Saturday, April 26, 2014

Langkawi (4 - 8 sept 2014)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, inilah cuti pertama husband setelah belayar selama 6 bulan di lautan. Kali ini, kami memilih untuk menggunakan pengangkutan udara kerana saya belum pernah menaiki kapal terbang. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sangat seronok... Alhamdulillah.. Semasa ini, kami menyewa rumah di Seri Kembangan. Kami bertolak awal pagi.. Menaiki bas, LRT Transit terus ke KLIA. Di sini terdapat suatu perkara yang sangat mendebarkan... Rupanya penerbangan Air Asia bukanlah di KLIA, tetapi di LCCT. Husband juga tidak menyedari perkara ini, kerana selalunya dia menaiki MAS Air Lines dan bukannya Air Asia. Kami terus bergegas ke LCCT menaiki bas. 



Sampai sahaja di Pulau Langkawi, kami telah diserbu oleh penyewa kereta. Mereka berebut-rebut pelanggan yang ingin menyewa kereta. Pada mulanya, kami tolak bulat-bulat, kerana kami tak suka diserbu. Kemudian, kami berbincang dan membuat keputusan untuk menyewa kereta. RM80/day. Kami sewa 4 hari..  

Seterusnya kami terus check in di Delta Motel selama 4 hari 3 malam sebanyak RM480. Motel ini sangat selesa. Alhamdulillah. Berdekatan dengan pantai, sungguh menenangkan. Sarapan setiap hari disediakan.



Tempat pertama kami menjamu selera adalah Artisan Pizza. kami makan burger bakar.. Sangat sedap.. Rasa macam Burger Abang Burn kat Kajang.. huhu



Aktiviti  pertama kami adalah menaiki kereta kabel. Tiketnya berharga RM18/person. Perjalanan sangat jauh ke atas, sangat tinggi dan kereta kabel ini akan berhenti di dua tempat perhentian. Dari tempat perhentian tersebut, kami boleh bergambar sesuka hati.. huhu.. 






Dari kereta kabel, kami nampak ada air terjun kat bawah. Jadi, selepas turun dari kereta kabel, kami pun mendaki (tapi ada disediakan tangga) untuk menuju ke air terjun tersebut. Sangat banyak anak tangga.. Dah macam naik Tembok China.. Sakit-sakit kaki.. *_* tapi best.. Sebab ada Telaga Tujuh kat atas tu... Cantik.. ^_^ 



Sampai sahaja di Motel, kami pun makan, solat dan berehat kerana kepenatan. Pada waktu petang, kami pergi ke Underwater World. Dekat sahaja dengan motel. Kami jalan kaki. Harga tiket ialah RM28/person. Semuanya lebih kurang macam zoo. Bezanya, ada banyak akuarium besar, ikan yang besar, boleh bagi burung dan haiwan lain makan dan yang paling best sekali adalah, melihat penguin. Sangat comel... ^___^ Ada tapak sulaiman, udang,ikan berkaki pun ada... sampai tak larat nak upload gambar ni.. heee Apa yang pastinya, memang best.. Alhamdulillah..




Pada keesokan harinya, kami mengikuti Mangrove Tour. Sepanjang perjalanan itu, kami melakukan banyak aktiviti seperti, bagi ikan makan, panggil helang, tengok monyet dan masuk gua kelawar.



Kemudian, kami singgah di Galeri Perdana dengan bayaran sebanyak RM5/person. Kebanyakannya adalah koleksi menteri-menteri Malaysia termasuklah hadiah daripada negara luar kepada Malaysia. 

Kami sempat juga membeli ole-ole yang famous di Pulau Langkawi ini iaitu, minyak gamat, minyak angin dan yang paling best ialah coklat.. yummy... ^__^ Sebelum pulang, kami bergambar di Dataran Lang, berdekatan dengan jetty dan kami menaiki feri untuk ke Perlis (dalam RM35+/person) dan seterusnya balik menaiki bas ke Melaka. 


Perbelanjaan di Langkawi ini sangat tinggi kerana banyak aktivitinya menggunakan duit. Bak kata husband saya, ini bukan 'berhabis', tapi 'investment' untuk berbulan madu.. hehe Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih sayang (my hubby).. ^_^ Wallahu a'lam..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~

Melaka

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah... ini entry yang ketiga mengenai "jalan-jalan".. Disebabkan suami saya orang Melaka, jadi kami tidak menyewa hotel... Masa kami melawat tempat-tempat ini juga tak tentu... cuma ingin berkongsi tempat yang menarik di Melaka.. In shaa Allah... 

