Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, ini adalah rentetan daripada tajuk ‘nama
gelaran’. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kisah saya dan suami tercinta,
mengenai, ‘beri jawapan, baru soalan’. Sistem ini jugalah yang digunakan dalam sistem
pembelajaran masa ini iaitu, ‘beri teori, kemudian soalan’. Kenapa perlunya
ujian? Ujian adalah untuk mengukur tahap kefahaman seseorang itu terhadap
sesuatu topik yang telah dipelajarinya. Dengar macam serius bukan? Tetapi bagi
saya, konsep ini boleh diaplikasi dan diolah agar sesuai dijadikan salah satu
seni dalam rumah tangga. In shaa Allah.
Buat suami, mungkin anda boleh terus melontarkan soalan dan
hanya menunggu jawapan dari isteri anda. Tetapi, buat isteri, konsep ini tidak
sesuai diaplikasikan kepada suami anda. Mengapa? Hal ini kerana, lelaki atau
suami sebenarnya mempunyai satu fitrah yang tidak boleh dinafikan lagi iaitu
‘ego’. Jika anda memberikan soalan yang tahapnya agak sukar, lalu suami tidak
dapat menjawabnya mungkin ini boleh memberikan kesan buruk dalam sesuatu
hubungan.
Konsep, ‘beri jawapan, baru soalan’ boleh digunakan dalam
keadaan yang santai dan hanya bertujuan untuk bergurau senda. Contohnya, saya
pernah memberitahu suami mengenai 3 Muhammad yang terunggul dalam islam iaitu
Muhammad SAW, Muhammad Al-Fateh dn Muhammad Imam Mahadi. Suami saya sangat
penat dan sibuk bekerja di kapal. Saya faham, soalan yang susah akan memberikan
tekanan kepadanya. Maka saya memberitahu dahulu jawapan kepada soalan yang
bakal diajukan kepadanya dalam masa beberapa hari lagi. Suami saya sangat
genius kerana dia amat peka dengan setiap apa yang saya sampaikan.
Alhamdulillah… Dia suami yang sangat memahami dan sangat penyayang.
Beberapa minggu kemudian, saya bertanya kepada suami saya,
“Sayang, sayang tahu tak siapa 3 Muhammad yang terunggul dalam islam?” dengan
pantas, suami saya menjawab dengan yakin, “Abang tahu…. Nabi Muhammad SAW,
Muhammad Al-Fateh dan Muhammad Imam Mahdi..” Saya pun memberikan satu pujian
kepada suami saya, kerana dia amat peka sekali dan masih ingat walaupun sudah
berminggu lamanya saya memberikan jawapan itu kepadanya… “pandainya hubby hana
ni…” kata suami, “Mestilah, tengok la, suami siapa… “ ^__^
Suami saya juga pernah menggunakan teknik ini. Contohnya, suami saya sudah pun memberitahu saya mengenai tahun lahir kereta yang kami gunakan. Selang beberapa bulan, suami saya melontarkan kembali soalan itu kepada saya. Dengan bangganya saya tidak dapat menjawab, kerana saya tidak suka ingat nombor dan sejarah. Tapi disebabkan suami telah melontarkan soalan itu sekali lagi kepada saya, sekarang saya sudah berjaya mengingati tahun lahir kereta yang kami gunakan... "1993 ya sayang.... Muda 2 tahun dari hana.... heee..." Sebenarnya, kami tidak pernah merancang. Teknik ini keluar secara spontan. Lalu saya keluarkan menjadi satu topik atau teori agar boleh diaplikasikan oleh orang lain juga. Mungkin kalian juga pernah menggunakan teknik ini secara tidak sedar. Saya dapat merasakan
satu ketenangan dan kebahagiaan dengan gurau senda ini. Mungkin bagi pembaca
yang lain, kalian boleh mencuba dengan jenis-jenis soalan yang lain.
Buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah,… Saya hanya berkongsi
agar sahabat-sahabat di luar sana boleh mencuba dengan pasangan tercinta.Semoga Allah merahmati kita semua,.. Aamiiin..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
No comments:
Post a Comment