Friday, July 27, 2012

Cuti Semester Empat


Bismillahirrahmanirrahim,,,
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah yang serba indah ini. InsyaAllah, sama-sama kita usahakan untuk mencapai keindahan abadi (yang kekal) iaitu syurga Allah.. Pada awalnya, saya merancang untuk memfokuskan tentang cinta, tapi hati ini bagai tidak keruan dan seperti ada yang mahu dikongsikan.

CUTI
Setiap kali cuti semester, diri ini akan menerima banyak taklifan(tugasan) untuk menjayakan sesuatu program. Contoh aktivitinya adalah menjadi fasilitator bagi membantu adik-adik di matrik, mahupun di UPM. Rasanya senang sekali dapat membantu adik-adik ini. Dulu, saya selalu juga melibatkan diri dalam tamrin, ijtimak, rehlah dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah, semua aktiviti yang saya join ini banyak memberi pengalaman buat saya. Jika masih kosong, saya akan bekerja. Kenapa perlu bekerja? Kerana saya telah dilatih supaya mencari sendiri wang sekiranya mahu mendapatkan sesuatu. Sebelum masuk semester baru, saya akan kumpulkan duit. Seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan duit ibu dan ayah. Alhamdulillah, cuti semester yang lepas saya telah bekerja dan banyak pengalaman yang saya dapat. Disitulah detik yang menggegar jiwa ini. Tuan kedai ini mengikuti jamaah tabligh. Bermula dengan hadiah seutas tasbih. Bila masa terluang, saya akan berzikir dengan tasbih tersebut. Tenang… Cukup menenangkan jiwa yang tidak keruan ketika itu. Alhamdulillah.. Terdetik pula satu perbezaan antara golongan T dan P.. T banyak menyentuh soal rohani… P juga sentuh tentang rohani, dan juga amal. Tapi, hati ini seolah senang dengan T. tapi ada juga beberapa kelemahannya.. Begitu juga P sendiri. Allahu a’lam. Kerdilnya diri ini untuk menilai. Cukup sekadar itu sahaja.
Semasa bekerja, Allah telah mentakdirkan untuk saya bertemu dengan seorang jejaka yang sedang mencari teman hidupnya. Diri ini terus merendah diri serendah-rendahnya. Tidak saya kenali jejaka ini. Buku “Mendedah Rahsia Ka’abah” adalah detik permulaannya. Alhamdulillah.. Perkenalan selama lapan bulan telah membawa kepada satu hubungan yang serius. Alhamdulillah, telah dikhitbah (menjadi tunangan orang)..Opps.. cukup sekadar ini… Bukan perkara utama untuk dibincangkan. Cuti semester kali ini, ibu tak benarkan saya bekerja. Banyak hari-hari dilewati dengan aktiviti yang lagha. Tapi, jangan silap.. Banyak juga matlamat yang telah saya aturkan. Cuma ada yang tidak terbuat lagi dek malas menguasai diri. Kalau bukan bulan puasa, boleh kata hasutan syaitan. Tapi kalau bulan puasa, syaitan dah diikat, maka alasannya?? Itulah…syaitan hasut sikit je,, Bila dah cuba buat, kita pula yang jadi terbiasa.. Ingat, masih ada  nafsu.. Cuma bulan puasa nie, nafsu lemah sikit.. ^_^

KHATAM 30 JUZ
Target utama dari tahun lepas adalah nak khatam 30juz dalam bulan puasa. Disebabkan tahun lepas saya bekerja, jadi hanya mampu 15 juz sahaja. Kali nie, nak cuba juga.. InsyaAllah, dengan izin Allah.. Bila renung Kitab Allah ini, saya harap, saya sempat khatam sebanyak 7 kali sebelum hembusan nafas yang terakhir. Diri ini x pandai tajwid… Baca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi. Tapi tetap saya teruskan, kerana saya ada satu harapan… Ya Allah, diri ini mahu sangat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan lagu yang merdu bak Sheikh Mishary Ar-Rasyid di sofa SyurgaMu bertemankan sungai-sungai yang mengalir tenang… Makbulkanlah Ya Allah… Amin… Setiap kali saya membaca, saya berkata dalam hati, “Ya Allah, hanya ini yang hamba dapat persembahkan padaMu,,, Maafkanlah hamba jika masih ada kekurangannya…” Gentar juga membaca kalamullah ini.. Terasa malaikat maut datang menjenguk setiap 20 minit… Bila mebaca kitab Allah ini, makin gentar rasanya.. Adakah malaikat maut melihat diriku ini membaca kitab Allah ini? Ya Allah, mungkin banyak silapnya… Tapi, insyaAllah, saya lakukan hanya untuk mendapatkan mardhotillah (redhanya Allah)..

