Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah.. Ini adalah hari
yang kedua atas kapal Puteri Mutiara Satu ni… ^_^ Banyak pengalaman yang
menarik diluar jangkaan saya. Rasa macam nak tangkap gambar semua dan share kat
sini. Tetapi, bukan semua bahagian boleh tangkap gambar… huhuhu #_# Perkara
pertama di pagi hari, sudah tentulah sarapan pagi… disebabkan malam tadi tak
makan, perut ni dah berdendang kebuluran.. Ruang makan sangat besar… banyak
ruang…. ^__^ Untuk minuman, boleh buat sendiri (air panas) atau boleh ambil air
jus/ susu/ apa2 sahaja dalam peti ais. Macam masuk pasaraya dan minum sahaja
ikut suka.. xperlu bayar.. hihi..Perkara yang kurang best, saya terjaga dari
tidur kerana terbau bunker (minyak kapal yang tersangat likat). Sesak nafas
dibuatnya…. Sampai dalam bilik.. %_%. Hari ni baru saya tahu, kapal ni adal 10
tingkat.. huhu…. 5 tingkat kebawah tu bahagian engine. Tak boleh pergi… Sangat
panas. Tapi jika berpeluang, nak juga tengok.. heee….. 5 tingkat ke atas adalah
tempat penginapan/tempat makan/gym/tempat rehat/dapur/bilik meeting/ laundry
(mesin basuh/mesin pengering, penyidai baju, seterika, sabun free) dan banyak
lagi.. Cuma saya tak habis explore.. Bilik macam hotel.. hikhik.. Bilik officer
luas juga…. Ada toilet dan bilik mandi, meja untuk buat kerja, sofa, katil queen
size yg empuk(sudah tentu..hee), almari, banyak drower/cabinet dan peti sejuk.
Bilik kapten lagi luas… siap tv dan computer lagi… huhuhu…
Hari ni kapal nak keluar dari port Bintulu. Hubby request
pada kapten untuk bawa saya join departure operation kat bridge/ te,pat nak drive kapal.. Alhamdulillah… dapat
juga join.. mereka sangat professional.. Kapten tu dari Negara India, sangat
tinggi macam Shah Rukh Khan… haha… Dia sangat baik… Tetapi, still tak boleh
mengalahkan ketampanan, kesegakan, kebaikan my hubby yang manja ni.. heee… kat bridge tu, sangatlah besar. Ibarat 3
kelas bergabung.. eeerrr…. Banyak equipment, alarm, dan radar. Setiap bunyi
alarm ada maksudnya, jadi officer perlu tahu dan cekap dengan maksud alarm
tersebut. Banyak sangat alat kapal. Mungkin perlu update dalam entry lain bagi
sesiapa yang berminat huhuhu. Contohnya wind direction, GPS, VHF radio tel,
intercom tel, autotel, chronometer, barograph (to check the atmospheric
pressure)-sgt cute dan slow membuat graph dan banyak lagi alat2 lain.… heee….
Inilah bridge |
Semasa operasi tersebut, officer di bridge akan berhubung
dengan engineer di bahagian engine, pilot (bot penarik kapal-ada 2 bot
penarik), dan officer di port. (rasanya… x sure sangat).. Hos / nozel yang
mengisi gas LNG (liquid nitrogen gas)dan yang menghubungkan kapal dan port
telah dipisahkan dari kapal. Mereka akan pastikan keadaan selamat untuk
melepaskan tali yang mengikat kapal perlahan2… Tali tu, ada di sebelah kapal
sahaja… Tali tersebut adalah besi.. bukan rantai biasa… (ni pun tahu sebab
petang tu jalan2 tengok tali tu dengan hubby. Hee). Kemudian, bot pilot
(dikelilingi tayar getah sebab ingin mengurangkan momentum/ kesan pelanggaran,
jika kapal penarik terlanggar kapal jusco eon) pun menarik kapal yang sebesar
jusco eon ni jauh sedikit daripada port. Saya agak dalam 5-8 meter jauh sedikit
daripada port. Kemudian bridge akan minta engineer hidupkan engine untuk kapal
jusco ni bergerak sendiri.
Sepanjang 3 jam operasi, sangat ramai officer di bridge.
