Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah bersalin, rasa pengalaman mengandung itu tersangat
indah. Masih teringat gerakan si comel dalam perut. Menenangkan.. Kali ini sekadar mahu
merekod pengalaman mengandung anak pertama ini sebagai rujukan dan boleh dibuat penambahbaikan bagi anak yang seterusnya.. hihi.. In shaa Allah..
Sepanjang tempoh kehamilan, segala perkara direkod dalam Diari
Hamil mengikut minggu. Diari ini seperti buku pink klinik tetapi direkod dalam tulisan dan
pengalaman yang dilalui sendiri. Sepanjang masa mengandung ini juga, saya
mewajibkan diri saya khatam Al-Quran. Alhamdulillah Berjaya khatam semasa
mengandung minggu ke 27 (6 bulan). Saya juga ada menyimpan aplikasi
perkembangan baby di dalam handphone untuk mengikuti perkembangan bayi setiap
minggu. Aplikasi tersebut dikenali sebagai “Pregnancy Week by Week”. Setiap
kali selesai solat, saya akan berdoa
perkara yang positif tentang bayi, “Ya Allah, jadikanlah bayi dalam
kandungan ku ini sihat dan sempurna sifatnya. Cantikkanlah akhlaknya.
Tenangkanlah setiap mata yang memandangnya. Jadikanlah dia golongan yang
menjaga solat. Jika dia lelaki, jadikanlah dia sebijak Rasulullah, setampan
Yusuf dan seberani Umar. Jika dia wanita, jadikanlah dia sebijak Aisyah,
secantik Zulaikha, sekuat dan sesuci Maryam.”
Pengalaman di trimester pertama (bulan pertama hingga
ketiga).
Empat minggu yang pertama, masih belum terasa sebarang
alahan. Suami juga baru sebulan bercuti, jadi saya lebih tertumpu untuk
menghabiskan masa dengan beraktiviti bersama suami. Sempat ber’skytrex’ di Shah
Alam yang merupakan aktiviti yang agak lasak di atas pokok. Sangat tinggi dan
terpaksa merempuh pelbagai halangan. Kemudian, kami ke Pulau Perhentian dan
menghabiskan masa ber’snockling’ selama dua hari berturut dan menaiki bot laju
yang meredah ombak yang agak besar dan menakutkan bagi saya yang takut air ni..
*_* Kemudian sempat juga ke Universal Studio Singapore dan merasai semua jenis
permainan termasuklah roller coaster. Huhuhu Bertawakal pada Allah, sebab sudah
beli tiket yang agak mahal. Rugi kalau tak naik. Waktu ni sudah start rasa
mual, pening kepala dan cepat penat. Seterusnya ke Farm in the city di Seri
Kembangan yang berdekatan dengan rumah. Tempat ni seperti mini zoo. Agak menarik kerana banyak
juga haiwan yang unik dalam mini zoo ini. Semasa di sana, rasa tak larat nak jalan
dan sesak nafas. Jalan sikit dah kena rehat. T_T Akhir sekali ke Tasik
Putrajaya Cruise. Aktiviti ni tak berat pun. Cuma duduk dalam feri yang besar, tetapi hanya ada enam orang penumpang sahaja dan kami boleh duduk di
luar feri bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan alam dengan bahagianya
tanpa kesesakan orang yang agak merimaskan… hehehe… Walaupun sudah mula loya
dan mual, saya masih aktif beraktiviti untuk manfaatkan masa cuti suami sepenuhnya memandangkan kami bersama hanya untuk dua bulan.
Pada bulan kedua hingga kelima, saya diserang rasa loya dan
muntah. Di trimester pertama ini juga, dua masalah kesihatan telah dikesan
iaitu Gestational Diabetes Mellitus (Kencing manis semasa mengandung) dan
Protenuria (Protein dalam kencing) yang membuatkan saya terpaksa dirujuk ke
hospital bahagian O+G dan Pakar Nephrologi. Dua masalah ini menyebabkan setiap
minggu saya perlu ke klinik/hospital, mendapat tagging ‘kuning’-hanya dipantau
oleh staff nurse sehingga bersalin dan berakhir dengan bersalin secara induce
(paksa) di minggu ke 37. T_T Semua ini ditanggung sendirian kerana suami sudah
bekerja di lautan yang luas bagi mencari rezeki. Segala apa yang dilalui hanya
Allah yang tahu dan Allah sahaja yang memberi kekuatan luar biasa kepada saya
untuk melalui setiap detik tersebut.
Pengalaman di trimester kedua (bulan keempat hingga keenam).
Dalam trimester ini, saya mengalami alahan yang teruk dengan
vitamin zinforic. Setiap pagi, 5-15 minit selepas makan vitamin tersebut, mesti
saya akan muntah. Kemudian doktor menukarkan zinforic kepada tiga vitamin iaitu folic acid, vit B
complex dan iron. Masalah muntah dapat diatasi. Alhamdulillah. Saya juga telah
membuat pemeriksaan gigi dalam trimester ini. Semasa di bulan puasa, saya
terpaksa meninggalkan puasa selama lima hari kerana perlu minum air glucose, pemeriksaan
BSP (perlu makan dan ambil darah 4 kali dalam masa satu hari), baby tidak aktif
dan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Pada minggu ke 15, saya mula
merasakan gerak baby semasa tengah duduk. Minggu ke 18, saya dapat merasakan
gerakan memusing baby serta merasakan seolah degupan atau detakan (tak pasti
samaada degupan jantung atau baby tersedu). Semasa bulan puasa, berat saya
turun mendadak dan sama seperti sebelum pregnant. Mungkin kerana alahan dan
menyebabkan selera makan semakin berkurangan. Saya juga terpaksa berpindah dari
rumah lama (tingkat 4) ke rumah dalam kawasan UPM (tingkat satu). Terpaksa
angkut barang yang ringan sikit2 bersama dengan ibu. Masa ni, rasa nak menangis
sebab suami tiada. Badan sakit-sakit dan sangat memenatkan. Barang yang besar
dan berat pula perlu upah lori dan tenaga kerja. Saya juga tak boleh
memandu melebihi satu jam kerana sudah mula sakit pinggang, sakit tulang
belakang dan bahagian perut. Bahaya memandu sendirian ke tempat yang jauh.
Jadi, saya mula menangguh semester dan tinggal bersama ibu sehingga bersalin.
Pengalaman di trimester ketiga (bulan ketujuh hingga
kesembilan).
Inilah trimester yang sangat dinantikan kerana suami akan
pulang bercuti. Yayyy.. Masa ni adalah masa mengandung yang sangat indah kerana
ada suami untuk memandu dan boleh jalan2 walaupun penat. Tiba-tiba rasa sihat
dan mood untuk bercuti datang lagi. Pada trimester ini, saya ke Cameron highland,
Gambang Resort, Berjalan ke Kuantan dan Cherating, serta Port Dickson (Upside
Down House dan Ostrict Farm). Di trimester ini,saya mengamalkan zikir hamil
sehinggalah ke waktu bersalin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
alhamdulillah.. lasak dan kuat.. moga saya boleh contohi juga.
ReplyDeletehttp://legasikekja.blogspot.my/2017/08/3-langkah-lahirkan-anak-bijak.html
terima kasih sharing
ReplyDelete