Friday, November 4, 2011

 WAITING FOR THE CALL by Irfan Makki
Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I just love to hear this song.... i really hope that one day i will be infront of the Kaabah,,, InsyaAllah.. I want to recite the Al Quran, pray and i want to cry, cry and cry.... infront of Kaabah,,, infront of Allah... Biiznillah.. ^_^

Sunday, August 7, 2011

PURDAH



Fuhh,,, makin lama,, makin ligat muslimah menayang gambar berpurdah di facebook, laman-laman sosial. Tak faham dengan tujuan mereka yang sebenarnya… Nak kata bagi orang kenal, x mungkin,,,, just nampak mata,,, susah nak kenal pasti. Adakah purdah itu sekadar fesyen bagi memuaskan nafsu dan sekadar dipuji manusia? “SubhanAllah, cantiknya awak berpurdah…” penuh dengan pujian berbahasa basi.
Di kedai, ada seorang mak cik berpakaian t-shirt dan berseluar masuk ke dalam kedai. “Dik,,, ada jual purdah?” Tak sempat lagi menjawab, mak cik Liza terus menyampuk, “Untuk apa purdah?”Mak cik tadi menjawab sambil tersipu malu,, “Tak ada,,, nak tutup muka ni… Baru habis buat facial,,, Tak boleh kena panas…”Haaaaa????? Ya Allah,,, tak terfikir pun ada yang pakai purdah sebab nak jaga muka… demi kecantikan,,, Fuhh,,,

Hari seterusnya, ada seorang mak cik yang berpurdah datang ke kedai. Sejuknya hati,,,, Mata nie tak terlepas dari melihat jenis purdah yang digunakan,,, huhu,, jadi pemerhati,,, Mana lah tahu suatu hari diri ini di tempat dia pula,,, InsyaAllah,,, Mula mengumpulkan kekuatan.Bila mak cik berpurdah dah berlalu pergi, mak cik Liza pun bersuara, “Dia itu tenaga pengajar di MRSM. Dah banyak kali dapat surat amaran supaya tidak berpurdah. Tapi pendirian dia sangat tegas.” Senyum…. Hanya itu yang mampu. Kagum dengan mak cik berpurdah tadi.Semoga Allah merahmatinya… seorang ibu tunggal yang sangat tabah.
Mengapa berpurdah? Hujahnya telah dibahaskan dalam post sebelum ini. Muka wanita adalah aurat. Bisa menggoyahkan iman orang lelaki. Di wajah terletaknya segala kecantikan seseorang itu. Sebab itulah turunnya ayat mengenai hijab yang pada mulanya diwajibkan buat isteri dan anak perempuan Nabi-nabi dan kepada isteri-isteri orang beriman. Untuk menjadi yang terbaik, makanya kita harus mencontohi yang terbaik. Bagi muslimah, kita contohi Saidatina Aisyah r.a. Betul,, tak rugi kita berpurdah… Mula-mula memang rasa takut. Tapi, kemudiannya kita akan rasa sangat selamat di sebalik sehelai kain yang menutup wajah. Biarkan orang memerli… Mengapa orang berpurdah harus mereka hina dan perlekehkan, walhal ramai lagi wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna di luar sana.

Awal bulan puasa ni, ada terlihat seorang wanita. Nauzubillah,,, Banyak kesalahan nyata yang telah dia lakukan. Dia berpakaian sangat ketat dan dilapisi dengan sehelai kain jarang yang kononnya bernama baju. Astaghfirullah,,,, wanita islam berpakaian begitu dibawah terik mentari dengan beribu-ribu anak mata yang menatap tubuhnya secara percuma. Itukah yang mereka banggakan? Cukup tidak faham dengan “kepelikan” manusia akhir zaman ini. Jika kita ini bukan di zaman umat Nabi Muhammad SAW, sudah pasti tertimpanya azab ke atas kita secara terus. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang masih belum sedar. Semoga Allah tetapkan hati orang-orang beriman daripada berpaling. Aminn… InsyaAllah~ 