Nampak kerja mereka macam senang je… Roger number2 yang pelik, dan asyik
pandang je depan… Saya pun kurang pasti mereka pandang apa… hikhik… x faham…. Nampak
laut, bot dan kapal yang lain je… hee….. Ada yang sibuk merekod laluan, dan
alarm sentiasa berbunyi.. Sangat banyak alarm… Officer asyik kena off kan alarm
dan rekod maklumat dari equipment yang mengeluarkan bunyi alarm tersebut. Saya
buat apa??? Duduk sahaja… buat air milo… tinjau pemandangan guna teropong
sikit, jalan2 sikit.. heee…. Itu sahaja yang mampu dibuat… Tak boleh tangkap
gambar….. sebab ada kapten… klu curi2 boleh agaknya… hikhik….
Pemandangan dari brige ke bahagian depan kapal |
Pada jam 3.30 petang, sepatutnya semua 8 orang yang baru
sign on perlu join safety tour briefing. Saya hanya turunkan signature je…
Husband request, dia akan buat special safety tour briefing dengan saya… heeee…
special sikit…. My hubby ni, tak suka kawan-kawannya pandang saya… Jeles
katanya… hikhik… So, selalunya dia akan pegang tangan saya walau ke mana pun…
Nak makan pun, bukan waktu kemuncak. Bila terserempak dengan kumpulan kawannya,
my hubby tarik tangan saya dan jalan laju-laju,… sesekali tengok hubby jeles
macam tu, rasa sweeeettttt pula,, hikhik.. ^__^ Selepas hubby habis duty pada
jam 4 petang, kami pun pergi dinner… sangat awal… dalam jam 5 petang dah siap
terhidang makanan. Ada nasi ayam. Tapi sangat seeddaapppp…. Seriously, chief
cook ni memang pandai masak… Macam kat hotel.. Special,… tak sama macam macam
kat kedai2 ni… Opppsss… lapar balik, bila cerita tentang makanan ni… heeee
Selepas makan, saya dan husband berjalan keliling kapal..
Haaa, dengar macam senang, tenang dan best kan? Sebenarnya, angin sangat kuat…
Rasa macam nak terbang… betul…. Keliling tu air laut, berwarna hitam (maksudnya
kedalaman yang hampir 100 meter, dengan kapal ni melawan ombak dan kami pula
melawan arah pergerakan kapal.. Disebabkan kami berjalan mengelilingi kapal,
jadi sebelah kapal tu, kami lawan arah kapal, dan sebelah lagi kami ikut arah
kapal bergerak… heeee…. Angin sangat kuat…. Jalan pun kena tunduk sikit.. macam
nak terbang….. bahaya…. Inipun husband cakap, masih biasa…. Eerr… *_*.. Ok..
sambung lagi kemudian.. da pening kepala… *_*
~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
Asslamualaikum, berkenalan degan blog akak ni, saya yg baru 2 bulan menjadi isteri seorang pelaut ni menjadi lebih positif dalam urusan harian. Terima Kasih atas kewujudan blog ini. Moga Suami Isteri Pelaut ini terus sejahtera dalam RAHMAT ALLLAH! Amin Ya RABB..(^_^)
ReplyDeleteWaalaikum salam... Alhamdulillah... Terima kasih juga Asma Amanl... Hanya ingin berkongsi pengalaman dan memberi pendedahan mengenai golongan minoriti terutamanya dalam bidang perkapalan/pelayaran. Semoga Allah merahmati kita semua.. Aamiiin ^__^
ReplyDeleteassalamualaikum akak..trima ksih ats share pglmn akak onboard sbb tak smua dpt rase...skrg ni bru sy thu skit2 psl dlm kpl.hehe.sbb bila tnya bakal husband tu kate nye biase je semua.cite psl rumah lg best.nmpk tak dia punya homesick tu.hehe..semoga prjalanan akak slmt..bon voyage :) btw sy pun student upm jgk..
ReplyDeleteWaalaikum salam NurAinna.. ^__^ Part yg paling best sekali dlm komen Aina adalah, Aina juga bakal isteri pelaut dan....... seorang student UPM... Yaayy.. Welcome to the club.. ^_~
Delete