Monday, April 28, 2014

Cinta kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim… 

Betapa indahnya rasa cinta itu.. Cinta dalam rumah tangga. Ketawa bersama, menangis bersama, manja bersama, boleh berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Bagi cinta ‘pelaut’, saya meniatkan dalam hati, “Ya Allah… Tidak mengapalah jika kami sering berjauhan di dunia ini. Yang hanya ku mahukan adalah sentiasa bersama suami di syurga-Mu nanti…”.. Sungguh besar nilainya dan niat ini seolah mempunyai kekuatan. Niat inilah yang menjadi jawapan kepada kata-kata manusia. Kata-kata yang sering ingin menjatuhkan cinta seorang pelaut. 

Acap kali saya berhadapan dengan kata-kat mereka yang menyentap hati dan menambahkan keperitan yang dihadapi..
1. “Walaupun pelaut bergaji mahal, saya tak sanggup bersuamikan pelaut..” 

2. “Kenapa tak suruh suami berhenti kerja? Banyak lagi kerja kat darat ni..” 

3. “Saya dengar pelaut ni ada banyak ‘perempuan simpanan’”

4. “Tak sangguplah berjauhan dengan suami. Semua kerja kena buat sendiri” 

5. “Gaji pelaut kan banyak, buat apa nak belajar lagi? Tak payah kerja.”… 

Allahu akbar…. Sedihnya dengan pandangan manusia yang sedemikian.

Berbalik semula dengan persoalan mengenai cinta pelaut tadi. Mungkin dari sekolah lagi, Allah telah mentarbiyah saya untuk berdikari dan mencari kekuatan sendiri. Kerana apa? Hikmahnya telah saya perolehi sekarang.Saya perlu berdikari kerana saya isteri pelaut. Saya redha dan tak pernah menyesal mempunyai suami seorang pelaut. Saya memilih suami atas kerana jawapan istikharah. Saya minta jawapan dari Allah, jadi tak mungkin saya perlekehkan jawapan istikharah itu.

1. Saya memilih suami bukan kerana gajinya. Sejujurnya, saya mula mengetahu mengenai gaji suami ketika dia mengisi borang nikah. Saya tak pernah bertanya mengenai gajinya dan dia juga tidak pernah memberitahu saya. 

2. Kenapa saya tidak mensyaratkan agar dia berhenti kerja laut selepas berkahwin? Kerana saya memilihnya kerana Allah. Dia berkelulusan dalam bidang pelayaran. Dia sangat seronok berkerja sebagai pelaut. Adilkah sekiranya saya memaksa dia berhenti kerja semata-mata kerana saya? Jauh itu kan boleh menguatkan lagi rasa cinta. Jarak yang dekat sesekali tidak menjamin kebahagiaan. Malah menimbulkan banyak konflik. Kita ambil yang positif. Jika benar suami saya ingin berhenti kerja sebagai pelaut, saya rela. Walaupun gaji di darat mungkin 3-4 kali ganda kurang dari gaji pelaut. Kerana itu pilihannya. 

3. Mengenai fitnah pelaut mempunyai ramai ‘perempuan simpanan’, pada pandangan saya, saya memilih suami kerana agamanya. Saya tak nampak apa yang dilakukannya. Tapi Allah nampak. Allah itukan Maha Adil. Serahkan semuanya kepada Allah. 

4. Isteri seorang pelaut perlulah berdikari. Menguruskan makan minum anak, kesihatan anak, aktiviti anak dan pelbagai lagi. Bagi saya perkara itu sangat mencabar. Itulah ‘uniknya’ isteri pelaut.  Jangan fikir kita sendirian. Allah sentiasa disampingmu.. Jika ibu tunggal boleh menguruskan segala-galanya, tidak mungkin kita sudah gagal walhal belum mencuba. In shaa Allah.. 

