Monday, February 15, 2016

Bukit Gambang (29/10/15 - 30/10/15)

Bismillahirrahmanirrahim... Semakin dekat dengan due date untuk bersalin, semakin semangat untuk berjalan. Kali ini kami ke Bukit Gambang, Pahang. Sebenarnya, saya pernah menyertai 'Kem LeadTra Kolej 17 UPM' di sana. Tetapi, rasa macam tak puas pula. Lagipun, dulu saya ke sana, perlu memerah otak untuk mengadakan aktiviti Sekretariat Kerohanian, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 17. Jadi, saya kurang seronok sikit. Sekarang ni, nak enjoy bersama suami tercinta pula. hihihi... 

Kami bertolak dari UPM pada pukul 12 tengahari dan sampai pada pukul 4 petang. Maklumlah, suami saya bawa kereta dengan sangat cermat dan banyak kali berhenti di perhentian sebabnya, lapar dan sering ke tandas. Maklumlah, baby dalam perut dah 8 bulan. hehehe..

Sampai sahaja di sana, kami terus membeli tiket Savannah trip (naik truck untuk melawat binatang liar) bersama beberapa persembahan menarik. Ada bermacam jenis persembahan termasuklah persembahan burung, dan pada waktu malam pula ada persembahan api dan tarzan. Tiket RM45/person. 

Sepanjang laluan untuk ke Savannah Trip, kami melihat pelbagai jenis binatang yang dikurung. Semuanya besar2 belaka. *_* Di sini saya sertakan beberapa keping gambar di Bukit Gambang.


Inilah peta dan taman2 haiwan mengikut jenis.


Harga tiket tadi termasuk persembahan ini.



Persembahan burung.


Lion King tengah berteduh.. huhu


Lupa namanya.. Spesis unta kot.. erk...


Ni yang unik... White Lion.. Duk dalam bilik kaca tu... huhu


Tapir.. Hitam putih... Banyak lagi gambar.. Tak larat nak share semua.


Kami selesai menonton persembahan api dan tarzan pada pukul 9 malam. 

Kemudian kami terus ke Kuantan untuk menyewa hotel dan berehat. Keesokan harinya, kami sibuk mencari Mee Changlung... Katanya famous di Kuantan ni. Punyalah susah nak cari sebab Mee Changlung famous kat Warung Joe tutup lak. Warung tu tutup setiap hari jumaat. *_*




Mee Changlung ni rupanya mee sup aje.. Cuma ada keropok lekor dalam mee tu. Itu sahaja.. Boleh buat sendiri kat rumah.. Hihihi

Kemudian kami ke Cherating sebab nak mencari keropok lekor. Sempat juga singgah di Penyu Santuari, Cherating. Perjalanan amatlah mengecewakan kerana jalan yang kami lalui rosak akibat lori bauksit dan penuh dengan lumpur merah ibarat jalan berdarah. Huhuhu

Jalan berdarah (pencemaran bauksit)


Pusat pemuliharaan penyu di Penyu Santuari, Cherating.

Alhamdulillah, walaupun penat dan lesu, perjalanan ini amat memuaskan. Bahagian paling best adalah di Bukit Gambang. ^_^

~~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~~





Saturday, February 13, 2016

Cameron Highland (14/10/15 - 15/10/15)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, suami selamat pulang dari mencari rezeki. Seperti biasa, selepas empat bulan lamanya tak bersua muka, jadi kami mencipta quality time bersama dengan cara merakamkan memori indah di tempat yang best di Malaysia ni... Walaupun tengah pregnant lapan bulan, namun tetap saya gagahkan juga walhal sebulan lagi saya akan bersalin. hehehe Nak mudahkan proses bersalin la katakan... heee.. Lagipun, baby dalam perut yang teringin sangat nak tengok ladang teh menghijau dan teringin nak makan strawberi di ladangnya. ^____^

Kami ke Cameron highland menaiki kereta. Perjalanan yang amat jauh juga dari K.L.. jalan ke Cameron Highland sangat curam, sempit dan banyak selekoh tajam. Husband kata, inilah kali pertama dan terakhir ke sana. Wuuuu


Dalam perjalanan ke Cameron Highland, semua anjing mengejar lori putih tersebut. Rupa-rupanya, pemandu lori itu sangat baik hati, membaling roti buat anjing-anjing jalanan. Tak tahu sama ada bertuan ataupun tidak. huhuhu


Sampai sahaja di Cameron Highland, terus hilang rasa penat dan kami menjadi lebih bersemangat untuk berjalan apabila ternampak banyak papan tanda ladang teh, ladang strawberi dan banyak lagi. Kami terus singgah ke Boh farm dan Strawberi farm. Saya sangat seronok berada di Boh Farm. Sangat luas, menghijau dan menenagkan. Sempat juga kami melawat kilang Boh dan menikmati teh segar di ladang Boh tersebut. Sangat membahagiakan..




