Bismillahirrahmanirrahim…
Mungkin sedikit sahaja yang saya nak sentuh tentang topik ini.Preparation
a.k.a persediaan adalah sebelum berlakunya sesuatu perkara itu agar kita sudah
tahu apa tindakan yang sepatutnya kita ambil apabila perkara itu datang tanpa
sebarang petanda. Apakah dua perkara tanpa petanda yang saya maksudkan itu?
Perkara itu adalah perkahwinan dan kematian.
PREPARATION PERKAHWINAN
Tidak kiralah kita sudah ada calon ataupun tidak, kita
seharusnya membuat persiapan sebelum berkahwin. Maksud saya, persiapan dari
pelbagai aspek termasuklah, rohani, jasmani, duit dan fikiran.
ROHANI
Jika lelaki, bagaimana kalian mahu memimpin bahtera keluarga
sekiranya kalian sendiri sering meninggalkan solat? Isteri pula, bagaimana mahu
mendidik anak dengan acuan agama sekiranya kalian sendiri tidak menggariskan hukum
islam dalam diri kalian? Bapa dan mak borek, anak rintik. Jika mahu anak yang
soleh dan solehah, maka kita perlu jadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Mahu
anak menjaga aurat, kita juga harus menjaga aurat. Mahu anak rajin solat, maka
kita juga haruslah rajin solat. Selain itu, sukalah saya ingatkan di sini, doa
itu juga penting. Suami yang soleh, isteri yang solehah, rumahtangga yang
damai, anak yang soleh dan solehah, kebahagian hingga ke syurga Allah dan
macam-macam lagi yang kita idamkan. Jangan biarkan itu hanya kekal sebagai
mimpi nan indah yang boleh lenyap apabila kita sudah terjaga. Cuba untuk realisikan.
Bagaimana caranya? Dengan doa… Yakinlah dengan Allah.. Doa itu senjata muslim.
FIKIRAN
Kita seharusnya menimba ilmu perkahwinan yang dibincangkan
dalam landasan syariat islam. Sebelum berkahwin, kita perlu faham dengan apa
itu adat dan agama. Janganlah pula adat melebihi agama. Jika budget anda besar,
dan adat itu masih tidak menyalahi agama, maka masih boleh kita mengikut adat.
Segala macam pertimbangan sebelum kahwin itu perlu terutamanya adat dan agama.
Seterusnya, Ilmu munakahat (perkahwinan) juga sangat luas termasuklah ilmu
mengurus rumah tangga, seks, pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan,
pengurusan emosi, ibadat dan macam-macam lagi. Maklumlah, semua mahukan yang
terbaik. Jadi perlu ada persediaan ini. Saya juga syorkan kalian mencari ilmu
mengenai permasalahan rumah tangga. Memang benar kita takut dan tidak mahu
perkara itu berlaku, tetapi kita haruslah bersedia. Bila tahu punca, kita tahu
solusinya..Allah pasti akan menguji rumah tangga kita. Kita tak perlu risau. Dari
masalah yang timbullah kita dapat mengenali pasangan kita. Saya cadangkan
kalian membaca buku Men Are From Mars And Women Are From Venus. Buku ini banyak
mengupas tentang perbezaan personality lelaki dan perempuan. InsyaAllah akan
mengurangkan salah faham sesama sendiri.
JASMANI
Kenapa perlunya kesihatan jasmani? Kesihatan jasmani juga
amat penting. Dengan kesihatan yang baik, kita lebih bersemangat untuk menimba
ilmu seterusnya menghasilkan cas-cas positif mengalir dalam darah seterusnya ke
otak. Apabila kita sihat, tumpuan kita akan jadi lebih baik terutamanya bagi
membentuk keluarga baru. Mencegah lebih baik dari merawat. Suka saya memberikan
satu contoh di sini. Jika seorang wanita tidak suka makan sayur-sayuran, maka
ferum (iron) akan kurang dalam darah.Seperti yang kita faham, wanita akan
mengalami pusingan haid setiap bulan. Dari situ, banyak darah yang hilang, jadi
banyak sel darah merah yang perlu digantikan. Ferum ini amat penting dalam
membantu sel darah membawa oksigen. Kekurangan ferum boleh menyebabkan anemia.