>> SOLAWAT DAN SALAM KE ATAS KEKASIH ALLAH, NABI MUHAMMAD SAW~~

Thursday, July 7, 2011

WANITA WAJIB BERPURDAH





Wahai manusia, janganlah kamu tahu memberikan satu hukum sedangkan kalian tidak tahu hujahnya hukum tersebut. Berhujahlah menggunakan ilmu. Bukan sekadar menggunakan akalmu. Mengapa wanita berpurdah?? Ketahuilah dan di sinilah huraian yang dapat saya kongsikan kepada kalian. “Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan (bukti) yang sampai kepada mereka, yang ada dalam dada mereka hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang tidak akan mereka capai, maka mintalah perlindungan kepada Allah.”Al-Ghafir : 56
Haruslah kita ketahui, bahawa kita wajib mengikut contoh yang baik sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita sepertimana dalam surah At Taubah : 100, “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
Sekiranya kalian mengkaji dalil dan hadis ini, kebanyakannya perintah hijab diturunkan buat isteri-isteri Nabi. Mangapa kita harus melepaskan tangan dan mengatakan bahawa perintah tersebut bukanlah untuk kita kerana dalam surah An Nisa’ : 115 Allah telah merakamkan bahawa, “ Dan barangsiapa menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.” 


Di Negara Arab, mereka juga berpurdah kerana nafsu orang lelaki di sana tinggi. Di Malaysia ini, ramai yang tidak berpurdah. Bukanlah satu desakan buat kita agar berpurdah. Tetapi itu adalah lebih baik. Jika kita sudah baik, tak salah jika kita ingin menjadi lebih baik. Betul tak? Buat mereka yang ingin berpurdah, diharapkan hujah ini dapat membantu anda berdebat dengan mereka yang mahukan jawapan daripada anda.
DALIL-DALIL WANITA WAJIB BERHIJAB
A.      AL QURAN
1.       AN NUR : 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”

Pengajaran ayat:
·         Wanita memelihara faraj (kemaluan)
-Memandang ke arah kecantikan wajah wanita adalah wasilah ke arah melakukan zina.
·         Wanita hendaklah menghulurkan kerudungnya ke dada
-Sedangkan leher dan dada diwajibkan tutup, inikan pula wajah iaitu bahagian yang paling cantik dan menarik. Jika ditambah sedikit make up, pasti boleh menaikkan syahwat lelaki.
·         Kecuali yang biasa terlihat
-Seperti bahagian luar baju dan kain yang tidak mungkin dapat disembunyikan.
·         Larangan menampakkan perhiasan
-Perhiasan luaran ialah perhiasan yang dapat dilihat orang.
-Perhiasan dalaman yang hanya berhak dilihat suami dan kerabatnya.
·         Larangan memukulkan kaki
-Dikhuatiri akan memfitnah lelaki dengan sebab bunyi gemerincing gelang itu.
·         Haram menampakkan perhiasan kecuali
-Kepada lelaki yang tidak mempunyai keinginan seks dan kanak-kanak yang tidak tahu aurat wanita.

2.       AN NUR : 60
“Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin menikah (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan: tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

*Pakaian luar yang kalau dibuka tak menampakkan aurat.Aurat adalah muka dan tapak tangan.

Pengajaran ayat.
·         Perempuan tua yang tidak berkeinginan untuk berkahwin boleh membuka pakaian luar tetapi tidak membuka aurat (muka dan tapak tangan). Pakaian luar bermaksud purdah yang ,menutup muka dan tapak tangan mereka.
·         Perempuan muda pula mempamerkan wajah mereka untuk mendapatkan sanjungan dan pujian dunia.

3.       AL AHZAB : 53
“… Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan)kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka…..”

Pengajaran ayat.
·         Untuk mendapatkan keperluan dari isteri nabi perlulah di sebalik tabir.Tidak terkelihatan muka mereka.

4.       AL AHZAB : 55
“Tidak ada dosa atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak laki-laki mereka, saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara laki-laki mereka,  anak laki-laki dari saudara perempuan mereka (yang beriman) dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertaqwalah kamu (isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sungguh Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.”