5. Ini kisah saya. Saya merupakan seorang pelajar. In shaa Allah akan menamatkan degree pada bulan jun ini. Kebanyakan kawan saya semuanya memilih untuk bekerja. Namun saya memilih untuk sambung belajar. Pertamanya, itu permintaan suami. Keduanya, saya pun memang berminat untuk sambung belajar. Ramai juga yang cuba memberikan pendapat. Baiklah, saya mendengar, tapi keputusan di tangan saya. Semua mempersoalkan bahawa saya sepatutnya tidak perlu sambung belajar kerana gaji lepasan degree dan master sebagai science officer adalah sama. Tiada bezanya. Tujuan saya untuk sambung belajar, adalah untuk membuat penyelidikan. Tentang gaji, itu saya serahkan kepada Allah. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Jadi tak perlulah risau. Kita hanya perlu berusaha. Tak perlu kerja? Pendapat saya, jika anak masih kecil, saya perlu mendidik mereka. Apabila ilmu agama sudah mantap, maka campaklah anak di mana pun, pasti dia akan kembali kepada agama. Pendidikan awal itu penting. Tetapi, suami mencadangkan saya untuk bekerja agar saya tidak bosan. Hal ini tidak berani saya kupaskan kerana masih belum saya hadapi. Wallahu a’lam.  Inilah saya. Cinta saya kepada suami adalah kerana Allah.

Jika kami berselisih pendapat sekalipun, salah seorang akan beralah. Bagi saya, Jika tak boleh nak buat sekalipun, niatkanlah bahawa kita lakukan perkara tersebut untuknya adalah kerana Allah. Pasti semua yang berat jadi mudah. Inilah cinta seorang pelaut. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman. Aamiiin..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Pencarian satu ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim…

Hausnya… Lalu diteguk air menghilangkan dahaga.. Laparnya.. Lalu disuap pelbagai makanan bagi melayan sang perut yang sedang berdendang… Alhamdulillah, sepanjang kehidupan di atas dunia ini, belum pernah merasakan kebuluran… Jika itu yang mahu dibandingkan dari sudut “nafsu makan”… Tapi masih ada lagi yang kurang… Namun, apakah yang kurang itu.. Mahu dicari satu ruang untuk mencari apakah kekurangan itu… Jika mahu bersendirian di tepi tasik, takut nanti diserang ular, “hantu”, manusia yang berniat “jahat”, malahan cengkerik hinggap di kepala pun sudah tak tentu arah.. Jika mahu ke pantai, ohh.. sungguh jauh sekali… Tidak mungkin memandu seorang diri, melihat ombak dan merenung masa depan.. kononnya.. Seolah tidak tahu apa yang ingin dicapai…

Bila direnung nasib saudara kita di Palestin, Gaza, Bosnia dan seumpama dengannya, mereka dalam keadaan darurat. Mereka diserang… Keluarga mereka cedera, ada yang syahid, rumah mereka sudah hancur, makanan mereka terhad, perubatan mereka semakin berkurangan.. Namun, jika kita tawarkan kepada mereka, adakah mereka mahu datang ke Malaysia (negara yang dianggap “aman” dan “damai” ini), pasti mereka akan tolak tawaran tersebut bulat-bulat. Ya, jika kita ditempat mereka, pasti kita mahu lari dari “kehancuran” tersebut. Namun, mereka memilih untuk terus berjuang walaupun hanya batu sebagai senjata, syahid itu cita-cita mereka. Semuanya kerana apa? Kerana mereka yakin akan janji Allah. Itulah fitrah kita…. Kembali kepada Tuhan, Pencipta kita.. Cipta mata untuk melihat, otak untuk berfikir, mulut untuk berkata-kata… Itulah yang kita nampak. Jika dibicarakan pula dari sudut sains, Allah mencipta saraf untuk menghantar impulse (maklumat) kepada otak, diproses, dan kita melakukan tindak balas. Allah mencipta nucleus yang mempunyai pelbagai maklumat untuk perjalanan sistem sel, dan banyak lagi… Tidak terkata.. Jika mahu disenaraikan semua sekali nikmat Allah tersebut, pasti kita akan buntu dan hanya satu barisan noktah yang panjang kita taipkan, kerana tidak tahu mahu mulakan dari mana dan berhenti di mana. Subhanallah… Sungguh banyak nikmat Allah buat kita. Itu baru mengenai manusia, belum lagi alam ghaib, alam semesta dan yang lain-lain.. Tidak tercapai dek akal dan pemikiran kita yang sangat terbatas ini.