Anemia boleh menjejaskan kesihatanan bayi dalam kandungan. Jika kita menjaga pemakanan sebelum berkahwin
lagi, jadi masalah ini boleh dielakkan. Banyak lagi perkara lain yang boleh
disentuh terutamanya merokok, pengambilan pil dan banyak lagi. Mungkin saya
akan bincangkan dalam entry yang lain. InsyaAllah.
DUIT
Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan
duit. Jadi perlulah kita mula kumpul duit walaupun masih belum ada calon. Allah
akan menghantar calon itu kepada kita sekiranya dua-dua pasangan itu sudah
bersedia. Jika perkahwinan yang kalian inginkan adalah melaksanakan apa yang
wajib dalam tuntutan agama, maka duit itu bukanlah bebanan utama. Tetapi jika
kalian mahu merakamkan perkahwinan dalam majlis yang agak besar, maka duitnya
juga, agak besar… ^__^ Semuanya bergantung kepada diri masing-masing.
PREPARATION KEMATIAN
Alhamdulillah, kita sudah sentuh mengenai persediaan
perkahwinan. Tetapi kita harus ingat juga, tentang preparation kematian. Hal
ini paling besar sekali. Kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak kita
merasai alam perkahwinan itu ataupun kita terus ke alam kematian. Alam
perkahwinan adalah satu perkara yang diibaratkan biji sawi yang ada dalam alam
dunia. Tetapi perkara ini akan disoal oleh Allah Azza Wa Jalla. Kematian
merupakan alam yang membawa kita kepada matlamat sebenar kehidupan di dunia.
Kematian memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Kematian yang baik itu
adalah tanda hidup kita juga akan berakhir dengan kebaikan di akhirat nanti.
Begitu juga dengan kematian yang buruk akan membawa kita kepada pengakhiran
yang buruk. Lalu bagaimana preparation kita untuk kematian?
Saat nafas terhenti, roh ditarik Malaikat Izrail, jasad
terbujur kaku. Bagaimana persediaan kita? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila
seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga
perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan
untuknya.” Jadi, selain kita terus beribadat kepada Allahu Rabbul a’lamin, kita
juga harus memastikan agar tiga perkara ini masih boleh membantu bila kita
sudah meninggal dunia. Kerana inilah saham yang berterusan buat kita walaupun
kita sudah tiada lagi di bumi Allah ini.
SEDEKAH JARIAH
Jika kita ada duit
yang banyak, mungkin kita boleh bina sebuah masjid, sekolah atau apa-apa yang
boleh digunakan masyarakat umum. Jika kurang berkemampuan, kita boleh juga
sedekahkan sejadah, Al-Quran, telekung, buku-buku agama di masjid atau surau
agar boleh digunakan berterusan oleh orang yang memerlukan. Jika kita ini tidak
mempunyai harta, maka cukuplah dengan niat kita untuk bersedekah itu kerana
Allah. Bila kita berniat sedekah, apabila kita sudah meninggal dunia, ada pula
waris yang bersedekah atas nama kita, maka kita tetap akan peroleh imbalan
pahala dari bahagian sedekah tersebut.
ILMU YANG
DIMANFAATKAN
Ilmu yang
dimanfaatkan bermaksud, ilmu yang kita sampaikan kepada orang yang memerlukan,
dan kemudiannya orang itu amalkan dan disampaikan pula kepada orang lain.
Sebanyak mana orang yang mengamalkan ilmu itu, maka kita akan turut peroleh
imbalannya. Contohnya, kita mengajar adik kita solat, kemudian adik kita
laksanakan, kemudian dia mengajar pula kepada anaknya dan begitulah seterusnya.
Sedang kita berehat dikubur sendiri, saham (pahala) pula masuk tidak berhenti…Jika
niat ikhlas kerana Allah, insyaAllah hidup kita tidaklah sia-sia..
DOA ANAK YANG SOLEH
Di sinilah
pentingnya cara kita mendidik anak-anak. Jika anak-anak soleh dan solehah
dengan didikan agama oleh ibu bapanya, pasti mereka tidak lupa mendoakan kedua
ibu bapa yang tercinta walaupun sudah tiada di depan mata. Zaman kini adalah
zaman yang paling mencabar bagi mendidik anak-anak. Mudah-mudahan kita bisa
mendidik anak dengan cara yang penuh hikmah.. InsyaAllah.. Rasulullah teladan
terbaik….
Sampai di sini
dahulu penulisan saya. Jika ada tersalah kata atau khilaf dimana-mana, saya
mohon ampun…
~~SELAWAT DAN SALAM
KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
No comments:
Post a Comment