Pengajaran ayat.
·         Sebagai wanita, contoh ikutan yang patut kita teladani adalah isteri para Nabi. Maka, sekiranya ayat ini diturunkan untuk isteri para Nabi, maka itu adalah yang terbaik dari Allah buat wanita.
·         Batasan jilbab boleh dibuka di depan saudara lelaki, saudara perempuan serta anak mereka, perempuan-perempuan dan hamba-hamba.

5.       AL AHZAB : 59
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Pengajaran ayat.
·         Ayat ini ditujukan bagi isteri-isteri Nabi, anak-anak perempuan Nabi dan isteri-isteri orang yang beriman. Sekiranya kita ingin menjadi dan merasakan bahawa kita adalah orang yang beriman dan isteri kepada orang yang beriman, makanya kita juga wajib melaksanakan perintah Allah melalui ayat ini.
·         Jilbab adalah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dada.
-Ibnu Tarmiyah menafsirkan bahawa jilbab adalah kain purdah (kerudung) yang menutup kepala dan muka.
-Ibnu Ma’sud pula menafsirkan bahawa jilbab adalah rida iaitu kain panjang yang menutup kepala, muka dan seluruh tubuh wanita termasuk tapak tangan.


B.      HADIS
1.       Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita, maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu, sekiranya si pelamar belum pernah melihat wajahnya sama sekali.”HR Ahmad

·         Dikira BERDOSA sekiranya hanya melihat tanpa niat untuk melamarnya wanita itu dan sekadar menikmati keindahan wajah wanita itu sahaja.

2.       “Ketika Rasulullah SAW memerintahkan kaum wanita untuk keluar melaksanakan solat Hari Raya, salah seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW seraya berkata: ‘Wahai Rasulullah, salah seorang antara kami tidak memiliki jilbab.’Maka jawab Rasulullah ‘Hendaklah dia meminjam jilbab dari saudaranya.’” HR Muslim dan Bukhari

·         Rasulullah tidak mengizinkannya solat jika tidak memakai jilbab meskipun pergi bersolat Hari Raya, jadi tidak mungkin dibolehkan bagi wanita untuk keluar tanpa berjilbab pergi ke pasar dan bercampuran dengan kaum lelaki yang bukan mahram.

3.       Dari Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata, “Adalah Rasulullah SAW sedang solat Fajar di masjid, maka datanglah beberapa orang wanita dengan berselimutkan pakaian melaksanakan solat di belakang Rasulullah SAW kemudian mereka kembali ke rumah masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang mengenali mereka kerana keadaan masih gelap.” Berkata Ummul mukminin: “Seandainya Rasulullah SAW melihat para wanita itu seperti apa yang kami lihat, sudah tentu Rasulullah akan melarang mereka pergi ke masjid seperti mana Bani Israel melarang para wanitanya.” HR Bukhari dan Muslim

·         Isteri para sahabat amat mementingkan hijab dan tabir.
·         Wanita lebih baik melaksanakan solat fardhu di rumah daripada di masjid.

4.       Rasulullah SAW bersabda : “Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong. Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya?”Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkan satu jengkal ke bawah.”Ummu Salamah berkata lagi : “Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka.”Berkata Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi.” HR Bukhari, Muslim dan selainnya

·         Hadis ini merupakan dalil wajib menutup kaki.
·         Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit dapat menimbulkan fitnah (telapak kaki), sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak menimbulkan fitnah (muka dan tapak tangan).
·         Peringatan atas satu masalah yang lebih ringan, merupakan peringatan atas masalah yang lebih berat dan besar. Jika ada orang dilarang untuk berbicara, tentu dia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak.

