Thursday, February 21, 2013

PUISI KHAS BUAT SUAMI TERCINTA.. ^__^


Duhai sayangku,,,
Setelah terlafaz ijab dan qabul….
Hati ini sebak rasa bersyukur…
Satu janji  akan dimakbul..
Ingin buatkan dirimu terhibur..

Duhai suamiku,,,
Hadirmu sebagai ketua keluarga..
Penyatuan dua keluarga berbeza..
Kini bersatu dengan izinNya..
Bagi membentuk sebuah 'syurga'..

Duhai si pemilik hati,,,
Banyak kurangnya diri ini..
Adinda cuba untuk perbaiki…
Agar dirimu gembira di sisi…
Mengharap redha dari Illahi..

Duhai nakhodaku,,,
Dirimu sentiasa berada di lautan..
Jauh berlayar meredah gelora..
Semoga kita diberi kekuatan..
Dihiasi dengan rasa cinta..

Duhai mujahidku,,,
Adinda harapkan anakanda kita,
Bisa berjuang demi Ad Deen tercinta..
Kerana itulah cita-cita adinda..
Untuk syahid membela agama…

Duhai kekasihku,,,
Hidup di dunia sementara cuma…
Dengan redhamu dinda bisa ke syurga…
Ampunilah segala khilaf dan dosa…
Yang mana terlepas atau sengaja…

Duhai perwiraku,,,
Dinda ingin menemani dirimu..
Dinda harap kanda bisa membantu…
Dinda ingin menjadi bidadari syurgamu….
Dinda  harap kanda akan memimpinku..

Duhai  pahlawanku,,,
Adinda kagumi cinta mereka..
Tulus cintanya Rasulullah dan Aisyah..
Teguh kasihnya Zulaikha dan Yusuf…
Utuh cintanya  Adam dan Hawa..
Setia kasihnya  Fatimah dan Ali..

Duhai  penawarku,,,
Tugas kita membentuk keluarga..
Amanah Allah pasti ditanya…
Tiang masjid, tarbiyah agama…
Batu binaan kasih yang setia…

Duhai imamku..
Waktu terasa bergerak perlahan..
Rindu didada semakin tak tertahan..
Rahsia diri ramuan kesabaran…
Diwarnai dengan keceriaan…

Duhai tuan pemilik ‘Hana’,,,
Hari ini kita bersama…
Mula penyatuan dua jiwa..
Semoga kita bisa berbahagia..
Limpahan rahmat dari Pencipta..

Salam sayang buat yang teristimewa,,,
Zaujku yang tercinta…. Mr Z.. ^___^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Wednesday, February 20, 2013

Berkahwin dalam semester..


Bismillahirrahmanirrahim,,,

   Alhamdulillah.. Masih segar mata melihat keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulillah.. masih pantas kaki berjalan di muka bumi Allah.. Alhamdulillah.. masih bisa jari-jariku ini menekan butang-butang papan kekunci di laptop… Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup lagi…

   Banyak sangat nikmat yang telah Allah berikan,, Memang tidak terhingga rasanya.. Syukur Alhamdulillah kerana menjadi seorang anak kepada dua orang ibu bapa yang baik.. Syukur Alhamdulillah kerana menjadi pelajar UPM.. Syukur Alhamdulillah…. Diri ini diberi ‘keistimewaan’ yang tidak terhingga… banyaknya nikmat yang telah Allah pinjamkan kepada diriku ini… Tatkala rakan-rakanku semuanya memegang pen dan belajar.. Diri ini juga turut melakukan hal yang sama… Dikala dalam fikiran mereka hanyalah pelajaran dan ibu bapa… tetapi diri ini bertambah lagi tanggungjawab sebagai seorang isteri.. Anak, isteri dan pelajar dalam masa yang sama… Tidak ramai yang dapat merasai nikmat Allah ini.. Syukur Alhamdulillah.. sangat besar nikmatnya.. Sangat luas hikmahnya perkahwinan ini…

   Saya sangat yakin, ramai pelajar yang nak berkahwin, tetapi jika ditanya “Andaikan esok anda dipinang oleh seseorang jejaka yang baik akhlak dan imannya, adakah anda akan terima?” – buat perempuan.. Jawapannya.. “Eh… awal sangat…” Jika ditanya pula kepada lelaki, “Masih belajar lagi, xda duit nak pinang anak orang..” –buat lelaki.. Jadi boleh saya simpulkan di sini, ramai yang nak berumah tangga Cuma belum bersedia.. Keinginan itu ada, tapi tidak bersedia. Sebagai seorang hamba Allah yang sangat kerdil ini, hanya sekadar ingin memberikan pandangan… Moleknya jika kita membuat persiapan awal ke arah itu walaupun masih tiada calon atau target kita untuk berkahwin masih jauh lagi… Tak salah kan jika kita bersedia awal-awal?

