Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah ya Allah… Sekarang
ni tengah hujan lebat… Allahumma syaiban nafia’… Semoga hujan yang Allah
turunkan ini adalah hujan yang memberi rahmat kepada seluruh hidupan dan
bukannya menjadi bencana alam… Maklumlah sekarang ni musim panas…. Tiba-tiba rasa nak menaip pula… heee…..
Dalam kehidupan ini, yang kita rancangkan adalah lurus dan
cantik tanpa sebarang halangan. Tetapi seringkali kita diuji oleh Allah agar
kita sedar diri… Jika semua perkara cantik dan tiada masalah, maka kita akan
menjadi bongkak dan lupa untuk bersyukur kepada Allah… Kita sering menyalahkan
orang lain apabila berhadapan dengan masalah. Lalu bagaimanakah kehidupan yang
kita idamkan sebenarnya? Kehidupan ibarat di syurga walhal kita terleka dan
semakin menjauh dari Illahi… Mimpi Indah apakah itu????? Bila datangnya susah,
maka kita akan kembali merayu, memohon kepada Allah.. Jika tanpa kesusahan itu,
maka adakah kita akan bongkak dan membangga diri bahawa kita adalah yang
terbaik???? Jangankan kerana seluar yang
sudah koyak itu, kita salahkan seluar yang semakin mengecil dan bukannya badan
yang semakin membesar… *_* Ayuh muhasabah diri… Suka saya bincangkan sesuatu topik
dalam suasana rumah tangga kerana inilah yang kita semua bakal tempuhi. Suka
saya ingatkan… Kita akan ke syurga hanya dengan redha suami (melainkan suami
yang tak ikut syariat Allah).
Hahhh.. punya panjang introduction… Sebenarnya hari ini saya
ingin berbicara tentang PUJI MEMUJI dalam rumah tangga… huhuhu… Orang yang suka
memuji sebenarnya telah dididik dengan pujian sejak kecil… Jadi mulutnya agak
ringan untuk memuji…. Saya akui perkara itu kerana saya ini agak sukar memuji
orang lain walaupun dalam hati saya memujinya…. Saya juga tidak suka
mengharapkan pujian…Cukuplah pujian itu kepada Allah… Tetapi pujian dari suami
memang suka sangatlah…. Heeeee….. ^____^ menaikkan semangat diri…
Alhamdulillah..
Secara fitrahnya wanita suka dipuji. Jika suami suka memuji, maka Alhamdulillah…
Satu bonus buat kita. Tapi bagaimana pula dengan suami yang sukar meluahkan pujian
buat isterinya?Seeloknya kita memulakannya dulu.. kita pujilah suami juga…
kerapkan memuji pasangan, kerana sudah tentu dialah yang paling terbaik antara
semua lelaki buat diri kita… Mungkin lelaki di luar lebih kacak, tetapi
perangainya tidak sekacak rupa… Maka tetapkan dalam hati bahawa suami kitalah
yang paling kacak dalam dunia ini. Maklumlah wahai wanita, mulut kita ini
sering terlepas. Jika sudah berkahwin, rakan yang belum berkahwin sibuk duk memuji
ketampanan lelaki lain, maka janganlah sesekali kamu memuji lelaki itu walaupun
hanya dihadapan rakanmu sahaja. Takut nanti terbiasa, dan kamu Teerrmemuji
lelaki lain di hadapan suamimu tanpa sengaja.. Haaaa…… Kecil pula hati suami
nanti… tetapkan dalam hati, suamimu itu adalah paling indah dengan akhlaknya…
Botak, buncit, boroi, hitam atau pendek mereka itu, tetap suamimu… Jangan
sesekali menggunakan kata-kata negative terhadap suamimu. Kita perlu berfikir
secara matang dan professional.. Adakah kita suka mendengar perkataan negative dari
mulut suami? Jika tidak, maka kamu juga perlu menghindari kata2 negatif
tersebut. Adilkan? Bahagiakan?… Akhlak yang cantik, iman yang kuat itulah yang
menghiasi dan menambahkan kecantikan suami/ isteri ketika di syurga kelak… ^_^
MashaAllah…. Cantiknya pelakon tu… heeee… Pujian bagi sama
jantina… Jika sudah berkahwin, jangan jadikan tabiat memuji kecantikan
rakan/pelakon/ sesiapa sahaja depan suami… Takut bila terbiasa, suami puji
perempuan lain, nanti kamu juga yang cemburu… Betul tak? Hihihi… Kadang kala
ada juga beberapa kali saya terlepas memuji rakan perempuan saya semasa sedang
berbual dengan suami… Laju aja suami mencelah, “Isteri abang lagi cantik….”…
Hadza min fadhli rabbi… Sungguh bijak suami saya dalam mencuit hati isteri… ^_^ Sejujurnya, dia selalu memuji saya setiap
hari… Jika masak, masakan itu dipuji ‘sedap’… Jika berbicara, kata-kata itu
dipuji ‘bijak’… Jika diam, dipuji ‘cantik’,.. Jika beramal, dipuji 'solehah'…
Segala perilaku saya disambut dengan pujian oleh suami… Syukur Alhamdulillah..
Bagi saya, setiap pujian itu adalah DOA dan KEKUATAN bagi saya. Begitu juga
suami.. langsung TIDAK PERNAH memuji kecantikan wanita lain dan KETAMPANAN
lelaki lain…. Nampak kecil… Tapi
kesannya sangat besar… Mungkin suami tidak sedar perkara ini. Saya harap mana
yang baik boleh dicontohi oleh pasangan
HALAL yang lain… Terima kasih sayang (untuk my hubby)…. ^_~
Segala PUJI bagi Allah Tuhan sekalian alam…
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
No comments:
Post a Comment