Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, akhirnya berpeluang
juga saya berkongsi kisah semasa di hari pernikahan antara saya bersama pilihan
hati. 9 december 2012 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya dan suami.
Tiada apa dapat difikirkan. Rasa bagai tidak percaya. Malam
sebelum perkahwinan, saya mengambil beberapa jenis bunga untuk mandi bunga.
Sudah!! Mandi bunga?? Ini bukannya mandi bunga yang telah dijampi oleh tok
bomoh ataupun yang seangkatan dengannya. Tujuan mandi bunga dan limau tu, sebab
mahukan wangi dan kesegaran bunga itu sahaja.. Saya sempat juga bacakan surah
yassin dalam satu botol air, dan kemudiannya saya campurkan air itu dengan air
bunga di dalam baldi. Dengan harapan agar Allah memudahkan segala urusan
pernikahan dan majlis walimah yang sangat-sangat bermakna ini. Alhamdulillah..
sangat menyegarkan.
Malam itu, saya sibuk membuat persiapan terakhir bagi
hantaran dan hiasan di ruangan akad nikah. Alhamdulillah semuanya berjalan
lancar. Sebelum tidur, ada beberapa orang kawan yang sanggup datang awal
semata-mata untuk memakaikan inai kerana inai sebelumnya tersangat cair. Tidak
berseri langsung. Mungkin salah cara bancuhan. Maklumlah, persiapan sendiri..
^__^ Lepas pakai inai, terus tidur. Tak fikir apa dah.
Dua perjanjian yang telah saya dan suami lafazkan sebelum
pernikahan.Perjanjian yang pertama, kami
tidak boleh bersua muka sepanjang tempoh pertunangan dan perjanjian yang kedua
ialah aurat saya terhadap suami masih seperti hubungan ajnabi melainkan sebelum
tidur. Mengapa perlu bersyarat? Erm.. barulah rasa keindahan perkahwinan itu.
^_~
Dengan syarat itu, membuatkan saya rasa sangat berat untuk
melihat wajah suami terutamanya sebelum akad nikah. Maafkan adinda wahai
kekanda.. Terlalu berat untuk melihat wajah suami sehinggalah terlafaz ijab dan
qabul. Mahu dikikis perasaan yang tak menentu itu. Sesudah akad, penyerahan mas
kahwin dan sesi bergambar, kami melaksanakan solat sunat nikah untuk mengucapkan
rasa syukur kepada Allah yang telah melancarkan majlis pernikahan kami. Apa
yang mengagumkan, itulah kali pertama kami solat berjamaah sebagai suami dan
isteri. Alhamdulillah ya Allah. Sungguh besar nikmat-Mu ini. Sangat terharu
semasa suami membacakan doa diumbun rambut ini. Bagai nak gugur jantung ini..
^__^
Semasa persandingan, saya mengukirkan senyuman khas buat
semua sahabat-sahabat yang sudi hadir. Alhamdulillah… Terima kasih kerana sudi
memeriahkan dan mendoakan kami.. Terima kasih kerana banyak bagi hadiah…
Complete kitchen sets. ^__^ Terima kasih buat saudara, jiran, rakan sekelas,
Biomedic tahun ketiga, tahun keempat dan juga junior, rakan-rakan mantan MTM
dan MTM, rakan-rakan PMIUPM, rakan-rakan bekas pelajar Matrik Johor,
rakan-rakan UTeM, jiran lama, dan semuanya yang telah hadir. Alhamdulillah..
Sangat ramai dan meriah.
Bersama iringan paluan kompang, tiga pertunjukan silat, satu
tayangan video yang cukup indah (pre-wedding), dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.
Satu ucapan, ribuan terima kasih yang tak terhingga dan yang
terpaling special adalah buat ayah dan ibu yang tersangat sporting. Tampa redha
mereka, maka tiadalah redha Allah. Alhamdulillah, dengan redha dan izin mereka,
saya sudah pun menjadi seorang isteri kepada seorang ‘lelaki’ yang tidak pernah
saya kenali sebelum ini. Seorang anak
yang dahulunya bergantung kepada ibu dan ayah, kini menjadi isteri pelaut yang
perlu berdikari sendiri. Jika dahulunya ayah dipertanggungjawabkan oleh Allah
ke atas saya, kini suami pula yang akan menggalas tanggungjawab yang amat berat
itu. “Kerana sayangnya hana terhadap abang, in shaa Allah hana akan menjaga
setiap batas perlakuan hana sebagai isteri abang. Walaupun abang jauh, cinta
yang dipupuk atas cinta Illahi ini pasti akan dilindungi dan dirahmati
oleh-Nya.. Biiznillah..”
Pasti kalian tertanya apakah tujuan perjanjian kedua yang
telah saya nyatakan tadi. Tujuan saya memberikan perjanjian tersebut adalah,
saya selalu cuba dan cuba untuk menutup aurat saya dikalangan lelaki ajnabi.
Tetapi selepas akad nikah, maka apa yang telah saya pelihara adalah ‘halal’
hanya untuk suami. Maka saya berpandangan, kali pertama suami melihat aurat
saya, biarlah dalam keadaan sebaik yang mungkin. Bukannya dalam keadaan tidak
terurus kerana keletihan. You get what you give. The most important thing is
the first impression. ^_~
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
No comments:
Post a Comment