5.       Rasulullah SAW bersabda : “Apabila ada di antara kamu (kaum wanita) yang memilih hamba makatab dan hamba itu sedang melaksanakan tugasnya, maka hendaklah dia (kaum wanita) berhijab daripadanya.” HR Lima ahli hadis dan disahkan oleh At-Tirmizi

*Mukatab bererti hamba lelaki yang akan dimerdekakan oleh tuannya apabila dia sanggup membayar sejumlah wang.
·         Hadis ini menyatakan bahawa seorang tuan wanita boleh membuka wajahnya selama hamba tersebut masih menjadi miliknya, tetapi hamba itu akan terbebas dalam masa yang tidak lama (mukatab), maka si tuan wanita itu harus menutup wajahnya daripada hamba lelakinya kerana hamba tersebut sudah bukan mahramnya lagi.
·         Kesimpulan hadis ialah, wajib bagi seorang wanita menutup wajahnya daripada pandangan lelaki asing.

6.       Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata : “Ada serombongan penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW. Maka apabila rombongan itu datang kepada kami, kami menutup muka dengan jilbab kami dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami, maka kami buka kembali penutup wajah kami itu.”
                                                                                               HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah

·         Situasi ini berlaku semasa dalam ihram haji. Pada waktu berihram, wanita tidak dibenarkan menutup kedua-dua belah telapak tangan dan wajahnya dengan sarung tangan dan hijab atau cadar.Tetapi apabila mereka berselisih dengan lelaki asing, mereka langsung menutupkan wajah mereka dengan jilbab.
AKIBAT TIDAK BERHIJAB

Ø  Berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana sering berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab.
Ø  Timbulnya fitnah apabila wanita mempercantikkan diri dengan hiasan dan alat solek sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dinikmati orang lain.
Ø  Timbul juga fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita tersebut.
DALIL YANG MEMBOLEHKAN MEMBUKA MUKA DAN BIDASANNYA
1.       “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya” An Nur : 31
-Ibnu Abbas mentafsirkan ayat tersebut : “Yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa nampak ialah wajah, kedua-dua telapak tangan dan cincin.”

Bidasan
·         Dibolehkan membuka hijab terjadi sebelum turunnya ayat hijab seperti yang telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
·         Bahawa pentafsiran Ibnu Abbas r.a tentang perhiasan adalah perhiasan yang tidak boleh nampak, seperti yangtelah dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam Tafsirul Azimnya pada ayat Surah Al Ahzab : 59.
·         Perbezaan pendapat:
-Ibnu Mas’ud r.a mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan yang boleh nampak iaitu selendang dan pakaian luar.
~Apabila terjadi perbezaan pendapat antara pentafsiran dua sahabat, maka harus diambil pendapat yang lebih kuat menurut perbandingan dalilnya.

2.       Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawasanya Asma’ Binti Abu Bakar r.a masuk ke rumah Rasulullah sedangkan dia (Asma’) memakai pakaian nipis ; serta merta Rasulullah memalingkan muka daripadanya seraya berkata : “Wahai Asma’, sesungguhnya wanita apabila sudah baligh tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini dan itu, (sambil mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua telapak tangannya.)”

Bidasan
·         Terjadinya Intiqa’ (terputus sanad) antara Aisyah r.a dan Khalid Bin Duraik dimana diterangkan Abu Daud seperti katanya : “Khalid Bin Duraik tidak mendengar hadis itu langsung dari Aisyah r.a seperti juga diakui oleh Abu Hatim Al-Razi.
·         Di dalam sanad (silsilah perawi) hadis tersebut adalah Said Bin Basir An-Nasri pendatang dari Damsyik yang digolongkan daif oleh Ibnu Mahdi, Imam ibnu Hanbal, Ibnu Mu’in, Ibnu Madini dan Nasai.
-Asma’ ketika itu berumur dua puluh tujuh tahun, bukan lagi anak kecil seperti yang diduga.Maka tidak mungkin dia masuk kedalam rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis dan menampakkan bentuk tubuhnya. Walhal, kaum muslimah pada ketika itu sangat teliti dalam masalah berpakaian seperti purdah (kerudung) dan cadar.
-Jika terjadi juga, mungkin hal di atas terjadi sebelum turunnya ayat hijab.

