Monday, December 28, 2015

Pulau Perhentian (3-5/4/15)

Bismillahirrahmanirrahim.. Teringin rasa nak terbang, hubby bawa ke skytrex. Kemudian rasa nak berenang melihat ikan pula, hubby bawa ke Pulau Perhentian untuk snockling. Pulau Perhentian terdapat 2 bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau Perhentian Besar manjadi pilihan kerana terdapat pakej yang memikat hati. Kami bertolak dari Seri Kembangan ke sana menggunakan bas berkonsepkan backpack. Nak jimat duit la katakan. huhuhu



Flora Bay Resort adalah resort pilihan kami. Kami di sana selama tiga hari dua malam dengan harga RM300/person untuk bilik aircond berserta makanan tiga kali sehari. Pakej ini termasuk snockling satu hari. Makanan di sana sangat sedap. Seafood yang sangat besar, sihat dan segar. 

Pada hari pertama, saya sangat teruja dengan keindahan pantai di pulau tersebut. Pantai yang kehijauan, tenang dan sangat bersih. Sepatutnya pakej snockling kami adalah pada keesokan harinya. Tetapi, kami terlampau excited dengan keindahan pantai dan hubby tambah pakej snockling pada hari pertama. Maklumlah, kami sampai awal pagi. Maka eloklah kami gunakan masa sepenuhnya untuk ber'snockling' sepuasnya. hehe




Saya sebenarnya tak pandai berenang dan takut air. Saya sangkakan, saya mungkin boleh pandai berenang sebelum keluar dari Pulau Perhentian. Namun, jangkaan saya jauh meleset. Disebabkan pernah hampir lemas, fobia takutkan air telah berjaya menguasai diri. T_T Dua hari saya ber'snockling' dengan bantuan suami. Erk.

Pada hari kedua, selepas ber'snockling', kami jalan2 ke Pulau Perhentian Kecil pula. Masa tu, cuaca tak berapa elok. Kami menaiki boat teksi untuk ke sana dengan melawan arus ombak yang sangat besar. Terasa hentakan yang sangat kuat dan menakutkan. *_* Malam terakhir, kami makan BBQ free. Alhamdulillah, sangat sedap. ^_^

Pada hari terakhir sebelum pulang, kami sempat berkayak. Namun, sekali lagi rasa fobia terhadap air menguasai diri. Kesian suami... Mungkin kerugian besar bila bawa isteri yang tak pandai berenang untuk ber'snockling'. hihi.. Tak nak ber'snockling' dah... Serik... tapi tetap best..

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, December 21, 2015

Taman Botani Negara, Shah Alam (28/3/15)

Bismillahirrahmanirrahim..

Bermula lagi cuti suami. Seperti kebiasaannya, kami akan berjalan2 untuk memanfaatkan masa bersama dan mencipta kenangan terindah. Destinasi pilihan kami adalah Taman Botani Negara, Shah Alam. Sebenarnya, tujuan utama kami ke Taman Botani Negara ini adalah demi Skytrex. huhuhu Namun, ada pelbagai lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi dalam Taman Botani Negara ini selain Skytrex. Tempat ini sangat besar dan kita boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menaiki bas shuttle, menyewa basikal atau berjalan kaki (tak sesuai jalan kaki sebab jauh).

1. Skytrex

Kini kami mula menjinakkan diri dengan aktiviti yang adventure dan mencabar diri... huhuhu.. Aktiviti pertama kami ialah Skytrex, iaitu aktiviti di atas pokok yang memerlukan kami merintangi halangan/rintangan yang agak mencabar terutamanya bagi mereka yang takutkan ketinggian. Skytrex ini terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Tiket masuk RM45/person.Terdapat 3 level iaitu untuk little adventure, big thrill (5 meter ketinggian) dan extreme challenge (7 meter ketinggian).




