhai  pahlawanku,,,
Adinda kagumi cinta mereka..
Tulus cintanya Rasulullah dan Aisyah..
Teguh kasihnya Zulaikha dan Yusuf…
Utuh cintanya  Adam dan Hawa..
Setia kasihnya  Fatimah dan Ali..

Duhai  penawarku,,,
Tugas kita membentuk keluarga..
Amanah Allah pasti ditanya…
Tiang masjid, tarbiyah agama…
Batu binaan kasih yang setia…

Duhai imamku..
Waktu terasa bergerak perlahan..
Rindu didada semakin tak tertahan..
Rahsia diri ramuan kesabaran…
Diwarnai dengan keceriaan…

Duhai tuan pemilik ‘Hana’,,,
Hari ini kita bersama…
Mula penyatuan dua jiwa..
Semoga kita bisa berbahagia..
Limpahan rahmat dari Pencipta..

Salam sayang buat yang teristimewa,,,
Zaujku yang tercinta…. Mr Z.. ^___^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~