Wednesday, February 25, 2015

Melancong atau melencong?

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah… Selesai solat sunat Dhuha.. Terdengar alunan ayat suci al-quran. Entah siapa yang pasang…. Tengah menaip thesis ni, terasa pula nak singgah di blog. Maklumlah, suami menjangkakan pulang jumaat ni, tapi nama tak naik pula.. Jadi, dia akan balik lewat dua minggu. Alhamdulillah dah jumpa di kapal.. Jadi, rasa rindu masih boleh diatasi… hehehee. Kali ni nak tutup pula rasa rindu ni dengan bebelan mengenai 'melancong' yang telah 'melencong' ke facebook.

Rasa seronok melihat gambar kawan-kawan yang melancong atau berjalan2.. Gembira melihat mereka gembira dan sekaligus memberi idea kepada saya untuk melawat tempat sedemikian sekiranya ada masa terluang. In shaa Allah. Rambut manusia ada kerinting, ada lurus, ada ikal mayang…. Warna kulit manusia ada putih pucat, ada kekuningan, ada sawo matang ada yang gelap… Maksudnya di sini, semuanya manusia ciptaan Allah (Khaliq), tapi ada keunikan masing-masing. Adilnya Allah melihat mereka bukan atas dasar kecantikan. Tapi atas perbezaan iman. Jika nak tahu berat, ukur pada penimbang berat.. jika nak tahu panjang, ukur guna pembaris.. jika nak tahu lengkung, ukur guna caliper.. jika nak tahu suhu, ukur guna thermometer… jika nak tahu tinggi ombak, ukur kelajuan angin.. jika nak tahu kedalaman laut, ukur guna gyrometer.… huhuhu… Jika nak tahu iman?? Ada alat pengukur tak?? Iman kan turun naik… Bagaimana nak tahu iman kita naik ke turun… naik berapa banyak? Turun paling banyak? Iman kita bukan macam malaikat…Kita ada nafsu dan syaitan.. Jadi iman sering naik dan turun ibarat barograph.. huhu… Nak tahu amal kita sekarang, bandingkan dengan amalan Rasulullah s.a.w /ulama2… Tentu jauh beza. Mustahil!! Ikut amalan Rasulullah/ulama, maka iman akan sentiasa naik, dan sedikit2 je turun… Nak tahu naik atau turun, boleh bandingkan diri kita sekarang dengan satu zaman kita yang kita rasa iman kita mencapai satu tahap ketenangan kepada Allah…. Contohnya, kita rasa bangun malam itu suatu ketenangan yang paling bahagia, jadi itulah tahap kita merasa kemanisan iman. Jika sekarang kita rasa serabut, adakah kita sudah menjauhi amalan kemanisan iman itu? Kita yang boleh rasa, kita yang boleh ukur dengan menggunakan mata hati sendiri. Orang banyak bersangka2… Hanya kita yang tahu siapa diri kita. Contoh lain, kita solat sunat Dhuha, tapi nak solat time ada orang ramai, nak menunjuk2… Hah, betullah tu,.. mana nak capai kemanisan iman… Mungkin itu hanya pandangan orang.. Mungkin salah.. Tapi bila itu dari pandangan mata hati sendiri.. itu mungkin parah!! Kita yang tahu iman kita… Jangan duk mengukur iman orang lain pula…. Menegur itu perlu tapi kita tak mampu memalingkan hati manusia melakukan kebaikan. Pendakwah dan penghukum adalah dua perkara yang terkadang bergaul sebati dalam hati tanpa kita sedari… Nauzubillahi min zalikh..