   Ini cerita tentang saya.. pernah mimpi nak kahwin masa belajar,, tapi sangat tak sangka boleh menjadi reality. Itulah dia kekuasaan Allah.. Dia Maha Berkuasa dalam menentukan sesuatu.. Syukur Alhamdulillah.. hari ini saya sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang, Mr Z. Inilah kronologi pernikahan kami.. In shaa Allah sekadar menaikkan semangat mereka yang sudah mempunyai calon dan berhasrat untuk menikah semasa belajar..

   10/3/2012 Merisik… (semasa semester ke-4) 
   Saya dan Mr Z berkenalan.. baru beberapa kali bertemu muka, kemudian Mr Z kena bekerja selama 6 bulan di laut… Saya pula masuk mendaftar ke semester baru, (semester 3). Kami berhubung menggunakan e-mail. Dari situ saya dapat merasakan bahawa Mr Z bukanlah seperti lelaki yang lain.. Dia tidak mengambil kesempatan sedikit pun.. Timbul rasa hormat kepadanya. Saya mula buat solat istikharah.. adakah dia jodoh yang telah Allah tetapkan buat diri ini. Kemudian saya meminta Mr Z masuk merisik.. (lebih baik wanita itu menawarkan dirinya dikahwini daripada hanya dijadikan kekasih gelap.. eerrr) kami plan nak terus bertunang, tetapi mak dan bapa Mr Z masih belum mengenali diri ini. Jadi ayah saya memutuskan agar merisik dilaksanakan dahulu.

   8/4/2012 Bertunang (cuti pertengahan semester ke-4)
   Sebulan selepas merisik, akhirnya kami mengikat tali pertunangan. Syukur, Alhamdulillah… Maka diri ini sudah tidak boleh dilamar oleh orang lain… Haram hukumnya melamar atas lamaran orang lain.. ^__^ Sepanjang tempoh pertunangan, kami tidak bersua muka langsung.. hanya berhubung melalui sms. Mr Z masih menjaga perbatasannya.. Membuatkan diri ini bertambah hormat kepadanya.. Terima kasih sayang,,, (buat suamiku ^__^)

   9/12/12 Pernikahan (naik cuti semester ke-5) 
   Segala persiapan banyak dibantu oleh ayah dan ibu.. Hal ini kerana saya masih berada di UPM. Sedang menuntut ilmu. Saya balik 3 hari sebelum pernikahan berlangsung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saat diri ini berjalan ke arah imam untuk diijab qabulkan, saya langsung tidak memandang wajah Mr Z. Janji diri ini adalah, saya akan memandang Mr Z setelah terlafaznya ijab dan qabul.. (Maaf ya sayang.. Hana segan nak lihat wajah abang waktu itu *_*) Ramai kawan-kawan UPM yang datang ke walimah kami.. Alhamdulllah,.. terima kasih semuanya… Semoga Allah membalas jasa kalian.. Aamiiin.. Kami bersanding… hah, bersanding??? Jangan cepat melatah.. Separuh orang memang mengharamkan persandingan dalam keluarga mereka.. Tapi dalam kes ini, banyak perkara yang telah dipertimbangkan.. Allahu a’lam…

    16/12/12 Majlis menyambut menantu 
   (seminggu sebelum study week) Kemudian adanya majlis menyambut menantu.. Sehari selepas majlis tersebut, saya terpaksa balik ke UPM kerana ada OSPE (Objective Structure Practical Examination) Parasitology.. @_@ Study 1 malam je…. Eeerrr @_@ Seminggu kemudian adalah study week… yay,,, seperti kebiasaannya, saya akan study di rumah.. 4 hari di rumah ibu dan 4 hari lagi di rumah mertua.. Study bersama suami.. Suami langsung tak ganggu.. Siap bancuhkan air lagi,,, siap urut-urut lagi bila mengantuk… kena stay up sampai jam 2 pagi.. suami temankan.. Kesian, kadang-kadang sampai tertidur.. (JazakAllahu khair ya habibi… ana uhibbuka fillah… till jannah… ^__^)

    12/1/2013 tamatnya final exam… 
   Bermulanya honey moon.. ^_^ Macam-macam tempat kami pergi…  Jalan-jalan di Johor (Tangkak), Pulau Pinang (Bukit bendera, Batu Ferrighi,Fot Conwallis, naik feri, naik beca, minm air therbat, makan nasi kandar line clear yang paling famous kat sana dan juga pengalaman sesat.. heeee,, masih segar diingatan.. Kemudian pergi Melaka (Taman Rama-Rama dan reptilian, Taman Seribu Bunga, Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Akademi laut Malaysia, ALAM, Pantai), Negeri Sembilan (Rembau, Taman permainan-jambatan gantung, Cendol Leman Dawi yang famous) dan last sekali pergi Kuala Terengganu (Masjid Terapung, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, ICT main motosikal 4 tayar, pantai dan paling best sekali ialah makan keropok lekor..^_^)

