Wednesday, February 25, 2015

Melancong atau melencong?

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah… Selesai solat sunat Dhuha.. Terdengar alunan ayat suci al-quran. Entah siapa yang pasang…. Tengah menaip thesis ni, terasa pula nak singgah di blog. Maklumlah, suami menjangkakan pulang jumaat ni, tapi nama tak naik pula.. Jadi, dia akan balik lewat dua minggu. Alhamdulillah dah jumpa di kapal.. Jadi, rasa rindu masih boleh diatasi… hehehee. Kali ni nak tutup pula rasa rindu ni dengan bebelan mengenai 'melancong' yang telah 'melencong' ke facebook.

Rasa seronok melihat gambar kawan-kawan yang melancong atau berjalan2.. Gembira melihat mereka gembira dan sekaligus memberi idea kepada saya untuk melawat tempat sedemikian sekiranya ada masa terluang. In shaa Allah. Rambut manusia ada kerinting, ada lurus, ada ikal mayang…. Warna kulit manusia ada putih pucat, ada kekuningan, ada sawo matang ada yang gelap… Maksudnya di sini, semuanya manusia ciptaan Allah (Khaliq), tapi ada keunikan masing-masing. Adilnya Allah melihat mereka bukan atas dasar kecantikan. Tapi atas perbezaan iman. Jika nak tahu berat, ukur pada penimbang berat.. jika nak tahu panjang, ukur guna pembaris.. jika nak tahu lengkung, ukur guna caliper.. jika nak tahu suhu, ukur guna thermometer… jika nak tahu tinggi ombak, ukur kelajuan angin.. jika nak tahu kedalaman laut, ukur guna gyrometer.… huhuhu… Jika nak tahu iman?? Ada alat pengukur tak?? Iman kan turun naik… Bagaimana nak tahu iman kita naik ke turun… naik berapa banyak? Turun paling banyak? Iman kita bukan macam malaikat…Kita ada nafsu dan syaitan.. Jadi iman sering naik dan turun ibarat barograph.. huhu… Nak tahu amal kita sekarang, bandingkan dengan amalan Rasulullah s.a.w /ulama2… Tentu jauh beza. Mustahil!! Ikut amalan Rasulullah/ulama, maka iman akan sentiasa naik, dan sedikit2 je turun… Nak tahu naik atau turun, boleh bandingkan diri kita sekarang dengan satu zaman kita yang kita rasa iman kita mencapai satu tahap ketenangan kepada Allah…. Contohnya, kita rasa bangun malam itu suatu ketenangan yang paling bahagia, jadi itulah tahap kita merasa kemanisan iman. Jika sekarang kita rasa serabut, adakah kita sudah menjauhi amalan kemanisan iman itu? Kita yang boleh rasa, kita yang boleh ukur dengan menggunakan mata hati sendiri. Orang banyak bersangka2… Hanya kita yang tahu siapa diri kita. Contoh lain, kita solat sunat Dhuha, tapi nak solat time ada orang ramai, nak menunjuk2… Hah, betullah tu,.. mana nak capai kemanisan iman… Mungkin itu hanya pandangan orang.. Mungkin salah.. Tapi bila itu dari pandangan mata hati sendiri.. itu mungkin parah!! Kita yang tahu iman kita… Jangan duk mengukur iman orang lain pula…. Menegur itu perlu tapi kita tak mampu memalingkan hati manusia melakukan kebaikan. Pendakwah dan penghukum adalah dua perkara yang terkadang bergaul sebati dalam hati tanpa kita sedari… Nauzubillahi min zalikh..

Hah, apa pula kaitan ‘melancong’, ‘perbezaan’, ‘pengukur’ dan ‘iman’ ?? Sekadar ingin memberikan pandangan dari diri yang banyak melakukan kesalahan ini… Hukum ‘wajib’, ‘makhruh’, ‘sunat’ dan ‘harus’ kini semakin banyak dikeluarkan bergantung kepada zaman/keadaan/situasi. Ada yang kata haram tengok wayang.. Ada kata harus… ada juga kata wajib ke? Huhu Ada kata haram berfacebook, harus, sunat, ada kata wajib juga ke? Wajib maksudnya kalau tinggal DOSA.. Huhu Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika buka fb, tengok aurat orang lain, memaki orang lain, memfitnah orang lain, seeloknya dijauhi.. Jika buka fb, sebarkan dakwah, Alhamdulillah, semoga istiqamah.. Kata-kata ini juga ditujukan khas buat saya yang sering online fb ni… uhuk uhuk… hihi..

Hah, menyimpang lagi ke bahagian lain… Baiklah sekarang saya terus ke topic yang sebenarnya. Begini, saya suka melihat gambar kawan-kawan pergi MELANCONG. Boleh juga dapat idea nak pergi mana nanti… Tetapi, saya kurang berminat nak letak gambar saya melancong/ aktiviti saya dalam fb… Kenapa ya? Sebab saya takut jadi RIAK!! Ini diri saya sendiri. Bila dah ternampak jumlah LIKE, hah dah mula la, “Waahh… ramainya yang like gambar aku ni….” Senyum sampai telinga sampai nak tidur pun lupa baca doa tidur!! Erk.. Excited to the maximum level… huh… Check pula siapa yang LIKE atau x… Kalau kawan tu x LIKE, konklusinya ‘Hah, jeleslah tu.. Hari tu dia jalan kat Sabah je.. Ade aku kisah? Aku kat England ni.. Hahah’… Erk… *_* Jadi perasaan BURUK SANGKA dan DENGKI pula. Satu perkara lagi yang sering menghantui saya adalah, bukan semua orang senang dan dapat melancong.. Makan pun tersekat-sekat… Nak cucuk ATM pun menggigil-gigil… Kesian pula pada mereka ni… Bukan semua dapat peluang dan rezeki untuk melancong tu… Saya dibesarkan dengan keluarga yang sederhana… Saya melaluinya.. Sekarang, Alhamdulillah suami rajin bawa jalan-jalan… Syukur kepada Allah.. Tapi cukuplah gambar-gambar tu saya simpan dalam laptop… Cuci beberapa keping yang cantik dan letak dalam ‘ALBUM CINTA SUAMI ISTERI’… Kalau tiba-tiba ada gaduh-gaduh manja dengan hubby, boleh la tengok gambar dan kenangkan semula kenangan yang indah tu.,…  Kalau letak kat fb, mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang meluat… huhu Jadi, saya pun ambil keputusan, gambar saya, kegembiraan saya, untuk saya… Dah selalu doa minta dijauhi dari fitnah dunia, tapi kalau perangai sendiri mendedahkan diri kepada fitnah, susah juga…