Semasa menjejakkan kaki ke matrikulasi, hati ini meronta untuk dinikahi. Alhamdulillah, sudah Allah makbulkan. Setelah berkahwin, hari yang amat ku nanti adalah kepulangan suami tercinta yang bekerja selama enam bulan lamanya di lautan. Mungkin kepulangannya itu, akan memberikan ketenangan buat diriku. Ya, memang tenang bersama suami tercinta. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi cuti suami selama 8 bulan kerana dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di daratan. Walaupun hanya berjumpa seminggu sekali, itu sudah cukup menggembirakan. Apabila suami cuti semester, rasa ingin keluar bercuti dengan suami. Mahu ke pantai, ke jeram, ke shopping complex, ke taman-taman… Mahu melegakan tekanan kononnya. Ya, itu semua suami layankan. Alhamdulillah syukur ya Allah… Tapi itu bukanlah satu rasa yang diidamkan…

Masih lagi mencari, apakah rasa itu.. Apakah rasa itu ya Allah…. Astaghfirullahal azim…. Terlalu banyak air mata ini keluar menangisi suami yang tiada disisi!! Sehinggakan sedikit benar air mata ini keluar untuk menangisi dosa yang dilakukan oleh diri!! Astaghfirullahal azim… Baru sedar rupanya sudah lama tidak ke surau…. Dulu sebelum berkahwin, “Ya Allah, hamba sudah bersedia.. Satukanlah hamba dengan si dia yang telah Kau tuliskan buatku di Lauh Mahfuz. Hamba mahu menjaga hati…” Ya, Dia berikan saya seorang suami.. Alhamdulillah.. tetapi dalam tak sedar sebenarnya Allah sedang menguji… Sama ada SUAMI atau ILMU AGAMA… Adakah perasaan CINTA kepada suami boleh mengaburi rasa CINTA kepada Illahi.. Allahu Akbar…. Apabila menjejakkan kaki ke surau, diri ini malu ya Allah…. Malu…. Bukan malu kepada manusia. Memang prinsipku agar mengabaikan kata-kata negative manusia. Tetapi hamba malu ya Allah… Malu kepada-Mu.. Allahu Akbar…

Wahai sahabatku sekalian….
Rasa yang sangat-sangat diperlukan itu bukanlah terletaknya pada keindahan pantai… Bukanlah terletaknya kepada angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cukuplah sebuah bilik yang kecil, dengan terbentangnya satu sejadah, dengan zikrullah, dengan menangisi dosa, dan pergi mendengar kuliah agama. Wahai sahabatku sekalian… Ya, boleh tenang dengan membaca Al-Quran.. tapi, kita perlu mencari lagi apakah caranya kita ingin berdampingan dengan Allah.. CINTA manusia itu hanya sementara wahai sahabat.. Walaupun cinta itu kepada suami… (Akan saya kongsikan dalam pengisian “Cinta kerana Allah”). 

Alhamdulillah, Allah telah memberi kesedaran.. Kini sedang mencari kekuatan dan jalan. Semoga rasa ini Allah kekalkan dalam hati… Sungguh, jiwa yang kering tidak akan menjamin kita ke syurga Allah…


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Sunday, April 27, 2014

Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, dalam tidak sedar, sudah empat tahun saya di UPM. Selepas berkahwin, suami yang menjemput saya (semasa tiada lesen kereta). Sekarang ini, saya memandu sendiri. Dulu, sering juga kami berjalan-jalan di Putrajaya. dekat je dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Dalam 10 min perjalanan.

1. Masjid Putrajaya



2. Masjid Besi

Masjid ni cantik.. Sejuk je... 


3. Taman Perdana

Rasanya ni Taman Perdana.. Da hampir setahun yang lepas. Lupa lak...




