Bismillahirrahmanirrahim…
Kekuatan cinta… Apakah itu sebenarnya kekuatan cinta? Kekuatan
cinta yang lahir dari hati yang bergelar suami dan isteri… Rupanya sangat besar
hikmah diri ini berjauhan dengan suami tercinta.. Maka sebenarnya Allah telah
memberi ruang kepada kami untuk merasa apakah sebenarnya kekuatan cinta itu…
Mungkin tidak pernah dilalui oleh pasangan suami isteri yang lain… SubhanAllah…
Indahnya setiap apa yang Engkau tentukan buat hamba-Mu..
Jangan ditanya tentang dimana hak seorang isteri dan suami
apabila pasangan itu ditakdirkan untuk berjauhan… Mampukah hak itu dipersoalkan
walhal keadaan mereka tidak mengizinkan? Sucinya cinta kerana Illahi adalah
cinta yang lahir tanpa perlu dipaksa atau dipujuk rayu oleh pasangan atau orang
disekeliling. Sucinya cinta itu adalah cinta yang lahir daripada ketulusan,
kepercayaan dan kesetiaan yang ikhlas hanya kerana Allah.. Kerana Dialah yang
memberikan rasa cinta itu kepada kita. Kerana Dialah yang mengizinkan kita
saling mencintai.
Walaupun hanya sesekali dapat mendengar suaranya, tapi tidak
enak rasanya jika masa rehat suami terganggu.. Sanggup ditahan rasa rindu ini agar dia dapat berehat.
Sayangnya kepada suami kerana Allah.
Betapa kuatnya Allah menghubungkan rasa cinta kami ini.. SubhanAllah… Hanya
Allah yang tahu..
Tatkala rindu teramat kepadanya, saya luahkan kepadanya..
Tetapi rasa rindu itu tidak hilang.. Rindu itu semakin membuak-buak.. Rasa
bagai ingin terbang kepadanya. Namun, bila diri sudah terlalu lemah untuk
merinduinya, diadukan pula kepada Allah. “Ya Allah…. Sesungguhnya hamba ini
adalah insan yang lemah.. Suami mencari rezeki dan jauh sekali. Sesungguhnya
hamba tersangat rindukan dia Ya Allah.. Kau tenangkanlah hatiku dan hati
suamiku.. Kau sampaikanlah rasa rinduku ini kepadanya…” Bukan seperti pos laju
yang mengambil masa seharian untuk tiba kepada penerima. Kuasa Allah lagi
hebat. Dengan doa ini, terus suami menghubungiku. SubhanAllah…. Sungguh
hebatnya doa kepada Allah ini….
Kekuatan disebalik penantian ini adalah menghabiskan bacaan
Al-Quran sebelum suami pulang. Bacaan itu amat bersemangat sekali… Sehingga
boleh habis 1 juzuk dalam sehari jika tidak sibuk. In shaa Allah. Namun,
disebalik ‘semangat’ mengaji Al-Quran pemberiannya, kadang-kadang menitis juga
air mata ini… Bergetar juga suara bacaanku ini kerana menahan sedih dan rindu
kepadanya.. Tetapi semua itu sangat berbeza. Sangat berbeza bila dibandingkan
dengan titisan air mata yang mengiringi penulisan ini.. Titisan air mata ini berlalu
meninggalkanku dan hanya memberikan sedikit kepuasan dan kepenatan. Lain pula
dengan tangisan semasa mengadu kepada Allah. Ketenangan… Penuh ketenangan..
Cintanya saya kepada suami adalah dengan membacakan Al-Quran
pemberian suami.. Agar dia juga mendapat ‘saham’nya.. in shaa Allah. Saya harapkan
Al-Quran itu boleh menjadi pendamping, penenang dan petunjuk bagiku walaupun
digelar sebuah ‘Al-Quran’ buruk di masa akan datang.Al-Quran itulah penenang
hati yang gundah gulana. Semoga Allah menerima setiap amalan ini. Aamiiin
Wahai sayang,
Jauhnya dirimu,
Namun ‘kasih’ tetap dirasai,
Cerianya suaramu,
Namun ‘syahdu’ tetap meliputi,
Rindunya kepadamu,
Namun ‘sabar’ itu membatasi,
Kenangan masih segar, sebagai penawar hati,
Wahai sayang,
Percayalah,
Kita pasangan diuji Tuhan,
Beribu batu menjadi taruhan,
Ombak dan taufan menjadi kebiasaan,
Hanya ‘doa’ menjadi kekuatan,
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~