Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi membaca entry saya
pada kali ini… Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menaip walaupun
sedikit kepenatan bermusafir di muka bumi Allah ini. Tiba-tiba diri ini
terpanggil untuk menaip mengenai “Lakaran Minda”… Apakah itu “Lakaran minda”?
Bagi saya, life is an experiment because not all people in
this world would experience the same things, faced the same problems. But remember
that we came from Allah, and our Ad-Deen already united us together and bring
us back to our Creator… How beautiful our Ad-Deen, Islam (the way of life,
religion)..
Mengenai Lakaran Minda…. Seperti post saya sebelum ini
mengenai “Preparation perkahwinan seiring preparation kematian”, saya
sebenarnya ingin memberi penekanan mengenai ‘preparation’ atau ‘persediaan’
diri kita. Lakaran Minda ini merupakan salah satu cara saya membuat ‘persiapan’
tersebut. Sebenarnya diri kita ini dikawal oleh pemikiran kita sendiri. Otak
dan Pemikiran adalah dua perkara yang berbeza… Otak tidak bererti tanpa
pemikiran yang sempurna… Jadi, jika kita mahu mengawal sikap kita, maka
kawallah pemikiran kita dahulu. Saya telah mencuba ‘experiment’ ini dalam diri
saya. Alhamdulillah berkesan. Lakaran minda ini boleh dibuat mengenai kebaikan
yang kita mahukan dan juga keburukan yang kita mahu perbaiki.
‘Kita’ sebelum baligh a.k.a puberty adalah hasil tarbiyah
(didikan) ibu bapa. Tapi ‘kita’ selepas akil baligh merupakan diri kita
sendiri. Kita sudah ada ‘pemikiran’ jadi kita harus ‘drive’ our own self on the
right way. Kita yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Don’t blame others.
Berbalik semula kepada ‘experiment’ yang telah saya jalani kepada diri saya
sendiri. Sebagai contohnya, sebelum saya berkahwin, saya menyenaraikan beberapa
kelemahan diri saya. Kemudiannya, saya cuba cari penyelesaiannya. Maklumlah,
nak hidup dengan orang baru yang sangat-sangat dicintai, jadi perlulah kita
cuba menjadi yang baik, walaupun bukanlah yang terbaik. Saya sebenarnya seorang
yang cepat marah. Bila saya fikirkan kesannya dalam rumah tangga yang bakal
saya bina, maka saya cuba mencari solusinya. Perkara yang saya rasa paling baik
adalah, DIAM. Apa yang saya lakarkan dalam minda adalah, bila saya marah >
saya perlu DIAM > tarik nafas dalam-dalam > beristighfar… Adakah kita
tiada perasaan? Mampukah kita pendam setiap kemarahan?? Soalan yang pasti akan
dilemparkan oleh para pembaca, bukan? Jawapannya adalah, saya diam dahulu, bila
kemarahan sudah reda, barulah saya akan berbincang dan meluahkan kepada suami
dengan kata-kata yang lebih sopan dan manis. Itu adalah lakaran minda saya
sebelum kahwin. Dan Alhamdulillah, itulah yang saya lakukan selepas berkahwin
dan amat berkesan. Dan jika suami marah, saya juga akan DIAM.
Mulut perempuan ni sangat bahaya… sangat laser dan syaitan
mudah sangat menguasai manusia yang sedang marah. Kerana apabila kita marah,
syaitan akan masuk ke dalam pembuluh darah kita. Sepertimana kisah syaitan dan
Nabi Musa a.s. Syaitan memohon pertolongan Nabi Musa agar Allah
mengampunkannya. Allah memberikan syarat kepada syaitan. Jika mahu pengampunan,
syaitan perlu bertaubat dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Namun syaitan
tetap enggan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Lalu syaitan memberitahu satu
rahsianya kepada Nabi Musa a.s atas pertolongan yang diberikan. Syaitan
berkata, “ Akan aku beritahu satu rahsia kepadamu wahai Musa. Janganlah engkau
marah, kerana apabila engkau marah, aku akan masuk ke dalam pembuluh darahmu..”
(cerita yang diringkaskan)
Saya yang masih berumur 22tahun, masih merupakan seorang pelajar, dan
bergelar seorang isteri ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu Allah dengan
kalian semua. In shaa Allah. Rumahtangga, bukan setakat terbina melalui agama,
bahkan perlu ada kesenian. Itulah fitrah kehidupan.Sedangkan Rasulullah sendiri
bergurau senda dengan Aisyah, dan sangat kreatif dalam menzahirkan rasa
cintanya kepada isteri tercinta, inikan pula kita… Contohnya, Rasulullah
bermain lumba lari dengan Aisyah, menghulurkan pehanya agar dipijak Sufiyah
untuk naik ke atas unta, minum air di bekas bibirnya Aisyah, menghadiahkan
cincin kepada semua isterinya tetapi minta dirahsiakan kerana takut isteri yang
lain cemburu walhal semuanya mendapat cincin dan banyak lagi.
Saya juga ada mereka beberapa permainan yang kadang kala nampak
seolah-olah tidak matang, tetapi hal itulah yang membangkitkan rasa cinta suami
dan isteri. Tambahan pula berjauhan dengan suami selama enam bulan, maka
wujudlah pelbagai aktiviti dan permainan untuk suami… Tapi hati-hati ya, jangan
sampai suami rasa dirinya diperbodohkan pula. Perlu pandai menyesuaikan
semuanya dengan keadaan. Saya mencipta lirik
lagu, buat video, berpantun, berteka-teki, saling bertukar hadiah, jogging
bersama (walaupun suami je jogging dan saya follow naik motor,, eerrr.. maaf ya
sayang,, sayang lari laju sangat… semput nak kejar> for my husband), masak
bersama, main menang kalah dan macam-macam lagi… Alhamdulillah mendapat
sambutan dan sokongan yang baik daripada suami… (for my husband>terima kasih
sayang kerana sudi melayan karenah isterimu ini.. heee ^_~)
Apa yang kalian ingin lakukan, siapa kalian yang akan
datang, kalian perlu lakarkan sekarang.1) Ambil sehelai kertas, senaraikan
kelemahan kalian, dan cari solusinya. Cuba perlahan-lahan. We drive our own
self. 2) Ambil lagi sehelai kertas, senaraikan kehidupan anda yang akan datang.
Contohnya, sekiranya saya sudah berkahwin, saya nak solat berjemaah setiap
waktu dengan suami, saya nak mengaji Al-Quran dengan suami, saya nak bertahajud
dengan suami, saya nak panggil suami dengan panggilan yang mesra dan lain-lain
lagi. Kenapa perlu sekarang? Kerana jika terlambat, kalian semua akan menyesal.
Mulakanlah semua ini pada hari pertama setelah akad nikah. Jika kalian nak
mulakan 5 tahun selepas nikah, jawabnya pasangan anda akan memberi respond yang
amat menyakitkan iaitu, “dah kurang tabiat ke awak ni?...” Eeerrr…..
Selamat mencuba semua…. Saya hanya berkongsi sedikit ilmu…
Mana yang salah harap ditegur. Jangan terlalu obsess dengan lakaran minda
kalian, kerana reality tidak seindah lakaran minda. Setiap orang pasti ada
kelemahannya. Kita hanya berusaha. Jika ada yang tidak berapa baik datang,
maksudnya Allah nak uji kita..Yang baik datang daripada Allah (Khaliq) dan yang
lemah datang dari diri saya sendiri. Wallahu a’lam…
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI
MUHAMMAD S.A.W~~