Bismillahirrahmanirrahim…
Betapa
indahnya rasa cinta itu.. Cinta dalam rumah tangga. Ketawa bersama, menangis
bersama, manja bersama, boleh berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Bagi cinta
‘pelaut’, saya meniatkan dalam hati, “Ya Allah… Tidak mengapalah jika kami
sering berjauhan di dunia ini. Yang hanya ku mahukan adalah sentiasa bersama
suami di syurga-Mu nanti…”.. Sungguh besar nilainya dan niat ini seolah
mempunyai kekuatan. Niat inilah yang menjadi jawapan kepada kata-kata manusia.
Kata-kata yang sering ingin menjatuhkan cinta seorang pelaut.
Acap kali saya berhadapan dengan
kata-kat mereka yang menyentap hati dan menambahkan keperitan yang dihadapi..
1. “Walaupun pelaut bergaji mahal, saya tak sanggup bersuamikan pelaut..”
2. “Kenapa
tak suruh suami berhenti kerja? Banyak lagi kerja kat darat ni..”
3. “Saya dengar
pelaut ni ada banyak ‘perempuan simpanan’”
4. “Tak sangguplah berjauhan dengan suami. Semua
kerja kena buat sendiri”
5. “Gaji pelaut kan banyak, buat apa nak belajar lagi? Tak payah kerja.”…
Allahu akbar…. Sedihnya dengan pandangan manusia yang
sedemikian.
Berbalik semula dengan persoalan
mengenai cinta pelaut tadi. Mungkin dari sekolah lagi, Allah telah mentarbiyah
saya untuk berdikari dan mencari kekuatan sendiri. Kerana apa? Hikmahnya telah
saya perolehi sekarang.Saya perlu berdikari kerana saya isteri pelaut. Saya
redha dan tak pernah menyesal mempunyai suami seorang pelaut. Saya memilih
suami atas kerana jawapan istikharah. Saya minta jawapan dari Allah, jadi tak
mungkin saya perlekehkan jawapan istikharah itu.
1. Saya memilih suami bukan kerana
gajinya. Sejujurnya, saya mula mengetahu mengenai gaji suami ketika dia mengisi
borang nikah. Saya tak pernah bertanya mengenai gajinya dan dia juga tidak
pernah memberitahu saya.
2. Kenapa saya tidak mensyaratkan agar dia berhenti kerja
laut selepas berkahwin? Kerana saya memilihnya kerana Allah. Dia berkelulusan
dalam bidang pelayaran. Dia sangat seronok berkerja sebagai pelaut. Adilkah
sekiranya saya memaksa dia berhenti kerja semata-mata kerana saya? Jauh itu kan
boleh menguatkan lagi rasa cinta. Jarak yang dekat sesekali tidak menjamin
kebahagiaan. Malah menimbulkan banyak konflik. Kita ambil yang positif. Jika
benar suami saya ingin berhenti kerja sebagai pelaut, saya rela. Walaupun gaji
di darat mungkin 3-4 kali ganda kurang dari gaji pelaut. Kerana itu pilihannya.
3. Mengenai fitnah pelaut mempunyai ramai ‘perempuan simpanan’, pada pandangan
saya, saya memilih suami kerana agamanya. Saya tak nampak apa yang
dilakukannya. Tapi Allah nampak. Allah itukan Maha Adil. Serahkan semuanya
kepada Allah.
4. Isteri seorang pelaut perlulah berdikari. Menguruskan makan minum
anak, kesihatan anak, aktiviti anak dan pelbagai lagi. Bagi saya perkara itu
sangat mencabar. Itulah ‘uniknya’ isteri pelaut. Jangan fikir kita sendirian. Allah sentiasa
disampingmu.. Jika ibu tunggal boleh menguruskan segala-galanya, tidak mungkin
kita sudah gagal walhal belum mencuba. In shaa Allah..
5. Ini kisah saya. Saya
merupakan seorang pelajar. In shaa Allah akan menamatkan degree pada bulan jun
ini. Kebanyakan kawan saya semuanya memilih untuk bekerja. Namun saya memilih
untuk sambung belajar. Pertamanya, itu permintaan suami. Keduanya, saya pun memang berminat untuk sambung belajar. Ramai juga yang cuba memberikan pendapat. Baiklah, saya
mendengar, tapi keputusan di tangan saya. Semua mempersoalkan bahawa saya
sepatutnya tidak perlu sambung belajar kerana gaji lepasan degree dan master
sebagai science officer adalah sama. Tiada bezanya. Tujuan saya untuk sambung belajar,
adalah untuk membuat penyelidikan. Tentang gaji, itu saya serahkan kepada
Allah. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Jadi tak perlulah risau.