Inilah antara contoh halangan yang perlu dirintangi dengan penuh kekuatan dan ketabahan. hihihi







Skytrex ni paling banyak flying fox. Inilah yang paling best. Rasa macam terbang.. heee.. Haa, sebelum memulakan aktiviti ini, semua peserta perlu belajar cara lock dan unlock 'besi pencangkuk' dan kabel kerana semuanya perlu buat sendiri/ berdikari atas pokok tu. Wuuhuu




Aktiviti ni memang membuatkan kami sakit2 badan, tetapi memang berbaloi. Sesuai bagi mereka yang takutkan ketinggian. Tidak rugi mencuba. ^__^

2. Taman Botani

Kemudian kami ke pintu utama untuk makan dan berjalan-jalan di taman botani. Tempatnya cantik, surau dan toilet juga bersih. Ada sawah bendang dan hiasan taman yang cantik. 




3. Rumah 4 musim

Semasa di sana, mereka sedang melaksanakan aktiviti penyelenggaraan untuk perubahan musim. Jadi, tak banyak gambar yang kami dapat di sana.




4. Taman Haiwan

Tempat terakhir yang kami pergi dalam Taman Botani ini adalah mini zoo. Sebenarnya ada tempat lain juga seperti ladang buah tetapi kami tidak cukup masa untuk ke sana. Mini zoo pun besar juga. Ini antara gambar yang kami ambil.





Inilah aktiviti yang sangat memenatkan kerana seharian kami menghabiskan aktiviti tersebut. Seminggu lebih juga sakit2 badan. huhu

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Pengalaman Anak Prolonged Jaundice

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ni TSB (Total Serum Bilirubin) anak kesayangan sudah menurun banyak. Hari ni merupakan hari ke 25 Irdina Safiya melihat dunia. Irdina Safiya adalah anak sulung ummu yang mengajar ummu erti kesabaran menantikan kehadiran anak selama 2 tahun 3 bulan, merasai detik keindahan mengandung, megalami kesakitan melahirkan seorang khalifah dan kini bakal mengajar ummu erti kesabaran mendidik anak. Bukan Irdina sahaja yang perlu belajar mengenal dunia, ummu juga perlu belajar menguruskan anak dan rumah tangga. In shaa Allah…

Semasa tiga hari pertama Irdina lahir ke dunia, barulah ummu perasan rupanya Irdina tak pandai menyusu. T_T Nurse yang melawat ke rumah dah mula risau dan meminta ummu memeriksa TSB Irdina di klinik kesihatan. Muka Irdina memang kuning dan merah. Hari ke 5, pusat Irdina da jatuh. Alhamdulillah. Senang sikit nak uruskan Irdina. Hari ke 6, TSB Irdina naik ke 322 (Sepatutnya kena masuk wad bila TSB lebih 250) dan Irdina terus masuk wad di Hospital Tampin selama 3 hari 2 malam. Ummu sedih sangat sebab ummu tiada pengalaman dan rasa macam salah ummu pula bila Irdina tak menyusu. Walhal masa tu, Irdina tak pandai menyusu dan ummu pun tiada pengalaman. Irdina keluar wad dengan TSB 185. Masa tu ummu masih risau sebab ummu rasa, TSB Irdina turun kerana phototheraphy. Mungkin masa tu Irdina dehydrated sebab muka Irdina jadi merah kehitaman (macam sun burned) dan naik bintik-bintik berair atas kepala Irdina. Kesian Irdina.

6 dec, daddy buat akikah untuk Irdina. Kuning Irdina mula naik semula. Ummu pun risau, takut Irdina terpaksa ke hospital di hari akikah Irdina. Kuning Irdina masih di paras muka. Dua hari selepas majlis akikah, Irdina masuk wad di Hospital Seremban pula kerana TSB Irdina naik ke 320. Umur Irdina dah 15 hari, Jadi Irdina sudah dikategorikan sebagai kuning berpanjangan (prolonged jaundice). Ummu terpaksa tinggalkan Irdina semalaman kerana tiada katil kosong. Keesokan harinya, barulah ummu dapat temankan Irdina. Kali ni pun, Irdina kena duduk bawah lampu selama 3 hari 2 malam dan keluar wad dengan TSB 208. Ummu masih risau lagi.

