Saturday, January 31, 2015

Second day for the first time experience onboard.29 jan 2015

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah.. Ini adalah hari yang kedua atas kapal Puteri Mutiara Satu ni… ^_^ Banyak pengalaman yang menarik diluar jangkaan saya. Rasa macam nak tangkap gambar semua dan share kat sini. Tetapi, bukan semua bahagian boleh tangkap gambar… huhuhu #_# Perkara pertama di pagi hari, sudah tentulah sarapan pagi… disebabkan malam tadi tak makan, perut ni dah berdendang kebuluran.. Ruang makan sangat besar… banyak ruang…. ^__^ Untuk minuman, boleh buat sendiri (air panas) atau boleh ambil air jus/ susu/ apa2 sahaja dalam peti ais. Macam masuk pasaraya dan minum sahaja ikut suka.. xperlu bayar.. hihi..Perkara yang kurang best, saya terjaga dari tidur kerana terbau bunker (minyak kapal yang tersangat likat). Sesak nafas dibuatnya…. Sampai dalam bilik.. %_%. Hari ni baru saya tahu, kapal ni adal 10 tingkat.. huhu…. 5 tingkat kebawah tu bahagian engine. Tak boleh pergi… Sangat panas. Tapi jika berpeluang, nak juga tengok.. heee….. 5 tingkat ke atas adalah tempat penginapan/tempat makan/gym/tempat rehat/dapur/bilik meeting/ laundry (mesin basuh/mesin pengering, penyidai baju, seterika, sabun free) dan banyak lagi.. Cuma saya tak habis explore.. Bilik macam hotel.. hikhik.. Bilik officer luas juga…. Ada toilet dan bilik mandi, meja untuk buat kerja, sofa, katil queen size yg empuk(sudah tentu..hee), almari, banyak drower/cabinet dan peti sejuk. Bilik kapten lagi luas… siap tv dan computer lagi… huhuhu…

Hari ni kapal nak keluar dari port Bintulu. Hubby request pada kapten untuk bawa saya join departure operation kat bridge/  te,pat nak drive kapal.. Alhamdulillah… dapat juga join.. mereka sangat professional.. Kapten tu dari Negara India, sangat tinggi macam Shah Rukh Khan… haha… Dia sangat baik… Tetapi, still tak boleh mengalahkan ketampanan, kesegakan, kebaikan my hubby yang manja ni.. heee…  kat bridge tu, sangatlah besar. Ibarat 3 kelas bergabung.. eeerrr…. Banyak equipment, alarm, dan radar. Setiap bunyi alarm ada maksudnya, jadi officer perlu tahu dan cekap dengan maksud alarm tersebut. Banyak sangat alat kapal. Mungkin perlu update dalam entry lain bagi sesiapa yang berminat huhuhu. Contohnya wind direction, GPS, VHF radio tel, intercom tel, autotel, chronometer, barograph (to check the atmospheric pressure)-sgt cute dan slow membuat graph dan banyak lagi alat2 lain.… heee….
Inilah bridge


Semasa operasi tersebut, officer di bridge akan berhubung dengan engineer di bahagian engine, pilot (bot penarik kapal-ada 2 bot penarik), dan officer di port. (rasanya… x sure sangat).. Hos / nozel yang mengisi gas LNG (liquid nitrogen gas)dan yang menghubungkan kapal dan port telah dipisahkan dari kapal. Mereka akan pastikan keadaan selamat untuk melepaskan tali yang mengikat kapal perlahan2… Tali tu, ada di sebelah kapal sahaja… Tali tersebut adalah besi.. bukan rantai biasa… (ni pun tahu sebab petang tu jalan2 tengok tali tu dengan hubby. Hee). Kemudian, bot pilot (dikelilingi tayar getah sebab ingin mengurangkan momentum/ kesan pelanggaran, jika kapal penarik terlanggar kapal jusco eon) pun menarik kapal yang sebesar jusco eon ni jauh sedikit daripada port. Saya agak dalam 5-8 meter jauh sedikit daripada port. Kemudian bridge akan minta engineer hidupkan engine untuk kapal jusco ni bergerak sendiri.
Cara tambat kapal di port.

Sepanjang 3 jam operasi, sangat ramai officer di bridge. Nampak kerja mereka macam senang je… Roger number2 yang pelik, dan asyik pandang je depan… Saya pun kurang pasti mereka pandang apa… hikhik… x faham…. Nampak laut, bot dan kapal yang lain je… hee….. Ada yang sibuk merekod laluan, dan alarm sentiasa berbunyi.. Sangat banyak alarm… Officer asyik kena off kan alarm dan rekod maklumat dari equipment yang mengeluarkan bunyi alarm tersebut. Saya buat apa??? Duduk sahaja… buat air milo… tinjau pemandangan guna teropong sikit, jalan2 sikit.. heee…. Itu sahaja yang mampu dibuat… Tak boleh tangkap gambar….. sebab ada kapten… klu curi2 boleh agaknya… hikhik….
Pemandangan dari brige ke bahagian depan kapal


