Thursday, July 26, 2012

CINTA tak BERMATA?


Assalamualaikum… 

   Syukur Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesihatan yang baik, aqal yang waras, walaupun iman kadangkala bergoncang diuji oleh- Nya bagi menghasilkan satu penulisan khas mengenai cinta. Cinta, satu rasa anugerah Illahi. Cinta itu amat luas takrifannya termasuklah cinta kepada yang Esa, cinta pada keluarga, cinta kepada makhluk ciptaan Allah, cinta kepada benda dan banyak lagi. Wujudnya dari hati yang menerbitkan satu perasaan ‘rindu’ apabila tidak bersua muka, satu perasaan resah apabila tidak bertitip salam, satu perasaan yang unik dan sukar digambarkan. Pernah suatu ketika, saya ditanya “Bagaimanakah rasa ‘cinta’ itu?”.. Hanya dapat menjawab dengan senyuman.

   Cinta pada Illahi, ubatnya beribadat, berdzikir memuji kebesaran-Nya, menangis dibentangan sejadah, membaca Kalamullah, dan menziarahi Masjidil Haram. Cinta kepada Rasulullah, ubatnya perbanyakkan  selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW (Allahumma Solli a’la Saidina Muhammad, Waa’la alihi wasahbihi ajmai’n), mengamalkan sunnahnya, membongkar kisahnya serta para sahabatnya, menziarahi makamnya.Cinta kepada manusia bagaimana pula? Cinta kepada yang bukan muhrim, bagaimana pula?

   Subhanallah… indahnya cinta itu… Allah memberikan satu fitrah terbesar buat hamba-Nya. Satu perasaan cinta kepada ‘si dia’ yang berlawanan jantina. Allah menjadikan kita berpasang-pasangan agar kita saling melengkapi. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

   Tetapi jangan kita terlupa, setiap perkara ada batasnya… Cinta kepada manusia yang tidak terbatas adalah cinta suami dan isteri. Cinta yang halal apabila terlafaznya ijab dan qabul oleh seorang lelaki, terhadap  perempuan pilihannya, dengan keizinan wali perempuan, dan dengan kehadiran dua orang saksi. Mungkin kita rasa cinta ini sangat mudah. Dengan berdirinya lima huruf C, I, N, T dan A. Cinta yang digambarkan oleh lagu-lagu jiwang yang setiap saatnya dimainkan oleh penyampai radio.Cinta yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang cantik dan tampan. Cinta yang tafsirkan dengan kata-kata manis di novel. Apabila mendengar ,menonton dan membaca sesuatu yang berunsurkan cinta, maka beranilah saya katakan di sini bahawa jiwa pembaca (remaja) juga melonjak-lonjak untuk merasakan cinta itu. Saya tidak menafikan perkara ini turut berlaku pada saya.

   Saya berniat untuk menghasilkan penulisan ini kerana banyak sangat persoalan yang bermain di dalam minda saya mengenai cinta. Saya yakin, persoalan ini juga turut bermain didalam kotak fikiran remaja sekarang. Contoh yang terdekat adalah kawan saya sendiri. ^_^ Apabila saya sudah menemui jawapannya, maka saya ingin merekodkannya di sini agar rakan-rakan dan remaja di luar sana juga dapat apa yang saya temui. Mungkin penulisan saya ini ada khilafnya. Saya mohon teguran daripada para pembaca. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya kerana menghasilkan penulisan mengenai cinta manusia sedangkan zuhud masih belum tercapai. Saya mohon ampun kerana saya tidak bisa memuaskan hati semua pihak. Saya hanya buat apa yang termampu.

   Penulisan ini bersumberkan Al-Quran, Hadis, tazkirah, forum, ceramah, video, facebook, majalah, buku dan banyak lagi sumber lain. Tetapi bukan semua bahan tersebut boleh dijadikan sumber yang baik. InsyaAllah, penulisan karya cinta ini bagi meraih cinta hingga ke syurga Allah dengan diiringi oleh pasangan kita nanti. InsyaAllah, sama-sama kita berusaha untuk mencapai redha-Nya. Selamat kita berkongsi ilmu. Walaupun sedikit, harapnya dapat membantu.

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

No comments:

Post a Comment