4. Taman Botani

Taman ni besar. Boleh berbasikal. Dan cantik.. Ni koleksi gambar termasuk rakan2 yang lain. Masa ni, husband kat laut... ^__^





Kalau nak makan, kami selalu ke Taman Warisan Pertanian. Harga tak la mahal sangat kalau nak bandingkan dengan tempat lain. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik, tapi belum kami jejaki. In shaa Allah, dengan izin Allah, suatu hari nanti.. Wallahu a'lam

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

Saturday, April 26, 2014

Berjaya Hills, Pahang (25 Apr 14)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, baru-baru ini husband sudi membawa saya ke Berjaya Hills. Sebenarnya, kawan-kawan dah lama ajak saya ke sana, tetapi hati saya ini tak senang jika berjalan jauh tanpa suami di sisi. Maaf kawan-kawan, walaupun suami saya jarang melarang, tapi saya tak nak menjadi isteri yang suka mengambil kesempatan. Kadang-kadang dari satu masalah yang kecil itu boleh menjadi punca kepada suatu masalah yang besar. Nauzubillah... 

Husband memandu dari Jasin terus ke UPM untuk menjemput saya, lalu meneruskan perjalanan ke Berjaya Hills, Pahang. Kesian, mesti husband kepenatan. Perjalanan agak mencabar kerana kami perlu mendaki gunung, barulah sampai ke puncak. Punyalah jauh Japanese Garden tu, sehinggakan suhu kereta kami naik mendadak kerana pemanduan yang menggunakan gear rendah untuk mendaki. Saya nasihatkan supaya naik kenderaan awam seperti bas. 


Japanese garden nampak cantik. Hijau dan nyaman. 



Tetami Spa dah tutup.. Mungkin sebab tak mendapat sambutan.. Mahal sangat.. huhu.. Perkara paling best adalah menyewa Kimono.. RM20/person... Boleh tangkap gambar luar dan dalam rumah Jepun ni. Kemudian ada Botanical Garden. Kami masuk sikit je, sebab Botanical Garden ni luas dan banyak tangga. Agak memenatkan.. Kami tak masuk pun Japanese Restaurant. Mahal sangat kat atas gunung tu. Baik makan  kat Shushi King... ^__^




Dari atas gunung, kami turun dan singgah ke The Chateau. Ini merupakan bangunan yang berkonsepkan Perancis. Sangat cantik.. Rasa macam kat luar negara. Walhal dalam Malaysia je... ^_^




Sebelum pulang, kami singgah ke Rabbit Park, tiket berharga RM3/person. Bukan setakat arnab, rusa pun ada. Jinak sangat. Semua berebut nak makan. Arnab tu sangat 'happy'. Suka berkejaran. Mesti datang dekat dengan orang, sebab nak makanan. Comel... ^__^



Alhamdulillah ya Allah.Terima kasih yang tak terhingga buat husband. Walaupun penat, tetap melayan karenah isterinya ini.

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

ICT Shah Alam (10 dec 13)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Percutian kali ni tidaklah dirancang. Pada mulanya, saya ingin membuat medical check up di sebuah klinik di Shah Alam. Mesti pelik kan sebab jauh sangat.. huhu Sebenarnya, Jabatan laut tak banyak panel klinik untuk medical check up. Saya dan suami merancang untuk membuat kad pelaut untuk saya, kerana suami saya dijangka akan naik kapal hujung bulan december. Saya ingin mengikut suami naik kapal. Syaratnya perlu ada kad pelaut. Dan untuk membuat kad pelaut, saya perlu sertakan laporan medical check up. Bila sampai di klinik tersebut, doktor ada urusan lain. Mereka minta saya tunggu pukul 5 petang. Lamanya... *_* Masa tu baru lepas zohor kalau x silap. Tiba-tiba husband memberitahu saya satu berita sedih. katanya dia akan naik kapal pada 14 dec 2013. Saya mula sebak. Air mata tak dapat ditahan lagi.. Terus mengalir laju. Husband rasa bersalah. Dia pun meneruskan ucapannya, "tapi abang da call MiSC, mereka cakap abang dapat tawaran untuk menyambung combine Chief and Master course." Alhamdulillah... Gembira tidak terhingga. Maksudnya husband saya akan berada di darat sepanjang tempoh pengajiannya. Syukur ya Allah... Satu lagi nikmat Allah buat kami. ^__^ Akhirnya kami memutuskan agar membatalkan niat membuat medical check up. Lagipun, kami telah membuat appointment. Boleh pula doktor tu tak ada. Tapi tidak mengapa. Pasti ada hikmahnya. Kami pun pergi ke ICT. Memang da dekat sangat tu. heee