Doa bukannya skrip kosong yang dihafal… Kita kena ambil tindakan agar doa kita itu termakbul… Contoh, kita doa xnak mati dalam kemalangan, tapi bawa kereta laju-laju… hah, salah siapa tu? Lainlah kalau bawa perlahan tetapi berlaku juga, itu ujian Allah… Kalau kita bersabar ingat Allah, dapatlah pahala dan gugurlah dosa.. Tapi kalau asyik duk mengeluh/merungut/membebel semua tak kena, bagaimana pula? Sendiri jawab… huhu… Saya tak kata nak upload gambar tu salah, tapi pastikan niat tu betul.. Kalau iman tu lemah dan takut dihasut oleh nafsu dan syaitan (macam saya), maka elakkanlah… Peringatan sesama muslim… Wallahu a’lam.

Melancong yang telah melencong ke facebook. Post ni pun telah melencong jauh untuk sampai ke topik melancong... Maaf atas kekurangan diri menyusun kata... Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri... *_*


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, February 23, 2015

PuJi MeMUji

Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah ya Allah… Sekarang ni tengah hujan lebat… Allahumma syaiban nafia’… Semoga hujan yang Allah turunkan ini adalah hujan yang memberi rahmat kepada seluruh hidupan dan bukannya menjadi bencana alam… Maklumlah sekarang ni musim  panas…. Tiba-tiba rasa nak menaip pula… heee…..

Dalam kehidupan ini, yang kita rancangkan adalah lurus dan cantik tanpa sebarang halangan. Tetapi seringkali kita diuji oleh Allah agar kita sedar diri… Jika semua perkara cantik dan tiada masalah, maka kita akan menjadi bongkak dan lupa untuk bersyukur kepada Allah… Kita sering menyalahkan orang lain apabila berhadapan dengan masalah. Lalu bagaimanakah kehidupan yang kita idamkan sebenarnya? Kehidupan ibarat di syurga walhal kita terleka dan semakin menjauh dari Illahi… Mimpi Indah apakah itu????? Bila datangnya susah, maka kita akan kembali merayu, memohon kepada Allah.. Jika tanpa kesusahan itu, maka adakah kita akan bongkak dan membangga diri bahawa kita adalah yang terbaik????  Jangankan kerana seluar yang sudah koyak itu, kita salahkan seluar yang semakin mengecil dan bukannya badan yang semakin membesar… *_* Ayuh muhasabah diri… Suka saya bincangkan sesuatu topik dalam suasana rumah tangga kerana inilah yang kita semua bakal tempuhi. Suka saya ingatkan… Kita akan ke syurga hanya dengan redha suami (melainkan suami yang tak ikut syariat Allah).

Hahhh.. punya panjang introduction… Sebenarnya hari ini saya ingin berbicara tentang PUJI MEMUJI dalam rumah tangga… huhuhu… Orang yang suka memuji sebenarnya telah dididik dengan pujian sejak kecil… Jadi mulutnya agak ringan untuk memuji…. Saya akui perkara itu kerana saya ini agak sukar memuji orang lain walaupun dalam hati saya memujinya…. Saya juga tidak suka mengharapkan pujian…Cukuplah pujian itu kepada Allah… Tetapi pujian dari suami memang suka sangatlah…. Heeeee….. ^____^ menaikkan semangat diri… Alhamdulillah..

Secara fitrahnya wanita  suka dipuji. Jika suami suka memuji, maka Alhamdulillah… Satu bonus buat kita. Tapi bagaimana pula dengan suami yang sukar meluahkan pujian buat isterinya?Seeloknya kita memulakannya dulu.. kita pujilah suami juga… kerapkan memuji pasangan, kerana sudah tentu dialah yang paling terbaik antara semua lelaki buat diri kita… Mungkin lelaki di luar lebih kacak, tetapi perangainya tidak sekacak rupa… Maka tetapkan dalam hati bahawa suami kitalah yang paling kacak dalam dunia ini. Maklumlah wahai wanita, mulut kita ini sering terlepas. Jika sudah berkahwin, rakan yang belum berkahwin sibuk duk memuji ketampanan lelaki lain, maka janganlah sesekali kamu memuji lelaki itu walaupun hanya dihadapan rakanmu sahaja. Takut nanti terbiasa, dan kamu Teerrmemuji lelaki lain di hadapan suamimu tanpa sengaja.. Haaaa…… Kecil pula hati suami nanti… tetapkan dalam hati, suamimu itu adalah paling indah dengan akhlaknya… Botak, buncit, boroi, hitam atau pendek mereka itu, tetap suamimu… Jangan sesekali menggunakan kata-kata negative terhadap suamimu. Kita perlu berfikir secara matang dan professional.. Adakah kita suka mendengar perkataan negative dari mulut suami? Jika tidak, maka kamu juga perlu menghindari kata2 negatif tersebut. Adilkan? Bahagiakan?… Akhlak yang cantik, iman yang kuat itulah yang menghiasi dan menambahkan kecantikan suami/ isteri ketika di syurga kelak… ^_^

