Friday, January 30, 2015

First day for the first time experience onboard. 28 jan 2015

Bismillahirrahmanirrahim.... Ini kisah first day di kapal... Alhamdulillah... Sangat best... Walaupun bermula dengan perkara yang menyakitkan. Saya dapat tiket flight pada pukul 8 pm, 27 jan 2015. Itupun setelah di push banyak kali oleh Kapten. Setelah dapat tiket tu, baru lah tahu, flight pada jam 4.10 pm pada keesokkan harinya (28 jan 2015). Ketibaan dianggarkan pada 6.10pm. Sebenarnya perjalanan  KLIA-Bintulu hanyalah 1 jam 45 min. Tapi nak kira waktu kapal terbang tu berlepas lagi dan urusan yang lain, maka kesimpulannya hampir 2 jam juga la dalam flight tu. Apa yang best, MiSC sponsor flight ticket.. Mahal ni naik MAS.. hikhik.. *_* Part yang kurang best adalah, saya duk sebelah lelaki. Rupanya dia itu admin officer (AO) kapal Puteri Mutiara Satu ni... heeee.... Kena gagahkan diri untuk bertanya. Setakat ni, dua orang yang saya ‘serang’ itu adalah orang MiCS melalui gaya dan cara mereka berbual. Kebetulan pula masa tu, mereka ada berbual begini, “Eh.. kau naik berapa bulan ea? 6 bulan ea?” Inilah perbualan ‘wajib’ orang kapal. Hee... Dan ada terdengar salah seorang tu tanya macam ni, “Eh, aku dengar ada wife second officer naik la... Siapa ea?”.. Haa... bila ayat ni, saya dengan yakinnya mengesahkan bahawa mereka juga nak sign on kapal Puteri Mutiara Satu ni... heeee........... ^__^ Mereka x sedar, ‘wife second officer’ yang mereka maksudkan itu, adalah saya.. hikhik.. mereka sedang diperhatikan... ^__^ Alhamdulillah, mereka berbual tu sangat kuat dan berdekatan dengan saya. Kalau tak, tak tahu juga angkatan mana yang akan sign on sekali. Hihi. Seriously, majority yang naik flight itu adalah lelaki.... huhu.. *_*

Dalam kapal terbang tu, asyik layan perasaan. Part yang best adalah masa kapal nak mula terbang dan kapal nak mendarat. Dari KLIA, sangat best.. Nampak banyak rumah-rumah orang. Bila da naik ke ketinggian maksimum, teringat masa zaman kecil. Nak main atas awan.. Alhamdulillah.. dapat juga. Walaupun bukan main betul2... hihi.... Nampak lapisan langit yang sangat cantik... SubhanAllah... Indahnya ciptaan Allah. Benarlah, langit itu berlapis. Ada awan yang berkepul dan apabila terkena cahaya, nampak sangat cantik. Kesan apabila terkena cahaya. Sampai sahaja di kawasan bintulu, sungguh indah... Sangat cantik. Nampak banyak pokok sahaja. Hijau, menenangkan, mendamaikan... ^__^ Part yang kurang best adalah, masa nak mendarat, telinga ni berdengung sangat2 lama.. Tak seperti yang sebelum ni... Bila ketinggian kapal menurun mendadak, tekanan berubah dengan pantas. Susah juga nak bernafas. Tak seperti sebelum ni..  Pastu, ikut sekumpulan pekerja MiSC. Kami naik van ke port. Best van ni. Orang tu bawa dengan sangat berhemah.. Alhamdulillah, peramah juga.... ^__^  Saya duk depan. Yayaayy...  Ternampak pula kampus UPM Bintulu. Rasa sangat bangga. Saya pun kata pada driver van tu, “Eh,... kampus UPM bintulu la.... Saya pun pelajar UPM ni... ^_^  Selalunya buat video conference je... Ni baru tahu, kat sini rupanya...” Eeerrr... Ter’excited’ lebih lak. Hihi.

