Monday, April 28, 2014

Cinta kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim… 

Betapa indahnya rasa cinta itu.. Cinta dalam rumah tangga. Ketawa bersama, menangis bersama, manja bersama, boleh berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Bagi cinta ‘pelaut’, saya meniatkan dalam hati, “Ya Allah… Tidak mengapalah jika kami sering berjauhan di dunia ini. Yang hanya ku mahukan adalah sentiasa bersama suami di syurga-Mu nanti…”.. Sungguh besar nilainya dan niat ini seolah mempunyai kekuatan. Niat inilah yang menjadi jawapan kepada kata-kata manusia. Kata-kata yang sering ingin menjatuhkan cinta seorang pelaut. 

Acap kali saya berhadapan dengan kata-kat mereka yang menyentap hati dan menambahkan keperitan yang dihadapi..
1. “Walaupun pelaut bergaji mahal, saya tak sanggup bersuamikan pelaut..” 

2. “Kenapa tak suruh suami berhenti kerja? Banyak lagi kerja kat darat ni..” 

3. “Saya dengar pelaut ni ada banyak ‘perempuan simpanan’”

4. “Tak sangguplah berjauhan dengan suami. Semua kerja kena buat sendiri” 

5. “Gaji pelaut kan banyak, buat apa nak belajar lagi? Tak payah kerja.”… 

Allahu akbar…. Sedihnya dengan pandangan manusia yang sedemikian.

Berbalik semula dengan persoalan mengenai cinta pelaut tadi. Mungkin dari sekolah lagi, Allah telah mentarbiyah saya untuk berdikari dan mencari kekuatan sendiri. Kerana apa? Hikmahnya telah saya perolehi sekarang.Saya perlu berdikari kerana saya isteri pelaut. Saya redha dan tak pernah menyesal mempunyai suami seorang pelaut. Saya memilih suami atas kerana jawapan istikharah. Saya minta jawapan dari Allah, jadi tak mungkin saya perlekehkan jawapan istikharah itu.

1. Saya memilih suami bukan kerana gajinya. Sejujurnya, saya mula mengetahu mengenai gaji suami ketika dia mengisi borang nikah. Saya tak pernah bertanya mengenai gajinya dan dia juga tidak pernah memberitahu saya. 

2. Kenapa saya tidak mensyaratkan agar dia berhenti kerja laut selepas berkahwin? Kerana saya memilihnya kerana Allah. Dia berkelulusan dalam bidang pelayaran. Dia sangat seronok berkerja sebagai pelaut. Adilkah sekiranya saya memaksa dia berhenti kerja semata-mata kerana saya? Jauh itu kan boleh menguatkan lagi rasa cinta. Jarak yang dekat sesekali tidak menjamin kebahagiaan. Malah menimbulkan banyak konflik. Kita ambil yang positif. Jika benar suami saya ingin berhenti kerja sebagai pelaut, saya rela. Walaupun gaji di darat mungkin 3-4 kali ganda kurang dari gaji pelaut. Kerana itu pilihannya. 

3. Mengenai fitnah pelaut mempunyai ramai ‘perempuan simpanan’, pada pandangan saya, saya memilih suami kerana agamanya. Saya tak nampak apa yang dilakukannya. Tapi Allah nampak. Allah itukan Maha Adil. Serahkan semuanya kepada Allah. 

4. Isteri seorang pelaut perlulah berdikari. Menguruskan makan minum anak, kesihatan anak, aktiviti anak dan pelbagai lagi. Bagi saya perkara itu sangat mencabar. Itulah ‘uniknya’ isteri pelaut.  Jangan fikir kita sendirian. Allah sentiasa disampingmu.. Jika ibu tunggal boleh menguruskan segala-galanya, tidak mungkin kita sudah gagal walhal belum mencuba. In shaa Allah.. 

5. Ini kisah saya. Saya merupakan seorang pelajar. In shaa Allah akan menamatkan degree pada bulan jun ini. Kebanyakan kawan saya semuanya memilih untuk bekerja. Namun saya memilih untuk sambung belajar. Pertamanya, itu permintaan suami. Keduanya, saya pun memang berminat untuk sambung belajar. Ramai juga yang cuba memberikan pendapat. Baiklah, saya mendengar, tapi keputusan di tangan saya. Semua mempersoalkan bahawa saya sepatutnya tidak perlu sambung belajar kerana gaji lepasan degree dan master sebagai science officer adalah sama. Tiada bezanya. Tujuan saya untuk sambung belajar, adalah untuk membuat penyelidikan. Tentang gaji, itu saya serahkan kepada Allah. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Jadi tak perlulah risau. Kita hanya perlu berusaha. Tak perlu kerja? Pendapat saya, jika anak masih kecil, saya perlu mendidik mereka. Apabila ilmu agama sudah mantap, maka campaklah anak di mana pun, pasti dia akan kembali kepada agama. Pendidikan awal itu penting. Tetapi, suami mencadangkan saya untuk bekerja agar saya tidak bosan. Hal ini tidak berani saya kupaskan kerana masih belum saya hadapi. Wallahu a’lam.  Inilah saya. Cinta saya kepada suami adalah kerana Allah.

Jika kami berselisih pendapat sekalipun, salah seorang akan beralah. Bagi saya, Jika tak boleh nak buat sekalipun, niatkanlah bahawa kita lakukan perkara tersebut untuknya adalah kerana Allah. Pasti semua yang berat jadi mudah. Inilah cinta seorang pelaut. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman. Aamiiin..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

9 comments:

  1. assalamualaikum.. terima
    kasih krn berkongsi cerita & pgalaman.. btul -_- saya pn mgalami situasi sama cume bzanya saya dan pelaut bru mrancang utk mndirikan rumah tgga. kdg2, trusik juga bila org kata masih byk di drt utk kite cari.. buat teman susah sng.. harap2, allah kuatkan hati dan berikan jln utk kami.. thanks for sharing :) keep writing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Ms Nevermind... Kekuatan saya dalam mencari ketabahan adalah:
      1. Suami milik Allah, bukan milik kita..
      2. Tidak mengapa x bersama selalu di dunia, yang penting bersama di akhirat.. Di syurga Allah.. Hidup ini hanyalah sementara.. ^__^

      Delete
    2. Semoga Allah memberikan jalan terbaik buat kamu dan bakal suami... Aamiiin

      Delete
  2. Terima kasih kak Houra Al Mansurah.. betul tak? :) insya allah... saya doakan akak dan suami kekal bahagia, kekal percaya antara satu sama lain, dan insya allah diberi kesabaran yang teguh untuk menghadapi dugaan dunia... thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... Kak? erm, 23 tahun.. ^_^ Aamiiin.. semoga kita semua bahagia hingga ke jannah...

      Delete
  3. hehe see,from the writing rase mcm akak2 tau.. takpe la, tak ksh la adik ke akak ke.. anyway thanks.. at first mmg susah nk trima situasi ni.. tapi lama2 rase syg pulak nk tglkan dia.. trima jugak la dgn hati terbuka... rezki ade di mane2, hrp semuanya brjln sperti yg dirancang, insya allah... suami kerja dgn kapal mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooohh.. eh same la dengan kawan saya tu.. this time around dia naik kapal Kemboja... Naik dekat kerteh aritu... :)

      Delete
  4. Husband saya naik di Bintulu... Salam perkenalan... ^__^ Boleh message ke email google saya? Boleh berkenalan melalui fb. In shaa Allah.

    ReplyDelete