Alhamdulillah, sangat best.. Suami sangat sporting, rajin, penyayang… Alhamdulillah,, Yang paling best, solat berjemaah setiap kali waktu solat, mengaji al quran… Alhamdullillah,, hana sayang abang sampai ke syurga Allah.. Aamiiin,, in shaa Allah..

Allahu a'lam

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

APA KAITAN ‘LUCKY’ DAN KAHWIN SEMASA BELAJAR?


  “Hana, you are so lucky… Bila masuk toilet je, mesti ada air.. Kalau kami masuk, mesti air dah tak de…”
Aku hanya tersenyum. “Kalau nak guna air, kena bangun awal…” kataku.

  Sejak dua menjak ni, air kat kolej asyik tak ada.. kejap ada, kejap tak ada, macam biskut marie kegemaranku…  Biskut marie ada di bilik sebab aku beli.. Biskut marie tak ada, sebab aku yang makan… eerr.. Alhamdulillah, biskut tue tak ada (dimakan) daripada dibuang. Air di kolej pula ada kerana tekanan tinggi dan tiada kerana tekanan rendah.. eerr..

  Ketika ini, aku selalu bangun awal pagi bila nak mandi. Pukul 5.15 pagi aku sudah mandi.. Sebelum masuk waktu subuh, aku sempat lagi solat tahajud dan solat-solat yang seangkatan dengannya, (solat sunat taubat dan solat sunat hajat). Itulah hikmah terbesar air ada hanya waktu pagi,,, ^__^ Pukul 7 pagi, air sudah semakin mengecil dan akhirnya tiada lagi titisan air.. Disaat itulah setitik air itu menjadi sangat berharga ibarat setitik peluh petani yang mengusahakan padi. Eerr..

  Bagi aku, ‘lucky’ perlu dicari, dan bukan ditunggu. Adakah Dato’ Lee Chong  Wei akan mendapat pingat emas sekiranya dia tidak serve bulu tangkis dengan betul? Adakah Nik Nur Madhiha akan dapat 21A dalam SPM sekiranya dia tidak study smart? Itulah yang dikatakan ‘lucky’ atau dalam bahasa Melayunya ‘bertuah’. ‘Lucky’ perlukan usaha, doa dan tawakal.

  Kawanku juga pernah berkata, “Hana, awak memang lucky sebab dapat kahwin time belajar..”..  Lucky sebab dapat ‘laki’…. Alhamdulillah,, Ingin  dikongsikan sedikit, rahsia Allah ini… Sudah lama sebenarnya memendam hasrat untuk bernikah sejak di matrikulasi lagi. Siap aku nyatakan hasrat ini kepada ibu. Tetapi, ibuku menolak mentah-mentah.. Namun, aku pujuk, dan pujuk lagi,, Ayah aku memang tak suka langsung aku kahwin masa belajar. Jadi, adakah itu ‘unlucky’ buatku? Tidak sesekali.. ‘Lucky’ perlu dicari, bukan ditunggu. Aku berdoa setiap kali lepas solat kepada Allah, (Pemilik setiap hati) bagi melembutkan hati ibu dan ayahku..  (Kredit 1 : Doa kepada Allah).

  Aku buktikan kepada mereka bahawa aku boleh menjadi seorang isteri yang solehah.. insyaAllah,,, bagaimana mahu buktikan?? (Kredit 2: Buktikan kita matang). Suka aku kongsikan, setiap perbuatan kita membuktikan siapa kita yang sebenarnya. Ibu bapa tidak boleh ditipu. Jika dulu tidur peluk teddy bear, sekarang tidur peluklah bantal,, eerrr… jika dulu takut nak berdikari, sekarang buktikan bahawa kita boleh berdikari. Jika dulu kita malas masuk dapur, jadi sekarang kita masuklah dapur.. At least, potong bawang ke, masak nasi ke, masak rendang ke, buat kek ke.. Ha, kan ada ciri2 nak jadi menantu orang tue,,, insyaAllah… ^___^

