Friday, August 3, 2012

Kenali Houra Al-Mansurah


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,, Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. InsyaAllah, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya atau lebih dikenali sebagai Houra Al Mansurah. Nama penuh saya, sudah tentulah saya akan rahsiakan.. Cuma saya akan menyentuh sedikit sahaja agar kalian tidak meragui hasil penulisan saya.

Saya merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik. Dibesarkan dengan penuh kesederhanaan. Ibu dan ayah yang saya amat cintai membesarkan kami dengan tarbiyah (didikan) yang baik. Saya sangat menghargai mereka. Syukur ke hadrat Illahi. Walaupun saya ini bukanlah seorang ustazah, bukanlah seorang doctor, tapi cukuplah sekadarnya. Ini adalah rezeki Allah buat saya dan saya mensyukurinya. Semoga Allah terus melindungi dan memberikan kesihatan yang baik buat ibu dan ayah yang amat saya cintai. ^___^

Saya mendapat pendidikan awal sama seperti kanak-kanak yang lain. Cuma yang istimewa bagi saya adalah, saya menamatkan pelajaran di sekolah tercinta, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan dalam jurusan Pengajian Agroteknologi (Sains tulen) dengan keputusan SPM yang terus membawa saya ke Kolej Matrikulasi Johor. Sekarang saya masih menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Biomedical Sciences (Sains Bioperubatan). Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.

Saya adalah seorang insan yang biasa dan tersangat biasa, yang suka meluahkan pendapat. Mungkin bakat ini saya perolehi kerana sering membuat karangan semasa di sekolah dahulu,, he he.. ^__^ Special thanks to my ‘guru bahasa’… he he Apabila membaca buku, saya juga mempunyai pendapat saya sendiri mengenai topik tersebut. Bukannya  plagiat. Ini adalah dari sudut pandang saya sebagai seorang wanita yang masih dalam dunia mencari identiti diri sendiri.  Makanya, jika ada khilaf dalam penulisan saya, saya mohon kalian menegur, agar boleh saya perbaiki. InsyaAllah.

Penulisan saya adalah dari dua pihak dan bukannya berada di satu pihak sahaja seperti debat. Saya yakin, dua-dua pihak ada hujah dan sebab tersendiri mengapa berlakunya perkara tersebut. Maksud saya, jika topik itu berkaitan  lelaki dan wanita, jadi saya akan menyentuh dua-dua pihak. Bukannya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Contoh yang lain pula adalah politik. Ini adalah pandangan saya dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Penulisan saya lebih bersifat neutral dan dalam keadaan emosi yang stabil. InsyaAllah..

Mungkin penulisan saya ini bagaikan bermusim. #_# Hal ini kerana saya seorang yang agak aktif dengan aktiviti kolej. Saya sebenarnya seorang yang happy go lucky, tapi segera bertukar menjadi tegas dalam beberapa hal yang melibatkan maruah diri dan agama.  Saya juga memerlukan persediaan minda dan mood yang stabil bagi menghasilkan penulisan yang bersifat neutral. Bagi saya, setiap penulisan perlulah berhati-hati kerana penulisan ini bukan sahaja dinilai manusia, tetapi juga dinilai Allah Azza Wa Jalla.. Allahu a’lam..  

Mana yang buruk, jadikan sempadan. Mana yang baik jadikan teladan. Enjoy your self during reading my entries. Jazakumullahu khair kerana sudi singgah di blog Bidadari yang tepelihara. Semoga Allah merahmati kalian semua. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Ad-Dajjal. Amin..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW~~

Thursday, August 2, 2012

PREPARATION perKAHWINan SeiRInG PREPARATION keMATIan..


Bismillahirrahmanirrahim…

Mungkin sedikit sahaja yang saya nak sentuh tentang topik ini.Preparation a.k.a persediaan adalah sebelum berlakunya sesuatu perkara itu agar kita sudah tahu apa tindakan yang sepatutnya kita ambil apabila perkara itu datang tanpa sebarang petanda. Apakah dua perkara tanpa petanda yang saya maksudkan itu? Perkara itu adalah perkahwinan dan kematian.


