Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,
irdina sudah pun tidur. Lama benar tidak menaip di blog ini. Menulis di blog
ini ibarat sesi meluahkan perasaan. Huhuhu…. Kali ni rasa nak membebel tentang
isu susu formula. Terlalu banyak pandangan mengenai pengambilan susu formula
bayi dan saya tidak kisah mengenai perbezaan pendapat tersebut. Saya raikan
perbezaan, kerana Allah juga menentukan jalan hidup yang berbeza bagi setiap
manusia. Idea untuk menulis mengenai hal ini tiba-tiba muncul apabila wujudnya golongan
yang tersangat menentang pengambilan susu formula bayi seolah-olah susu
lembu/kambing itu jijik. Nauzubillahi min zalikh. Saya kurang pasti apakah
tujuan utama viral mengenai hal ini dan tersangatlah menyakitkan hati. Saya
seperti biasa, mengambil jalan yang tengah.. meraikan pendapat yang berbeza kerana
setiap orang pasti ada alasan tersendiri untuk mengambil susu formula.
Inilah kisah saya yang memberikan susu formula kepada anak;
1) Breastmilk
jaundice.
Semasa irdina baru lahir, saya tersangat teruja untuk
menyusukan irdina terutamanya apabila banyak membaca mengenai kebaikannya menyusukan anak
sehingga umur 2 tahun seperti yang dianjurkan dalam al-quran. Semangat itu
tersangatlah berkobar apabila nurse seolah melarang keras pengambilan susu
formula (sebenarnya nurse Malaysia menggalakkan penyusuan eksklusif, tetapi
cara mereka seolah susu formula itu sangat jijik.. *_*). Saya pun berazam
supaya irdina tidak menyentuh langsung susu formula sepanjang hidupnya, siap
beli electrical double breast pump dan mencari banyak ilmu teori di website
yang sepatutnya. Pada hari ke enam, bacaan bilirubin irdina tinggi dan nurse
serta doktor masih memaksa saya memberi susu badan secara kerap kepadanya.
Saya yakin, saya telah memberi susu yang cukup kepada irdina kerana berat badannya
sentiasa meningkat. Perkara tersebut berterusan sehinggalah irdina diberikan
phototherapy selama 6 hari (2 kali warded). Kemudian, bacaan bilirubin masih
lagi meningkat dan saya terus membawa kes ke klinik pakar kanak-kanak swasta.
Doktor tersebut menjelaskan, kemungkinan irdina dibawah kes breastmilk
jaundice. Menurut doktor tersebut, ada dua kemungkinan jaundice iaitu,
breastfeeding jaundice dan breastmilk jaundice. Breastfeeding jaundice (usia
bayi kurang 2 minggu) berlaku apabila lekapan bayi pada breast tidak betul dan
menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup untuk mengeluarkan bilirubin
dari hati dan badan bayi. Manakala, breastmilk jaundice (usia bayi lebih 2
minggu) pula disebabkan oleh susu ibu yang tidak berjaya membawa molekul bilirubin
keluar dari hati dan badan bayi. Berbalik semula kepada kes irdina iaitu
breastmilk jaundice, doktor tersebut mencadangkan saya berhenti memberikan susu
badan kepadanya selama 3 hari dengan
menggantikan susu formula. Oh TIDAKKKK!!! Ini telah melanggar prinsip saya.
Saya sangat sedih. Sangat-sangat sedih… Bayi belum genap sebulan, sudah
diperkenalkan dengan susu formula. Sedihnya.. sangatlah sedih… Tetapi demi anak
tercinta, saya turutkan juga cadangan doktor tersebut. Alhamdulillah, dengan
izin Allah, irdina sudah pulih sepenuhnya daripada jaundice.
2) Buat stock susu.
