Monday, December 21, 2015

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah bersalin, rasa pengalaman mengandung itu tersangat indah. Masih teringat gerakan si comel dalam perut. Menenangkan.. Kali ini sekadar mahu merekod pengalaman mengandung anak pertama ini sebagai rujukan dan boleh dibuat penambahbaikan bagi anak yang seterusnya.. hihi.. In shaa Allah..

Sepanjang tempoh kehamilan, segala perkara direkod dalam Diari Hamil mengikut minggu. Diari ini seperti buku pink klinik tetapi direkod dalam tulisan dan pengalaman yang dilalui sendiri. Sepanjang masa mengandung ini juga, saya mewajibkan diri saya khatam Al-Quran. Alhamdulillah Berjaya khatam semasa mengandung minggu ke 27 (6 bulan). Saya juga ada menyimpan aplikasi perkembangan baby di dalam handphone untuk mengikuti perkembangan bayi setiap minggu. Aplikasi tersebut dikenali sebagai “Pregnancy Week by Week”. Setiap kali selesai solat, saya akan berdoa  perkara yang positif tentang bayi, “Ya Allah, jadikanlah bayi dalam kandungan ku ini sihat dan sempurna sifatnya. Cantikkanlah akhlaknya. Tenangkanlah setiap mata yang memandangnya. Jadikanlah dia golongan yang menjaga solat. Jika dia lelaki, jadikanlah dia sebijak Rasulullah, setampan Yusuf dan seberani Umar. Jika dia wanita, jadikanlah dia sebijak Aisyah, secantik Zulaikha, sekuat dan sesuci Maryam.”

Pengalaman di trimester pertama (bulan pertama hingga ketiga).

Empat minggu yang pertama, masih belum terasa sebarang alahan. Suami juga baru sebulan bercuti, jadi saya lebih tertumpu untuk menghabiskan masa dengan beraktiviti bersama suami. Sempat ber’skytrex’ di Shah Alam yang merupakan aktiviti yang agak lasak di atas pokok. Sangat tinggi dan terpaksa merempuh pelbagai halangan. Kemudian, kami ke Pulau Perhentian dan menghabiskan masa ber’snockling’ selama dua hari berturut dan menaiki bot laju yang meredah ombak yang agak besar dan menakutkan bagi saya yang takut air ni.. *_* Kemudian sempat juga ke Universal Studio Singapore dan merasai semua jenis permainan termasuklah roller coaster. Huhuhu Bertawakal pada Allah, sebab sudah beli tiket yang agak mahal. Rugi kalau tak naik. Waktu ni sudah start rasa mual, pening kepala dan cepat penat. Seterusnya ke Farm in the city di Seri Kembangan yang berdekatan dengan rumah. Tempat ni seperti mini zoo. Agak menarik kerana banyak juga haiwan yang unik dalam mini zoo ini. Semasa di sana, rasa tak larat nak jalan dan sesak nafas. Jalan sikit dah kena rehat. T_T Akhir sekali ke Tasik Putrajaya Cruise. Aktiviti ni tak berat pun. Cuma duduk dalam feri yang besar, tetapi hanya ada enam orang penumpang sahaja dan kami boleh duduk di luar feri bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan alam dengan bahagianya tanpa kesesakan orang yang agak merimaskan… hehehe… Walaupun sudah mula loya dan mual, saya masih aktif beraktiviti untuk manfaatkan masa cuti suami sepenuhnya memandangkan kami bersama hanya untuk dua bulan.

Pada bulan kedua hingga kelima, saya diserang rasa loya dan muntah. Di trimester pertama ini juga, dua masalah kesihatan telah dikesan iaitu Gestational Diabetes Mellitus (Kencing manis semasa mengandung) dan Protenuria (Protein dalam kencing) yang membuatkan saya terpaksa dirujuk ke hospital bahagian O+G dan Pakar Nephrologi. Dua masalah ini menyebabkan setiap minggu saya perlu ke klinik/hospital, mendapat tagging ‘kuning’-hanya dipantau oleh staff nurse sehingga bersalin dan berakhir dengan bersalin secara induce (paksa) di minggu ke 37. T_T Semua ini ditanggung sendirian kerana suami sudah bekerja di lautan yang luas bagi mencari rezeki. Segala apa yang dilalui hanya Allah yang tahu dan Allah sahaja yang memberi kekuatan luar biasa kepada saya untuk melalui setiap detik tersebut.

Pengalaman di trimester kedua (bulan keempat hingga keenam).

Dalam trimester ini, saya mengalami alahan yang teruk dengan vitamin zinforic. Setiap pagi, 5-15 minit selepas makan vitamin tersebut, mesti saya akan muntah. Kemudian doktor menukarkan zinforic  kepada tiga vitamin iaitu folic acid, vit B complex dan iron. Masalah muntah dapat diatasi. Alhamdulillah. Saya juga telah membuat pemeriksaan gigi dalam trimester ini. Semasa di bulan puasa, saya terpaksa meninggalkan puasa selama lima hari kerana perlu minum air glucose, pemeriksaan BSP (perlu makan dan ambil darah 4 kali dalam masa satu hari), baby tidak aktif dan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Pada minggu ke 15, saya mula merasakan gerak baby semasa tengah duduk. Minggu ke 18, saya dapat merasakan gerakan memusing baby serta merasakan seolah degupan atau detakan (tak pasti samaada degupan jantung atau baby tersedu). Semasa bulan puasa, berat saya turun mendadak dan sama seperti sebelum pregnant. Mungkin kerana alahan dan menyebabkan selera makan semakin berkurangan. Saya juga terpaksa berpindah dari rumah lama (tingkat 4) ke rumah dalam kawasan UPM (tingkat satu). Terpaksa angkut barang yang ringan sikit2 bersama dengan ibu. Masa ni, rasa nak menangis sebab suami tiada. Badan sakit-sakit dan sangat memenatkan. Barang yang besar dan berat pula perlu upah lori dan tenaga kerja. Saya juga tak boleh memandu melebihi satu jam kerana sudah mula sakit pinggang, sakit tulang belakang dan bahagian perut. Bahaya memandu sendirian ke tempat yang jauh. Jadi, saya mula menangguh semester dan tinggal bersama ibu sehingga bersalin.

Pengalaman di trimester ketiga (bulan ketujuh hingga kesembilan).

Inilah trimester yang sangat dinantikan kerana suami akan pulang bercuti. Yayyy.. Masa ni adalah masa mengandung yang sangat indah kerana ada suami untuk memandu dan boleh jalan2 walaupun penat. Tiba-tiba rasa sihat dan mood untuk bercuti datang lagi. Pada trimester ini, saya ke Cameron highland, Gambang Resort, Berjalan ke Kuantan dan Cherating, serta Port Dickson (Upside Down House dan Ostrict Farm). Di trimester ini,saya mengamalkan zikir hamil sehinggalah ke waktu bersalin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

1 comment:

  1. alhamdulillah.. lasak dan kuat.. moga saya boleh contohi juga.

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/3-langkah-lahirkan-anak-bijak.html

    ReplyDelete