BAKAL BERGELAR ISTERI
Jika tidak hari ini, pasti akan datang juga.. Cuma tak tahu bilakah saatnya. Semakin dekat dengan tarikh untuk diijab kabulkan, semakin tidak keruan rasanya…Bila dilihat persediaan, insyaAllah, tiada apa yang kurang.. (terlebih ada la…*_*). Tapi hati ini rasa banyak yang perlu dikejar. Ya, ilmu rumah tangga akan kita perolehinya apabila kita sudah diijab kabulkan. Tapi saya takut… Saya takut saya tidak dapat menjadi isteri yang diidamkan oleh dirinya.. Ya, tiada manusia yang sempurna. Tapi, diri ini ingin sangat kelihatan sempurna dimata si dia.. Bukannya tidak bersyukur.. tapi, mungkin juga kerana saya banyak berfikir. Ada juga rakan disekeliling mengatakan saya sedang gembira.. Walhal jauh disudut hati, rasa macam lautan bergelora… Banyak buku yang saya beli dan baca terutamanya mengenai cara memahami pasangan.. Men from mars, Women from venus (hadiah daripada si dia,,, terima kasih Ya Allah,, kerana telah mengirimkan dia…), 20 cara dicintai isteri, aku menikahimu kerana Allah, Tentang pembentukan keluarga dan yang paling penting adalah, punca keretakan rumah tangga(internet).. perkara inilah yang harus kita dalami dan fahami,, InsyaAllah jika dah faham, maka kita boleh elak.. Walaupun x banyak, at least kita tahu cara mengatasinya. Bakal bergelar isteri, seorang pelajar dan seorang anak.. terabai pula satu perkara lagi iaitu seorang pendakwah. Saya pencilkan diri dari kumpulan ini. Kenapa? Mungkin tidak perlu dibincangkan disini.

OH IBU
Bila sudah berumah tangga, maka kita akan dapat mak dan ayah yang baru. Alhamdulillah…  Layanilah mereka sebagaimana kita melayan ibu dan ayah kita sendiri. Banyak lagi perkara yang tidak dapat saya lakukan dengan ibu.. Ibu, malu sangat diri ini mahu katakan… teringin benar rasanya untuk memeluk ibu.. tapi mengapa berat sangat diri ini untuk memulakan..Dulu saya berjanji dengan diri sendiri, ingin memeluk ibu bila dah tinggal kat asrama. Bila dah masuk matrik, tidak dapat juga ku sahut cabaran itu. Kini sudah di UPM.. tapi, masih belum pernah saya memeluk ibu..kemudian saya anjakkan cabaran itu, agar saya memeluk ibu ketika sudah diijab kabulkan… Semoga diberi kekuatan itu.. Jika saya tidak berjaya memeluk ibu, lalu bagaimana saya ingin memeluk mak mertua saya? Pelik sungguh cabaran ini. Tapi inilah cabaran bagiku.. Bila ego menguasai diri… Lembutkanlah hati ini, Ya Allah…

IBU DAN AYAH
Syukur Alhamdulillah.. Dulu ibu tak benarkan diri ini berkahwin sambil belajar. Tapi dengan rahmat Allah, akhirnya hati mereka telah Allah lembutkan.. Alhamdulillah Ya Allah.. Pada mulanya, saya ingin buat majlis yang paling simple. Tapi, perlu difikirkan juga kemahuan ibu dan ayah. Anak mereka tiga orang sahaja. Jadi, permintaan mereka itu, perlulah dipertimbangkan. Begitu juga dengan perasaan si dia.. Sudah tentu dia juga mahukan yang terbaik.. Tanpa banyak bicara, ku turuti sahaja kemahuan mereka asalkan mengikut batasan syarak. Harapnya si dia boleh menerima diri ini seadanya. Saya bersedia menerima kelemahannya.. Dan semoga dia juga bisa menerima kelemahanku… InsyaAllah…Allahu a’lam bissowab..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

No comments:

Post a Comment