3.       Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a menyebutkan bahawa saudara lelakinya, Al-Fadl, sedang mengiringi Rasulullah SAW pada waktu haji wida’, ketika datang seorang perempuan menghampiri Rasulullah SAW untuk satu keperluan, maka Al-Fadl sempat memandang wajah wanita itu dan wanita itu pun sempat melihat Al-Fadl. Mengetahui hal itu, serta merta Rasulullah SAW memalingkan wajah Al-Fadl ke arah lain agar tidak melihat wajah wanita itu lagi.  HR Bukhari dan Muslim

Bidasan
·         Imam Nawawi dalam Syarah Muslimnya mengatakan : “Di antara faedah hadis ini adalah haramnya memandang wajah wanita yang bukan mahram.”
-Imam Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Barinya : “Bahawa di antara faedah hadis ini adalah dilarangnya memandang wanita asing dan keharusan memejamkan mata serta mengalihkan pandangan.”
-Qadi ‘Iyadh berkata : “ Ramai orang menduga bahawa memalingkan pandangan dari wanita asing tidak wajib ; tetapi menurut pendapatku hal itu adalah wajib kerana terbukti Rasulullah SAW memalingkan wajah Al-Fadl ke arah lain.”
·         Rasulullah SAW tidak memerintahkan wanita itu menutupi wajah kerana waktu itu, si wanita sedang melaksanakan ihram haji.
·         Imam Muslim dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada sahabat Jarir bin Abdullah Al-Bajili r.a katanya : “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW  tentang melihat wanita secara tiba-tiba dan tidak disengajakan”, maka sabdanya : “Palingkan pandanganmu atau pejamkan matamu.”

4.       Imam Bukhari dan Imam hadis lainnya meriwayatkan daripada Jabir Bin Abdullah r.a tentang solat Hari Raya Aid. Rasulullah SAW bersama kaum muslimin ; sesudah solat baginda memberikan syarahan dan nasihat kepada mereka serta mengingatkan mereka kepada akhirat, setelah itu beliau melalui kaum wanita seraya berkata : “Wahai kaum Muslimah, banyak-banyaklah kamu mengeluarkan sedekah kerana sesungguhnya kamu yang paling banyak mengisi neraka Jahanam. Tiba-tiba berdirilah salah seorang daripada mereka dengan terlihat pucat di wajahnya…”   HR Bukhari dan selainnya

Bidasan
·         Kemungkinan wanita itu sudah tua dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dikahwini. Maka baginya boleh membuka wajah sekiranya aman daripada fitnah, tetapi tidak bererti orang asing bebas memandangnya.
·         Adakalanya hal itu terjadi sebelum turunnya ayat hijab yang ada dalam Surah An-Nur dan Al-Ahzab yang turun pada tahun kelima atau keenam Hijrah. Sedangkan solat Hari Raya Rasulullah SAW bersama kaum Muslimin yang disebutkan dalam hadis tadi dilaksanakan pada tahun kedua Hijrah.

SYARAT-SYARAT HIJAB MENURUT SYARAK
1.       Hendaklah menutupi seluruh badan.
2.       Tidak menggunakan kain yang nipis.
3.       Tidak memakai perhiasan pada dirinya dan tidak menggunakan pakaian yang menjolok mata.
4.       Tidak ketat, tidak menampakkan bentuk badan.
5.       Tidak memakai wangian atau sesuatu bau yang boleh meransang nafsu lelaki.
o   Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya wanita yang memakai wangian, kemudian lalu di suatu majlis, maka ia adalah orang begini dan begini (penzina, pelacur )”                     R.H  Ashabus Sunan
6.       Tidak menyerupai lelaki.
o   “Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” RH Abu Daud dan Nasai.

>>KEWAJIPAN MEMAKAI HIJAB KE ATAS KAUM WANITA BUKANLAH BERTUJUAN MENYUSAHKAN MEREKA, TETAPI BERTUJUAN MEMULIAKAN MEREKA……..
>>SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW….

v  RUJUKAN
WANITA WAJIB BERPURDAH (MUKA DAN TANGAN WANITA ADALAH AURAT DI HADAPAN LELAKI AJNABI)
           >>DITULIS OLEH; ABDULLAH BIN JARULLAH BIN IBRAHIM AL-JARULLAH AS-SYEIKH MUHAMMAD   BIN SALIH BIN USYAIMIN

ZIKIR LAPANG REZEKI

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah 

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.”