PREPARATION PERKAHWINAN
Tidak kiralah kita sudah ada calon ataupun tidak, kita seharusnya membuat persiapan sebelum berkahwin. Maksud saya, persiapan dari pelbagai aspek termasuklah, rohani, jasmani, duit dan fikiran.

ROHANI
Jika lelaki, bagaimana kalian mahu memimpin bahtera keluarga sekiranya kalian sendiri sering meninggalkan solat? Isteri pula, bagaimana mahu mendidik anak dengan acuan agama sekiranya kalian sendiri tidak menggariskan hukum islam dalam diri kalian? Bapa dan mak borek, anak rintik. Jika mahu anak yang soleh dan solehah, maka kita perlu jadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Mahu anak menjaga aurat, kita juga harus menjaga aurat. Mahu anak rajin solat, maka kita juga haruslah rajin solat. Selain itu, sukalah saya ingatkan di sini, doa itu juga penting. Suami yang soleh, isteri yang solehah, rumahtangga yang damai, anak yang soleh dan solehah, kebahagian hingga ke syurga Allah dan macam-macam lagi yang kita idamkan. Jangan biarkan itu hanya kekal sebagai mimpi nan indah yang boleh lenyap apabila kita sudah terjaga. Cuba untuk realisikan. Bagaimana caranya? Dengan doa… Yakinlah dengan Allah.. Doa itu senjata muslim.

FIKIRAN
Kita seharusnya menimba ilmu perkahwinan yang dibincangkan dalam landasan syariat islam. Sebelum berkahwin, kita perlu faham dengan apa itu adat dan agama. Janganlah pula adat melebihi agama. Jika budget anda besar, dan adat itu masih tidak menyalahi agama, maka masih boleh kita mengikut adat. Segala macam pertimbangan sebelum kahwin itu perlu terutamanya adat dan agama. Seterusnya, Ilmu munakahat (perkahwinan) juga sangat luas termasuklah ilmu mengurus rumah tangga, seks, pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan, pengurusan emosi, ibadat dan macam-macam lagi. Maklumlah, semua mahukan yang terbaik. Jadi perlu ada persediaan ini. Saya juga syorkan kalian mencari ilmu mengenai permasalahan rumah tangga. Memang benar kita takut dan tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi kita haruslah bersedia. Bila tahu punca, kita tahu solusinya..Allah pasti akan menguji rumah tangga kita. Kita tak perlu risau. Dari masalah yang timbullah kita dapat mengenali pasangan kita. Saya cadangkan kalian membaca buku Men Are From Mars And Women Are From Venus. Buku ini banyak mengupas tentang perbezaan personality lelaki dan perempuan. InsyaAllah akan mengurangkan salah faham sesama sendiri.

JASMANI
Kenapa perlunya kesihatan jasmani? Kesihatan jasmani juga amat penting. Dengan kesihatan yang baik, kita lebih bersemangat untuk menimba ilmu seterusnya menghasilkan cas-cas positif mengalir dalam darah seterusnya ke otak. Apabila kita sihat, tumpuan kita akan jadi lebih baik terutamanya bagi membentuk keluarga baru. Mencegah lebih baik dari merawat. Suka saya memberikan satu contoh di sini. Jika seorang wanita tidak suka makan sayur-sayuran, maka ferum (iron) akan kurang dalam darah.Seperti yang kita faham, wanita akan mengalami pusingan haid setiap bulan. Dari situ, banyak darah yang hilang, jadi banyak sel darah merah yang perlu digantikan. Ferum ini amat penting dalam membantu sel darah membawa oksigen. Kekurangan ferum boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menjejaskan kesihatanan bayi dalam kandungan.  Jika kita menjaga pemakanan sebelum berkahwin lagi, jadi masalah ini boleh dielakkan. Banyak lagi perkara lain yang boleh disentuh terutamanya merokok, pengambilan pil dan banyak lagi. Mungkin saya akan bincangkan dalam entry yang lain. InsyaAllah.