Kemudian, Irdina kena follow up bacaan TSB dengan klinik kesihatan. Seperti yang dijangkakan, hari ke 21, TSB naik mendadak ke 234. Lagi 16, kena masuk wad. T_T Sedihnya dan ummu mula tak berpuas hati dengan nasihat doctor yang mencadangkan Irdina diberi susu setiap satu jam. Ummu tahu, perkara tersebut agak mustahil kerana Irdina tidak menyusu pun. Irdina hanya merapatkan gusi Irdina dan sambung tidur. Pernah sampai tersedak sebab Irdina tidur, tapi dipaksa menyusu. Ummu dan daddy akhirnya buat keputusan untuk ke klinik swasta. Ada yang mencadangkan klinik yang menawarkan ubat makan bagi menurukan kuning. Tapi ummu tak ambil pilihan tersebut kerana ummu tahu, pasti ada kesan buruk daripada pengambilan ubat tersebut.

Di klinik swasta tersebut, doktor bertanya tentang semua keputusan makmal Irdina semasa di Hospital. Alhamdulillah, thyroid function test, liver function test dan UFEME semuanya negative. Berat badan Irdina pun meningkat dari 2.47kg ke 3.3kg. Jadi, doktor tersebut merumuskan bahawa Irdina cukup susu badan. Kemungkinan Irdina dikategorikan dalam “breast milk jaundice”. Jaundice terbahagi kepada 2 jenis. Breast feeding jaundice dan breast milk jaundice. Breast feeding jaundice selalunya berlaku kepada bayi yang berusia 2 minggu ke bawah kerana kekurangan menyusu. Kemungkinan berlaku disebabkan oleh teknik penyususan yang salah atau bayi pasif dan masih tidak tahu menyusu. Breast milk jaundice adalah jaundice yang disebabkan oleh ketidakserasian susu ibu dalam membawa keluar bilirubin dari darah bayi. Jadi, doktor tersebut mencadangkan ummu memberikan susu formula selama tiga hari berturut. Wallahu a’lam. Tidak pasti sejauh mana kesahihannya kerana Allah menjadikan susu ibu itu sebagai makanan dan penawar segala penyakit buat bayi. Namun, ummu berpuas hati sedikit kerana doktor tersebut masih memberi alternatif lain kepada ummu berbanding menyusu setiap satu jam. *_*

Ummu pun mengikut cadangan doktor tersebut. Alhamdulillah, tiga hari kemudian TSB Irdina turun dari 234 ke 149. Alhamdulillah.. Dengan kuasa Allah.. Gembiranya teramat sangat dan rasa bersemangat. Jadi, ummu nak berkongsi perkara ini dengan orang yang mempunyai masalah sama dengan Irdina di blog ini. In shaa Allah. Semoga kuning dan “sun burned” Irdina cepat sembuh.


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang mengalami pengalaman bersalin yang berbeza begitu juga dengan saya. Tarikh jangkaan bersalin yang sepatutnya adalah pada 14 dec 2015. Saya pula diminta bersalin awal pada minggu ke 37 kerana masalah GDM (Gestational diabetes mellitus-Kencing manis semasa mengandung) dan protenuria (protein dalam kencing).

Hospital kerajaan menjadi pilihan saya berbanding hospital swasta untuk jimat duit. Hospital kerajaan sekarang sudah lengkap dengan pelbagai peralatan terutamanya jika berlaku kecemasan, ada bank darah, wad pun cantik dan sangat murah. Bil saya di hospital kerajaan hanya RM50. Jika di swasta, mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Sangat tak berbaloi. $_$
Pada 23 nov 2015, saya di “induced” iaitu masuk ubat (jenis pil) di pintu rahim bagi memaksa kelahiran bayi. Ubat dimasukkan pada jam 7.30 am. Pada 7.40 am, saya mula merasakan pergerakan bayi yang aktif berbanding biasa. Selepas masuk ubat, saya perlu berbaring selama 2 jam. Selepas dua jam, nurse memeriksa jantung baby dan contraction. Semasa tu, berlaku 3 contraction dalam masa 10 min. Bagi saya, rasa contraction tersebut seperti sakit senggugut, sembelit, sakit pinggang dan perut yang meregang dalam masa yang serentak.  Bila periksa bukaan pintu rahim, baru 1cm. Allahu akbar.. Rasa macam lamanya nak 10cm.. T_T Doktor mencadangkan saya mengambil pain killer. Saya tertidur selama 4 jam kesan daripada pain killer tersebut. 

