Thursday, June 26, 2014

Elaun tambahan istimewa buat pelajar tajaan JPA ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.... Semoga kita semua dihindarkan dari bala bencana, mala petaka dan fitnah akhir zaman...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. ^_^ Hari ini saya ingin membuat perkongsian 2 elaun JPA yang baru saya sedari apabila memasuki sendiri ke fasa yang berkaitan iaitu semasa latihan industri dan semasa di tahun akhir pengajian. Apakah elaun itu?? Bab duit memang laju kan,,, hihi... Biasalah... Pelajar... ^__^

Bagi pelajar tajaan JPA, anda boleh menyemak elaun melalui Portal Interaktif Pelajar melalui link ini.. http://www.interactive.jpa.gov.my.
Jumlah elaun adalah berbeza mengikut pertimbangan JPA. Contohnya elaun tetap semester adalah seperti berikut;


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai elaun tambahan yang boleh dituntut oleh pelajar tajaan JPA selain daripada elaun tetap bagi setiap semester. 

1) Elaun Latihan Amali. 

Elaun tersebut boleh dituntut setelah kita tamat latihan amali/ latihan industri/ praktikal dengan syarat yang tertentu. Di sini saya sertakan 'pesanan' JPA buat pelajar yang ingin membuat tuntutan. Anda disyorkan agar download borang yang terbaru dari pihak JPA sendiri mengikut peredaran zaman (post ditulis semasa tahun 2014). Sila sertakan sekali salinan punch card/ bukti kehadiran semasa latihan amali, surat majikan dan salinan buku akaun bank JPA (Bank Islam bagi pelajar UPM).




2) Elaun Thesis

Semasa di tahun akhir, selepas berjaya menyiapkan thesis, maka kita juga boleh menuntut elaun thesis. Rasanya dalam RM300. Sila sertakan bersama salinan muka depan cover thesis yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Dekan Fakulti atau CD soft copy thesis.


Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini... Ringkas dan padat. Harapnya dapat membantu terutamanya buat adik-adik tajaan JPA yang masih belajar. Wallahu a'lam/

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~