Kita hanya perlu berusaha. Tak perlu kerja? Pendapat saya, jika anak masih
kecil, saya perlu mendidik mereka. Apabila ilmu agama sudah mantap, maka
campaklah anak di mana pun, pasti dia akan kembali kepada agama. Pendidikan
awal itu penting. Tetapi, suami mencadangkan saya untuk bekerja agar saya tidak
bosan. Hal ini tidak berani saya kupaskan kerana masih belum saya hadapi.
Wallahu a’lam. Inilah saya. Cinta saya
kepada suami adalah kerana Allah.
Jika kami berselisih pendapat
sekalipun, salah seorang akan beralah. Bagi saya, Jika tak boleh nak buat
sekalipun, niatkanlah bahawa kita lakukan perkara tersebut untuknya adalah
kerana Allah. Pasti semua yang berat jadi mudah. Inilah cinta seorang pelaut.
Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik buat kita.
Hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman.
Aamiiin..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS
JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
assalamualaikum.. terima
ReplyDeletekasih krn berkongsi cerita & pgalaman.. btul -_- saya pn mgalami situasi sama cume bzanya saya dan pelaut bru mrancang utk mndirikan rumah tgga. kdg2, trusik juga bila org kata masih byk di drt utk kite cari.. buat teman susah sng.. harap2, allah kuatkan hati dan berikan jln utk kami.. thanks for sharing :) keep writing
Waalaikum salam Ms Nevermind... Kekuatan saya dalam mencari ketabahan adalah:
Delete1. Suami milik Allah, bukan milik kita..
2. Tidak mengapa x bersama selalu di dunia, yang penting bersama di akhirat.. Di syurga Allah.. Hidup ini hanyalah sementara.. ^__^
Semoga Allah memberikan jalan terbaik buat kamu dan bakal suami... Aamiiin
DeleteTerima kasih kak Houra Al Mansurah.. betul tak? :) insya allah... saya doakan akak dan suami kekal bahagia, kekal percaya antara satu sama lain, dan insya allah diberi kesabaran yang teguh untuk menghadapi dugaan dunia... thanks :)
ReplyDeleteSama2... Kak? erm, 23 tahun.. ^_^ Aamiiin.. semoga kita semua bahagia hingga ke jannah...
Deletehehe see,from the writing rase mcm akak2 tau.. takpe la, tak ksh la adik ke akak ke.. anyway thanks.. at first mmg susah nk trima situasi ni.. tapi lama2 rase syg pulak nk tglkan dia.. trima jugak la dgn hati terbuka... rezki ade di mane2, hrp semuanya brjln sperti yg dirancang, insya allah... suami kerja dgn kapal mane?
ReplyDelete^__^ Suami bawah MiSC.. LNG..
DeleteOoohh.. eh same la dengan kawan saya tu.. this time around dia naik kapal Kemboja... Naik dekat kerteh aritu... :)
DeleteHusband saya naik di Bintulu... Salam perkenalan... ^__^ Boleh message ke email google saya? Boleh berkenalan melalui fb. In shaa Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya nak bertanya sikit, kerja pelaut ni mmg stress ke kak? sbb saya ada brkwn dgn sorg pelaut dan dia ada berniat nak kahwin dgn saya. Mcm ni kisahnya, sbbkn covid-19 dia x dpt balik kmpung. pastu skrg dah 8 bln dia dkat laut. kdg tu saya sedih sbb skrg dia jarang berhubung dgn saya tapi setiap minggu ada dia call atau ws cuma saya terasa sikit sbb cara dia sembang dh x mcm dlu. dia kata stress nak balik klau x tahun depan dia balik tp dia ckp mungkin dlm bln 9 atau 10 ni baru dpt balik sbb covid mcm dh ok. Jd skrg ni bila dia stress saya yg kena bnyk sabar dgn mood dia, sedih jugak sbb kdg2 dia mcm abaikn saya, kdg2 seminggu skali saja baru call atau ws saya. jujurla saya menangis jugk sbb fikir bkn2, takthu betulka apa yg saya buat skrg. x tahu nak ckp dekat sapa sebab kwn2 saya pun x da pengalaman mcm ni. maafla kak saya belum ada pengalaman mcm ni. selalunya akak dgn suami akak pling kurg berhubung mcm mana stiap hari ke atau seminggu skali?
ReplyDeleteSama lah saya pun pelaut
ReplyDelete