MashaAllah…. Cantiknya pelakon tu… heeee… Pujian bagi sama jantina… Jika sudah berkahwin, jangan jadikan tabiat memuji kecantikan rakan/pelakon/ sesiapa sahaja depan suami… Takut bila terbiasa, suami puji perempuan lain, nanti kamu juga yang cemburu… Betul tak? Hihihi… Kadang kala ada juga beberapa kali saya terlepas memuji rakan perempuan saya semasa sedang berbual dengan suami… Laju aja suami mencelah, “Isteri abang lagi cantik….”… Hadza min fadhli rabbi… Sungguh bijak suami saya dalam mencuit hati isteri…  ^_^ Sejujurnya, dia selalu memuji saya setiap hari… Jika masak, masakan itu dipuji ‘sedap’… Jika berbicara, kata-kata itu dipuji ‘bijak’… Jika diam, dipuji ‘cantik’,.. Jika beramal, dipuji 'solehah'… Segala perilaku saya disambut dengan pujian oleh suami… Syukur Alhamdulillah.. Bagi saya, setiap pujian itu adalah DOA dan KEKUATAN bagi saya. Begitu juga suami.. langsung TIDAK PERNAH memuji kecantikan wanita lain dan KETAMPANAN lelaki lain….  Nampak kecil… Tapi kesannya sangat besar… Mungkin suami tidak sedar perkara ini. Saya harap mana yang baik boleh  dicontohi oleh pasangan HALAL yang lain… Terima kasih sayang (untuk my hubby)…. ^_~

Segala PUJI bagi Allah Tuhan sekalian alam…


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, February 16, 2015

1000 Makna di Atas Kapal

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, sudah sampai di UPM untuk menyambung semula semester yang berikutnya.

Diri ini meninggalkan palitan kenangan di dalam kapal, membuatkan suamiku diserang ‘penyakit’ sepertimana mula-mula sign on dulu. Malah kali ini lebih kritikal sehinggakan suamiku enggan sign on di ‘Kapal Puteri Mutiara Satu’ ini lagi kerana hampir setiap sudut telah dilawati oleh ku dan suamiku… Begitu besar kesannya kehadiran diri ini dalam kapal tersebut hingga mengganggu ketenangan suamiku.. Hingga dia sudah tiada mood lagi nak bekerja dan nak pulang cepat…. *_* Begitu hebatnya kesan kehadiran seorang isteri pelaut di tempat kerja suami walaupun hanya 2 minggu…. Adakah suami pelaut yang lain juga mengalami perkara sedemikian? Hihihi… ^_~

Wahai suamiku, Itulah kesannya kepada orang yang ditinggalkan…. Setiap sudut rumah akan terkenang wajah pasangan yang tiada lagi di sisi atas urusan yang mereka terpaksa utamakan. Itulah yang dilalui oleh isterimu apabila dirimu sign on.Kehadiranmu seolah sentiasa di sisi, di dalam kereta, rumah kita serta rumah ibubapa. Apabila shopping sorang-sorang di pasaraya yang sering kita kunjungi, maka terasa seakan dirimu ada bersama… Tetapi sebenarnya itu hanyalah khayalan semata…

Semasa di kapal, dirimu mengorbankan waktu rehat demi mengisi masa dengan perkara manfaat bagi isterimu… Di wajahmu terlihat keletihan, tapi dirimu bertahan bagaikan pejuang yang tidak mahu menjatuhkan senjata… huhuhu….. Terima kasih sayang….. Blog ini sering dilawati oleh suamiku yang sentiasa meraikan penulisan isterinya. Bukan setakat penulisan, malah dalam setiap apa yang ku lakukan.. Semasa cutimu, baju-baju kotor tidak sempat ku sentuh untuk basuh.. tanganmu sepantas kilat meyambar baju tersebut tanpa merungut. Jika isterimu basuh baju tersebut, maka suami ini akan menarik muka sambil berkata, “Alaaa… hana ni.. Itu kerja abang… Biar abang yang buat….”… ^___^ Alhamdulillah.. Sungguh murninya tingkahmu wahai sayang….

Bila isterimu masak, maka suami akan datang dan menawarkan diri untuk membantu.. mashaAllah…. Semoga berkekalan hingga ke hari tua…. Hehe… Penyapu, mop juga menjadi milikmu sorang…. Ringannya tulangmu membantu isterimu duhai sayang…. ^_^ Pantang disebut apa ku mahu, pasti ditunaikan. Pernah suatu ketika ku suarakan padamu untuk membeli tablet. Suami terus buat survey di internet dan mengajakku ke pasaraya untuk survey.. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana tablet impianku mencecah hampir RM5000. Bukan caraku menghabiskan wang di atas ‘kehendak’ dan bukan pada ‘keperluan’… Lalu puas ku pujuk pula dirimu bahawa tablet itu sebenarnya tidak perlu… Malu dengan diri sendiri.. malu dengan suami… Pantang sebut, pasti dia cuba untuk tunaikan….

