Bismillahirrahmanirrahim….. Alhamdulillah… Tahun ini adalah
pertama kalinya saya beraya sebagai seorang isteri… Syukur alhamdulillah ya
Allah… Engkau telah permudahkan segala urusan kami….
Setiap orang akan diuji… Siapa kata ‘perkahwinan’ itu
sentiasa ‘manis’ dan tidak ada ‘masam’, ‘masin’, ‘pahit’?… Setiap pasangan akan diuji, cuma bentuk
ujiannya yang berbeza..
Mungkin pasangan yang baru berkahwin, akan bergaduh nak
balik kampung mana dulu sebab raya pertama selepas perkahwinan kan? Masing-masing
nak memperkenalkan ‘orang baru’ atau ‘pasangan tercinta’ kepada sanak saudara.
Apa-apa pun.. perlulah adil.. bergilir-gilir..
Lain pula dengan kisah isteri seorang pelaut. Saya juga
tidak pasti bagaimana isteri pelaut melaksanakan
sistem balik raya sewaktu suami mereka masih
di laut. Teringin benar nak bertanya mereka..
Bagi saya, walaupun suami tiada di darat, saya masih melawat
keluarga mertua di hari raya. Kali ini saya beraya sebagai seorang isteri buat
pertama kalinya tanpa suami di sisi. Sedih? Mestilah sedih… Tapi tak nak layan
sangat perasaan itu… Tidak boleh mengubah apa-apa pun… Suami sedang mencari
rezeki yang halal… bukannya berjalan-jalan.. Semoga Allah berikan kekuatan buat
suami yang hanya boleh merenung ombak dilautan tatkala isterinya sedang sibuk
menikmati rendang… eeerrr…. @_@
Walaupun suami tiada di sisi, tetapi orang yang disayangi suami
saya masih ada di sini.. tak lah jauh sangat. Masih mampu untuk memandu dan
melawat keluarga mertua. Bila difikirkan, keluarga itulah yang membesarkan
suami yang amat-amat saya cintai ini.. Keluarga itulah yang telah merakamkan
kisah hidup suami saya selama 25 tahun sebelum dia berkahwin dengan saya.
Apabila difikirkan… Saya berkahwin bukanlah sekadar cinta.
Tapi cinta saya ini kerana Allah. Jadi
saya perlu mencintai orang-orang yang suami saya sayangi seperti apak, mak
mertua dan keluarganya yang lain. Akan saya gagahi kerana Allah.. In shaa Allah..
Raya pertama di rumah ibu. Raya kedua di rumah mertua. Semoga Allah permudahkan
segala urusanku…
Semoga Allah tenangkan hati suami yang masih bekerja
walaupun di hari raya. Harap-harap tahun depan boleh beraya dengan suami dan
baby.. aamiiin. In shaa Allah… ^__^
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~
No comments:
Post a Comment