Saturday, December 11, 2010

ISLAM WASATIYYAH ganti ISLAM HADARI?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah  lagi Maha Mengasihani
ISLAM HADARI.
Islam Hadari ialah teori yang dibawa oleh mantan perdana menteri yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Teori ini sebenarnya  telah diterbitkan Tengku Abdul Rahman dalam nama lain. Prinsip Islam Hadari bertujuan untuk memenuhi kehendak syariat (maqasid syariah).Antara sepuluh prinsipnya termasuklah:
1.     Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
2.     Kerajaan adil dan amanah.
3.     Rakyat berjiwa merdeka.
4.     Penguasaan ilmu pengetahuan.
5.     Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6.     Kehidupan berkualiti.
7.     Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8.     Keutuhan budaya dan moral.
9.     Pemeliharaan alam semulajadi.
10.   Kekuatan pertahanan.
Saya bukanlah memandang perkara ini salah, tetapi dari suara rata-rata rakyat, ada yang kurang bersetuju.Hal ini membuatkan banyak golongan yang terkeliru terutamanya golongan bukan islam. Mereka tertanya-tanya, adakah islam ini boleh dibahagi-bahagikan dan apakah bezanya  Islam Hadari dengan islam sebelum ini. Adakah ini mazhab baru bagi orang Islam?
Setelah membuat sedikit kajian bersumberkan buku berjudul Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang,  kini saya semakin jelas mengapa Islam Hadari tidak diterima dari sudut politiknya.Gagasan Islam Hadari sebenarnya bersistem politik yang sekular dan tiada asas sejarah politik Islam yang mantap, makanya mereka berdepan dengan masalah teori dan seterusnya  bermasalah dalam mempraktikkannya.
Gagasan ini cacat dari aspek teori (aqidah) dan praktik (syariat) dalam sistem kapitalisme (berkaitan ideologi politik demokrasi)  atau sosialisme. Perdana Menteri  menafikan bahawa Islam Hadari adalah mazhab atau agama baru, tetapi beliau menterjemahkan Islam Hadari sebagai ‘Islam yang bertamadun’. Kenyataan ini sebenarnya telah mewujudkan jurang di antara penganut  Islam di Malaysia. Ini tidak adil sekiranya mereka yang tidak menyokong Islam Hadari pula dilabelkan sebagai ‘tidak bertamadun’.
Ibn Khaldun juga ada membawa satu teori yang dikenali sebagai teori Ta’awun.Teori tersebut mengenai dua golongan masyarakat dalam sesuatu tamadun.Golongan pertama ialah masyarakat Badwi (belum maju) dan golongan kedua ialah masyarakat Hadari(sudah maju).Konsep Islam Hadari mungkin bertujuan mewujudkan suasana Islam yang maju. Pemimpin haruslah bijak memilih mana satu yang lebih awla (utama). Mengapa kita tidak membangun bersama-sama kerana itu akan menjadikan Islam lebih kuat. Mengapa  Islam di Malaysia harus dipisahkan??Perlaksanaan dan pentadbiran Negara Islam tidak perlu dipecah-pecahkan kerana Islam itu sendiri memang bersifat syumul (menyeluruh). Mengapa perlu dirumitkan Islam itu?
Suka saya ingin katakan di sini, kebanyakan prinsip Islam Hadari tidak dapat dicapai. Bercakap tanpa bukti  yang sahih itu hanya mempermainkan diri sendiri, makanya saya sertakan sedikit penjelasan supaya  anda sendiri boleh menilainya. Sedarkah anda index hak politik Malaysia sebenarnya  berada di tahap ke-4 (tertinggi 1 dan terendah 7) berbanding Thailand (2), Filipina (2), dan Indonesia (3) dan begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Rakyat Malaysia tidak diberi hak  kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.Maka, prinsip 2 dan 3 iaitu kerajaan adil dan amanah, serta  rakyat berjiwa merdeka tidak dapat dicapai. Hal ini telah menyebabkan  Malaysia berada dikedudukan yang kedua terburuk  (di kedudukan 81 daripada 82 buah negara dengan index demokrasi sebanyak 5.98). Kecacatan demokrasi Malaysia diukur  dari perspektif hak politik dan kebebasan awam.
 Islam Hadari sememangnya berbeza dengan prinsip Membangun Bersama Islam yang di bawa oleh  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang lebih bersifat  syumul dan tidak lari dari syariat Islam. Banyak lagi yang perlu dibincangkan mengenai kecacatan dan kelemahan Islam Hadari, namun saya hanya mampu memberi  sedikit contoh. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini adalah kebenaran mengenai Islam Hadari. Jika kita lihat, Islam Hadari ibarat satu hembusan angin yang dulunya semua orang mengagung-agungkannya  tetapi sekarang hanya tinggal kenangan dan  juga yang kedengaran hanyalah  suara-suara kecil sahaja.