Pengalaman paling best. Satu hari rasa kenderaan darat, udara dan laut... ^____^ Bila sampai sahaja di port, saya tinggalkan passport pada ajen. Garang semacam je ajen tu.. *_* Mungkin sebab kena bekerja sampai malam tu... Isteri dah tunggu kat rumah.. hihi.... Sampai je kat gate utama, dalam pukul 7.15 tu, kena pakai baju overall, topi pelik, google dan kasut besar McD. Huhu.. Sangat besar kasut tu,,, untuk lelaki.... Size paling kecil pun, 13.. Hua.... T_T Bila berjalan je, kasut tertinggal kat bawah.... Kaki je yang terangkat.... Susah nak jalan.... PPE apa la tu..... *_* Pakai aje la... xleh complain banyak. Menyampah orang nak layan... hikhik. Hubby cakap, kasut tu sangat tebal dan berat, so kalau terpijak benda tajam, masih selamat lagi. Bahagian depan kasut tu, ada besi.... So, kalau ada benda berat terjatuh, kaki kurang risiko untuk cedera. Dari gate ke-2 nak ke kapal Puteri Mutiara Satu kena jalan kaki lebih kurang 500 meter. Kat sini sangat teruja tengok kapal yang sebesar Jusco Eon ni.... hihi... Sangat besar.... mashaAllah. Rasa macam nak selfie banyak-banyak kat sana... haha... Tapi part yang tak best, kawasan ini adalah dilarang bergambar..=_=.. So, x boleh la nak share keindahan kapal ni.. heeeeee........ Masa tu, hubby datang menjemput. Dari jauh dah kenal... hikhik.. My hubby la......... ^__^ My hubby sangat malu... tak pandang mata langsung.. Rasa macam first date tau... Cuma kali ni boleh salam....  Dulu x boleh.. nak cakap pun segan.... hihihi.... Itulah nikmat yang dirasakan oleh isteri para pelaut. Rindu pada suami... Tapi bila bertemu semula, hati berbunga-bunga dan sangat malu untuk bertentang mata... heeeeeee.....
Inipun gambar dari husband.. 


Atas kapal tu, banyak sangat tangga besi.. dan ada tangga curam... Saya okey je.. Part yang tak okay, semua rakan sekerja hubby duk pandang je saya n hubby dari atas kapal..... malunya..... +_+  heeee... Sempat berjumpa dengan Aifa, third officer. Ingatkan nak berkawan dengan dia.. Rupanya dia kena sign off esok.... wwuuuuu.... xda gang dah..... seorang je bunga di sini... Pelik lak.... heeeee.. Xpe, yang penting, ada my hubby yang cute dan manja tu... hikhik.... Banyak sangat bahagian dalam kapal ni.... Untuk first day ni, hanya belajar naik lift dan naik ke tingkat 5. Ya, bilik my hubby di tingkat 5!! B-) Dikelilingi bilik kapten... Kali ni ada 3 orang kapten.... Preparation untuk dry dock pada bulan april ni di Johor. Kapten offer my beloved hubby untuk extend 6 bulan untuk dry dock. Alhamdulillah, my hubby tolak... 4 bulan pun da sengsara, inikan pula kena extend 6 bulan.. fuhh, x sanggup...... Antara kelebihan dry dock, family boleh datang melawat kapal tanpa sebarang charge dan tidak memerlukan passport.. hikhik... ^__^ Tapi part yang tak best, dry dock ni sangat-sangat memenatkan. Kesian my hubby.. heeeeee...



Selepas tu, tak makan malam pun kat kapal... Sebab dah kenyang bila tengok hubby... Dah niat nak jumpa hubby kan, sekali dah jumpa, tak makan pun xpe... hikhik.. Tapi sekarang dah lapar... Pukul 2 pagi ni.. Tengah tunggu hubby habis duty jam 4.30 ni... lapar.. lapar... lapar... nak makan biskut dulu la... ^___^ Cukup untuk kali ni,,,, Tak sabar nak tengok operasi keluar kapal esok. Yaaayyyy.. nak naik bridge tempat my hubby ‘drive’ kapal... huhuhu... ^____^

~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

2 comments:

  1. Assalam....
    Bole add fb account
    Nice sharing since closely related to self
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.. Boleh... Hantar link fb di gmail sy ya.. ^__^

      Delete