Pada pukul 4 pm, saya merasakan contraction sekerap 2 ke 3 contraction dalam seminit. Semasa nurse check bukaan rahim sudah 4 cm. Sementara menunggu doktor datang, bukaan rahim sudah 5 cm dan saya terus ditolak ke labour room pada pukul 5.20 pm. Sakit bersalin adalah sakit yang paling menyakitkan. Bila doktor pecahkan air ketuban, rasa lega sedikit. Meneran pula adalah rasa sakit seperti nak buang air besar sembelit. Hihihi... Saya meneran lebih kurang 3 kali dan Alhamdulillah, baby keluar dengan selamat pada pukul 5.51 pm. Berat baby 2.47 kg. Sangat kecil dan kurus. Irdina Safiya nama diberi oleh daddy yang bermaksud, ‘Irdina = kehormatan kami dan keberkatan’ dan ‘Safiya = yang bersih dan jujur’. Suami pun tak sempat masuk labour room, sebab saya terus bersalin. Nurse pun dah kelam kabut dan tak sempat panggil suami. Suami datang semasa luka saya dijahit. Suami pun sempat azan dan iqamat di telinga Irdina Safiya.

Syukur alhamdulillah atas nikmat-Mu Ya Allah..



~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah bersalin, rasa pengalaman mengandung itu tersangat indah. Masih teringat gerakan si comel dalam perut. Menenangkan.. Kali ini sekadar mahu merekod pengalaman mengandung anak pertama ini sebagai rujukan dan boleh dibuat penambahbaikan bagi anak yang seterusnya.. hihi.. In shaa Allah..

Sepanjang tempoh kehamilan, segala perkara direkod dalam Diari Hamil mengikut minggu. Diari ini seperti buku pink klinik tetapi direkod dalam tulisan dan pengalaman yang dilalui sendiri. Sepanjang masa mengandung ini juga, saya mewajibkan diri saya khatam Al-Quran. Alhamdulillah Berjaya khatam semasa mengandung minggu ke 27 (6 bulan). Saya juga ada menyimpan aplikasi perkembangan baby di dalam handphone untuk mengikuti perkembangan bayi setiap minggu. Aplikasi tersebut dikenali sebagai “Pregnancy Week by Week”. Setiap kali selesai solat, saya akan berdoa  perkara yang positif tentang bayi, “Ya Allah, jadikanlah bayi dalam kandungan ku ini sihat dan sempurna sifatnya. Cantikkanlah akhlaknya. Tenangkanlah setiap mata yang memandangnya. Jadikanlah dia golongan yang menjaga solat. Jika dia lelaki, jadikanlah dia sebijak Rasulullah, setampan Yusuf dan seberani Umar. Jika dia wanita, jadikanlah dia sebijak Aisyah, secantik Zulaikha, sekuat dan sesuci Maryam.”

Pengalaman di trimester pertama (bulan pertama hingga ketiga).

Empat minggu yang pertama, masih belum terasa sebarang alahan. Suami juga baru sebulan bercuti, jadi saya lebih tertumpu untuk menghabiskan masa dengan beraktiviti bersama suami. Sempat ber’skytrex’ di Shah Alam yang merupakan aktiviti yang agak lasak di atas pokok. Sangat tinggi dan terpaksa merempuh pelbagai halangan. Kemudian, kami ke Pulau Perhentian dan menghabiskan masa ber’snockling’ selama dua hari berturut dan menaiki bot laju yang meredah ombak yang agak besar dan menakutkan bagi saya yang takut air ni.. *_* Kemudian sempat juga ke Universal Studio Singapore dan merasai semua jenis permainan termasuklah roller coaster. Huhuhu Bertawakal pada Allah, sebab sudah beli tiket yang agak mahal. Rugi kalau tak naik. Waktu ni sudah start rasa mual, pening kepala dan cepat penat. Seterusnya ke Farm in the city di Seri Kembangan yang berdekatan dengan rumah. Tempat ni seperti mini zoo. Agak menarik kerana banyak juga haiwan yang unik dalam mini zoo ini. Semasa di sana, rasa tak larat nak jalan dan sesak nafas. Jalan sikit dah kena rehat. T_T Akhir sekali ke Tasik Putrajaya Cruise. Aktiviti ni tak berat pun. Cuma duduk dalam feri yang besar, tetapi hanya ada enam orang penumpang sahaja dan kami boleh duduk di luar feri bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan alam dengan bahagianya tanpa kesesakan orang yang agak merimaskan… hehehe… Walaupun sudah mula loya dan mual, saya masih aktif beraktiviti untuk manfaatkan masa cuti suami sepenuhnya memandangkan kami bersama hanya untuk dua bulan.