Alhamdulillah, susu saya banyak.. sekali pam sahaja dah dapat
160ml untuk sebelah breast. Happy sangat!!! Saya terus pulang ke UPM untuk buat
stock susu banyak2 sebelum saya masuk semester. Banyak… Stock EBM penuh dalam
peti ais. Bila hantar ke pengasuh, irdina langsung tidak mahu minum susu yang
saya perah… Sedih… Tapi saya masih tidak berputus asa.. Bangun malam-malam
untuk pam susu… Tidak mengenal erti letih. Tapi bila bagi pada pengasuh, irdina
menangis terjerit-jerit tak nak minum susu tersebut. Mungkin kerana sudah
sebulan saya berhentikan susu formula kerana bayi saya kerap muntah bila minum
susu formula tersebut dan nurse juga tidak menggalakkan saya menggunakan susu
formula. Dikampung, ibu saya cuba beri guna botol berisi susu badan yang segar,
bayi saya terima. Bila balik UPM, dia marah sangat-sangat sebab saya sendiri
yang bagi dia guna botol walaupun dalam botol tersebut ialah susu badan yang
segar. Saya belikan irdina pelbagai jenis botol susu seperti avent, tommee tippee, mimijumi dan NUK. Akhirnya NUK (nipple getah berwarna coklat yang digemarinya. Tetapi dia menolak isi dalam botol pula). Saya serahkan pada pengasuh kerana dari pembacaan saya, bayi susah nak
terima botol jika disuap oleh ibunya sendiri kerana ibunya ada bau susu. Jadi saya
cuba serahkan kepada pengasuh. Namun, pengasuh pun tak tahan mendengar tangisan
irdina, lalu dia menjadi ibu susuan kepada bayi saya. Dapatlah dia ibu susuan
baru… Alhamdulillah… Ada yang sudi menjadi ibu susuan.. Tapi saya terkilan
kerana stock EBM saya terbuang begitu sahaja kerana expired. Ibu saya pernah datang
ke UPM untuk mengajar irdina menggunakan botol, namun tidak berjaya. Irdina
sanggup berlapar sehingga jam 5 petang kerana tidak mahu EBM termasuklah susu
formula. Kemudian saya tukar pengasuh kerana ibu susuan irdina pun dah tak
larat nak susukan bayi saya dan bayi dia. Ingat senang ke nak cari ibu
susuan????
Saya menangis,
menangis dan menangis. Saya tidak mahu berhenti belajar di UPM tetapi anak saya
hanya mahu susu badan secara direct. Susu badan cukup, tapi irdina ada ibu
susuan pula. Susu yang saya pam, terbuang begitu sahaja. Sudah diberi guna
syringe dan sudu, masih juga tidak terima. Marah betul dia.. *_*
3)Berlapar 4
bulan
Dari usia 4 hinggalah 7 bulan, saya berusaha tukar kepada pelbagai jenis susu
formula, tetapi gagal. Sepanjang 4 bulan tersebut, irdina hanya minum sekali
dua sahaja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mak cik pengasuh yang baru tidak
mahu saya datang semasa waktu rehat kerana baginya, itu menggangunya kerana dia
menjaga ramai budak. #_# Alhamdulillah irdina terima botol tetapi dia hanya
mahu susu perahan yang segar. Susu yang diperah hari ini untuk diminum pada
esok hari dan begitulah berikutnya. Tiada lagi EBM kerana dia langsung tak mahu
susu EBM walaupun telah dicampur susu yang baru diperah. T_T Pandai betul mak
cik pengasuh yang baru ni mengajar irdina minum susu. Alhamdulillah.
Doktor pun pening kepala dengan kes irdina ni.
Doktor mencadangkan irdina mula makan seawal usia empat bulan kerana 3 sebab;
1) irdina sudah tegap, 2) irdina melihat orang dewasa makan dengan penuh
keinginan, 3) irdina tidak muntah apabila diperkenalkan dengan makanan. Jadi
saya pun menurut saranan doktor walaupun niat saya nak beri penyusuan eksklusif
sehingga usianya 6 bulan gagal... T_T Namun, demi kesihatan anak tercinta, saya
turuti nasihat doktor.
