Wednesday, September 18, 2013

Allah Penawar Hati..

Arrrgghhh… tension!! Semua jadi serba tak kena.. Entah kenapa seminggu ini semuanya jadi tidak keruan. Mahu rasanya dilemparkan semua barang-barang… Mahu rasanya mendaki gunung dan menjerit sekuat hati.. Itu kata hati yang memberontak. Tapi lain pula kata hati yang pasrah, putus asa, dan menyerah kalah. Rasa ingin menghabiskan hembusan nafas yang terakhir. Rasa ingin terbang di langit seperti burung. Ingin pula menyelam ke dasar lautan seperti ikan. Loss…

Dimanakah dia penawar hati? Allahu rabbi… Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rahmat Allah, ingin sekali berkongsi satu rahsia Allah ini.. Masalah itu kecil, tetapi bila terlalu banyak yang kecil, akan jadi masalah besar. Masalah besar, akan terus membesar bagaikan sel kanser yang membahagi dengan bahagianya. Jika sel kanser menjadi semakin kronik berpunca daripada mutasi pada nukleus, sekiranya tidak dikawal, maka ianya semakin membahagi dan membahagi lagi. Seperti manusia juga. Puncanya adalah satu masalah, datang masalah lagi, datang lagi, datang lagi, kemudian syaitan pula mencuit sedikit, maka kita rasa bagai nak meletup… Rasanya seolah-olah lava itu sudah memenuhi ruang gunung dan tunggu untuk dimuntahkan oleh gunung tersebut. Bila meletus, maka teruk jadinya. Sama jugalah dengan stress. Jika sudah meletup, maka itu sekali-kali tidak memberi kesan yang baik, malah menjadikan kita seorang yang semakin panas baran, tidak tenang dan hilang arah.

Pernah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku. Apabila saya sendiri teruji dengan hal ini, saya menjadi hampir putus asa. Sangat hampir. Bila sendirian, saya menangis dalam solat.. “Ya Allah…. Apakah ini adalah ujian buat diriku yang lemah ini ya Allah.. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Kuat, maka berikanlah aku sedikit kekuatan agar aku boleh menghadapi ujian-Mu ini dengan jayanya ya Allah..” Menangis dan menangis lagi.  Mengadu dan mengadu lagi… Allah, Allah, Allah… Zikir yang penuh dengan pengharapan.. Dalam hati merayu kepada Allah… Allah, Allah, Allah…

Kemudian, segala masalah terus hilang. Hilang tak bermaksud selesai. Hilang maksudnya, hilang kekusutan, masalah tersebut kita sudah boleh asingkan, mana yang urgent, mana yang biasa, mana yang boleh ditangguh sebentar. Cuba selesaikan yang urgent. Minta bantuan orang lain. Allah buka hati ini agar kita dapat mencari jalan penyelesaian dengan lebih relevan dan bukannya dengan kekusutan.

Pernah berlaku suatu ketika, sedang menghadapi tekanan yang hebat. Saya terus menaip di ruang chat facebook suami. Walaupun dia tidak online, namun saya teruskan menaip dan menaip. Akhirnya suami online. Sedangkan itu sesuatu yang mustahil kerana waktu itu adalah waktu tidur suami. Rupanya suami tidak dapat tidur. Hatinya tiba-tiba resah. Bila online, rupanya isterinya punca keresahan itu. Suami dan isteri yang jauh. Hanya Allah penghubung cinta melalui hati. Walaupun dalam tidur, Allah gerakkan hati suami kerana isterinya dalam kekalutan. Hebatnya Allah. Allah lah penawar hati. Segala masalah itu boleh mengadu pada Allah. Jika tak selesai, maka itu maknanya memang sudah ditakdirkan Allah buat kita. Tetapi perlulah berusaha.


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Monday, September 9, 2013

ISTERI bermadu dengan KERJA..

Sering kali kita dengar mengenai kisah poligami. Poligami bermaksud lelaki mengahwini lebih daripada dua orang wanita. Maka lelaki itu perlu bersikap adil. Tetapi pada kali ini saya  ingin menyentuh tentang poligami juga. Tetapi poligami ISTERI dan KERJA.

Mungkin ramai para suami di luar sana tidak sedar mengenai perkara ini. Maka di sini, saya ingin menyentuh sedikit perkara yang tiba-tiba sahaja muncul di benak pemikiran yang kerdil ini,. Saya ingin merungkai topik ini berdasarkan persamaan antara ISTERI dan KERJA.