Pada bulan kedua hingga kelima, saya diserang rasa loya dan muntah. Di trimester pertama ini juga, dua masalah kesihatan telah dikesan iaitu Gestational Diabetes Mellitus (Kencing manis semasa mengandung) dan Protenuria (Protein dalam kencing) yang membuatkan saya terpaksa dirujuk ke hospital bahagian O+G dan Pakar Nephrologi. Dua masalah ini menyebabkan setiap minggu saya perlu ke klinik/hospital, mendapat tagging ‘kuning’-hanya dipantau oleh staff nurse sehingga bersalin dan berakhir dengan bersalin secara induce (paksa) di minggu ke 37. T_T Semua ini ditanggung sendirian kerana suami sudah bekerja di lautan yang luas bagi mencari rezeki. Segala apa yang dilalui hanya Allah yang tahu dan Allah sahaja yang memberi kekuatan luar biasa kepada saya untuk melalui setiap detik tersebut.

Pengalaman di trimester kedua (bulan keempat hingga keenam).

Dalam trimester ini, saya mengalami alahan yang teruk dengan vitamin zinforic. Setiap pagi, 5-15 minit selepas makan vitamin tersebut, mesti saya akan muntah. Kemudian doktor menukarkan zinforic  kepada tiga vitamin iaitu folic acid, vit B complex dan iron. Masalah muntah dapat diatasi. Alhamdulillah. Saya juga telah membuat pemeriksaan gigi dalam trimester ini. Semasa di bulan puasa, saya terpaksa meninggalkan puasa selama lima hari kerana perlu minum air glucose, pemeriksaan BSP (perlu makan dan ambil darah 4 kali dalam masa satu hari), baby tidak aktif dan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Pada minggu ke 15, saya mula merasakan gerak baby semasa tengah duduk. Minggu ke 18, saya dapat merasakan gerakan memusing baby serta merasakan seolah degupan atau detakan (tak pasti samaada degupan jantung atau baby tersedu). Semasa bulan puasa, berat saya turun mendadak dan sama seperti sebelum pregnant. Mungkin kerana alahan dan menyebabkan selera makan semakin berkurangan. Saya juga terpaksa berpindah dari rumah lama (tingkat 4) ke rumah dalam kawasan UPM (tingkat satu). Terpaksa angkut barang yang ringan sikit2 bersama dengan ibu. Masa ni, rasa nak menangis sebab suami tiada. Badan sakit-sakit dan sangat memenatkan. Barang yang besar dan berat pula perlu upah lori dan tenaga kerja. Saya juga tak boleh memandu melebihi satu jam kerana sudah mula sakit pinggang, sakit tulang belakang dan bahagian perut. Bahaya memandu sendirian ke tempat yang jauh. Jadi, saya mula menangguh semester dan tinggal bersama ibu sehingga bersalin.

Pengalaman di trimester ketiga (bulan ketujuh hingga kesembilan).

Inilah trimester yang sangat dinantikan kerana suami akan pulang bercuti. Yayyy.. Masa ni adalah masa mengandung yang sangat indah kerana ada suami untuk memandu dan boleh jalan2 walaupun penat. Tiba-tiba rasa sihat dan mood untuk bercuti datang lagi. Pada trimester ini, saya ke Cameron highland, Gambang Resort, Berjalan ke Kuantan dan Cherating, serta Port Dickson (Upside Down House dan Ostrict Farm). Di trimester ini,saya mengamalkan zikir hamil sehinggalah ke waktu bersalin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~