Kemudian, kami ternampak pula cactus point. Apalagi, saya terus jatuh cinta untuk membeli beberapa benih pokok kaktus. Alhamdulillah, 3 di antara 6 kaktus tersebut, masih hidup sehingga sekarang. Kemudian, kami terus check in di Father Guest House sebanyak RM100 untuk satu malam. Kami hanya makan malam di gerai yang berdekatan kerana keletihan.Cameron Highland sangatlah sejuk. Jimat elektrik kerana tak perlukan kipas dan air cond. Air pun sangatlah sejuk.. Sila lah bawa sweater.



Keesokan  harinya, kami terus ke MARDI. Agak besar juga kawasannya. Tiket hanyalah RM3/person dan amat berbaloi. Sempat juga beli pokok ros untuk ibu. Huhu.. Di sini, saya mencuba strawberi coklat yang segar. Sangat sedap... Rasanya masam2, manis coklat... yummy.. heee.. Husband pula mencuba dadih strawberi. Terdapat beberapa taman di MARDI ni, termasuklah taman ros, air terjun buatan, taman tumbuhan herba, sayuran dan buah.






Kemudian, kami ke Lavender Garden dengan tiketnya RM6/person. Tempatnya tidaklah luas sangat, cuma banyak jenis lavender yang cantik dan menarik. Sesuai untuk bergambar sahaja. ^__^




Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di air terjun tepi jalan. Hanya membeli beberapa jenis makanan untuk mengalas perut dan bergambar.


Alhamdulillah... Teringin nak pergi lagi, tapi kena pujuk suami lebih2 ni.. heee

Tasik Putrajaya Cruise (11/5/15)

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak banyak nak cerita tentang ni. Apa yang bestnya, dalam boat tu, hanya dua keluarga aje.. Yang lain kerja.... Itulah nikmatnya bercuti waktu orang bekerja.. hihihi.. Tiket asal RM40/person. Kami meronda kawasan tasik Putrajaya ni dalam 40 minit sahaja.

Kalau ada event, meeting, birthday party, anniversary celebration atau seangkatan dengannya, boleh lah tempah boat ni.. Ada bermacam jenis. Boleh tempah makanan sekali. Tapi, semuanya mahal.. Terasa beza antara dua darjat... huhu.. Berpeluh dengar harganya. Kami naik boat ni, dibekalkan air mineral sahaja. Cukuplah... Yang penting pengalaman dan gambar yang sempat dirakamkan. ^__^




Yayyy.. tak ramai orang... Nak duduk luar boat pun boleh. Lagi best... huhu


Hanya dibekalkan dengan air mineral.. Jadi la.. Basahkan tekak... heee


Masjid Putrajaya


Masjid Besi


Bangunan pentadbiran


Convention Centre


Boleh la jalan-jalan di Putrajaya naik boat sambil kena angin petang yang sepoi-sepoi bahasa dan menenangkan minda ni. Alhamdulillah..

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~~







Farm in The City (19/4/15)

Bismillahirrahmanirrahim.. Walaupun badan penat dan lesu kerana sudah sebulan mengandung, tetapi semangat untuk berjalan2 masih memuncak. huhuhu.. Saya ni suka main dengan haiwan. Suami pun layankan sahaja minat isterinya dengan membelikan tiket ke Farm In The City. Sebenarnya tempat ni hanya 2 km dari rumah yang disewa saya, cuma kami tak perasan kerana tempat ini tersorok sedikit iaitu di belakang Giant Equien, Seri Kembangan.

Harga tiket adalah RM45/person. Tempat ini membenarkan kita bermesra dengan haiwan termasuklah memegang, membelai dan memberi makanan kepada haiwan2 yang tertentu. Bagi saya, harga tiket tersebut masih berbaloi kerana di sana terdapat banyak jenis haiwan yang pelik dan tidak boleh ditemui di zoo atau taman haiwan yang lain.  