Hah, apa pula kaitan ‘melancong’, ‘perbezaan’, ‘pengukur’ dan ‘iman’ ?? Sekadar ingin memberikan pandangan dari diri yang banyak melakukan kesalahan ini… Hukum ‘wajib’, ‘makhruh’, ‘sunat’ dan ‘harus’ kini semakin banyak dikeluarkan bergantung kepada zaman/keadaan/situasi. Ada yang kata haram tengok wayang.. Ada kata harus… ada juga kata wajib ke? Huhu Ada kata haram berfacebook, harus, sunat, ada kata wajib juga ke? Wajib maksudnya kalau tinggal DOSA.. Huhu Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika buka fb, tengok aurat orang lain, memaki orang lain, memfitnah orang lain, seeloknya dijauhi.. Jika buka fb, sebarkan dakwah, Alhamdulillah, semoga istiqamah.. Kata-kata ini juga ditujukan khas buat saya yang sering online fb ni… uhuk uhuk… hihi..

Hah, menyimpang lagi ke bahagian lain… Baiklah sekarang saya terus ke topic yang sebenarnya. Begini, saya suka melihat gambar kawan-kawan pergi MELANCONG. Boleh juga dapat idea nak pergi mana nanti… Tetapi, saya kurang berminat nak letak gambar saya melancong/ aktiviti saya dalam fb… Kenapa ya? Sebab saya takut jadi RIAK!! Ini diri saya sendiri. Bila dah ternampak jumlah LIKE, hah dah mula la, “Waahh… ramainya yang like gambar aku ni….” Senyum sampai telinga sampai nak tidur pun lupa baca doa tidur!! Erk.. Excited to the maximum level… huh… Check pula siapa yang LIKE atau x… Kalau kawan tu x LIKE, konklusinya ‘Hah, jeleslah tu.. Hari tu dia jalan kat Sabah je.. Ade aku kisah? Aku kat England ni.. Hahah’… Erk… *_* Jadi perasaan BURUK SANGKA dan DENGKI pula. Satu perkara lagi yang sering menghantui saya adalah, bukan semua orang senang dan dapat melancong.. Makan pun tersekat-sekat… Nak cucuk ATM pun menggigil-gigil… Kesian pula pada mereka ni… Bukan semua dapat peluang dan rezeki untuk melancong tu… Saya dibesarkan dengan keluarga yang sederhana… Saya melaluinya.. Sekarang, Alhamdulillah suami rajin bawa jalan-jalan… Syukur kepada Allah.. Tapi cukuplah gambar-gambar tu saya simpan dalam laptop… Cuci beberapa keping yang cantik dan letak dalam ‘ALBUM CINTA SUAMI ISTERI’… Kalau tiba-tiba ada gaduh-gaduh manja dengan hubby, boleh la tengok gambar dan kenangkan semula kenangan yang indah tu.,…  Kalau letak kat fb, mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang meluat… huhu Jadi, saya pun ambil keputusan, gambar saya, kegembiraan saya, untuk saya… Dah selalu doa minta dijauhi dari fitnah dunia, tapi kalau perangai sendiri mendedahkan diri kepada fitnah, susah juga…

Doa bukannya skrip kosong yang dihafal… Kita kena ambil tindakan agar doa kita itu termakbul… Contoh, kita doa xnak mati dalam kemalangan, tapi bawa kereta laju-laju… hah, salah siapa tu? Lainlah kalau bawa perlahan tetapi berlaku juga, itu ujian Allah… Kalau kita bersabar ingat Allah, dapatlah pahala dan gugurlah dosa.. Tapi kalau asyik duk mengeluh/merungut/membebel semua tak kena, bagaimana pula? Sendiri jawab… huhu… Saya tak kata nak upload gambar tu salah, tapi pastikan niat tu betul.. Kalau iman tu lemah dan takut dihasut oleh nafsu dan syaitan (macam saya), maka elakkanlah… Peringatan sesama muslim… Wallahu a’lam.

Melancong yang telah melencong ke facebook. Post ni pun telah melencong jauh untuk sampai ke topik melancong... Maaf atas kekurangan diri menyusun kata... Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri... *_*


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

No comments:

Post a Comment