“Hana, you are so lucky… Bila
masuk toilet je, mesti ada air.. Kalau kami masuk, mesti air dah tak de…”
Aku hanya tersenyum. “Kalau nak
guna air, kena bangun awal…” kataku.
Sejak dua menjak ni, air kat
kolej asyik tak ada.. kejap ada, kejap tak ada, macam biskut marie
kegemaranku… Biskut marie ada di bilik
sebab aku beli.. Biskut marie tak ada, sebab aku yang makan… eerr..
Alhamdulillah, biskut tue tak ada (dimakan) daripada dibuang. Air di kolej pula
ada kerana tekanan tinggi dan tiada kerana tekanan rendah.. eerr..
Ketika ini, aku selalu bangun
awal pagi bila nak mandi. Pukul 5.15 pagi aku sudah mandi.. Sebelum masuk waktu
subuh, aku sempat lagi solat tahajud dan solat-solat yang seangkatan dengannya,
(solat sunat taubat dan solat sunat hajat). Itulah hikmah terbesar air ada
hanya waktu pagi,,, ^__^ Pukul 7 pagi, air sudah semakin mengecil dan akhirnya
tiada lagi titisan air.. Disaat itulah setitik air itu menjadi sangat berharga
ibarat setitik peluh petani yang mengusahakan padi. Eerr..
Bagi aku, ‘lucky’ perlu dicari,
dan bukan ditunggu. Adakah Dato’ Lee Chong
Wei akan mendapat pingat emas sekiranya dia tidak serve bulu tangkis
dengan betul? Adakah Nik Nur Madhiha akan dapat 21A dalam SPM sekiranya dia
tidak study smart? Itulah yang dikatakan ‘lucky’ atau dalam bahasa Melayunya
‘bertuah’. ‘Lucky’ perlukan usaha, doa dan tawakal.
Kawanku juga pernah berkata,
“Hana, awak memang lucky sebab dapat kahwin time belajar..”.. Lucky sebab dapat ‘laki’…. Alhamdulillah,,
Ingin dikongsikan sedikit, rahsia Allah
ini… Sudah lama sebenarnya memendam hasrat untuk bernikah sejak di matrikulasi
lagi. Siap aku nyatakan hasrat ini kepada ibu. Tetapi, ibuku menolak
mentah-mentah.. Namun, aku pujuk, dan pujuk lagi,, Ayah aku memang tak suka
langsung aku kahwin masa belajar. Jadi, adakah itu ‘unlucky’ buatku? Tidak
sesekali.. ‘Lucky’ perlu dicari, bukan ditunggu. Aku berdoa setiap kali lepas
solat kepada Allah, (Pemilik setiap hati) bagi melembutkan hati ibu dan
ayahku.. (Kredit 1 : Doa kepada Allah).
Aku
buktikan kepada mereka bahawa aku boleh menjadi seorang isteri yang solehah..
insyaAllah,,, bagaimana mahu buktikan?? (Kredit 2: Buktikan kita matang). Suka
aku kongsikan, setiap perbuatan kita membuktikan siapa kita yang sebenarnya.
Ibu bapa tidak boleh ditipu. Jika dulu tidur peluk teddy bear, sekarang tidur
peluklah bantal,, eerrr… jika dulu takut nak berdikari, sekarang buktikan
bahawa kita boleh berdikari. Jika dulu kita malas masuk dapur, jadi sekarang
kita masuklah dapur.. At least, potong bawang ke, masak nasi ke, masak rendang ke,
buat kek ke.. Ha, kan ada ciri2 nak jadi menantu orang tue,,, insyaAllah… ^___^
Alhamdulillah, ibu suka tengok
rancangan “Tanyalah ustaz” setiap hari di TV 9 pada pukul 7 hingga 8 pagi.. nak
promote sikit.. rancangan ini adalah satu wasilah (alat) yang membuatkan Allah
membuka pintu hati ibuku… Betul aku tak tipu,, Ibuku yang bocorkan rahsia ini…
pada suatu hari yang tenang, aku menghampiri lagi ibuku. “Ibu, angah nak nikah
masa belajar, boleh?”Aku seperti biasa tersipu-sipu lagi, tapi masih ingin
menyakinkan ibuku.. “Nanti sibuk pula dengan hal rumah tangga, belajar pula ketinggalan”,
kata ibuku… “Ibu, angahkan aktif di kolej,, Setiap hari ada meeting, ada event,
macam-macam yang angah buat. Tapi pelajaran angah maintain kan…heeee” Aku mula
berhujah. (Kredit 3 = Masih dapat score pelajaran walaupun busy).Buat
pengetahuan semua, aku turut membuktikan bahawa aku dah matang dengan perkara
ini. Petua ini sangat berguna bagi sesiapa yang nak kahwin semasa belajar. Aku
tersangat aktif di kolej. Aku join Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) kolej, aku
join exco Biomedic club, aku join Syababul Musolla (surau)… Nak dikatakan,
hampir setiap malam muka aku ni tak ada kat bilik. Kesian roommate aku. Eeerr..