Ya, sememangnya itu dua perkara berbeza. Satu bernyawa, satu tidak bernyawa. Satu berperasaan dan satu lagi tidak berperasaan. Tiga perkara yang tidak akan putus setelah terpisahnya jasad anak adam dengan rohnya iaitu, sedekah jariah (KERJA), Doa anak yang soleh (ISTERI/SUAMI) dan ilmu yang bermanfaat (DIRI).

KERJA. Kadang-kadang lelaki terlalu asyik dalam berkerja sehingga terlupa dengan tanggungjawabnya yang lain iaitu isteri. Isteri telah meninggalkan keluarganya tercinta untuk menguruskan hidupmu wahai suami. Cukuplah kamu menghargainya dengan satu perasaan kasih dan sayang. Berurusan dengan manusia, ini soal hati. Hati boleh diurus baik hanya dengan kasih sayang. Barulah tiada pemberontakan. Ya, KERJA itu membuahkan hasil. Kerjalah sumber NAFKAH ZAHIR kepada sesebuah institusi keluarga. NAFKAH ZAHIR itulah yang kemudiannya bercambah menjadi rumah, kereta, pelaburan dan sebagainya. NAFKAH ZAHIR boleh membantu kita di dunia dan diakhirat sekiranya kita menggunakannya ke arah yang bermanfaat seperti bersedekah, zakat, menunaikan haji dan lain-lain. Kelak di akhirat, Allah pasti akan tanya bagaimanakah caranya kita membelanjakan wang itu. Jika baik, maka baiklah imbalan yang kita dapat. Tetapi jika buruk, maka buruklah yang kita dapat. Begitu juga buat isteri yang bekerja.

ISTERI. Kadang-kadang bersikap seperti kanak-kanak dan merimaskan. Tapi jika suami melihat, mereka bukanlah mengada-ngada atau membebankan. Mereka hanya memerlukan kasih sayangmu. Besar sangatkah pelaburan masamu kepada isteri sedangkan pelaburan wang boleh kamu beri sebesar-besarnya? Jika KERJA itu NAFKAH ZAHIR, maka ISTERI pula adalah NAFKAH BATIN. Jika KERJA boleh menghasilkan WANG, maka ISTERI pula boleh menghasilkan ZURIAT. Jika NAFKAH ZAHIR akan ditanya di akhirat, maka NAFKAH BATIN itu juga akan ditanya diakhirat. Jika didikan kita baik, maka anak yang soleh itu akan membantu kita diakhirat kelak. Tetapi jika buruk, maka buruklah imbalan yang kita akan dapat. SUAMI juga berhak mendapatkan perjuangan ini, kerana tanpa suami, siapalah isteri.

Hujah saya ini bukanlah saya beratkan kepada mereka yang bernama SUAMI. Saya turut tujukan kepada isteri yang semakin lupa dengan tanggungjawab mereka. Tetapi memandangkan golongan majoriti adalah lelaki yang menjadi rezeki, maka penekanan itu lebih saya berikan kepada mereka yang bernama SUAMI.

Buat suamiku yang bekerja di laut. Hana amat mencemburui masa sayang dengan KERJA. Sayang bersama KERJA selama enam bulan.. tetapi sayang bersama HANA hanya tiga bulan. Kadang-kadang rasa ingin menjadi seperti KERJA. Tetapi, kerja tak boleh bagi zuriat kat abang… jadi hana bersyukur dan tetap nak menjadi ISTERI abang hingga ke syurga. ^__^ Masa amat mencemburui kita di dunia, tetapi hana harap, masa tidak mencemburi kita bila di syurga. Hanya Allah mengetahui segala sesuatu..

Tetapi saya akui, KERJA dan ISTERI tidak boleh dipisahkan. Kerana MEREKA adalah pencetus kebahagiaan rumahtangga. Wahai KERJA dan ISTERI, berdamailah. Janganlah kalian bergaduh. Kerana SUAMI juga manusia biasa..

Saya sayang suami saya kerana Allah..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Wednesday, September 4, 2013

Adilkah islam?