Pada jam 3.30 petang, sepatutnya semua 8 orang yang baru sign on perlu join safety tour briefing. Saya hanya turunkan signature je… Husband request, dia akan buat special safety tour briefing dengan saya… heeee… special sikit…. My hubby ni, tak suka kawan-kawannya pandang saya… Jeles katanya… hikhik… So, selalunya dia akan pegang tangan saya walau ke mana pun… Nak makan pun, bukan waktu kemuncak. Bila terserempak dengan kumpulan kawannya, my hubby tarik tangan saya dan jalan laju-laju,… sesekali tengok hubby jeles macam tu, rasa sweeeettttt pula,, hikhik.. ^__^ Selepas hubby habis duty pada jam 4 petang, kami pun pergi dinner… sangat awal… dalam jam 5 petang dah siap terhidang makanan. Ada nasi ayam. Tapi sangat seeddaapppp…. Seriously, chief cook ni memang pandai masak… Macam kat hotel.. Special,… tak sama macam macam kat kedai2 ni… Opppsss… lapar balik, bila cerita tentang makanan ni… heeee

Selepas makan, saya dan husband berjalan keliling kapal.. Haaa, dengar macam senang, tenang dan best kan? Sebenarnya, angin sangat kuat… Rasa macam nak terbang… betul…. Keliling tu air laut, berwarna hitam (maksudnya kedalaman yang hampir 100 meter, dengan kapal ni melawan ombak dan kami pula melawan arah pergerakan kapal.. Disebabkan kami berjalan mengelilingi kapal, jadi sebelah kapal tu, kami lawan arah kapal, dan sebelah lagi kami ikut arah kapal bergerak… heeee…. Angin sangat kuat…. Jalan pun kena tunduk sikit.. macam nak terbang….. bahaya…. Inipun husband cakap, masih biasa…. Eerr… *_*.. Ok.. sambung lagi kemudian.. da pening kepala… *_*


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Friday, January 30, 2015

First day for the first time experience onboard. 28 jan 2015

Bismillahirrahmanirrahim.... Ini kisah first day di kapal... Alhamdulillah... Sangat best... Walaupun bermula dengan perkara yang menyakitkan. Saya dapat tiket flight pada pukul 8 pm, 27 jan 2015. Itupun setelah di push banyak kali oleh Kapten. Setelah dapat tiket tu, baru lah tahu, flight pada jam 4.10 pm pada keesokkan harinya (28 jan 2015). Ketibaan dianggarkan pada 6.10pm. Sebenarnya perjalanan  KLIA-Bintulu hanyalah 1 jam 45 min. Tapi nak kira waktu kapal terbang tu berlepas lagi dan urusan yang lain, maka kesimpulannya hampir 2 jam juga la dalam flight tu. Apa yang best, MiSC sponsor flight ticket.. Mahal ni naik MAS.. hikhik.. *_* Part yang kurang best adalah, saya duk sebelah lelaki. Rupanya dia itu admin officer (AO) kapal Puteri Mutiara Satu ni... heeee.... Kena gagahkan diri untuk bertanya. Setakat ni, dua orang yang saya ‘serang’ itu adalah orang MiCS melalui gaya dan cara mereka berbual. Kebetulan pula masa tu, mereka ada berbual begini, “Eh.. kau naik berapa bulan ea? 6 bulan ea?” Inilah perbualan ‘wajib’ orang kapal. Hee... Dan ada terdengar salah seorang tu tanya macam ni, “Eh, aku dengar ada wife second officer naik la... Siapa ea?”.. Haa... bila ayat ni, saya dengan yakinnya mengesahkan bahawa mereka juga nak sign on kapal Puteri Mutiara Satu ni... heeee........... ^__^ Mereka x sedar, ‘wife second officer’ yang mereka maksudkan itu, adalah saya.. hikhik.. mereka sedang diperhatikan... ^__^ Alhamdulillah, mereka berbual tu sangat kuat dan berdekatan dengan saya. Kalau tak, tak tahu juga angkatan mana yang akan sign on sekali. Hihi. Seriously, majority yang naik flight itu adalah lelaki.... huhu.. *_*

