Thursday, July 26, 2012

PERLUKAH BERDAKWAH TENTANG CINTA?


Bismillahirrahmanirrahim,,,

Pertama sekali, syukur alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya sign in blog saya nie,,, 'punya payah'.... Errr.. @_@...

Kali nie, saya akan banyak membicarakan 'tentang cinta'.. Penulisan ini hanyalah pendapat peribadi saya... Tiada kena mengena dengan unsur politik, atau seangkatan dengannya..Saya bukanlah layak untuk berbicara mengenai cinta... Apabila fenomena 'GELOMBANG CINTA' sudah semakin 'parah' (buktinya di facebook) lantas saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit hujah mengenai cinta... Sengaja saya menggunakan istilah 'hujah' kerana bagi saya, perkara ini adalah penting walaupun dengar semacam mudah,.Perlukah berdakwah tentang cinta? Bagi saya, itu perlu. Islam itu syumul (menyeluruh) termasuklah cinta.

“Tiada dayaku berdakwah kepada setiap orang”.. Saya banyak juga melihat dai'e (pendakwah) diluar sana ada yang anti dengan 'CINTA KEPADA BERLAINAN JANTINA'. Dalam mengejar zuhud kepada Allah, itu memang tepat. Tetapi, jika kalian mengejar zuhud kepada Allah, lantas adilkah jika kalian juga mendesak agar mad'u ( orang yang didakwahkan) juga zuhud kepada Allah? Adakah ini adil? Beginikah cara berdakwah yang dituntut Islam? Bukanlah tujuan saya untuk menilai antum (kalian).. Tetapi sekadar mencetuskan beberapa persoalan diminda kita.

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak". Perkara pertama yang diperjuangkan oleh baginda SAW adalah akhlak dan bukannya aqidah. Sedangkan aqidah itulah perkara pokok. Aqidah adalah kekuatan, tetapi kekuatan itulah yang kita tidak nampak.Makanya Islam menekankan akhlak dulu (keindahan yang kita boleh nampak). Itu fitrah manusia.Tapi itu zaman jahiliyah. Zaman sekarang ini, kita perlu kreatif dalam berdakwah agar aqidah dan akhlak sama-sama tidak tertinggal..Dai’e perlu faham dimanakah level mad’u itu. Kita tak boleh mendesak menggunakan aqidah. Kita bagi kefahaman aqidah dan memberi pendedahan akhlak. Jika mad’u lemahnya muamalat, maka dakwahlah mengenai muamalat. Jika mad’u lemah tentang pelajaran, maka dakwahlah mengenai pelajaran. Begitu juga dengan cinta. Jika mad’u lemah tentang cinta, maka kita dakwahlah tentang cinta. Semua perlulah berlandaskan syariat Islam.

Pernah satu ketika, sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, riwayatkanlahlah padaku”. Maka jawab Rasulullah, “Solatlah di awal waktu..” Datang sahabat lain pula, “Wahai Rasulullah, riwayatkanlah padaku”. Maka jawab Rasulullah, “Janganlah engkau marah”… Jika kita lihat, permintaan sahabat kepada Rasulullah adalah sama, tetapi nasihat Rasulullah berbeza. Kerana apa? Kerana masalah yang mereka hadapi adalah berbeza. Dipesan agar solat di awal waktu, kerana sahabat itu sering solat diakhir waktu. Dipesan agar tidak marah, kerana sahabat itu seorang pemarah. Hebatnya Rasulullah.. Contoh bagi para pendakwah. Dai’e berkata, aku kini berjihad. Berjihad untuk masyarakat. Tetapi dai’e sendiri hanya pada surface masalah. Tidak pernah diving ke dalam masalah masyarakat. Hebat mengeluarkan hadis, tapi bagaimana mahu diaplikasi kepada mad’u? Bak kata Tuan Guru Nik Aziz, “Terangkan hukum, jangan hanya tahu mengeluarkan hukum”.

Ada bermacam-macam jenis jihad. Bukan sekadar mengangkat senjata. Belajar itu jihad, politik itu jihad, penulisan itu jihad. Setiap dari kita ada kekuatan yang tersendiri. Dalam dunia yang moden ini, musuh menyerang menggunakan media massa, menggunakan ideologi. Jadi bagaimana kita ingin berdakwah? Jika musuh menyerang dengan kata-kata kesat, kita pertahankan dengan kata-kata yang sopan. Jika musuh mengangkat senjata kerana kemarahan, maka kita juga angkat senjata tapi berdasarkan keimanan (hidup itu kemenangan Islam, mati itu syahid).. Jika musuh menyerang menggunakan ideologi Ad-Dajjal, maka kita banteras  menggunakan ideologi Islam. Senang mulut berkata-kata, senang jari menaip, senang mata melihat, senang telinga mendengar, tapi sukar kaki melangkah, payah tangan melakukan. Allahu akbar!! Keperitan demi Syurga yang indah…


Justeru izinkanlah saya mengupas tajuk CINTA ini. Semoga penulisan ini banyak membantu sahabat-sahabat di luar sana. Saya ingin membahagikan post saya kepada beberapa tajuk kecil mengenai cinta. Menurut pengalaman saya sendiri dan juga berlandaskan pendapat yang boleh dijadikan rujukan. InsyaAllah..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

No comments:

Post a Comment