Semasa di atas kapal, tangan ini sentiasa dipimpin erat oleh suamiku…. Dibawa melalui jalan yang jauh dari kumpulan kawannya. Sungguh, tindakan mu itu amat ‘cantik’ duhai sayang… Perasaan cemburu di hatimu menandakan bahawa suamiku bukanlah seorang yang ‘dayus’… Membuatkan diri ini juga segan untuk berjalan tanpa hadirmu….^__^ Semasa di gym, matamu sudah merah menahan kepenatan bekerja.. Namun dirimu tetap bertenaga membuat aksi-aksi lucu agar isterimu ketawa gembira. Maklumlah, pertama kali kita bermain ping pong…. Dirimu menyambut bola ping pong dengan pelbagai aksi melucukan sehingga tertiarap bagi menyambut sebiji bola ping pong,.. Alahai… sangat comel la sayang.. hikhik…

Setiap petang di kapal kita menonton separuh cerita (Filem dijadikan sebagai drama bersiri > tengok sekerat2..) hihi… Sampai kawan-kawan tegur, “asyik tengok cerita ni aje..” hihihi Haa… hampir terlupa… Teringat wajahmu semasa mula-mula menyambutku untuk naik kapal.. Sayang… Wajahmu penuh dengan cahaya… hihi….. Rasa seolah pertama kali kita berjumpa… Sangat berseri-seri… Dirimu tidak memandang tepat ke mataku kerana ‘malu’… ya…. ‘Malu’ itu membuatkan tingkahmu seakan kaku… Nak masuk hari ketiga, barulah nampak perangai hubby sebenar yang suka mengusikku…. Comel sangat…. Hihi….

Mungkin ada hikmahnya Allah tidak beri lagi kita cahaya mata… Kita bercinta selepas berkahwin.. Jadi, Allah bagi peluang kita bercinta dengan cinta yang halal dahulu, barulah memberi kita cahaya mata… Cuma perempuan ini memang suka bercerita tentang ‘bayi’.. Kerana bayi itu adalah ‘permainan’ wanita… hihihi…. Kalau boleh nak merasa juga bagaimana rasanya mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak…. Jika itu tidak termasuk dalam pakej family kecil kita ini, maka dirimu akan tetap ku jaga semampuku hingga ke hujung nyawa dan teringin benar menjadi ketua bidadarimu ketika di syurga… Allah tak menjanjikan anak dalam setiap perkahwinan… tetapi rasanya tidak lengkap tanpa kehadirannya… Mahu melihat anak yang mewarisi sifatmu, kecantikanmu, akhlakmu…. Sebagai peneman dikala dirimu mencari rezeki dan sebagai penyambung rantai perjuangan islam… In shaa Allah…


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Thursday, February 12, 2015

Operation onboard Puteri Mutiara Satu.

Bismillahirrahmanirrahim…. Rasanya macam dah banyak cerita mengenai kapal… Kali ni nak cerita pula tentang operation di atas kapal. Saya hanyalah supernumerary (wife officer), jadi tak perlu involve operation pun.. Tapi disebabkan saya ini dilahirkan dengan sifat inkuiri yang sangat tinggi, jadi saya pun ‘menyibuk’ la dalam segala aktiviti atas kapal ni.. Saya bayangkan saya ni adalah sebatang tiang dan mereka semua tak nampak kehadiran saya… hihihi.. Maksudnya, kehadiran saya bukanlah sebagai gangguan… Saya akan duduk berjauhan dengan kawasan mereka berkerja dan hanya menjadi pemerhati yang diam dan duduk disebalik tiang… ^__^ Alhamdulillah, kapten ni baik sangat….. Nak bagi cenderamata la kat dia… Kalau kapten lain ni, memang dah kena ‘halau’ ni… hikhikhik

Sebenarnya wahai isteri pelaut, atas kapal ni sangat banyak operation dan drill yang perlu mereka lakukan.. Semua ni sebagai keperluan yang telah ditetapkan oleh MiSC. Antara drill yang sempat saya ikuti adalah boat drill dan fire drill. Boat drill adalah untuk test 2 boat keselamatan di starboard (kanan) dan port (kiri) kapal. Dalam satu boat ni, boleh muat sehingga 60 orang dan ada disediakan beberapa jenis makanan kering yang tahan lama. Minyak boat ni hanya boleh bertahan selama satu hari sahaja. Mereka akan bawa radar agar senang dikesan oleh penyelamat yang lain.  Kali ini mereka tak turunkan boat, cuma beratur jer kat boat. Jadi, saya akan kongsikan boat drill dari koleksi Mr Hubby.


Safety Boat

Kemudian, operasi yang best adalah fire drill… Haa, time ni ramai yang pakai fire fighting gear (macam baju bomba) berwarna jingga. Kali ni mereka pasang hos ke pili bomba….. Air itu akan dipam dari air laut… lama juga nak tunggu air tu sampai… Yang peliknya, pili bomba tu ada dalam bridge, bukannya di bahagian luar. Semasa operasi tersebut, hos di port side mengalami masalah… Air melimpah dalam bridge… Banjir…. *_* Tiba-tiba je fire drill menjadi gotong-royong membersihkan bridge… hahaha…. ^__^ Apa yang penting, Kapten cool aje… tak marah pun.. Huhuhu… 
Fire drill
Fire drill yang menjadi gotong-royong.. hihi


Ada bermacam operation lagi yang saya tak dapat nak join secara terus antaranya mooring operation (operasi menambat kapal), cargo operation (operasi mengisi LNG) dan anchor operation (operasi menjatuhkan sauh). Mooring operation ni sangat bahaya… Saya hanya memerhati dari bridge sahaja. Mr Hubby kata, proses menambat kapal ni menggunakan tali / rantai besi… Jika tali ni melibas orang, boleh cedera teruk atau membawa maut.. *_*… Saya tak pernah menyertai cargo operation langsung. Operasi ni agak membosankan… Sebab Mr Hubby kata, perlu banyak mengira… Ada formula yang panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk mengira jumlah LNG yang telah diisi dalam tangki kapal ni… huhuhu… Lagipun operasi tu di CCR (Cargo Control Room) bersebelahan ECR (Engine Control Room), agak ramai di sana… Segan lah!!... *_*