4) Susu
badan semakin drop.
Sebagai
isteri pelaut, pelbagai perkara perlu diuruskan sendirian. Terkadang rasa tak
cukup nafas… lutut terasa lemah untuk melangkah. Saya sangat sibuk dengan kerja
makmal. Disebabkan badan rasa semakin lemah, stress dengan kerja, susu badan
saya semakin merosot. Saya membeli supplement, tapi masih tidak berjaya.
Mungkin kerana sibuk buat western blot yang memerlukan pergerakan yang sangat
banyak sepanjang hari. Balik rumah perlu uruskan bayi seorang diri. Tiada
bantuan dari sesiapa. Hanya Allah yang mengetahui.. Penat… Tapi saya masih
boleh bertahan. Cuma saya tidak mampu menipu sistem badan. Akhirnya susu badan
merosot teruk. Bayi menangis kerana tak cukup susu. Habis digigitnya pula
hingga berdarah. Siksanya rasa…. T_T
5) Susu
kambing jadi pilihan.
Saya sudah penat mencuba pelbagai jenis susu lembu yang
memang dirumus khas untuk irdina seperti Enfalac A+, Anmum, Dumex, Snow, dan Isomil.
Semuanya irdina tak suka. Akhirnya saya mencuba susu kambing jenama Lazz.
Alhamdulillah, irdina terima dengan gembiranya. Saya dapat lihat riak wajahnya
yang sangat bahagia dan sukarela meminum susu kambing tersebut, tidak seperti
sebelumnya. Dulu irdina nangis terjerit-jerit bila nampak botol susu sebab dia
dipaksa minum formula yang tak sedap.. huhu.. sehinggakan pengasuh terpaksa
menyuap susu tersebut menggunakan sudu. Alahai anak… Sekarang ini, bayi saya
kerap bangun malam sebab nak minum susu kambing tu… sedap sangat agaknya. Huhu
Kepada yang
membaca entry kali ni… Mungkin anda akan berkata begini:
Ini
mesti kes tak ajar anak guna botol dari awal.
Ø Untuk pengetahuan kalian, saya dah
introduce botol sejak dalam pantang. Dia juga suka minum air masak menggunakan
botol. Jadi, tiada masalah dengan botol. Pelbagai jenis botol sudah dicuba, akhirnya NUK juga menjadi pilihan.
Kenapa
tak ajar minum EBM?
Ø Mungkin saya tidak ajar bayi minum
EBM dari awal sebab semasa berpantang di rumah ibu, peti ais penuh dengan
daging, ayam, ikan dan telah mengubah rasa susu. Bayi muntahkan susu EBM. Tiada
tempat penyimpanan yang sesuai. Sebab tu saya balik UPM cepat-cepat, tetapi
rupanya sudah terlambat. Mungkin nanti kena beli satu peti ais khas untuk
penyimpanan susu semasa berpantang.
Kenapa x balik untuk susukan bayi?
Ø Mungkin kalian perlu ikut saya buat western blot di makmal. Western blot amat memenatkan dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah, mak cik pengasuh memahami dan tidak menggalakkan saya datang menyusukan irdina. Lagipun memang tak ada masa nak datang.
Maklumlah,
masalah sering berlaku terutamanya bagi menguruskan anak pertama. Masih tiada pengalaman. Semua perkara dibuat ibarat syok
sendiri. In shaa Allah, lepas ni akan diperbaiki. Semoga Allah redha dalam
usaha yang akan datang.
Kepada
mereka yang berjaya menyusukan anak, silalah jangan berbangga dan mengatakan
perkara yang tidak baik mengenai susu formula. Jika kalian nak band susu
formula, tak perlulah viralkan perkara yang menyakitkan hati orang. Setiap
orang ada sebab tersendiri dalam segala keputusan yang mereka ambil. Jangan
berlagak tahu dan berlagak pandai. Nanti orang pun meluat. Wallahu a’lam.
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~