Tapi Alhamdulillah, Allah banyak membantu aku,,, Aku bukanlah pelajar yang
sangat cemerlang, tapi aku adalah pelajar yang masih boleh score walaupun tak
A, asalkan tak gagal,,, eeerrr… Berbalik
kepada ibuku tadi. Ibu semakin yakin dan berkata, “Okay, da ada calon ke?”Tanya
ibuku.. Aku terdiam seribu bahasa.. rasa macam nak gelak pun ada juga,, Punya
beria nak kahwin tapi tak ada calon… eerrr… Memang kelakar… hahaha.. Apa yang
penting, dah dapat lampu hijau.. ;-)
Aku bekerja di sebuah kedai bagi
mengisi masa lapangku. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat segak ke
kedai itu. Aku ingatkan dia nak beli kitab ke, baju kurta ke… rupanya dia
mencari sesuatu yang amat sukar ditemui di kedai itu,… Lelaki yang gagah
perkasa itu datang sebab nak cari teman hidup. Dia menyampaikan hasratnya itu
kepada seorang mak cik merangkap kawan sekerjaku. Aku lihat signboard kedai…
“Tijarah Barakah” sebuah kedai yang menjual kitab, Al-quran, telekung, jubah
dan sebagainya. Tiada pula tertulis “perkhidmatan mencari jodoh”… hehe.. mungkin
Allah yang menggerakkan hati dia ketika itu.. (Maaf ya sayang…. Sekadar
berkongsi cerita > kepada suamiku (Mr Z)^__^) Dipendekkan cerita, aku hanya
jumpa dia beberapa kali sahaja + sekali perbualan perkenalan. Selepas itu kami
tak jumpa dah. Hanya berhubung menggunakan SMS. Sebelum aku pulang ke UPM untuk
naik ke semester seterusnya, Mr Z memberanikan diri untuk ke rumahku. Masa tu,
kami kawan sahaja. Tak lebih dari itu. Selepas ayah dan ibuku bertentang mata
dengan Mr Z, maka ibu dan ayahku rasa selesa dengannya kerana akhlaknya yang
baik… Alhamdulillah..(Kredit 4 = jika da ada calon, terus bawa jumpa ibu bapa.
Mana tahu hati ibu bapa akan terbuka ketika itu).
Keluarga belah ibu dan ayahku
tidak berapa setuju aku kahwin semasa belajar. Tetapi ibuku kini sangat
menyokongku. Katanya, “Ibu tak mahu menanggung dosa angah. Kalau dah ada calon,
go on je..” ^__^ Alhamdulillah, ibuku berjaya memujuk ayahku.. Terima kasih ibu
dan ayah… ^__^
Cukup, sekadar ini sahaja
ceritaku mengenai cara-cara untuk melembutkan hati ibu bapa untuk berkahwin
semasa belajar… Selamat mencuba resepi ini… ^_^Sebelum itu, pasti anda
tertanya-tanya, apa pula kaitan ‘lucky’ dan kahwin awal. Maksudnya di sini, ‘lucky’
kerana diiringi dengan usaha.. ‘lucky’ tue Allah yang bagi, jadi kenalah minta
dengan Allah.. ‘Unlucky’ juga dari Allah, tapi ‘unlucky’ itu adalah ujian buat
kita, agar kita nie sedar diri.. Hidup hanya sementara, Allah yang berkuasa ke
atas kita, esok lusa mungkin nyawa kita boleh diambil oleh-Nya.. Allahu a’lam..
P/S= Hana bukan nama sebenar..
tetapi nama manjaku,,, hehe
Allahu a'lam
~~SELAWAT
DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
Ya Sahabatku...
ReplyDeleteaku bangga mndapat seorang sahabat seperti mu ini...
semoga kamu bahgia bersama suami kamu yg trcinta... :)
Aamiiin.. JazakAllahu khair atas doa sahabat...
ReplyDeleteSemoga Allah merahmatimu..
Terrrrbaikkk, masyaAllah, barakallahulakuma..
ReplyDeleteTumpang Iklan..
ReplyDeleteHanya RM1,490!!!
PROMOSI dari Anjung Serai yang sedang HOT sekarang!
Hanya RM1,490 untuk beberapa pilihan jenis promosi tersebut..
1) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Stall Asam Laksa (300 pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 pax)
2) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Rojak Pasembur (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
3) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Laksa Johor (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
4) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Mee Kari (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
Untuk maklumat lanjut @ sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hubungi:
Ayu
017-975 1039 (CALL/SMS)
017-925 7897 (WHATSAPP)
Tumpang Iklan..
ReplyDeleteHanya RM1,490!!!
PROMOSI dari Anjung Serai yang sedang HOT sekarang!
Hanya RM1,490 untuk beberapa pilihan jenis promosi tersebut..
1) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Stall Asam Laksa (300 pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 pax)
2) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Rojak Pasembur (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
3) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Laksa Johor (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
4) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Mee Kari (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
Untuk maklumat lanjut @ sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hubungi:
Ayu
017-975 1039 (CALL/SMS)
017-925 7897 (WHATSAPP)