Kami masuk ke Snow Walk... Sangat sejuk... *_* Lupa harga tiketnya. Tapi mungkin dalam lingkungan RM20/person. Ada istana ais, zebra, aktiviti mengelongsong dan macam-macam lagi. Tapi sangat sejuk. Belum habis berjalan sampai hujung, kami da berlari keluar. Lepas tu masuk balik.. Boleh beku... Sejuk sampai ke tulang.. +_+



Selepas solat asar, kami menaiki giant wheel. Ada pelbagai aktiviti, tapi kami x join semua. Ada yang berunsur judi.. Tak bagus. Kena la pandai pilih aktiviti ya, walaupun nak release stress, religion is still number 1. ^_~


Kemudian kami berjalan-jalan di taman lampu. Dekat sahaja.. Sangat cantik... Puas bergambar.. ^__^ Free.. 




Apa yang menarik adalah 3D pictures. Macam-macam gambar ada... Sangat kreatif.. Tiket masuk hanyalah RM10/person. Gambar banyak, dan kami berpuas hati. Alhamdulillah...



Aktiviti malam itu kami akhiri dengan makan malam di Chicken Rice Shop. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti lain, cuma kami tak berminat menyertainya seperti Red Carpet-RM50/person (patung lilin artis/personaliti antarabangsa), games, wayang 5D (boleh rasa gegaran) dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih my hubby... Layankan juga perangai childish isterinya ini.. heee.... Maaf ya sayang... ^_~

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~


Langkawi (4 - 8 sept 2014)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, inilah cuti pertama husband setelah belayar selama 6 bulan di lautan. Kali ini, kami memilih untuk menggunakan pengangkutan udara kerana saya belum pernah menaiki kapal terbang. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sangat seronok... Alhamdulillah.. Semasa ini, kami menyewa rumah di Seri Kembangan. Kami bertolak awal pagi.. Menaiki bas, LRT Transit terus ke KLIA. Di sini terdapat suatu perkara yang sangat mendebarkan... Rupanya penerbangan Air Asia bukanlah di KLIA, tetapi di LCCT. Husband juga tidak menyedari perkara ini, kerana selalunya dia menaiki MAS Air Lines dan bukannya Air Asia. Kami terus bergegas ke LCCT menaiki bas. 



Sampai sahaja di Pulau Langkawi, kami telah diserbu oleh penyewa kereta. Mereka berebut-rebut pelanggan yang ingin menyewa kereta. Pada mulanya, kami tolak bulat-bulat, kerana kami tak suka diserbu. Kemudian, kami berbincang dan membuat keputusan untuk menyewa kereta. RM80/day. Kami sewa 4 hari..  

Seterusnya kami terus check in di Delta Motel selama 4 hari 3 malam sebanyak RM480. Motel ini sangat selesa. Alhamdulillah. Berdekatan dengan pantai, sungguh menenangkan. Sarapan setiap hari disediakan.



Tempat pertama kami menjamu selera adalah Artisan Pizza. kami makan burger bakar.. Sangat sedap.. Rasa macam Burger Abang Burn kat Kajang.. huhu



Aktiviti  pertama kami adalah menaiki kereta kabel. Tiketnya berharga RM18/person. Perjalanan sangat jauh ke atas, sangat tinggi dan kereta kabel ini akan berhenti di dua tempat perhentian. Dari tempat perhentian tersebut, kami boleh bergambar sesuka hati.. huhu.. 






Dari kereta kabel, kami nampak ada air terjun kat bawah. Jadi, selepas turun dari kereta kabel, kami pun mendaki (tapi ada disediakan tangga) untuk menuju ke air terjun tersebut. Sangat banyak anak tangga.. Dah macam naik Tembok China.. Sakit-sakit kaki.. *_* tapi best.. Sebab ada Telaga Tujuh kat atas tu... Cantik.. ^_^ 



Sampai sahaja di Motel, kami pun makan, solat dan berehat kerana kepenatan. Pada waktu petang, kami pergi ke Underwater World. Dekat sahaja dengan motel. Kami jalan kaki. Harga tiket ialah RM28/person. Semuanya lebih kurang macam zoo. Bezanya, ada banyak akuarium besar, ikan yang besar, boleh bagi burung dan haiwan lain makan dan yang paling best sekali adalah, melihat penguin. Sangat comel... ^___^ Ada tapak sulaiman, udang,ikan berkaki pun ada... sampai tak larat nak upload gambar ni.. heee Apa yang pastinya, memang best.. Alhamdulillah..