1. Menara Taming Sari (21 jan 13)

Waktu ni, husband saja bawa jalan-jalan.. Hari dah malam... Menara taming sari pun dah hampir nak tutup.. Jadi tak banyak gambar.. Boleh tahan... Menara ni berpusing-pusing, jadi kita boleh tengok pemandangan Bandar Melaka dari pelbagai sudut.




2. Taman Seribu Bunga (22 jan 13)

Taman Seribu Bunga ni dah tak perlu bayar. Masuk percuma... Mungkin sebab tiada sambutan... *_* Tapi masih cantik.. ^__^






3. Butterfly and Reptile Park (26 jan 13)

Tiket adalah RM8/person.. Tapi sangat2 berpuas hati... Alhamdulillah... Boleh tengok dan sentuh rama-rama... Colourful and wonderful experience.. Rasa macam nak terbang mengikut rama-rama tersebut.. ^__^

Macam-macam ada... Love bird, burung kakak tua, monyet, ikan besar, burung unta, burung merak, ikan besar dan pelbagai lagi.. Sangat berbaloi... ^__^





4. Muzium Lebah Sedunia (26 jan 13)

Muzium lebah ni free je,, bersebelahan dengan Butterfly and Reptile Park. Best.. Dapat rasa macam-macam jenis madu... Madu apple hijau, madu manis, madu masam.... eerr... da lupa nama madu tu.. Pelbagai rasa dan pelbagai fungsi... Ada yang boleh diminum, ada yang boleh disapu... Masha Allah... Sungguh indah ciptaan Allah... Allah ada berfirman tentang kelebihan madu ni dalam surah An-Nahl kalau tak salah... 




5. Masjid Selat (30 Nov 13)

Hari ini adalah hari lahir saya. Alhamdulillah, ketika ini sudah berusia 22 tahun... Permintaan saya kepada husband adalah untuk solat di Masjid Selat. Alhamdulillah, hajat tercapai... Sangat tenang.. ^_^ 



Tempat-tempat yang lain akan di update kemudian.. In shaa Allah, banyak lagi tempat yang nak pergi kat Melaka ni.. Jangan lupa, kepada mereka yang suka bershopping, boleh singgah di Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan (saling berhadapan).

Alhamdulillah ya Allah... Terima kasih sayang (my husband).. ^___^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Terengganu (13-15 feb 2013)

Bismillahirrahmanirrahim... Tujuan menulis blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunujuk kepada yang tidak mampu... Ini sekadar perkongsian kepada mereka yang ingin memilih destinasi percutian. Dan yang paling penting, saya ingin merekodkan memori indah ini dalam bentuk penulisan agar anak, cucu saya boleh baca mengenai pengalaman saya, dikala mana saya sudah lupa atau ajal telah menjemput dahulu.... Semoga Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur dengan apa adanya.. 

"Teringin nak makan keropok lekor.. Kat sini keropok lekor x sedap... Kelantan dan Terengganu sedap..." Tak sangka pula rungutan saya itu diambil serious oleh suami... dia menyuruh saya mengatur perjalanan percutian... Daripada survey hotel hinggalah ke destinasi yang cantik... Kalau nak diikutkan, ini kali kedua saya ke Terengganu.. Tapi, ini merupakan kali pertama saya mengatur percutian... Alhamdulillah, terima kasih wahai suamiku... Ini pertarbiyahan yang baik bagi saya memulakan hidup lebih berdikari. Maklumlah, isteri seorang pelaut harus pandai berdikari.. ^_^

Kali ini, kami drive kereta sendiri dari Melaka hinggalah ke Terengganu.. GPS Papago yang menjadi penunjuk arah kepada kami.. Rasanya pergi sahaja dah lebih 500km. Namun, masih kami gagahi dengan penuh tawakal kepada Allah, pemilik alam semester...

Sampai sahaja di Terengganu, kami terus check in di sebuah hotel untuk 3 hari, 2 malam.. Lupa namanya.. *_* Harga dan nama hotel da lupa.. da setahun berlalu... lambat update blog.. Alhamdulillah, selesa...

