Thursday, February 21, 2013

PUISI KHAS BUAT SUAMI TERCINTA.. ^__^


Duhai sayangku,,,
Setelah terlafaz ijab dan qabul….
Hati ini sebak rasa bersyukur…
Satu janji  akan dimakbul..
Ingin buatkan dirimu terhibur..

Duhai suamiku,,,
Hadirmu sebagai ketua keluarga..
Penyatuan dua keluarga berbeza..
Kini bersatu dengan izinNya..
Bagi membentuk sebuah 'syurga'..

Duhai si pemilik hati,,,
Banyak kurangnya diri ini..
Adinda cuba untuk perbaiki…
Agar dirimu gembira di sisi…
Mengharap redha dari Illahi..

Duhai nakhodaku,,,
Dirimu sentiasa berada di lautan..
Jauh berlayar meredah gelora..
Semoga kita diberi kekuatan..
Dihiasi dengan rasa cinta..

Duhai mujahidku,,,
Adinda harapkan anakanda kita,
Bisa berjuang demi Ad Deen tercinta..
Kerana itulah cita-cita adinda..
Untuk syahid membela agama…

Duhai kekasihku,,,
Hidup di dunia sementara cuma…
Dengan redhamu dinda bisa ke syurga…
Ampunilah segala khilaf dan dosa…
Yang mana terlepas atau sengaja…

Duhai perwiraku,,,
Dinda ingin menemani dirimu..
Dinda harap kanda bisa membantu…
Dinda ingin menjadi bidadari syurgamu….
Dinda  harap kanda akan memimpinku..

Duhai  pahlawanku,,,
Adinda kagumi cinta mereka..
Tulus cintanya Rasulullah dan Aisyah..
Teguh kasihnya Zulaikha dan Yusuf…
Utuh cintanya  Adam dan Hawa..
Setia kasihnya  Fatimah dan Ali..

Duhai  penawarku,,,
Tugas kita membentuk keluarga..
Amanah Allah pasti ditanya…
Tiang masjid, tarbiyah agama…
Batu binaan kasih yang setia…

Duhai imamku..
Waktu terasa bergerak perlahan..
Rindu didada semakin tak tertahan..
Rahsia diri ramuan kesabaran…
Diwarnai dengan keceriaan…

Duhai tuan pemilik ‘Hana’,,,
Hari ini kita bersama…
Mula penyatuan dua jiwa..
Semoga kita bisa berbahagia..
Limpahan rahmat dari Pencipta..

Salam sayang buat yang teristimewa,,,
Zaujku yang tercinta…. Mr Z.. ^___^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

2 comments:

  1. salam puan... sebak rase hati bila baca semua entries yang ditulis... hati ni da mula jatuh hati pada pelaut yang sama, 6 bulan tempoh berlayarnya.. nk di jadikan suami, takut tk yakin bila berjauhan... tak diterima... rase sakit hati bila dpt tahu ada yang lain cuba dkt dgn dia... ;) doakan saya tabah macam puan .. amin insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... ^_^ Saya juga pernah rasa begitu... Kadang2 rasa macam tindakan saya ni salah pula memilih pelaut sebagai bakal suami... tapi jangan risau. Banyakkan solat sunat istikharah ya... yakin pada Allah... Think positive ya... Isteri seorang pelaut sangat special.. Luar biasa... X sama macam isteri yang lain... Ambil 'kelainan' itu, menjadi 'keistimewaan'... In shaa Allah... Semoga Allah permudahkan urusanmu... Aamiiin

      Delete