DUIT
Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Jadi perlulah kita mula kumpul duit walaupun masih belum ada calon. Allah akan menghantar calon itu kepada kita sekiranya dua-dua pasangan itu sudah bersedia. Jika perkahwinan yang kalian inginkan adalah melaksanakan apa yang wajib dalam tuntutan agama, maka duit itu bukanlah bebanan utama. Tetapi jika kalian mahu merakamkan perkahwinan dalam majlis yang agak besar, maka duitnya juga, agak besar… ^__^ Semuanya bergantung kepada diri masing-masing.

PREPARATION KEMATIAN
Alhamdulillah, kita sudah sentuh mengenai persediaan perkahwinan. Tetapi kita harus ingat juga, tentang preparation kematian. Hal ini paling besar sekali. Kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak kita merasai alam perkahwinan itu ataupun kita terus ke alam kematian. Alam perkahwinan adalah satu perkara yang diibaratkan biji sawi yang ada dalam alam dunia. Tetapi perkara ini akan disoal oleh Allah Azza Wa Jalla. Kematian merupakan alam yang membawa kita kepada matlamat sebenar kehidupan di dunia. Kematian memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Kematian yang baik itu adalah tanda hidup kita juga akan berakhir dengan kebaikan di akhirat nanti. Begitu juga dengan kematian yang buruk akan membawa kita kepada pengakhiran yang buruk. Lalu bagaimana preparation kita untuk kematian?



Saat nafas terhenti, roh ditarik Malaikat Izrail, jasad terbujur kaku. Bagaimana persediaan kita? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” Jadi, selain kita terus beribadat kepada Allahu Rabbul a’lamin, kita juga harus memastikan agar tiga perkara ini masih boleh membantu bila kita sudah meninggal dunia. Kerana inilah saham yang berterusan buat kita walaupun kita sudah tiada lagi di bumi Allah ini.

SEDEKAH JARIAH
Jika kita ada duit yang banyak, mungkin kita boleh bina sebuah masjid, sekolah atau apa-apa yang boleh digunakan masyarakat umum. Jika kurang berkemampuan, kita boleh juga sedekahkan sejadah, Al-Quran, telekung, buku-buku agama di masjid atau surau agar boleh digunakan berterusan oleh orang yang memerlukan. Jika kita ini tidak mempunyai harta, maka cukuplah dengan niat kita untuk bersedekah itu kerana Allah. Bila kita berniat sedekah, apabila kita sudah meninggal dunia, ada pula waris yang bersedekah atas nama kita, maka kita tetap akan peroleh imbalan pahala dari bahagian sedekah tersebut.



ILMU YANG DIMANFAATKAN
Ilmu yang dimanfaatkan bermaksud, ilmu yang kita sampaikan kepada orang yang memerlukan, dan kemudiannya orang itu amalkan dan disampaikan pula kepada orang lain. Sebanyak mana orang yang mengamalkan ilmu itu, maka kita akan turut peroleh imbalannya. Contohnya, kita mengajar adik kita solat, kemudian adik kita laksanakan, kemudian dia mengajar pula kepada anaknya dan begitulah seterusnya. Sedang kita berehat dikubur sendiri, saham (pahala) pula masuk tidak berhenti…Jika niat ikhlas kerana Allah, insyaAllah hidup kita tidaklah sia-sia..

DOA ANAK YANG SOLEH
Di sinilah pentingnya cara kita mendidik anak-anak. Jika anak-anak soleh dan solehah dengan didikan agama oleh ibu bapanya, pasti mereka tidak lupa mendoakan kedua ibu bapa yang tercinta walaupun sudah tiada di depan mata. Zaman kini adalah zaman yang paling mencabar bagi mendidik anak-anak. Mudah-mudahan kita bisa mendidik anak dengan cara yang penuh hikmah.. InsyaAllah.. Rasulullah teladan terbaik….
Sampai di sini dahulu penulisan saya. Jika ada tersalah kata atau khilaf dimana-mana, saya mohon ampun…

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

6 perkara Allah sembunyikan

Bismillahirrahmanirrahim,,,

Sejujurnya, artikel ini hanyalah 'copy and paste' sahaja.. Diharapkan dapat menambahkan lagi ilmu kita..selamat beramal.. In shaa Allah...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik. Kemudian Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Allahu a'lam..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~