Pada masa ini, suami saya membeli 2 bungkus keropok lekor... Maksudnya ada dua puluh batang keropok lekor... Katanya nak bagi saya makan puas2... heeee... Alhamdulillah.. sangat sedap... puas hati,, ^_~

Keesokan harinya, kami melawat Muzium Negeri Terengganu.. Kalau tak silap, itu merupakan Muzium terbesar di Asia... Harga tiket, RM5/person. Memang besar... Ada pelbagai jenis rumah, galeri pelayaran dan macam2 lagi,..



Selepas itu, kami memilih aktiviti TTI River Cruise dahulu walaupun hati berkobar2 untuk masuk dan melihat monumen2 yang menarik... Ini kerana masa itu, matahari masih tegak atas kepala. Jadi kami merancang untuk melihat monumen tersebut pada sebelah petang... Cuaca yang redup dan bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa.. ^__^ kami dapat menangkap gambar Masjid Kristal dari sudut yang cantik dari dalam bot yang kami naiki. 








Kemudian, kami pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI).. taman ni sangat best.. Ada lebih 20 buah monumen.... rasa macam pergi luar negara,,.. Yang paling best semasa pergi ke dalam monumen Masjidil haram, Masjid Nabawi dan Masjidil al-Aqsa... Allah... nak sangat menjejakkan kaki ke sana... 





Terlampau banyak gambar yang cantik, sampai x larat nak upload.. huhu.. Pada waktu malam, kami membuat keputusan untuk solat di Masjid Kristal.. ini adalah pemandangan Masjid Kristal pada waktu malam...


Seterusnya, kami menaiki motor 4 roda dan makan durian crepe.. Ini kali pertama kami mencubanya. Sangat sedap.. ^__^ Alhamdulillah... 

Destinasi terakhir kami adalah Masjid Terapung... Time tu hujan lebat... Hubby cakap, kalau hujan, tak boleh la singgah.... Saya menahan sebak... Mata da mula berair... Dalam hati puas berdoa.. "Ya Allah, hamba datang sini bukannya selalu... Kau izinkanlah hamba pergi ke Masjid Terapung..." Sampai sahaja di traffic light berdepan dengan Masjid Terapung, hujan mula reda... Alhamdulillah... syukur ya Allah.... maka sempatlah saya merakamkan memori di masjid tersebut.. Alhamdulillah... 



Perbelanjaan dalam anggaran RM1500 kerana menaiki kenderaan sendiri.. Alhamdulillah ya Allah.... Terima kasih sayang (buat husband).. ^__^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Pulau Pinang (18-20 jan 2013)

Assalamualaikum... Ini bicara ringkas dan sambil2 merekod perjalanan a.k.a honeymoon saya dengan hubby tercinta... Semoga kenangan ini tersemat indah, dapat pergi bersama keluarga yang lebih besar, dan dapat memberi pendedahan mengenai tempat2 yang cantik di Malaysia kepada yang membaca entry ini.. ^__^ In shaa Allah... Bermusafir melihat bumi Allah yang terbentang luas... Mencuba perkara baru... yang penting berjimat dan berbaloi2,... ^_~

Tempat pertama yang kami pergi selepas hampir sebulan berkahwin ialah Pulau Pinang... Maklumlah... Saya masih belajar... Wajib hadiri kuliah.. Jangan ponteng ya... Huhu... Pulau Pinang menjadi pilihan pertama kerana, waktu tersebut merupakan hari pernikahan kawan husband saya. Alang2 tu, pergi la "Honeymoon".. ^_~ Public transport menjadi pilihan kami kerana lebih mudah... rasanya... eerrr...  Kami bertolak dari Melaka Sentral menaiki bas jam 10.45 p.m dengan harganya RM43.70/person menggunakan bas Mayang Sari.. Ini sahaja bas yang ada pada waktu tersebut.. Kami sampai awal... Dalam pukul 4.30 a.m da sampai Butterworth. 

Sampai sahaja di Butterwoth, kami terus sarapan, mencari masjid untuk solat subuh dan terus menaiki Feri untuk ke Pulau.. Murah sahaja.. RM1.60/person dua hala.. 






Kemudian, kami menaiki bas untuk ke Penang hill, Bukit Bendera. Pulau Pinang banyak menyediakan perkhidmatan bas awam bagi memudahkan pelancong pergi ke destinasi pilihan mereka.. Di sana, kami menaiki train RM8/person untuk menuju ke puncak Bukit bendera dengan ketinggian 712m di atas paras laut.. Sangat curam... Bila naik x rasa sangat.. Masa turun tu, semakin laju jantung mengepam darah dan hanya mengucap sahaja di dalam hati... Mencabar.. ^_^



Kemudian, kami bergegas ke majlis perkahwinan rakan baik suami saya... Tahniah Rashid dan kak Huda.. ^_^  Arabic theme... Sangat cantik... Dapat makan nasi arab lagi... Alhamdulillah... Bertambah kami makan... hehe Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah ya... tentera laut dan doktor gigi... Sangat padan...

Bukan selalu menjejakkan kai ke Pulau Pinang ni.. Jadi kami mencuba air sherbet.. Air ni sangat famous.. Ada masuk dalam TV3... Saya pun ada cuba buat air ni,... Tapi x menjadi,.. hehe.. Air ni rasanya campuran air revive, air kelapa, isi kelapa muda dan  biji selasih..


Malam hari pula, kami naik beca dan pusing keliling bandar sampai sesat... *_* sangat jauh berjalan... Alhamdulillah, ada seorang sahabat yang menaiki basikal sanggup menghantar kami balik ke hotel.. Semoga Allah merahmatinya... Banyak cerita yang dia kongsikan kepada kami mengenai rakyat Pulau Pinang... kami menginap selama dua hari.. rasanya di The Merchant Hotel.. Sudah lupa harganya,,, *_* Sangat besar dan selesa... Alhamdulillah..

Keesokan harinya, kami pergi ke Fort Cornwallis, merupakan sebuah kota yang dibina oleh Francis Light.. Ia dibina untuk pentadbiran, bukannya pertahanan.


Sebelum pulang, kami sempat juga merasa nasi kandar yang famous di Pulau Pinang ni, iaitu Nasi Kandar Line Clear... memang banyak dan sedap... 2 thumbs up... Dan tak lupa juga ole-ole iaitu jeruk.. kami beli jeruk orang melayu.. Bukannya racist.. jeruk tu memang sedap dan famous juga... heee.... Jeruk madu pak Ali... ^__^


Kami pulang dengan membawa kenangan yang manis... Pengalaman yang menarik... Rasanya, perbelanjaan kami selama 3 hari, 2 malam di sana adalah dalam lingkungan RM500... Semoga entry ini membantu anda untuk memilih tempat yang menarik untuk dilawati...

Alhamdulillah ya Allah.... Terima kasih sayang ^_~ (buat hubby)...

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Thursday, April 24, 2014

Mengenai Biomedik UPM

Assalamualaikum... Petikan ini saya ambil dari laman web UPM... Bukanlah bertujuan untuk plagiat, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi kepada mereka yang masih tercari-cari mengenai Biomedik... Semoga ini membantu... In shaa Allah..

"The Bachelor of Science (Biomedical Sciences) degree program is offered as a four years full-time (8 semesters) program with 147 credits in total. This consists of compulsory university subjects, basic, advance and elective modules as well as training attachments at local district clinics, hospitals and industry laboratories. This program focuses on various medical and clinical sciences, including anatomy and physiology, molecular biology, biochemistry, molecular and cellular genetics, medical microbiology, parasitology, immunology, toxicology, pathology, hematology, pharmacology, bioinformatics, forensic science and radio biology.
The program is taught by qualified, dedicated and expert lecturers in the field of Biomedical Sciences. The objectives of this program are to provide graduates with sufficient basic knowledge in the field of health sciences with emphasis on the importance of laboratory procedures and also to generate graduates who are able to work in the area of ​​medical and health related industries.

CAREER PATH

Graduates may find employment in research laboratories, veterinary science or hospital laboratories.
Biomedical Sciences graduates may pursue a career in education. They can be educators in the universities and schools.
Students can also undertake postgraduates’ courses in any related field and become researchers and lecturers.
Biomedical Science graduates can also enter the police force in the area of forensic.
Industries may employ Biomedical Sciences graduates for research and development of industrial laboratory instrumentation and also in food and health care area.



Insurance companies largely employed Biomedical Science undergraduates as underwriters and claims executives." Universiti Putra Malaysia, 2014


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Friday, February 21, 2014

Kenapa takut katakan "NO" atau "TIDAK"?