Antara aktiviti di sana adalah memberi sayur kepada kura-kura yang sangat besar (bermacam jenis), memberi makan kepada kambing, ayam, itik, burung (pelbagai spesis), memberi makan kepada ikan, bermain dengan arnab dan guinea pig, beri pisang kepada tupai yang jinak, berdiri atas telur burung unta, dan banyak lagi.

Lebih baik sekiranya saya berkongsi gambar yang boleh menceritakan seribu ungkapan yang tak tertaip oleh saya ni. Maklumlah, semua harus diringkaskan sejak ada baby ni.. hihihi


Tempat yang cantik, bersih dan terurus kemas.


Inilah kura-kura yang besar tu.. Menakutkan... Tapi rasa macam nak tunggang pun ada.. hihi...




Burung hantu ni suka pandang dengan wajah yang penuh persoalan.. hihi.. Tak tidur lak dia waktu siang ni.. *_*


Besar dan ni la tengok kali pertama. Lupa dah namanya. Rasanya, kebanyakan binatang dalam ni dah lupa namanya.. Banyak sangat dan dah lama pergi.. Tahun lepas punya cerita.. heee


Cik adik ni sedang beristirehat... ^_^


Yang ni pula tengah berdating agaknya.. Erk...


Alhamdulillah.. Sangat berbaloi dan rasa nak pergi lagi dengan anak pula.. hehe.... in shaa Allah.

Jika ada yang teringin nak datang ke Farm in the city ni, boleh juga singgah untuk bergambar di art Sphere, bangunan baru betul2 terletak belakang Giant Equien. Rugi kalau x pergi... Gambar 3D sangat menarik dan yang penting, tiada bayaran yang dikenakan. Di sini saya sertakan sedikit gambar yang di ambil beberapa tahun yang lalu.







Dan banyak lagi gambar lain, cuma malu la nak letak kat blog ni.. huhu



~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~~






Universal Studio Singapore (8-10/4/15)




Bismillahirrahmanirrahim. Percutian kali ni memang sangat padat kerana kami membeli tiket/ pakej di Matta Fair, Kuala Lumpur. Balik dari Pulau Perhentian, kami berehat dua hari di rumah. Kemudian, kami terus ke Universal Studio Singapore (USS). 

Kami bertolak ke Johor juga menaiki bas sebagai langkah penjimatan dan hubby pun boleh rehat daripada memandu. Kami mengambil pakej RM175/person. Pakej tersebut termasuklah penginapan dua hari satu malam di Hallmark hotel, Johor, tiket ke USS dan Aquarium Singapore.

Pada hari pertama, kami hanya berjalan di Danga Bay, Johor. Boleh tahan cantik juga Danga Bay tersebut. Cukuplah hanya ke sana dan kami perlukan rehat yang cukup sebelum ke USS yang penuh aktiviti dan game yang menarik.




Keesokan harinya selepas sarapan pagi, kami terus menaiki bas yang telah disediakan untuk ke Singapore. Rasa sedikit janggal tetapi elok juga kerana hanya kami berdua sahaja penumpang dalam satu bas yang besar tu. huhu.. Sampai di Singapore, kami perlu melalui imigresen. Inilah perkara paling bosan kerana terlalu ramai orang. *_* Rasa macam tak nak pergi Singapore dah. Nasib la banyak kaunter dan penumpang dalam bas kami tu tak ramai. Jadi tak perlu tunggu lama.

Di USS, kami mencuba hampir semua game yang disediakan. Masa ni, saya rasa penat dan mual kerana dah sebulan pregnant. Namun, saya tetap kuatkan semangat untuk mencuba semua jenis roller coaster dan game yang ada. Alhamdulillah, walaupun penat, tapi sangat seronok. Sempat juga tengok beberapa pertunjukan yang disediakan. Pertunjukan air paling menarik. Macam betul2... Letupan, tembakan, percikan air, semuanya best. Kami makan dalam USS kerana kami nak terus ke Aquarium di sebelah USS. Makanan di sana sangat mahal. T_T Aquarium pun best juga. Tapi dah rasa biasa pula dengan Aquarium ni.. Aquarium K.L, Under Water World Langkawi, dan zoo. Rasa macam lebih kurang sama aje... *_*












Pengalaman yang best dan tak boleh dilupakan. Kalau nak pergi semula, mungkin kena tunggu anak dah besar sikit. Baru berbaloi.. ^_^

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~~