Saturday, April 26, 2014

Langkawi (4 - 8 sept 2014)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, inilah cuti pertama husband setelah belayar selama 6 bulan di lautan. Kali ini, kami memilih untuk menggunakan pengangkutan udara kerana saya belum pernah menaiki kapal terbang. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sangat seronok... Alhamdulillah.. Semasa ini, kami menyewa rumah di Seri Kembangan. Kami bertolak awal pagi.. Menaiki bas, LRT Transit terus ke KLIA. Di sini terdapat suatu perkara yang sangat mendebarkan... Rupanya penerbangan Air Asia bukanlah di KLIA, tetapi di LCCT. Husband juga tidak menyedari perkara ini, kerana selalunya dia menaiki MAS Air Lines dan bukannya Air Asia. Kami terus bergegas ke LCCT menaiki bas. 



Sampai sahaja di Pulau Langkawi, kami telah diserbu oleh penyewa kereta. Mereka berebut-rebut pelanggan yang ingin menyewa kereta. Pada mulanya, kami tolak bulat-bulat, kerana kami tak suka diserbu. Kemudian, kami berbincang dan membuat keputusan untuk menyewa kereta. RM80/day. Kami sewa 4 hari..  

Seterusnya kami terus check in di Delta Motel selama 4 hari 3 malam sebanyak RM480. Motel ini sangat selesa. Alhamdulillah. Berdekatan dengan pantai, sungguh menenangkan. Sarapan setiap hari disediakan.



Tempat pertama kami menjamu selera adalah Artisan Pizza. kami makan burger bakar.. Sangat sedap.. Rasa macam Burger Abang Burn kat Kajang.. huhu



Aktiviti  pertama kami adalah menaiki kereta kabel. Tiketnya berharga RM18/person. Perjalanan sangat jauh ke atas, sangat tinggi dan kereta kabel ini akan berhenti di dua tempat perhentian. Dari tempat perhentian tersebut, kami boleh bergambar sesuka hati.. huhu.. 






Dari kereta kabel, kami nampak ada air terjun kat bawah. Jadi, selepas turun dari kereta kabel, kami pun mendaki (tapi ada disediakan tangga) untuk menuju ke air terjun tersebut. Sangat banyak anak tangga.. Dah macam naik Tembok China.. Sakit-sakit kaki.. *_* tapi best.. Sebab ada Telaga Tujuh kat atas tu... Cantik.. ^_^ 



Sampai sahaja di Motel, kami pun makan, solat dan berehat kerana kepenatan. Pada waktu petang, kami pergi ke Underwater World. Dekat sahaja dengan motel. Kami jalan kaki. Harga tiket ialah RM28/person. Semuanya lebih kurang macam zoo. Bezanya, ada banyak akuarium besar, ikan yang besar, boleh bagi burung dan haiwan lain makan dan yang paling best sekali adalah, melihat penguin. Sangat comel... ^___^ Ada tapak sulaiman, udang,ikan berkaki pun ada... sampai tak larat nak upload gambar ni.. heee Apa yang pastinya, memang best.. Alhamdulillah..




Pada keesokan harinya, kami mengikuti Mangrove Tour. Sepanjang perjalanan itu, kami melakukan banyak aktiviti seperti, bagi ikan makan, panggil helang, tengok monyet dan masuk gua kelawar.



Kemudian, kami singgah di Galeri Perdana dengan bayaran sebanyak RM5/person. Kebanyakannya adalah koleksi menteri-menteri Malaysia termasuklah hadiah daripada negara luar kepada Malaysia. 

Kami sempat juga membeli ole-ole yang famous di Pulau Langkawi ini iaitu, minyak gamat, minyak angin dan yang paling best ialah coklat.. yummy... ^__^ Sebelum pulang, kami bergambar di Dataran Lang, berdekatan dengan jetty dan kami menaiki feri untuk ke Perlis (dalam RM35+/person) dan seterusnya balik menaiki bas ke Melaka. 


Perbelanjaan di Langkawi ini sangat tinggi kerana banyak aktivitinya menggunakan duit. Bak kata husband saya, ini bukan 'berhabis', tapi 'investment' untuk berbulan madu.. hehe Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih sayang (my hubby).. ^_^ Wallahu a'lam..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~

No comments:

Post a Comment