Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah.. Takutnya hamba ingin menulis pada kali ini ya
Allah… Kau jauhkanlah hamba daripada perkara2 ini ya Allah.. Cuma tujuan saya
ingin berkongsi adalah sebagai peringatan sesama kita dan sebagai peringatan
kepada saya di hari tua.. In shaa Allah… Dengan pemikiran yang waras, saya
harap idea ini boleh memimpin saya kembali ke jalan yang benar sekiranya suatu
hari nanti saya diuji pula dengan hal yang sedemikian. Nauzubillahi min
zalikh..
Baru-baru ini, pasti kita sangat biasa dengan amalan memohon
ampun antara orang-orang yang kita sayangi dan kenali. Jatuh berderai air mata
memohon ampun, namun belum pun tegak matahari diatas kepala, sudah mengulangi
kesalahan yang sama. Adakah sudah menjadi tabiat dan kebiasaan? Nauzubillahi
min zalikh ya Rabbal A’lamin..
Anak memohon ampun kepada kedua ibu dan bapa, isteri memohon
ampun kepada suami. Namun, belum selesai pun sehari beraya, sudah mula bergaduh
semula. Dengan isteri berani menaikkan tangan ke muka suami… Wahai wanita….
Setulus mana pun sayangmu kepada suami, jika kita sayang anak, kita
tangan-tangankan, tapi tiada istilah itu terhadap suamimu. Wahai wanita….
Sebelum kamu bernikah, syurgamu adalah dengan redha kedua orang tuamu. Tetapi
apabila sudah terlafaznya, “Aku terima nikah …….dengan mas kahwinnya, …….tunai”,
maka syurgamu adalah bersama redha suamimu. Walaupun sekeras mana pun suamimu,
walau macam mana salah pun suami mu, gunakanlah cara terbaik untuk berbincang.
Rendahkan egomu.
Begitu juga denganmu wahai suami. Walaupun syurga isteri
adalah bersamamu, ini tidak bermaksud kamu berhak ke atas isteri sepenuhnya.
Isterimu adalah pendampingmu… Tulang rusukmu.. Bukan dari tulang kepala untuk
dijunjung dan bukan juga dari tulang kaki untuk dipijak-pijak. Tetapi dari
tulang rusukmu wahai kaum Adam. Tulang yang dekat dengan hatimu untuk
disayangi. Fahamilah isterimu. Berlembutlah dengannya. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda, “Jika dinilai antara kalian siapakah yang terbaik bersama isterinya,
maka akulah yang paling baik terhadap isteriku..”
Siapa kata dengan KEKERASAN itu kita boleh melembutkan hati
yang KERAS???? Lalu bagaimana titisan air yang lembut boleh melekukkan batu
yang keras setelah berulang kali menitis di atas tempat yang sama??? Wahai
suami, wahai isteri…. Pilihlah jalan KELEMBUTAN untuk menyelesaikan urusan
antara kalian. Hidup ini tidak lama..
Entah esok, entah lusa, nyawa kita boleh diambil. Hablu minAllah, Habluminannas…
Menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Allah menciptakan
manusia sebagai khalifah, bukannya sebagai ahli ibadat semata-mata.
Inilah jawapannya mengapa saya mudah menitiskan air mata
apabila suami tertinggikan suara. Terlalu banyak masalah rumah tangga yang saya
lihat… dan saya takut…. Nauzubillahi min zalikh…
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
No comments:
Post a Comment