Pemantauan anchor operation dari CCTV di bridge

Bagi anchor operation, saya hanya memerhati melalui CCTV kapal… Mr Hubby kata, anchor operation ni sangat bising sebab rantai besi yang tersangat besar akan turun untuk menjatuhkan sauh. Segala karat akan berterbangan dari besi tersebut… Dari CCTV pun boleh nampak habuk karat tu.. Sangat bahaya….. Boleh kena kancing gigi… Kalau nak anchor ni, kawasan yang paling disyorkan adalah kawasan berlumpur supaya lumpur ni boleh pegang sauh ni kuat-kuat. Kalau tiada pilihan, boleh juga anchor di kawasan berpasir. Kawasan yang paling merbahaya adalah kawasan berbatu…  Sauh ni boleh pergi sedalam 80 meter tetapi tidak digalakkan. Selalunya mereka akan turunkan sauh dikedalaman 20-40 meter.. Kedalaman dan keadaan dasar laut (berlumpur/berpasir dan berbatu) boleh dirujuk dari peta, echo sounder, admiralty ocean passage of the world (buku), notice to mariners, guide to port entry, admiralty tide table dan banyak lagi… haaa…. Impress kan bila saya tulis semua ni? Sebenarnya, Mr Hubby baru bangun tidur, bila saya tanya jer, terus keluar semua benda ni.. Haaa… jari pun taip je la… tak faham pun… hihihi….. Masa turunkan sauh, nampak air karat dari besi sauh tu mencemari air laut yang jernih tu.. eerrr… heee… Ikan pun boleh pengsan… *_*Semasa anchor, ada 3 kapal LNG, MiSC juga yang turut anchor di Bintulu ni…. Yang peliknya, semua kepala kapal mengadap arah yang sama… Pelik….. Rupanya, Mr Hubby beritahu saya bahawa kapal ni anchor mengikut arus laut… Sauh (seberat 14 tan) terletak dibahagian hadapan kapal. Bahagian kepala kapal ni yang akan ditolak arus dulu dan memecahkan arus yang kuat menjadi perlahan. Jika arus ditolak dari arah belakang kapal, sudah tentulah kapal ni akan berpusing-pusing sebab hanya dipegang oleh satu sauh di bahagian depan. Betul ke teori ni? Huhu… Semasa anchor, break untuk rantai anchor ni tak berfungsi… Nasib baiklah kapal ni ada dua anchor… Jadi boleh lah guna anchor satu lagi.. huhu.. Alhamdulillah…

Last sekali, kapal ni pun ada banyak briefing, terutamanya sebelum masuk port. Saya ada juga sertai beberapa briefing tersebut… Agak menarik… Banyak info-info tambahan yang diperolehi…  Sekian sahaja perkongsian kali ni… Sekejap lagi kapal nak masuk port Bintulu, dan saya juga akan pulang kembali ke sarang asal… huhuhu…. Kenangan terbaik sebagai pembuka kepada tahun 2015. Alhamdulillah Ya Rabb… ^_^


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

More experiences onboard Puteri Mutiara Satu. 12 feb 2015

Bismillahirrahmanirrahim…. Rasa macam dah tak nak cerita apa-apa tentang kapal… Tapi, jari ni masih belum bersedia untuk berhenti dari menaip… ^_~ Tambahan pula Mr Hubby memberi galakan agar saya turut berkongsi di blog ini…. Memberi maklumat tambahan kepada semua isteri pelaut… Maklumlah, majority pelaut adalah lelaki. Dan seperti yang kita tahu, lelaki ni kurang minat bercerita mengenai kapal kerana dah ‘muak’ dengan suasana yang sama ni sepanjang 6 bulan atau lebih… *_*Setiap hari melakukan perkara yang sama… Saya faham perasaan mereka…. Bagi saya pengalaman ini menarik kerana cuma berada atas kapal selama 2 minggu sahaja (28 jan 2015-12 feb 2012) dan dipenuhi dengan aktiviti mencari maklumat mengenai kapal dan berkongsi di blog. Mungkin kerana perasaan ‘teruja’ itulah yang dapat menutup ‘keboringan’ saya ni…. Huhuhu…..

Kali ni saya nak kongsi sedikit maklumat ‘kecil’ yang saya rasakan agak ‘menarik’ di atas kapal ini…. Semasa kapal dari bintulu nak masuk ke perairan Pasifik, jam akan advance sebanyak satu jam. Maksudnya, jam Malaysia 6 pm akan menjadi  7 pm. Dalam kapal ni ada banyak jam. Di setiap bilik officer dan crew pun ada jam. Apa yang menariknya, jam mereka semuanya sama, bulat dan berwarna hijau. Semasa berlaku pertukaran waktu (advance/ retard), officer di bridge akan buat announcement dan semua jam atas kapal ni akan bergerak serentak! ^__^ Selain itu, saya juga dapat melihat pemandangan yang cantik terutamanya ketika matahari terbenam…Sempat merakam matahari terbenam… Sangat laju matahari tu turun… Cantik… MashaAllah…. ^_^

Matahari terbenam

Bagi satu perjalanan contohnya ke Jepun, mereka menggunakan hampir 19 helai peta untuk passage plan (sebelum perjalanan) dan merekod perjalanan bagi setiap setengah jam perjalanan. Tugas Mr Hubby adalah melukis passage plan ni sebelum memulakan perjalanan… Banyak sangat port yang mereka perlu pergi untuk menghantar gas LNG ni… Di Jepun sahaja ada banyak port seperti Hibiki, Negishi, Sodegaura dan banyak lagi… Kadang-kadang perlu juga hantar ke Taiwan, China dan Korea. Semuanya mengikut demand. Harga satu helai peta adalah 24 USD (~RM72). Sangat mahal…. Satu buku mengenai pelayaran je dah hampir RM1000. Semua perkara yang berkaitan pelayaran sangat mahal… 1 jam di port pun dah kena hampir RM10,000.. Selalunya kapal ambil masa hampir 12 jam di port untuk penuhkan tangki LNG ni…
Contoh sehelai chart.


