Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. ^_^ Hari ini saya ingin membuat perkongsian 2 elaun JPA yang baru saya sedari apabila memasuki sendiri ke fasa yang berkaitan iaitu semasa latihan industri dan semasa di tahun akhir pengajian. Apakah elaun itu?? Bab duit memang laju kan,,, hihi... Biasalah... Pelajar... ^__^
Bagi pelajar tajaan JPA, anda boleh menyemak elaun melalui Portal Interaktif Pelajar melalui link ini.. http://www.interactive.jpa.gov.my.
Jumlah elaun adalah berbeza mengikut pertimbangan JPA. Contohnya elaun tetap semester adalah seperti berikut;
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai elaun tambahan yang boleh dituntut oleh pelajar tajaan JPA selain daripada elaun tetap bagi setiap semester.
1) Elaun Latihan Amali.
Elaun tersebut boleh dituntut setelah kita tamat latihan amali/ latihan industri/ praktikal dengan syarat yang tertentu. Di sini saya sertakan 'pesanan' JPA buat pelajar yang ingin membuat tuntutan. Anda disyorkan agar download borang yang terbaru dari pihak JPA sendiri mengikut peredaran zaman (post ditulis semasa tahun 2014). Sila sertakan sekali salinan punch card/ bukti kehadiran semasa latihan amali, surat majikan dan salinan buku akaun bank JPA (Bank Islam bagi pelajar UPM).
2) Elaun Thesis
Semasa di tahun akhir, selepas berjaya menyiapkan thesis, maka kita juga boleh menuntut elaun thesis. Rasanya dalam RM300. Sila sertakan bersama salinan muka depan cover thesis yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Dekan Fakulti atau CD soft copy thesis.
Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini... Ringkas dan padat. Harapnya dapat membantu terutamanya buat adik-adik tajaan JPA yang masih belajar. Wallahu a'lam/
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
Hi, nak tanya kalau jalankan latihan industri di sykt swasta dan dapat elaun still boleh apply elaun LI JPA tak?
ReplyDeleteThanks in advance
Hi.. Maaf atas kelewatan... Kalau x silap, semasa memohon elaun JPA, kita perlu sertakan surat dari majikan yg mengatakan bahawa majikan tidak memberi elaun sepanjang tempoh practical tu... Mungkin kamu perlu confirmkan semula dengan pihak JPA,,, Mana tahu kali ni dapat pula.. ^__^
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteUntuk semester latihan industri, adakah elaun tetap masih lagi dibayar kepada kita?
Waalaikum salam... Elaun tetap JPA hanya akan masuk apabila semester berjalan... Latihan industri adalah semasa kita cuti semester. Jadi hanya elaun LI sahaja yg ditawarkan. Itupun mengikut syarat yang telah ditetapkan...
DeleteJadi duit elaun tetap memang akan masuk la masa kita tengah buat practical?
DeleteJadi duit elaun tetap memang akan masuk la masa kita tengah buat practical?
DeleteMacam mana kita nak tahu status elaun LI tu ye (bila elaun dapat,berapa rm)?
ReplyDeleteberapa lama tempoh proses di mana kita tahu kita layak atau tidak untuk menerima elaun tu?
Mungkin boleh check di esilav2.jpa.gov.my portal interaktif pelajar > log in > elaun
DeleteCuba cara ni..
salam.
ReplyDeletemcmana pula jika agensi kerajaan tu menawarkan elaun kpd ksemua plajar praktikal tapi bukannya smua pljar mdapat tajaan JPA, adakah dikira masih boleh mohon elaun under JPA juga?
tq...
Waalaikum salam. Itu saya kurang pasti. Tetapi untuk mohon elaun JPA, kita perlu sertakan surat majikan yg membuat perakuan bahawa tiada sebarang elaun lain diberikan kepada pelajar tersebut. Tidak pasti dengan syarat terbaru JPA sekarang ini..
DeleteAda contoh surat pengesahan latihan industri x?
ReplyDeleteMaaf Yu Shin Shuen.. Tiada...
DeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletesory sy nk tnya sket..Tahun Pengajian tu tahun kita apply elaun latihan amali ni ke?
Waalaikum salam. Tahun pengajian semasa. Untuk kepastian, boleh rujuk pihak JPA. Takut ada perubahan.
Deletesalam kak,,,nak tanya,SEMASA buat LI,,,adakah elaun sara hidup diberi?atau dia just bg elaun selepas habis LI??sebab syarikat tmpt buat LI x bg elaun,,so kna tanggung belanja sendiri.mohon pencerahan
ReplyDelete