Monday, April 28, 2014

Pencarian satu ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim…

Hausnya… Lalu diteguk air menghilangkan dahaga.. Laparnya.. Lalu disuap pelbagai makanan bagi melayan sang perut yang sedang berdendang… Alhamdulillah, sepanjang kehidupan di atas dunia ini, belum pernah merasakan kebuluran… Jika itu yang mahu dibandingkan dari sudut “nafsu makan”… Tapi masih ada lagi yang kurang… Namun, apakah yang kurang itu.. Mahu dicari satu ruang untuk mencari apakah kekurangan itu… Jika mahu bersendirian di tepi tasik, takut nanti diserang ular, “hantu”, manusia yang berniat “jahat”, malahan cengkerik hinggap di kepala pun sudah tak tentu arah.. Jika mahu ke pantai, ohh.. sungguh jauh sekali… Tidak mungkin memandu seorang diri, melihat ombak dan merenung masa depan.. kononnya.. Seolah tidak tahu apa yang ingin dicapai…

Bila direnung nasib saudara kita di Palestin, Gaza, Bosnia dan seumpama dengannya, mereka dalam keadaan darurat. Mereka diserang… Keluarga mereka cedera, ada yang syahid, rumah mereka sudah hancur, makanan mereka terhad, perubatan mereka semakin berkurangan.. Namun, jika kita tawarkan kepada mereka, adakah mereka mahu datang ke Malaysia (negara yang dianggap “aman” dan “damai” ini), pasti mereka akan tolak tawaran tersebut bulat-bulat. Ya, jika kita ditempat mereka, pasti kita mahu lari dari “kehancuran” tersebut. Namun, mereka memilih untuk terus berjuang walaupun hanya batu sebagai senjata, syahid itu cita-cita mereka. Semuanya kerana apa? Kerana mereka yakin akan janji Allah. Itulah fitrah kita…. Kembali kepada Tuhan, Pencipta kita.. Cipta mata untuk melihat, otak untuk berfikir, mulut untuk berkata-kata… Itulah yang kita nampak. Jika dibicarakan pula dari sudut sains, Allah mencipta saraf untuk menghantar impulse (maklumat) kepada otak, diproses, dan kita melakukan tindak balas. Allah mencipta nucleus yang mempunyai pelbagai maklumat untuk perjalanan sistem sel, dan banyak lagi… Tidak terkata.. Jika mahu disenaraikan semua sekali nikmat Allah tersebut, pasti kita akan buntu dan hanya satu barisan noktah yang panjang kita taipkan, kerana tidak tahu mahu mulakan dari mana dan berhenti di mana. Subhanallah… Sungguh banyak nikmat Allah buat kita. Itu baru mengenai manusia, belum lagi alam ghaib, alam semesta dan yang lain-lain.. Tidak tercapai dek akal dan pemikiran kita yang sangat terbatas ini.

Semasa menjejakkan kaki ke matrikulasi, hati ini meronta untuk dinikahi. Alhamdulillah, sudah Allah makbulkan. Setelah berkahwin, hari yang amat ku nanti adalah kepulangan suami tercinta yang bekerja selama enam bulan lamanya di lautan. Mungkin kepulangannya itu, akan memberikan ketenangan buat diriku. Ya, memang tenang bersama suami tercinta. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi cuti suami selama 8 bulan kerana dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di daratan. Walaupun hanya berjumpa seminggu sekali, itu sudah cukup menggembirakan. Apabila suami cuti semester, rasa ingin keluar bercuti dengan suami. Mahu ke pantai, ke jeram, ke shopping complex, ke taman-taman… Mahu melegakan tekanan kononnya. Ya, itu semua suami layankan. Alhamdulillah syukur ya Allah… Tapi itu bukanlah satu rasa yang diidamkan…

Masih lagi mencari, apakah rasa itu.. Apakah rasa itu ya Allah…. Astaghfirullahal azim…. Terlalu banyak air mata ini keluar menangisi suami yang tiada disisi!! Sehinggakan sedikit benar air mata ini keluar untuk menangisi dosa yang dilakukan oleh diri!! Astaghfirullahal azim… Baru sedar rupanya sudah lama tidak ke surau…. Dulu sebelum berkahwin, “Ya Allah, hamba sudah bersedia.. Satukanlah hamba dengan si dia yang telah Kau tuliskan buatku di Lauh Mahfuz. Hamba mahu menjaga hati…” Ya, Dia berikan saya seorang suami.. Alhamdulillah.. tetapi dalam tak sedar sebenarnya Allah sedang menguji… Sama ada SUAMI atau ILMU AGAMA… Adakah perasaan CINTA kepada suami boleh mengaburi rasa CINTA kepada Illahi.. Allahu Akbar…. Apabila menjejakkan kaki ke surau, diri ini malu ya Allah…. Malu…. Bukan malu kepada manusia. Memang prinsipku agar mengabaikan kata-kata negative manusia. Tetapi hamba malu ya Allah… Malu kepada-Mu.. Allahu Akbar…

Wahai sahabatku sekalian….
Rasa yang sangat-sangat diperlukan itu bukanlah terletaknya pada keindahan pantai… Bukanlah terletaknya kepada angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cukuplah sebuah bilik yang kecil, dengan terbentangnya satu sejadah, dengan zikrullah, dengan menangisi dosa, dan pergi mendengar kuliah agama. Wahai sahabatku sekalian… Ya, boleh tenang dengan membaca Al-Quran.. tapi, kita perlu mencari lagi apakah caranya kita ingin berdampingan dengan Allah.. CINTA manusia itu hanya sementara wahai sahabat.. Walaupun cinta itu kepada suami… (Akan saya kongsikan dalam pengisian “Cinta kerana Allah”). 

Alhamdulillah, Allah telah memberi kesedaran.. Kini sedang mencari kekuatan dan jalan. Semoga rasa ini Allah kekalkan dalam hati… Sungguh, jiwa yang kering tidak akan menjamin kita ke syurga Allah…


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

No comments:

Post a Comment