Sepanjang 2 minggu saya di sini, sempat juga saya masuk ke kawasan engine… Sangat besar, panas dan bising. Menakutkan… *_* Engine pun hampir 5 tingkat… Rasa macam saya ni seekor semut yang masuk ke dalam sebuah engine kereta… huhuhu…. Patutlah engineer sangat ramai berbanding officer. Engineer bermula daripada fifth, fourth, third, second and rank paling tertinggi (bawah kapten) adalah chief engineer (bos engineer). Rank officer pula bermula daripada third, second, chief officer (bos officer) dan Kapten (company representative). Maksudnya, hanya officer boleh jadi Kapten. Chief officer ditugaskan menjaga ubat di hospital. Jangan tak percaya, kapal ni ada bilik loker ubat, bilik ubat dan hospital…. Peralatan untuk surgery pun lengkap tau… Jika berlaku sebarang kecemasan dalam kapal semasa di tengah laut, maka chief officer (C.O) akan bertukar menjadi medical officer (M.O)… hihihi..Ada beribu jenis ubat dalam kapal… Untuk segala jenis penyakit… jadi, kalau ada rasa demam atau sakit2, boleh refer pada chief officer. Kalau teruk sangat2, mungkin akan panggil helicopter (helicopter tak dibenarkan mendarat di atas kapal… hanya boleh turunkan tali (winch) sahaja..
Hospital di kapal



Gym kapal... 

Kadang-kadang bila rasa dah banyak sangat makan, saya dan husband pergi gym… Haa… kat sini ada macam-macam alat sukan… Yang selalu saya gunakan adalah treadmill dan bicycle (tak tahu nama machine tu).. Lepas tu, ada juga la lepas geram main ping pong dengan Mr Hubby… Kami guna gym, sampai orang lain pun segan dah nak masuk.. hihihi… Beberapa hari yang lepas, engine kapal ni terhenti selama hampir 3 jam 30 minit…. Kapal ni berhenti tiba-tiba… Rasa macam terlanggar sesuatu… Berulang kali,…. Seram juga…. Mr Hubby beritahu saya, jarang juga berlaku seperti ini…Tak tahu lah memang ada masalah dengan engine atau tempat yang kami lalu tu ‘keras’… Mr Hubby ada cerita sebelum ni, ada kawannya yang dibuka hijab untuk melihat makhluk alam ghaib tu…. Katanya di lautan Luzon…. Kadang-kadang ‘benda’ tu singgah di kapal… Huuuaaaa….. T_T menakutkan….. Eeerrr… Tapi masalah itu dapat diselesaikan oleh engineer yang sangat pakar dalam kapal ni.. huhuhu
Tong sampah di bridge... Untuk Food waste, ada di dapur/ kawasan makan..


Okay, last part untuk entry kali ni adalah, tentang perkara yang tak wangi iaitu sampah… hahaha…. Kat kapal ni, ada bermacam jenis tong sampah…. General waste, plastic, bottle/can, food waste dan cigarette.  Semua sampah ni akan dibuang di daratan melainkan food waste…. Haaa…… Food waste ni mereka akan buang dalam laut…. Nak bagi ikan makan… hihihi…Tapi bukan buang ikut suka sahaja… Ada syaratnya…. Saya pun lupa…. Ada jarak dan kedalaman tertentu untuk buang food waste ni.. Kalau tak, singgah kat pantai lak.. Tempat bermandi-manda… Haa… itu satu kesalahan… Huhuhu…

Ini sahaja perkongsian untuk kali ni…. Lautan sangat luas… Sejauh mata yang memandang… Tiada penghujungnya…


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Thursday, February 5, 2015

Pengalaman di Japan. 4 feb 2015

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki di Japan tanpa mengeluarkan sebarang duit… Hihihi… Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh MiSC. Alhamdulillah.. ^____^ Cuma duit suami sahaja yang dilaburkan untuk beli cenderamata dan tambang train. Sebelum keluar dari kapal, kami akan dapat semula passport kami dan shore pass yang wajib dipegang sepanjang perjalanan. Manalah tahu, kena serang dengan pegawai imigresen Jepun pula.. huhuhu…… Dan shore pass juga boleh dipamerkan semasa membeli barang bagi mengelakkan charge GST. Jepun telah lama mengamalkan GST, tetapi mereka hanya mewajibkan GST kepada rakyat mereka sahaja.. Peringatan!! Bukan semua tempat boleh dapat potongan GST ni. Ikut rezeki masing-masinglah ya.. hihihi

Kami turun kapal pada pukul 6pm-10pm. Suasana semasa jam 6 pm ibarat jam 8 pm di Malaysia. Kebanyakan rakyat Jepun baru balik dari kerja. Sangat ramai rakyat Jepun, bagaikan lautan manusia.. huhuhu…. Cuasa sangat sejuk (9˚C).. Saya memakai dua lapis seluar, berbaju t-shirt muslimah, memakai winter jacket, dua lapis glove dan dua lapis stokin tebal. Itupun masih terasa sejuk.. kulit menjadi kering dan timbul bintik-bintik merah yang sakit (lagi-lagi bila rendam dengan air suam.. *_*) Mungkin allergic atau cells terkejut dengan perubahan suhu yang mendadak ini.. Maklum lah.. orang Malaysia… huhuhu…  Jika di Malaysia, semua sibuk nak guna air-conditioner, kat jepun pula mereka sibuk menggunakan pemanas…. Dalam kenderaan, rumah, shopping complex, semuanya menggunakan pemanas.. Barulah sedar dengan nikmatnya panas-panas manja di Malaysia tu… ^_~…
Kimono yang sangat mahal... 10 000 yen ke atas,,


Di Jepun, semuanya berkomunikasi menggunakan bahasa mereka. Sampaikan sign board pun tulisan Jepun… Teringat pula cerita Doraemon, Sinchan dan lain-lain.. hikhik…. Tak faham langsung.. Hanya information center sahaja yang boleh dipercayai.. *_* Nasib la kaunter tiket train ada pilihan English language,  Alhamdulillah… Di port, kami perlu diperiksa sebanyak 2 kali semasa keluar dan masuk port. Kemudian, pak cik Jepun ni menghantar kami ke Negishi (berhampiran Tokyo-Pusat bandaraya Jepun). Dari Negishi, kami naik train ke Kannai. Di Kannai, kedai terlalu banyak dan kami tidak tahu hala tuju. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk pergi ke shopping complex di mana tertumpu hanya dalam satu bangunan. Jadi, bolehlah mengurangkan risiko sesat.. hikhik… Dari Kannai, kami ke Yokohama. Hah… Kat sini sangat best… Bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo… Tapi tak sempat nak jalan-jalan. Masa tak cukup. Kami hanya berjalan-jalan di Sogo (rasanya ada 8 tingkat).
Signboard seperti ni sangat memeningkan.. Tetapi ada juga beberapa signboard english.


Di Sogo rasa serba salah dengan my hubby. My hubby kata, dia ingin shopping untuk isterinya, tetapi kepala saya pula sibuk mencari souvenirs untuk saudara-mara dan kawan-kawan.. Rasa bersalah sangat dengan hubby….. Maaf sayang…Sibuk beli souvenirs sampai tak beli barang untuk diri sendiri… Eeerr….*_* Tak apalah, biar kecil, yang penting bermakna… ^__^… Sangat susah nak cari souvenirs.. lagi-lagi nak beli banyak…. Satu barang yang comel ni pun dah mencecah 1500 yen (RM45) ke atas…. *_* Kalau nak beli banyak, memang habislah…. Jadi saya membuat keputusan untuk membeli poskad sahaja sebagai cenderamata bersama dengan duit syiling yen… ^_^ Alhamdulillah… Semuanya, my hubby yang sponsor… Terima kasih sayang… ^____^

Beberapa ole-ole yang sempat dibeli.. huhu

Jangan tak percaya, di Jepun mereka ada culture tersendiri. Untuk mebuat pembayaran bagi pembelian, kita perlulah meletakkan wang kita dalam satu bekas. Seeloknya dengan dua tangan. Duit baki juga akan dipulangkan dalam bekas tersebut. Elok juga diamalkan di Negara Islam,.. Dapat juga elakkan sebarang sentuhan lelaki dan wanita ajnabi dalam urusan perniagaan. ^__^

Hah, nak cerita sedikit situasi di Jepun tu. Rasanya saya seorang sahaja perempuan muslim di sana (sebab saya sahaja memakai tudung ^_^). Sangat susah nak senyum kepada mereka kerana semuanya buat hal sendiri. Bila menunggu train atau berada dalam train, mereka semua melihat gadget masing-masing. Memang anti-sosial tu… *_* Train sangat sunyi, walaupun ada ramai orang. Mereka juga suka bergerak sendirian. Tidak seperti rakyat Malaysia yang selalu bergerak dalam kumpulan. Tetapi mereka ni sangat bersemangat. Nak lintas jalan pun berlari.. keluar train pun berlari… perempuan yang pakai high heel pun berlari…. Sampai saya pun terikut berlari (sebab nak kejar lampu traffic light pejalan kaki)… huhuhu… Malam yang sangat aktif… rasa macam mengejar duniawi sangat… *_* Jangan tak percaya, mereka pun melanggar lampu traffic light juga.. Terutamanya pejalan kaki… Sudah lah melanggar lampu, tak pandang kiri kanan pula tu,…. Semua jalan menunduk….

Dan cerita yang kelakar masa nak balik, pak cik Jepun merangkap driver yang bawa kami dari port tu minta kami naik. Belum cukup lagi yang naik, pak cik Jepun tu nak jalan… Boser (ketua crew) pun cakap lah bahasa Melayu kat pak cik Jepun tu, “Aih.. tak tunggu semua naik sekali ke? Sekali harung kan senang..” Selepas itu, pas cik Jepun pun membalas, “ Endeee…*)&%$#@(&#!~”... Membalas dalam bahasa Jepun…. Sangat kurang rakyat Jepun yang boleh bercakap English. Sekali tengok, dah macam ayam dan itik… hikhik… Itu sahaja perkongsian mengenai pengalaman di Jepun… Arigato gosaimas….. heee…..


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Experiences onboard Puteri Mutiara Satu. 5 feb 2015

Bismillahirrahmanirrahim… Lama juga tak dapat nak update cerita kapal ni… Sebabnya, angin kat luar sangat kuat (*force 7=ombak lebih kurang 7 meter. Jadi, kapal akan bergoyang-goyang. Pening kepala nak menaip… Berjalan pun tak seimbang… Kapal ni rasa bergegar je… *_* Hari ni baru keluar dari port Negishi, Japan. Macam biasa, saya hanya jadi pemerhati dan tukang sibuk aje… Nasib la kapten ni baik.. huhuhu…  3 orang pilot Japan membantu kapal keluar dari port kerana mereka lebih arif dengan situasi atau kedalaman laluan yang sesuai untuk kapal yang besar ni (panjang; 276m, lebar; 43.4m dan tinggi; 64.5m).. Alhamdulillah, dapat juga melihat salji walaupun halus… Salji tersebut jatuh dan terus mencair.. Tak dapat nak sentuh…. Hihihi…. Suhu di Jepun lebih kurang 9˚C. Bila bernafas dan bercakap, wap sentiasa keluar dari mulut. Betapa sejuknya waktu tu… Sampai sejuk menangkap ke tulang dan otak.. +_+

Rasanya hari ni nak berkongsi pengalaman beberapa hari sebelum masuk port ni. Maklumlah tertunda kerana kapal ni bergoyang dan susah nak menaip. Sebelum ni, semasa di laluan Luzon, Alhamdulillah saya sempat melihat dolphin yang melompat keluar dari laut.. Alhamdulillah… Dolphin liar ini berwarna hitam.. Melompat keluar dan menghempaskan badannya ke dalam laut. Mereka bergerak secara berkumpulan. Tapi tidak sempat nak tangkap gambar kerana dolphin tersebut berenang berlawanan dengan arah kapal. Mereka semakin menjauh dari kapal yang berkelajuan hampir 28 knots (1 knots = 1.8km/h; 1 mile=2.5km).

Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai aktiviti harian yang wajib bagi kapal ini. Huhuhu… Seorang officer akan ditugaskan untuk mengira waktu solat menggunakan satu formula. Setiap hari, waktu solat akan berubah kerana waktu terbitnya matahari (siang) dan tenggelamnya matahari (malam) sudah tak sama panjang seperti mana di Malaysia. Contohnya, waktu solat pada 2 feb 2015 (di perairan Luzon) adalah; zohor pada 12.11 pm: asar pada 3.15 pm: maghrib pada 5.42 pm: isya’ pada 6.50 pm dan subuh pada 5.16 am. Waktu solat ini akan ditampal dibeberapa check point info waktu solat. Kedudukan kapal sentiasa berubah, jadi kiblat juga akan berubah. Selalunya mereka yang ingin tahu arah kiblat kapal akan menghubungi pegawai yang berkawal di bridge. Mereka menjadikan bearing 280 (279.9) sebagai rujukan arah kiblat. Perkara yang menarik bagi saya adalah mereka menjadikan jarum jam sebagai rujukan yang mudah, contohnya;  Forward (kepala kapal) adalah pukul 12, Starboard (bahagian kanan kapal) adalah pukul 3, Aft (belakang kapal) adalah pukul 6 dan Port (bahagian kiri kapal) adalah pukul 9. Jadi, apabila mereka bertanya mengenai arah kiblat, pegawai yang bertugas hanya perlu melihat pada bearing 280 dan hanya memberitahu arah jam sebagai arah kiblat. Sangat menarik bagi saya.. ^__^

Radar... Bebola tersebut adalah tetikus... 


Dalam kapal ni ada pelbagai jenis alat, tiga jenis radar yang canggih, barograph (to measure atmospheric pressure), chronometer (to measure barograph), autotel, public address system (to make announcement), deck talk back, vsat (satellite phone), VHF radio tel, GPS dan banyak lagi. Setiap jam 12 tengahari, kapal akan membunyikan hon (whistle). Ada dua jenis hon. Alhamdulillah, my hubby memberikan saya peluang untuk membunyikan hon. Sangat teruja… ^_^… Hon yang pertama tak berapa kuat. Hon yang kedua, saya perlu membunyikannya selama dua saat. Baru sahaja sekali tekan, saya terus terkejut. Rasanya tak sampai dua saat pun… Huhuhu…. Bunyi hon tu sangat kuat, dan saya terasa gegarannya…. Jantung boleh gugur,,…. *_* Sangat terkejut… First time dengar dan tekan hon kapal… Hihihi…

Perkara yang paling best sekali adalah makan, makan dan makan… Alhamdulillah chief cook ni sangat-sangat pandai masak. Antara juadah yang dihidangkan termasuklah laksa sarawak (guna bihun, rasa macam kari sikit), umai (isi ikan tenggiri yang mentah di campur perahan limau dan bawang-sangat sedap), daging salai blackpepper, nasi lemak first class, western food (setiap ahad), asparagus goreng dan banyak lagi… sangat sedap hingga menjilat jari… Kekenyangan… Dan baru sedar, lapar itu juga suatu nikmat. Bila perut kenyang, tak bagus untuk kesihatan. *_*
Ahad makan western food. Waktu luch, hubby tengah kerja, jadi makan di bridge sahaja sambil nikmati keindahan alam.. ^_^


Perkara yang tak best pula adalah apabila kapal dilanda angin kencang. Kapal bergoyang-goyang. Kepala asyik pening sahaja. Saya ada juga duduk di bridge dan perhatikan bahagian depan kapal. Apabila dilanda angin kencang, kapal dibahagian depan boleh terangkat, turun, terangkat dan berulang lagi selama beberapa hari… T_T Mungkin itulah punca mabuk laut bagi sesiapa yang tidak biasa. Saya juga memerhati air laut yang dibelah oleh kapal besar ini. Percikan air yang terkena cahaya matahari menghasilkan warna pelangi. MashaAllah…. Saya dapat lihat pelangi berulang kali…. Banyak kali… Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Tiada nikmat-Mu wahai Allah, yang kami dustakan.. Semuanya cukup sempurna. Alhamdulillah.. ^__^

Kapal yang dilanda angin kencang

Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan buat entry kali ini… Kapal ini mempunyai banyak jenis bendera yang membawa maksud tertentu. Saya pun kurang arif mengenainya. Jadi, saya sertakan beberapa contoh gambar susunan bendera apabila kapal sedang belayar ke sesuatu pelabuhan.

Bendera untuk masuk port Negishi, Japan


Sekian sahaja entry buat kali ini… Alhamdulillah..


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Monday, February 2, 2015

KAPAL/ BAHTERA dalam Al-Quran;

Bismillahirrahmanirrahim..

1.    Dan Dialah yang menguasai KAPAL-KAPAL yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. Ar-Rahman;24


2.      Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam BAHTERA dan BAHTERA itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. Yunus;22

3.      Dan Nabi Nuh pun membuat BAHTERA itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. Hud;38

4.      Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya KAPAL-KAPAL belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. Luqman; 31

5.      Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam BAHTERA yang penuh sarat; Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan; Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. Yasin; 41-42


~~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI KUHAMMAD S.A.W~~