Sunday, November 23, 2014

"JARAK SEMENTARA" VS "JARAK SELAMANYA"

Bismillahirrahmanirrahim…

JARAK itu sesuatu yang menyakitkan… JARAK itu sesuatu yang boleh menjatuhkan… JARAK itu sesuatu yang menggusarkan.. JARAK itu menguji kesetiaan.. JARAK itu sesuatu yang melemaskan…

Itulah persepsi manusia mengenai JARAK.. Siapa sahaja yang suka meletakkan JARAK bagi sesuatu hubungan (suami dan isteri)? Pasti pelik bukan? Fitrah manusia yang berkasih sayang untuk saling melihat, menyentuh, mendengar orang yang mereka sayangi… Tetapi bagi seorang isteri pelaut, perkara tersebut haruslah kita singkirkan. Situasi kita sangat berbeza dengan mereka… Perbezaan itulah yang membuatkan kita UNIK… Kita bertuah menjadi orang yang berbeza kerana bukan semua pasangan dapat merasainya…

Wahai isteri seorang pelaut… mana yang baik antara JARAK SEMENTARA (suami bekerja di laut) dan JARAK SELAMANYA (kematian)???? Allah tersangat sayangkan kita… Sebab itulah Allah beri kita banyak peluang… Mereka yang sentiasa bersama pasangan, belum tentu mereka bahagia…Mereka sentiasa bersama, sehingga takut dengan JARAK SEMENTARA dan merana apabila menghadapi JARAK SELAMANYA. Kita sepatutnya bersyukur, kerana Allah memberi kita JARAK SEMENTARA itu agar kita boleh muhasabah semula diri dan memperbaiki kesalahan kita terhadap pasangan. Terlalu banyak peluang yang Allah bagi kepada kita.

Ingatlah, hanya CINTA kepada ALLAH yang mengekalkan CINTA kepada SUAMI yang seterusnya menjurus kepada KETABAHAN itu… Bagi saya, isteri seorang pelaut bukanlah KUAT tetapi TABAH.. KETABAHAN yang mereka perolehi hanyalah daripada ALLAH.

Saya adalah isteri seorang PELAUT, dan saya TIDAK pernah MENYESAL akan perkara tersebut. Walau orang keliling mempertikaikan pilihan saya. Saya sudah berkahwin, jadi TIDAK perlu pertikaikan lagi. Jangan diharap KEKUATAN itu datang dari mereka, kerana mereka tidak pernah senang dengan kebahagiaan kita. Mereka sukakan KELEMAHAN dan KESEDIHAN kita. Kelemahan akibat ditinggalkan suami yang mencari nafkah, itu sebenarnya adalah REZEKI ALLAH.

Benar sekali, jasad jauh terpisah beribu batu, khabar diketahui sekali sehari, suara didengari sebulan dua kali…Itulah CINTA…. CINTA atas JARAK SEMENTARA… Bersyukurlah wahai isteri seorang pelaut, kerana Allah banyak memberi peluang kepada kita berbanding orang lain… Terkadang lupa untuk BERSYUKUR, kerana terlalu banyak MENGELUH…. Nauzubillah…

P/S; Entry ini ditulis bukanlah bermaksud penulis seorang yang 'bagus'.. Kata-kata ini juga adalah untuk memujuk hati penulis dan memberikan semangat kepada diri sendiri, sekaligus kepada pembaca yang lain. Maaf atas penggunaan bahasa yang tidak tepat dalam entry ini..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

1 comment: