Alhamdulillah.. masih berkesempatan menulis. Semoga entry kali ni boleh memberi manfaat kepada orang lain... Tajuk kali ini adalah mengenai, Relevankah menjaga pergaulan sebelum berkahwin? Bagaimana pula dengan status bertunang? Apakah hasilnya daripada tindakan itu?
Islam itu tersangat adil. Walaupun bertunang, hubungan lelaki dan wanita itu tetap seperti hubungan ajnabi. tak kisahlah, selabuh mana pun tudung, hingga lah yang tidak bertudung. Pandangan saya meluas bagi semua yang beragama Islam.
banyak sangat hikmahnya. Cuma di sini, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya. Semoga boleh memberi manfaat.
Wahai sayang… Indahnya perkenalan itu.. perkenalan yang
bersulamkan rasa malu. Bila dikenang, mengapa ‘indahnya’ perkahwinan ini,
walaupun jasadmu tiada di sisi.. rupanya ini semua ‘hasil’ pergaulan ‘kita’
yang dulu..
Duhai sayang, ‘indahnya’ sekarang, bila kita ‘peritkan’ yang
dulu… Itulah cantiknya dan sucinya Islam. Alhamdulillah… teringat dahulu
kisahnya kita bila mula2 bertemu. Jarang sekali kita bertentangan mata. Boleh
dikira dengan jari. Tidak juga kita berbicara di telefon. Hanya e-mail
pengganti diri, bertanya khabar.
Duhai sayang, setelah terikat janji pertunangan, rupanya
lagi terbatas setiap perbuatan. Sejak bertunang hingga ke hari pernikahan, kita
berjanji untuk tidak bertemu. Semakin jarang berbalas mesej, hanya untuk
perkara yang penting. Ketika itulah rasa rindu semakin memuncak, tanda syaitan
menghasut hati.
Persiapan perkahwinan disiapkan sendiri.. Bertemankan ibunda
serta ayahanda. Kain salah, warna x matching, eerr.. macam-macam pula
ragamnya.Kadang-kadang rasa macam persiapan syok sendiri.. Tengok, jahatkan
syaitan ni.. Tak kan lah nak berkepit dengan tunang untuk buat persiapan
kahwin? Dengan ibu bapa pun ok ape.. hehe
Semakin resah, semakin gelisah. Semakin sukar ku ukir
senyuman. Akhirnya menitis air mata tak keruan, malam sebelum hari pernikahan.
Mula pasrah… Semakin dekat, semakin banyak pula perkara yang bermain
diingatan.
“Adakah dia boleh menerima kelemahan ini?” “Adakah dia
sepertimana yang dikenali?” “Bersediakah diriku ditinggalkan 6 bulan nanti?””Bagaimana
pula mahu membawa perut, jika mengandung semasa belajar?” Itu soalan yang
semakin rancak berlegar-legar di kepala ini. Bila dah dekat, inai pula tidak
pekat. Sekali basuh pinggan dah jadi warna kuning seolah digosok dengan kunyit
hidup.
Semakin dekat, semakin gelisah.Rupanya semua itu adalah
indah.Selepas berkahwin, itulah kebahagiaan yang tak pernah digambarkan. Dulu ingatkan lelaki ini lain tingkah dari rupa. Namun suamiku telah membuktikan, bahawa indah rupa dari mimpi... hihi.. Memang seorang lelaki yang sangat 'luar biasa'. tergolong dalam lelaki yang gagah perkasa.. ^_^ Soooo sweet. Dia rajin.. sangat rajin... Dia mengemas rumah, dia tolong basuh pinggan, basuh baju, tolong masak, sangat ceria, suka bersedekah, manjadi imam, sangat penyayang, garang tapi bertempat.. ^__^ He is the best. Harap sangat boleh menjadi ketua bidadarinya di akhirat kelak. aamiiin
Jika kita menjaga ‘maruah’ kita kerana Allah, in shaa Allah, pasti Allah
permudah. Kena yakin dengan Allah. Ingat, sekalipun guna SMS, E-mail, Telefon,
YM, WeChat, WhatApps, Skype, Twitter atau apa-apa pun peralatan yang canggih,
jangan lupa ya, ALLAH sentiasa perhatikan kita. Kalau ada yang tak respect, ‘warning’
dulu. Kalau tak makan ‘warning’, so then just say good bye. Islam doesn’t need
the person who is not respecting their own religion. We are islam not because
of the heritage, but because of our religion, understanding, and practices. In shaa
Allah
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~
No comments:
Post a Comment