Tuesday, May 28, 2013

Cara mengatasi rindu kepada suami...

Bismillahirrahmanirrahim…

Ditinggalkan selama enam bulan kerana suami mencari nafkah di laut…. Begitu perit rasanya… Namun, sampai bila harus melayani keperitan itu? Lalu saya terfikir, bukankah Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya sesuai dengan kesanggupannya? Sekarang ini Allah mengujiku dengan berjauhan daripada suami. Maka, saya harus gagahi juga… Bukan saya sahaja merupakan isteri seorang pelaut. Ramai lagi di luar sana. Sampaikan saya terfikir, bagaimana mereka mencari ‘kekuatan’ tersebut. Baru 4 bulan perkahwinan, sudah terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Sangat sedih…. Sangat kesepian… Namun ada beberapa perkara yang saya lakukan agar dapat merawat keperitan ini.

Allahu Rabbi…. Allah sahaja yang boleh memberikan ketenangan itu… Maka saya mengadukan rindu ini kepada Allah… Doakan yang terbaik buat suami. Jika terlalu rindu, saya sedekahkan yassin buat suami… Semoga suami juga diberikan kekuatan oleh Allah.. Setiap hari saya baca Al-Quran yang dihadiahkan suami agar dia juga turut mendapat ganjarannya… Kerana sayangnya saya kepada suami kerana Allah…

Terkadang kuat rasa rindu terhadapnya. Hal ini sangat-sangat dirasakan bila saya bersendirian, dan juga pada hari-hari tertentu wanita (hanya wanita faham hari-hari sensitive mereka. Buat lelaki boleh belajar daripada isteri tentang hari-hari tertentu itu kerana setiap wanita lain harinya). Kita perlu mengetahui punca kita sensitive, jadi kita boleh mencari solusinya.. Dan cubalah sibukkan diri dengan aktiviti luar.

Bila rindukan suami, maka terhasillah madah-madah dan bait-bait kata yang menggambarkan kesepian dan semangat buat diri sendiri. Saya senaraikan planning yang akan dilaksanakan apabila suami balik nanti. Nampak lebih teratur. Maka lahirnya perkara-perkara yang unik dan kreatif untuk menyampaikan rasa cinta kepada suami…

Benar kata orang… Apabila berjauhan dengan suami, rasa rindu itu akan meneguhkan lagi rasa cinta kerana kita boleh menilai layanan kita terhadap suami sebelum ini. Jika ada yang kurang, kita boleh perbaiki. In shaa Allah.

Satu pesanan saya buat suami dan isteri, belajarlah dan amalkanlah memohon ampun sesama sendiri setiap hari sama ada sesudah solat ataupun sebelum tidur. Bincanglah apa masalah kita terhadap pasangan kita. Cari waktu yang sesuai. Kita seharusnya berterus terang dan tidak menyimpan perasaan yang tidak enak itu. Hal ini kerana, lelaki kadang kala tidak perasan dengan perasaan sentitif wanita. Maka kita perlu saling peka kerana sudut pandang seorang lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Sebab itulah Allah ciptakan wanita dan lelaki itu berpasangan dan saling melengkapi…

Sangat-sangat rindukan saat menjadi makmum solat berimamkan suami, merindui  saat mengaji Al-Quran bersama, merindui saat bersalaman memohon ampun kepada suami, merindui saat bergurau senda dengan suami… Wahai suamiku, semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah… Wallahu a’lam


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

10 comments:

  1. salam sis saya pun berjauhan dengan my husband ..dah dekat setahun.. tapi saya jmpe sebulan sekali.. saya paham perasaan ni sedih sangat lebih2 lagi cabaran membesarkan anak seorang diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Lega bila ada kawan yang satu 'bahtera' a.k.a 'senasib' ni... heee.. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua terutamanya pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan demi mencari rezeki.. aamiiin.. ^_^

      Delete
  2. salam...sy juge isteri seorg pelaut...bkn mudah hidup berjauhan...Tuhan je yg taw sukarnye menjalani hari2 tanpa suami di sisi...tp suami selalu pesan, sabar....dy pergi cari rezeki...jlnkan tanggungjwb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... Alhamdulillah,,, terima kasih titot.. ^_~

      Delete
  3. Yang sabar mbk...suami saya juga kerja di pelayaran setiap 6bln sekali plg dan libur cuma 2 bln brkt lgi...ud 7th saya di tinggal2..kdg klo rindu melanda rasanya sakit..tapi kdg mikir 6 bln cuma sebentar..suami mencari nafkah sampai ke negri org ya buat kita...buat klrga..tpi alhamdulillah saya di karuniai anak yg lucu..yg selalu menghibur aku...yang sabr aja mbak..kita doakan suami kita aja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih Yanti Sagita... ^_~

      Delete
  4. Assamualaikum sis, menangis saya membaca coretan sis...saya sangat memahami situasi sis, apabila suami berjauhan berbulan2 dan rakan di sekeliling yang sentiasa di temani suami membuatkan hati ini cemburu...saat paling mengoncang jiwa apabila ibu sakit dan saya di tahun akhir pengajian, hendak mengadu sepenuhnya kepada suami saya tidak sampai hati kerana tidak mahu dia tertekan tetapi hakikatnya saya amatlah tertekan....benar kepada Allah kita mengadu dan insyallah ketenangan menunggu...kini saya dalam proses penyesuaian diri, cuba menghabiskan pengajian dengan segera supaya dapat menjaga ibu....saya harus kuat supaya ibu lebih kuat dan suami juga lebih kuat dalam mengharungi ujian Allah ini...Alhamdulilah saya terpilih untuk mengharungi ujian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yami Zha. Alhamdulillah, dengan coretan ini juga saya menyedari bahawa, ramai juga yang merasai apa yang saya lalui. Komen kalian secara tidak langsung menyuntik semangat saya. Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan supportive comment.. ^_^ Semoga kita semua mencapai kebahagian yang kekal di syurga Allah... Kebahagian di dunia hanya sementara.. Wallahu a'lam

      Delete
  5. Salam sis,
    Hmm sy pin brp dlm situasi yg sama..dh 2thn bjauhan dgn suami kerana suami seorang guru di pedalaman 3.sy dan ank xdpt ikut kerana tiada rumah utk disewa.suami tinggal bersama rakan2 guru lain disana.
    Mmg sukar hidup bjauhan.tmbahn bila ank masih kecil.waktu mngadung dr awl kebanyakkannya perlu bdikari.ke klinik sendiri.ke hosp sendiri..skrg kalau ank dmm panas mlm2 kena ke hosp sendiri.hrp suami cpt dpt pindah...sedih bila baca status org dilaman sosial yg br bbrp hr suami keluar outstation sudah rindu..bila kita ckp kita lg lama tahan rindu kata mereka xsama rindu kita sbb kita dh biasa..cuba lalui dlu apa yg kita rsa.jgn mudah bcakap..

    ReplyDelete
  6. Saya juga tengah berjauhan dgn suami skrg ini. Sbb suami bertugas sbg pegawai maritim. D kala saya tgah mengandung 5 bulan . Peritnya Allah sj yg tahu. Terima kasih atas tips. Sebak btl baca

    ReplyDelete