Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,, Terima kasih kerana sudi membaca entry kali
ini. InsyaAllah, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya atau lebih
dikenali sebagai Houra Al Mansurah. Nama penuh saya, sudah tentulah saya akan
rahsiakan.. Cuma saya akan menyentuh sedikit sahaja agar kalian tidak meragui
hasil penulisan saya.
Saya merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik.
Dibesarkan dengan penuh kesederhanaan. Ibu dan ayah yang saya amat cintai
membesarkan kami dengan tarbiyah (didikan) yang baik. Saya sangat menghargai
mereka. Syukur ke hadrat Illahi. Walaupun saya ini bukanlah seorang ustazah,
bukanlah seorang doctor, tapi cukuplah sekadarnya. Ini adalah rezeki Allah buat
saya dan saya mensyukurinya. Semoga Allah terus melindungi dan memberikan
kesihatan yang baik buat ibu dan ayah yang amat saya cintai. ^___^
Saya mendapat pendidikan awal sama seperti kanak-kanak yang
lain. Cuma yang istimewa bagi saya adalah, saya menamatkan pelajaran di sekolah
tercinta, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan
dalam jurusan Pengajian Agroteknologi (Sains tulen) dengan keputusan SPM yang
terus membawa saya ke Kolej Matrikulasi Johor. Sekarang saya masih menuntut di
Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Biomedical Sciences (Sains
Bioperubatan). Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.
Saya adalah seorang insan yang biasa dan tersangat biasa,
yang suka meluahkan pendapat. Mungkin bakat ini saya perolehi kerana sering
membuat karangan semasa di sekolah dahulu,, he he.. ^__^ Special thanks to my ‘guru
bahasa’… he he Apabila membaca buku, saya juga mempunyai pendapat saya sendiri
mengenai topik tersebut. Bukannya plagiat. Ini adalah dari sudut pandang saya
sebagai seorang wanita yang masih dalam dunia mencari identiti diri sendiri. Makanya, jika ada khilaf dalam penulisan saya,
saya mohon kalian menegur, agar boleh saya perbaiki. InsyaAllah.
Penulisan saya adalah dari dua pihak dan bukannya berada di
satu pihak sahaja seperti debat. Saya yakin, dua-dua pihak ada hujah dan sebab
tersendiri mengapa berlakunya perkara tersebut. Maksud saya, jika topik itu
berkaitan lelaki dan wanita, jadi saya
akan menyentuh dua-dua pihak. Bukannya menuding jari kepada satu pihak sahaja.
Contoh yang lain pula adalah politik. Ini adalah pandangan saya dari pihak
kerajaan dan juga pembangkang. Penulisan saya lebih bersifat neutral dan dalam
keadaan emosi yang stabil. InsyaAllah..
Mungkin penulisan saya ini bagaikan bermusim. #_# Hal ini
kerana saya seorang yang agak aktif dengan aktiviti kolej. Saya sebenarnya seorang
yang happy go lucky, tapi segera bertukar menjadi tegas dalam beberapa hal yang
melibatkan maruah diri dan agama. Saya
juga memerlukan persediaan minda dan mood yang stabil bagi menghasilkan
penulisan yang bersifat neutral. Bagi saya, setiap penulisan perlulah
berhati-hati kerana penulisan ini bukan sahaja dinilai manusia, tetapi juga
dinilai Allah Azza Wa Jalla.. Allahu a’lam..
Mana yang buruk, jadikan sempadan. Mana yang baik jadikan
teladan. Enjoy your self during reading my entries. Jazakumullahu khair kerana
sudi singgah di blog Bidadari yang tepelihara. Semoga Allah merahmati kalian
semua. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Ad-Dajjal. Amin..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD
SAW~~
No comments:
Post a Comment