BAGAIMANA KITA BERDOA?









Permasalahan doa???
Setiap hari sesudah solat, setiap orang akan menadah tangan merayu, meminta, memohon kepada ya Rabb kita….. “Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang mencukupi, kenderaan yang selesa, rumah yang sesuai……” Kita berdoa dengan penuh tawaduk.. Mendoakan sekadar keperluan. Merayu kepada Allah, dengan penuh pengharapan.
Kini, apabila semua yang kita doakan itu kita sudah peroleh, kita upgrade pula doa kita… “Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang melimpah ruah, kenderaan yang mewah, rumah yang besar dan gah…” Jika dulu, beribadat dengan tawaduk, kini riak…. Dulu kita mendambakan redhaNya, kini kita pentingkan kebahagiaan dunia… Hanya mengharapkan Fadl (kurnia Allah di dunia) dan bukannya Raza’ (rahmat Allah di dunia dan di akhirat)
Bersyukurlah wahai orang yang Allah uji dengan kesusahan harta… kerana dirimu dilindungi daripada perasaan riak. Beruntunglah kerana ibadatmu terjaga daripada perasaan sombong. Ibadat mu adalah ibadat seorang hamba yang penuh mengharapkan rahmat dan kasih Allah. Ibadatmu penuh dengan ketakutan kepada Allah.
Pernahkah kalian terfikir…. Kalian doa inginkan rahmat Allah. Allah sayangkan kalian dan memakbulkan doa kalian. Bila Allah bagi rahmat itu, kalian doa minta ditambahkan. Kalian lupa untuk bersyukur. Allah tetap bagi rahmat itu. Kenapa? Kerana Allah bagi rahmat kali ini adalah untuk menguji kalian. Allah tambah nikmat bagi orang yang bersyukur. Tapi Allah tarik jika kalian tidak bersyukur. Tapi kadang kala Allah tambah lagi untuk uji keimanan kalian. Adakah rahmat dunia atau rahmat akhirat yang kalian harapkan????
Senang untuk berkata, tapi kita sendiri tidak sedar perkara ini berlaku. Kalian minta berjawatan tinggi agar kalian dapat melaksanakan daulah islamiyah. Tapi bila kalian dapat jawatan itu, kalian berpaling pula dari matlamat sebenar. Kalian harapkan seorang jodoh yang baik. Bila kalian dapat kalian permainkan iman dia. Kalian menjadi fitnah kepada dirinya. Kalian memohon agar kalian diberikan kerja yang baik. Bila dah dapat gaji, kalian berat untuk menginfakkan harta walaupun kepada saudara sendiri.
NAUZUBILLAH MIN ZALIKH,,,,,,, MINTA DIJAUHKAN SEMUA ITU DARI KITA SEMUA…… Hamba hanya sebagai memberi pesanan,,, jika hamba terbuat begitu, maka ingatkanlah hamba…. Semoga Allah merahmati kalian….
WAKTU DOA AKAN DIMAKBULKAN
1.       Malam Lailatul Qadr
2.       Antara Azan dan iqamat
3.       Sujud
4.       Musafir
5.       Hujan
6.       Sahur dan kegelapan malam

ADAB BERDOA
1.       Penumpuan hati yang khusyuk, tenang, takut kepada Allah S.W.T.
2.       Mulakan doa dengan pujian dan junjungan kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
3.       Tidak mengeraskan dan meninggikan suara.
4.       Ulang sebanyak 3 kali.
5.       Doa pendek tetapi mencakupi semua kebaikan.
6.       Yakin dikabulkan.
7.       Tidak mendoakan keburukan.
8.       Mula doakan diri sendiri dulu, baru ke atas orang lain.

“Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.’”Al-Ghafir:60


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~