Dalam kapal terbang tu, asyik layan perasaan. Part yang best adalah masa kapal nak mula terbang dan kapal nak mendarat. Dari KLIA, sangat best.. Nampak banyak rumah-rumah orang. Bila da naik ke ketinggian maksimum, teringat masa zaman kecil. Nak main atas awan.. Alhamdulillah.. dapat juga. Walaupun bukan main betul2... hihi.... Nampak lapisan langit yang sangat cantik... SubhanAllah... Indahnya ciptaan Allah. Benarlah, langit itu berlapis. Ada awan yang berkepul dan apabila terkena cahaya, nampak sangat cantik. Kesan apabila terkena cahaya. Sampai sahaja di kawasan bintulu, sungguh indah... Sangat cantik. Nampak banyak pokok sahaja. Hijau, menenangkan, mendamaikan... ^__^ Part yang kurang best adalah, masa nak mendarat, telinga ni berdengung sangat2 lama.. Tak seperti yang sebelum ni... Bila ketinggian kapal menurun mendadak, tekanan berubah dengan pantas. Susah juga nak bernafas. Tak seperti sebelum ni..  Pastu, ikut sekumpulan pekerja MiSC. Kami naik van ke port. Best van ni. Orang tu bawa dengan sangat berhemah.. Alhamdulillah, peramah juga.... ^__^  Saya duk depan. Yayaayy...  Ternampak pula kampus UPM Bintulu. Rasa sangat bangga. Saya pun kata pada driver van tu, “Eh,... kampus UPM bintulu la.... Saya pun pelajar UPM ni... ^_^  Selalunya buat video conference je... Ni baru tahu, kat sini rupanya...” Eeerrr... Ter’excited’ lebih lak. Hihi.

Pengalaman paling best. Satu hari rasa kenderaan darat, udara dan laut... ^____^ Bila sampai sahaja di port, saya tinggalkan passport pada ajen. Garang semacam je ajen tu.. *_* Mungkin sebab kena bekerja sampai malam tu... Isteri dah tunggu kat rumah.. hihi.... Sampai je kat gate utama, dalam pukul 7.15 tu, kena pakai baju overall, topi pelik, google dan kasut besar McD. Huhu.. Sangat besar kasut tu,,, untuk lelaki.... Size paling kecil pun, 13.. Hua.... T_T Bila berjalan je, kasut tertinggal kat bawah.... Kaki je yang terangkat.... Susah nak jalan.... PPE apa la tu..... *_* Pakai aje la... xleh complain banyak. Menyampah orang nak layan... hikhik. Hubby cakap, kasut tu sangat tebal dan berat, so kalau terpijak benda tajam, masih selamat lagi. Bahagian depan kasut tu, ada besi.... So, kalau ada benda berat terjatuh, kaki kurang risiko untuk cedera. Dari gate ke-2 nak ke kapal Puteri Mutiara Satu kena jalan kaki lebih kurang 500 meter. Kat sini sangat teruja tengok kapal yang sebesar Jusco Eon ni.... hihi... Sangat besar.... mashaAllah. Rasa macam nak selfie banyak-banyak kat sana... haha... Tapi part yang tak best, kawasan ini adalah dilarang bergambar..=_=.. So, x boleh la nak share keindahan kapal ni.. heeeeee........ Masa tu, hubby datang menjemput. Dari jauh dah kenal... hikhik.. My hubby la......... ^__^ My hubby sangat malu... tak pandang mata langsung.. Rasa macam first date tau... Cuma kali ni boleh salam....  Dulu x boleh.. nak cakap pun segan.... hihihi.... Itulah nikmat yang dirasakan oleh isteri para pelaut. Rindu pada suami... Tapi bila bertemu semula, hati berbunga-bunga dan sangat malu untuk bertentang mata... heeeeeee.....
Inipun gambar dari husband.. 


Atas kapal tu, banyak sangat tangga besi.. dan ada tangga curam... Saya okey je.. Part yang tak okay, semua rakan sekerja hubby duk pandang je saya n hubby dari atas kapal..... malunya..... +_+  heeee... Sempat berjumpa dengan Aifa, third officer. Ingatkan nak berkawan dengan dia.. Rupanya dia kena sign off esok.... wwuuuuu.... xda gang dah..... seorang je bunga di sini... Pelik lak.... heeeee.. Xpe, yang penting, ada my hubby yang cute dan manja tu... hikhik.... Banyak sangat bahagian dalam kapal ni.... Untuk first day ni, hanya belajar naik lift dan naik ke tingkat 5. Ya, bilik my hubby di tingkat 5!! B-) Dikelilingi bilik kapten... Kali ni ada 3 orang kapten.... Preparation untuk dry dock pada bulan april ni di Johor. Kapten offer my beloved hubby untuk extend 6 bulan untuk dry dock. Alhamdulillah, my hubby tolak... 4 bulan pun da sengsara, inikan pula kena extend 6 bulan.. fuhh, x sanggup...... Antara kelebihan dry dock, family boleh datang melawat kapal tanpa sebarang charge dan tidak memerlukan passport.. hikhik... ^__^ Tapi part yang tak best, dry dock ni sangat-sangat memenatkan. Kesian my hubby.. heeeeee...



Selepas tu, tak makan malam pun kat kapal... Sebab dah kenyang bila tengok hubby... Dah niat nak jumpa hubby kan, sekali dah jumpa, tak makan pun xpe... hikhik.. Tapi sekarang dah lapar... Pukul 2 pagi ni.. Tengah tunggu hubby habis duty jam 4.30 ni... lapar.. lapar... lapar... nak makan biskut dulu la... ^___^ Cukup untuk kali ni,,,, Tak sabar nak tengok operasi keluar kapal esok. Yaaayyyy.. nak naik bridge tempat my hubby ‘drive’ kapal... huhuhu... ^____^

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~