Tuesday, February 8, 2011

Teka-teki imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?



Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?



Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?



Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

>>> share dari seorang sahabat.... best nie,,,,, :-)

muhasabah bersaman!!

Monday, February 7, 2011

AIR

AIR

            Jika diberi pilihan, aku mahu menjadi air. Air adalah molekul berulang H₂O yang sangat lembut dan menenangkan. Setitis air mengandungi jutaan atom dan molekul yang saling berpegangan dalam air. Alhamdulillah, dengan sifat air yang lembut itu, air sangat memenuhi fitrah kita sebagai seorang manusia yang dapat meneguknya serta menghilangkan dahaga. Nikmatnya tidak terkira.

            Sifat air sangat menarik. Takat bekunya apabila berada dibawah 0°C dan tahap mendidih pada suhu 100°C. Dari sifat itu, turunlah salji yang kemudiannya menghasilkan putaran musim yang indah seterusnya menstabilkan suhu dibumi ini. Dari sifat didihnya pula, kita dapat membunuh kuman dan bakteria. Air yang meruap pula menghasilkan kabus, awan dan seterusnya hujan. Maka lengkaplah satu kitaran air.Dalam kenderaan, air juga digunakan sebagai bahan penyejuk. Tanpa air, kenderaan yang besar juga tidak mampu bergerak.

            Lebih 75% daripada badan kita adalah air dan lebih 75% bumi ini juga adalah air. Subhanallah,,,, Indahnya ciptaan Allah itu. “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman?” Kejadian manusia juga bermula daripada setitis air mani. “Dan sungguh, Kami menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk lain)” Al-Mu’minun ; 12-14

             Walaupun air nampak lemah, tetapi banyak kekuatannya. Air boleh menjana sumber elektrik. Air yang dicincang tidak akan putus. Air yang dikepung akan mencari jalan keluar. Sekiranya gagal, air tersebut akan cuba melembutkan struktur tebing itu dan cuba untu melepasinya. Sekiranya gagal lagi, air yang berkumpul itu akan menjadi wap dan akhirnya bebas ke udara. Setitis air yang menitik berterusan juga boleh melekukkan seketul batu yang keras. Air yang menitis dari kelopak mata pula boleh melembutkan hati yang keras. Ingatlah, barangsiapa yang menangis kerana bertaubat, menangis kerana takutkan Allah, maka air mata itu akan memadamkan api neraka buatnya.

            Air mempunyai satu matlamat. Mengalirnya dari hulu ke hilir. Tidak pernah songsang. Bertemu di satu tempat. Bergabung kekuatan. Menjadi medium baru untuk hidupan lain, iaitu hidupan laut. “Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Ar-Rahman:19-21

            Marah itu adalah api yang boleh membakar diri. Kerana itulah syaitan mudah menguasai diri. Siramilah kemarahan itu dengan air kesabaran. Mudah-mudahan api kemarahan itu segera terpadam. Bersifat lembutlah kita sepertimana air, tetapi bila sampai masanya nanti kita harus bersifat keras dan tegas. Tegaslah kita dalam memperjuangkan agama Allah yang satu ini. Bertegaslah kita terhadap musuh-musuh Islam. “Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.”Al-Maidah; 54

             Bersyukurlah kita dengan air yang tiada rasa ini, tetapi memberi manfaat yang sangat besar terhadap diri kita. “Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah kami yang menurunkannya? Sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?” Al-Waqiah: 68-70

Rujukan:
• Al-Quran Mukarim
• Al-Islam, Februari 2011