Bismillahirrahmanirrahim…

“Boleh tak tolong belikan  dua batang pen…”

“Boleh..”Tapi dalam hati merungut.. ‘ish.. pemalas betul la.. Beli la sendiri. Dah tahu nak guna tu, beli la awal-awal.. Tahu tak kedai tu jauh. Try to work hard for yourself before ask for others assist.’

Eh, tahu pula merungut… Dah jadi tak ikhlas.. Kadang-kadang hati tak rela, tapi takut kawan cakap kita tak baik, kita pun ikutkan sahaja. Susah sangat nak say ‘NO’. Dulu, semasa saya dibangku sekolah, apabila rakan-rakan mempelawa saya untuk gathering bersama-sama rakan yang lain, saya tak berminat. Jadi saya akan menggunakan satu alasan yang sangat kuat iaitu, “Maaf, ibu tak izinkan”. Tetapi sampai bilakah relevannya alasan itu?

Apabila sudah dewasa, tak kan nak kata, “Ibu x izinkan”. Nanti kawan-kawan gelak.  Kalau dah kahwin pula? Ya, boleh kata suami x izinkan. Tapi sampai bila? Kita seolah-olah takut dengan manusia lain yang akan pandang serong pada kita daripada takut dengan Allah. Daripada hati merungut, kan lebih baik kita menolak secara berhemah.

Semasa di peringkat university, saya dan dua orang rakan berada di bawah satu penasihat  projek tahun akhir yang sama.  Kami telah diletakkan bawah pelajar pascasiswazah yang berlainan dalam menjalankan projek tersebut. Sebagai pelajar tahun akhir, kelas saya hanya waktu pagi sahaja. Pada sebelah petangnya, kami tiada kelas. Nak dijadikan cerita, bila sampai di satu assay, kawan saya ini menyuruh saya menyertainya. Saya tiada masalah berkaitan itu. Tetapi, mereka menyuruh saya ponteng kelas sepanjang minggu. Itulah perkara yang paling saya tidak suka. Apabila saya membuat keputusan untuk buat sendiri bawah pascasiswazah saya, mereka dah mula menghuraikan kesan-kesan negative dari tindakan saya tersebut. I just say NO except they didn’t ask me to miss the class. Hanya itu sahaja kata-kata saya kepada pascasiswasah tersebut.  Saya menceritakan masalah ini kepada suami saya dan katanya, “Cakap suami x bagi ponteng kelas”. Ya, memang betul, tapi bukan setakat suami.. Saya juga memang  tak suka ponteng kelas. Jadi saya cuba cari alasan yang lebih kukuh agar saya boleh berdiri sendiri.

Bukanlah nak kata pentingkan diri. Tetapi bagi saya, ada baiknya jika kita katakan ‘NO’ atas tidak relanya hati, daripada menjadi seorang yang hipokrit. Bayangkan, jika niat kita membantu mereka, tapi sebenarnya kita ada urusan lain. Secara tidak sengaja, kita tertarik muka. Nanti mereka akan kata kita ini tidak ikhlas membantu. Jadi solusinya, beranilah buat keputusan. Kerana sekarang ini keputusan kita hanya untuk diri kita, tetapi keputusan kita yang akan datang, boleh mempengaruhi anak dan keluarga kita. Wallahua’lam


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Wednesday, February 5, 2014

Borang permohonan nikah pelajar tajaan JPA.

Bismillahirrahmanirrahim...

          Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi mengenai pernikahan bagi pelajar JPA. Seperti yang kita tahu, pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tahun pengajian. Semasa saya mengambil keputusan untuk berkahwin semasa di semester 5, saya juga berasa risau dan serba salah untuk memberitahu pihak JPA. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memberitahu mereka. Di sini saya berikan contoh borang permohonan nikah kahwin pelajar tajaan JPA yang boleh didapati di pejabat bahagian hal ehwal pelajar, BHEP, UPM.Surat maklum balas akan diberikan oleh pihak JPA dalam masa lebih kurang 6  bulan... *_* Katanya borang ini akan dikumpulkan dan di bawa ke dalam meeting pihak JPA. Di dalam borang ini juga terdapat syarat2 dan dokumen yang perlu dikepilkan bersama.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat. In shaa Allah..





Sekarang ni saya nak kongsikan pula surat kelulusan bernikah kahwin daripada pihak JPA. Alhamdulillah... Dapat surat ni bertarikh 17 july 2013.... Saya bernikah 9 dec 2012.. Walaupun lambat proses, tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya... 




~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~