Friday, April 15, 2011

Rintihan seorang dai'e

Jika aku berada di awan,
Angin sepoi melembutkan hati kesepian,
Kicau burung turut menenangkan,
Bergetar hati melihat keagungan Tuhan,

Huh,
Malangnya itu hanya impian,
Aku berdiri disaksikan bulan,
Aku bergerak berpaksikan cinta Tuhan,
Mengeluh aku bila kesakitan,
Mula terkenang nabi membawa perjuangan,
Darah menitis tidak dihiraukan,
Walau nyawa menjadi taruhan,
Namun jangan agamaku engkau permainkan,

Aduh,
Jangan engkau mengeluh wahai dai’e ku,
Kenapa perlu bibirmu membisu,
Jangan dibiar tubuhmu kaku,
Melihat agamamu, saudaramu diperlaku,
Biar harus kau beribu batu,
Namun jangan sesekali alasan mendahulu,
Ingatlah yang pasti itu janji RabbMu,
Setiap penjuru di setiap waktu,

Ini kita?

Dikala mulut ini tidak lagi mampu berbicara,
Hanya titisan air mata bukti segalanya,
Aku takut dengan setiap yang diaturNya,
Adakah aku mampu terima atau merintih sahaja?

Dibibir aku tekad aku mampu,
Bila datang dugaan aku sudah terpaku,
Mula mencari jalan untuk dituju,
Atau diam, pasrah tanpa usaha didahulu….

Tiada yang faham wahai manusia,
Bisik hatimu hanya milik Dia,
Apa manfaat kau berpaling daripadaNya,
Adakah kerana ego atau kau tidak berguna?

Islam bukan untuk dipilih dan memilih,
Jangan jadi hamba yang hanya tahu bersedih,
Mahu perhatianNya, tapi kau enggan bertasbih,
Bukan sekadar mahu digelar anak yg soleh…