Adilkah islam? Alhamdulillah, sepanjang tempoh latihan industri, Allah telah menempatkan saya dengan seorang rakan sebilik yang berbangsa Cina. Semakin bergetar rasa jantungku ini. Bukannya apa. Takut disoal diakhirat kelak. Terngiang-ngiang rasanya nanti Allah akan tanya, “Wahai Chee, mengapa kamu tetap mensyirikkan Allah. Tidakkah ada dikalangan kamu yang islam, menerangkan Islam kepadamu?” “Ya,.. hana rakan sebilikku. Dia tidak pernah memberitahuku tentang Islam”..

Huuaa.. memang menakutkan. Jadi, saya pun cuba sedikit demi sedikit memperkenalkan islam kepadanya.  “Chee, bagaimana kepercayaan agamamu terhadap manusia pertama?” Maka Chee pun mula bercerita. Setelah itu, tiba pula giliran saya. “Oh.. begitu, tetapi lain pula dengan islam. Manusia pertama diciptakan dari tanah iaitu Nabi Adam. Hawa pula dari tulang rusuk Nabi Adam. Dekat dihati untuk disayangi. Bukan dari tulang kepala untuk dijunjung dan bukan dari tulang kaki untuk dipijak-pijak. Dan seterusnya penciptaan manusia adalah daripada air mani..” Boleh rujuk surah Al-Insaan, Al-baqarah dan As-Sajadah. In shaa Allah.

Boleh dikatakan, hampir tiap-tip hari kami bercerita tentang agama. Chee juga sering bertanya soalan. Saya suka cara Chee. Dia bertanya dan bukannya membuat andaian sendiri. At least boleh explain sekiranya pandangan mereka itu salah. Alhamdulillah. Terima kasih Chee sebab awak permudahkan saya berdakwah atau menyampaikan tentang islam kepadamu.  Semoga Allah membuka pintu hatimu untuk memeluk agama islam suatu hari nanti. Aamiiin

Suatu hari, Chee bertanya kepada saya. “Hana, islam itu tak adilkan?” Saya terkedu. Macam nak marah, tapi saya memandang wajahnya dan tersenyum. “Kenapa awak cakap begitu Chee?” Saya masih tersenyum. Jangan cepat melatah. Mereka tidak tahu. Untunglah mereka bertanya. Mereka bertanya sebab mereka masih memberi peluang kepada kita memberi hujah dan kepada dirinya dalam menilai hujah.

“Islam melebihkan lelaki… kesian wanita kan…?” Balas Chee. Saya masih tersenyum dan cuba menjawab tenang. “Oh.. sebab itukah Chee. Okay, berikan saya masa untuk explain kat awak ya… pertama sekali, islam adalah agama yang adil. Kenapa saya cakap begitu? Okay, saya akan beri awak gambaran. Contohnya awak ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua perlukan pakaian. Anak lelaki awak belikan t-shirt dan anak perempuan awak belikan gown. Itu baru adil. Dikira tidak adil jika awak belikan kedua-duanya gown atau t-shirt  kerana itu bukanlah fitrah atau diri semulajadinya. Begitu juga dalam islam dalam membelikan songkok untuk anak lelaki dan tudung untuk anak perempuan. Adil maksudnya sesuai dengan tempatnya, bukan dengan persamaan kuantiti. Tidak adil juga jika kita biarkan orang yang pendek beratur dibelakang orang yang tinggi. Itu sudah melangkaui kemampuannya. Itu tidak adil, walaupun yang tinggi datang awal.

Dari segi pembahagian harta, Allah utamakan lelaki kerana mereka mempunyai tanggungan isteri dan anak. Anak perempuan pula akan menjadi tanggungan suaminya. Tetapi pembahagian harta ini boleh berubah sekiranya anak lelaki yang kaya, menyedekahkan pembahagian hartanya kepada adik perempuannya yang dalam kesempitan hidup. Begitu juga seperti apa yang telah Allah tetapkan, Allah tidak pernah menjatuhkan martabat wanita. Ya, dalam islam memang keredhaan isteri adalah pada suaminya, tetapi, jangan lupa. Keredhaan suami pula adalah kepada ibunya.”

Banyak lagi hujah dan huraian yang boleh diberikan. Cuma satu pesanan saya. Tolonglah jangan marah apabila orang kafir bertanya tentang islam. Mereka ingin tahu tentang islam, cuma bentuk soalan mereka yang tak berapa sesuai. Mereka yang bertanya itu lebih baik berbanding mereka yang membuat persepsi buruk seterusnya melabel kita sebagai terrorist. Wallahu a’lam


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~         

Relevankah menjaga pergaulan sebelum berkahwin?