 ISLAM WASATIYYAH
Islam sederhana  diperkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Konsep ini semakin popular sehingga diperkenalkan dengan istilah Arab iaitu Wasatiyyah yang bertepatan dengan konsep 1- Malaysia.
Al-Quran juga menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan atau sederhana (Ummatan Wasatan).Allah berfirman:
‘Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, ( pemindahan kiblat)  itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah.Dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu….’
Al-Baqarah:143
*umat pertengahan: umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik dunia mahupun akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.
Sarjana mendefinasikan umat pertengahan sebagai:
1.     Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya.
2.     Umat yang adil dan tetap dalam keadilannya.
3.     Umat yang diperhatikan orang lain sebagai contoh kerana keunikannya.
4.     Umat yang mengamalkan sikap sederhana dari setiap segi.
Mereka menyalah tafsir mengenai ayat tersebut sehinggakan mahu bersederhana  dalam menjana pendapatan dan hiburan sehingga mencadangkan dirancakkan penubuhan  hab hiburan maksiat bagi memperhebatkan perkembangan ekonomi negara dan pernah tidak lama dulu disyorkan pertaruhan (judi) bola sepak dalam Negara.Adakah ini namanya bersederhana? Sehinggakan isteri pemimpin juga berani menjadi peneraju Islamic Festival Fashion (IFF)  di pentas antarabangsa yang kononnya didakwa busana  islamik walhal pakaian tersebut tidak menutup aurat dan terdapat nama Nabi Muhammad di bahagian dada salah seorang peragawati pakaian tersebut. Dimanakah hilangnya maruah mereka sebagai umat islam?  Mereka hanya menjatuhkan maruah Islam. Adakah ini yang dikatakan bersederhana?
Pelik,,,, kerana yang salah inilah yang disokong oleh ramai orang.Kenapa? Kerana NAFSU!!        
‘Dan ketahuilah bahawa ditengah-tengah kamu ada Rasulullah.Kalau dia menuruti  (kemauan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan….’Al-Hujurat:7
*kemauan itulah NAFSU.Ingatlah, bahawa nafsu adalah salah satu antara 5 musuh orang Islam.
Mereka haruslah membuka mata hati bukannya setakat membuka mata kepala.Kenapa harus diambil Islam itu secara juzuk (sebahagian)? Tidak cukup cantikkah Islam itu? Tidak cukup sempurnakah Islam itu? Tidak cukupkah lagi teladan Rasulullah itu? Hebat sangatkah anda yang hanya mempunyai 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki? Bagaimana jika esok Allah tarik semua nikmat itu dan semuanya menjadi satu?Islam  hanya dengan keturunan sahajakah anda? Bangkitlah!!!….
Mengapa Islam itu tidak diambil secara penuh? Adakah kerana tidak sempat membaca Al-Quran sehingga habis atau tidak perasan dengan firman Allah yang lain?
                ‘….Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)        Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat, mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah   terhadap apa yang kamu kerjakan.’Al-Baqarah:85
Maka terbuktilah  3 generasi yang dibawa oleh Ibn Khaldun iaitu generasi pertama; mereka yang  mempunyai semangat juang yang tinggi, semangat assabiyah, bersemangat dalam membela negara.Generasi  pertengahan: mereka yang  menimba ilmu, memajukan masyarakat dan negara. Dan generasi sekarang adalah generasi yang semakin tidak bertamadun. Penuh dengan gejala sosial, tiada semangat juang, tidak menyanyangi diri sendiri kerana mereka tertipu dengan kemewahan dunia. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
‘Menggenggam agama kini diibaratkan menggenggam bara api.’Riwayat Tirmizi. Dan dikuatkan lagi, maka benarlah di akhir zaman ini, umat islam umpama  buih-buih di lautan.Mereka tersangatlah ramai, tetapi langsung tidak bermanfaat bagi islam.
Ini bukanlah kutukan semata-mata dan menyalahkan kerajaan, namun ini adalah apa yang saya dan masyarakat lain rasakan. Pelajar terutamanya selalu dikecam hebat apabila terlibat dengan politik. Namun, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk menghasut, tetapi untuk menyedarkan sesetengah orang yang masih lena tertidur. Saya tidak mahu rakyat Malaysia akan melatah dan tersentak dari tidur apabila negara ini sewenang-wenangnya dirampas oleh orang yang tidak sepatutnya.Bangkitlah,,,,,,
Wallahualam bissowab~
SUMBER:
1.     Tafsir  Al-Quran Mukarim.
2.     Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
3.     Wan Abd Rahman Wan Abd Latif, Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang.
4.     22-25 November 2010, f11, Surat Khabar Harakah.
5.     http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_Hadhari
*Sumber kajian adalah terhad, sebarang kekurangan atau kesalahan amat dikesali dan saya memerlukan teguran.Syukran jazilan~
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

KISAH 2 MUSUH KITA

Jika kita rasa kita PANDAI, igtlah ada yg lagi PANDAI dari kita,
Jika kita rasa kita HEBAT, igtlah ada yg lagi HEBAT dari kita,
Jika kita rasa kita KUAT, igtlah ada yg lagi KUAT dari kita,
Jika kita rasa kita SEMPURNA , igtlah ada yg lagi SEMPURNA dari kita,
           Ingatlah sahabat, perasaan itu sering menipu kita,,, Sering mengaburi kita,,,, Perasaan yang dikuasai nafsu dan syaitan.Sahabat, marilah kita muhasabah diri kita,,, Kita adalah sebaik-baik ciptaan... Walaupun diciptakan dari tanah, tetapi Allah tetap menyuruh malaikat (daripada cahaya) dan syaitan (daripada api) bersujud kepada kita... Kita ada akal, ada nafsu,,, Kenapa kita tidak tundukkan segala milik Allah ini kpd Khaliq (Pencipta) kita. Ingatlah,, setiap jam malaikat maut merenung ke wajah kita. Menantikan perintah Allah untuk menarik semula nyawa (harta) Allah yang kita PINJAM ini..
Ini saya kongsikan 2 kisah musuh kita. Berhati-hatilah dan lawanlah ia.Itu juga dikira berjihad wahai sahabat.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)


Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........
Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!".
Sahabat2, mudah2an cerita ini memberi kesan di dalam hati kita. Semoga sahabat2 mendapat perlindungan Allah~
Kongsikan dgn org tersayang~
Wallahualam bissowab~