   Alhamdulillah, ibu suka tengok rancangan “Tanyalah ustaz” setiap hari di TV 9 pada pukul 7 hingga 8 pagi.. nak promote sikit.. rancangan ini adalah satu wasilah (alat) yang membuatkan Allah membuka pintu hati ibuku… Betul aku tak tipu,, Ibuku yang bocorkan rahsia ini… pada suatu hari yang tenang, aku menghampiri lagi ibuku. “Ibu, angah nak nikah masa belajar, boleh?”Aku seperti biasa tersipu-sipu lagi, tapi masih ingin menyakinkan ibuku.. “Nanti sibuk pula dengan hal rumah tangga, belajar pula ketinggalan”, kata ibuku… “Ibu, angahkan aktif di kolej,, Setiap hari ada meeting, ada event, macam-macam yang angah buat. Tapi pelajaran angah maintain kan…heeee” Aku mula berhujah. (Kredit 3 = Masih dapat score pelajaran walaupun busy).Buat pengetahuan semua, aku turut membuktikan bahawa aku dah matang dengan perkara ini. Petua ini sangat berguna bagi sesiapa yang nak kahwin semasa belajar. Aku tersangat aktif di kolej. Aku join Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) kolej, aku join exco Biomedic club, aku join Syababul Musolla (surau)… Nak dikatakan, hampir setiap malam muka aku ni tak ada kat bilik. Kesian roommate aku. Eeerr.. Tapi Alhamdulillah, Allah banyak membantu aku,,, Aku bukanlah pelajar yang sangat cemerlang, tapi aku adalah pelajar yang masih boleh score walaupun tak A, asalkan tak gagal,,, eeerrr…  Berbalik kepada ibuku tadi. Ibu semakin yakin dan berkata, “Okay, da ada calon ke?”Tanya ibuku.. Aku terdiam seribu bahasa.. rasa macam nak gelak pun ada juga,, Punya beria nak kahwin tapi tak ada calon… eerrr… Memang kelakar… hahaha.. Apa yang penting, dah dapat lampu hijau.. ;-)

  Aku bekerja di sebuah kedai bagi mengisi masa lapangku. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat segak ke kedai itu. Aku ingatkan dia nak beli kitab ke, baju kurta ke… rupanya dia mencari sesuatu yang amat sukar ditemui di kedai itu,… Lelaki yang gagah perkasa itu datang sebab nak cari teman hidup. Dia menyampaikan hasratnya itu kepada seorang mak cik merangkap kawan sekerjaku. Aku lihat signboard kedai… “Tijarah Barakah” sebuah kedai yang menjual kitab, Al-quran, telekung, jubah dan sebagainya. Tiada pula tertulis “perkhidmatan mencari jodoh”… hehe.. mungkin Allah yang menggerakkan hati dia ketika itu.. (Maaf ya sayang…. Sekadar berkongsi cerita > kepada suamiku (Mr Z)^__^) Dipendekkan cerita, aku hanya jumpa dia beberapa kali sahaja + sekali perbualan perkenalan. Selepas itu kami tak jumpa dah. Hanya berhubung menggunakan SMS. Sebelum aku pulang ke UPM untuk naik ke semester seterusnya, Mr Z memberanikan diri untuk ke rumahku. Masa tu, kami kawan sahaja. Tak lebih dari itu. Selepas ayah dan ibuku bertentang mata dengan Mr Z, maka ibu dan ayahku rasa selesa dengannya kerana akhlaknya yang baik… Alhamdulillah..(Kredit 4 = jika da ada calon, terus bawa jumpa ibu bapa. Mana tahu hati ibu bapa akan terbuka ketika itu).

   Keluarga belah ibu dan ayahku tidak berapa setuju aku kahwin semasa belajar. Tetapi ibuku kini sangat menyokongku. Katanya, “Ibu tak mahu menanggung dosa angah. Kalau dah ada calon, go on je..” ^__^ Alhamdulillah, ibuku berjaya memujuk ayahku.. Terima kasih ibu dan ayah… ^__^

   Cukup, sekadar ini sahaja ceritaku mengenai cara-cara untuk melembutkan hati ibu bapa untuk berkahwin semasa belajar… Selamat mencuba resepi ini… ^_^Sebelum itu, pasti anda tertanya-tanya, apa pula kaitan ‘lucky’ dan kahwin awal. Maksudnya di sini, ‘lucky’ kerana diiringi dengan usaha.. ‘lucky’ tue Allah yang bagi, jadi kenalah minta dengan Allah.. ‘Unlucky’ juga dari Allah, tapi ‘unlucky’ itu adalah ujian buat kita, agar kita nie sedar diri.. Hidup hanya sementara, Allah yang berkuasa ke atas kita, esok lusa mungkin nyawa kita boleh diambil oleh-Nya.. Allahu a’lam..

P/S= Hana bukan nama sebenar.. tetapi nama manjaku,,, hehe

Allahu a'lam
                ~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~