Pada keesokan harinya, kami mengikuti Mangrove Tour. Sepanjang perjalanan itu, kami melakukan banyak aktiviti seperti, bagi ikan makan, panggil helang, tengok monyet dan masuk gua kelawar.



Kemudian, kami singgah di Galeri Perdana dengan bayaran sebanyak RM5/person. Kebanyakannya adalah koleksi menteri-menteri Malaysia termasuklah hadiah daripada negara luar kepada Malaysia. 

Kami sempat juga membeli ole-ole yang famous di Pulau Langkawi ini iaitu, minyak gamat, minyak angin dan yang paling best ialah coklat.. yummy... ^__^ Sebelum pulang, kami bergambar di Dataran Lang, berdekatan dengan jetty dan kami menaiki feri untuk ke Perlis (dalam RM35+/person) dan seterusnya balik menaiki bas ke Melaka. 


Perbelanjaan di Langkawi ini sangat tinggi kerana banyak aktivitinya menggunakan duit. Bak kata husband saya, ini bukan 'berhabis', tapi 'investment' untuk berbulan madu.. hehe Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih sayang (my hubby).. ^_^ Wallahu a'lam..

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~

Melaka

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah... ini entry yang ketiga mengenai "jalan-jalan".. Disebabkan suami saya orang Melaka, jadi kami tidak menyewa hotel... Masa kami melawat tempat-tempat ini juga tak tentu... cuma ingin berkongsi tempat yang menarik di Melaka.. In shaa Allah... 

1. Menara Taming Sari (21 jan 13)

Waktu ni, husband saja bawa jalan-jalan.. Hari dah malam... Menara taming sari pun dah hampir nak tutup.. Jadi tak banyak gambar.. Boleh tahan... Menara ni berpusing-pusing, jadi kita boleh tengok pemandangan Bandar Melaka dari pelbagai sudut.




2. Taman Seribu Bunga (22 jan 13)

Taman Seribu Bunga ni dah tak perlu bayar. Masuk percuma... Mungkin sebab tiada sambutan... *_* Tapi masih cantik.. ^__^






3. Butterfly and Reptile Park (26 jan 13)

Tiket adalah RM8/person.. Tapi sangat2 berpuas hati... Alhamdulillah... Boleh tengok dan sentuh rama-rama... Colourful and wonderful experience.. Rasa macam nak terbang mengikut rama-rama tersebut.. ^__^

Macam-macam ada... Love bird, burung kakak tua, monyet, ikan besar, burung unta, burung merak, ikan besar dan pelbagai lagi.. Sangat berbaloi... ^__^





4. Muzium Lebah Sedunia (26 jan 13)

Muzium lebah ni free je,, bersebelahan dengan Butterfly and Reptile Park. Best.. Dapat rasa macam-macam jenis madu... Madu apple hijau, madu manis, madu masam.... eerr... da lupa nama madu tu.. Pelbagai rasa dan pelbagai fungsi... Ada yang boleh diminum, ada yang boleh disapu... Masha Allah... Sungguh indah ciptaan Allah... Allah ada berfirman tentang kelebihan madu ni dalam surah An-Nahl kalau tak salah... 




5. Masjid Selat (30 Nov 13)

Hari ini adalah hari lahir saya. Alhamdulillah, ketika ini sudah berusia 22 tahun... Permintaan saya kepada husband adalah untuk solat di Masjid Selat. Alhamdulillah, hajat tercapai... Sangat tenang.. ^_^ 



Tempat-tempat yang lain akan di update kemudian.. In shaa Allah, banyak lagi tempat yang nak pergi kat Melaka ni.. Jangan lupa, kepada mereka yang suka bershopping, boleh singgah di Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan (saling berhadapan).

Alhamdulillah ya Allah... Terima kasih sayang (my husband).. ^___^

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~