Alhamdulillah.. masih berkesempatan menulis. Semoga entry kali ni boleh memberi manfaat kepada orang lain... Tajuk kali ini adalah mengenai, Relevankah menjaga pergaulan sebelum berkahwin? Bagaimana pula dengan status bertunang? Apakah hasilnya daripada tindakan itu?

Islam itu tersangat adil. Walaupun bertunang, hubungan lelaki dan wanita itu tetap seperti hubungan ajnabi. tak kisahlah, selabuh mana pun tudung, hingga lah yang tidak bertudung. Pandangan saya meluas bagi semua yang beragama Islam.

banyak sangat hikmahnya. Cuma di sini, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya. Semoga boleh memberi manfaat.

Wahai sayang… Indahnya perkenalan itu.. perkenalan yang bersulamkan rasa malu. Bila dikenang, mengapa ‘indahnya’ perkahwinan ini, walaupun jasadmu tiada di sisi.. rupanya ini semua ‘hasil’ pergaulan ‘kita’ yang dulu..

Duhai sayang, ‘indahnya’ sekarang, bila kita ‘peritkan’ yang dulu… Itulah cantiknya dan sucinya Islam. Alhamdulillah… teringat dahulu kisahnya kita bila mula2 bertemu. Jarang sekali kita bertentangan mata. Boleh dikira dengan jari. Tidak juga kita berbicara di telefon. Hanya e-mail pengganti diri, bertanya khabar.
Duhai sayang, setelah terikat janji pertunangan, rupanya lagi terbatas setiap perbuatan. Sejak bertunang hingga ke hari pernikahan, kita berjanji untuk tidak bertemu. Semakin jarang berbalas mesej, hanya untuk perkara yang penting. Ketika itulah rasa rindu semakin memuncak, tanda syaitan menghasut hati.

Persiapan perkahwinan disiapkan sendiri.. Bertemankan ibunda serta ayahanda. Kain salah, warna x matching, eerr.. macam-macam pula ragamnya.Kadang-kadang rasa macam persiapan syok sendiri.. Tengok, jahatkan syaitan ni.. Tak kan lah nak berkepit dengan tunang untuk buat persiapan kahwin? Dengan ibu bapa pun ok ape.. hehe

Semakin resah, semakin gelisah. Semakin sukar ku ukir senyuman. Akhirnya menitis air mata tak keruan, malam sebelum hari pernikahan. Mula pasrah… Semakin dekat, semakin banyak pula perkara yang bermain diingatan. 

“Adakah dia boleh menerima kelemahan ini?” “Adakah dia sepertimana yang dikenali?” “Bersediakah diriku ditinggalkan 6 bulan nanti?””Bagaimana pula mahu membawa perut, jika mengandung semasa belajar?” Itu soalan yang semakin rancak berlegar-legar di kepala ini. Bila dah dekat, inai pula tidak pekat. Sekali basuh pinggan dah jadi warna kuning seolah digosok dengan kunyit hidup.

Semakin dekat, semakin gelisah.Rupanya semua itu adalah indah.Selepas berkahwin, itulah kebahagiaan yang tak pernah digambarkan. Dulu ingatkan lelaki ini lain tingkah dari rupa. Namun suamiku telah membuktikan, bahawa indah rupa dari mimpi... hihi.. Memang seorang lelaki yang sangat 'luar biasa'. tergolong dalam lelaki yang gagah perkasa.. ^_^ Soooo sweet. Dia rajin.. sangat rajin... Dia mengemas rumah, dia tolong basuh pinggan, basuh baju, tolong masak, sangat ceria, suka bersedekah, manjadi imam, sangat penyayang, garang tapi bertempat.. ^__^ He is the best. Harap sangat boleh menjadi ketua bidadarinya di akhirat kelak. aamiiin

Jika kita menjaga ‘maruah’ kita kerana Allah, in shaa Allah, pasti Allah permudah. Kena yakin dengan Allah. Ingat, sekalipun guna SMS, E-mail, Telefon, YM, WeChat, WhatApps, Skype, Twitter atau apa-apa pun peralatan yang canggih, jangan lupa ya, ALLAH sentiasa perhatikan kita. Kalau ada yang tak respect, ‘warning’ dulu. Kalau tak makan ‘warning’, so then just say good bye. Islam doesn’t need the person who is not respecting their own religion. We are islam not because of the heritage, but because of our religion, understanding, and practices. In shaa Allah


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~