Thursday, July 7, 2011

BIRU VS HIJAU

Bismillahirrahmanirrahim
BIRU VS HIJAU
Mana satu yang betul?? Yang biru atau yang hijau? Sejak diri ini mula menuntut ilmu di kampus, hati ini semakin melonjak-lonjak ingin mengetahui masalah sebenar yang dihadapi bumi Malaysia dikala ini. Sampaikan aku mengambil jalan untuk menjadi neutral. Namun, aku sedar bahawa aku perlu memilih satu sahaja.
Biru (warna keamanan) manakala hijau (warna ketenangan), kedua-duanya membawa maksud yang amat harmoni. Tetapi, apa pula yang sedang berlaku adalah sebaliknya. Mereka saling menyalahkan, saling menuding jari, saling menghina, mengutuk, mengkeji, memfitnah. Walaupun sama bangsa, walaupun sama agama. Sedang mereka sibuk berlawan kata, ada pula pihak yang mengambil kesempatan. Merah (warna kepanasan) mula membara dan menyebarkan haba secara diam antara mereka. Sedang merah itu cuba masuk didalam salah satunya dan menguasai mereka bagaikan menguasai boneka.
Hati ini pedih. Walaupun satu agama, satu keluarga…. Malah ada yang bertikam lidah hanya kerana warna. Mereka dikuasai dengan semangat warna. Kita semua di dalam satu Negara, tetapi apabila memohon pekerjaan, mereka harus dipilih berdasarkan warna? Di kampus, pelajar dilarang berpolitik. Tetapi apa yang jelas, mereka hanya melarang pelajar menyebelahi pembangkang. Bukannya melarang pelajar menyertai politik. Sedang unsur politik itu dibawa masuk secara senyap, mempengaruhi minda pelajar yang segar.
Sungguh aku kecewa, apabila tiba musim membuang undi, sesama keluarga sendiri boleh bermasam muka. Hanya kerana perbezaan warna. Kemana hilangnya ukhuwah?? Apa peri pentingnya bertikam lidah, hanya bila mengagungkan kelebihan diri? Langsung tidak pernah menerima kekurangan. Segala usaha setiap pihak pasti dipertikaikan walaupun membawa kebaikan. Hanya tahu mencari salah. Seterusnya mengkeji lagi, menghina lagi, mengutuk lagi.; HENTIKANNNNNNNNNNN WAHAI UMAT MUHAMMAD!!!!!!!!! Yang kalian sembah hanyalah Allah!!!!! Iman kalian kepada Allah dan Rasul. Mengapa kalian sering bergaduh, bertengkar, hanya kerana cara kalian berbeza?
BUAT HIJAU
Yang sudah mengetahui, gunakanlah cara berhikmah untuk menegur. Jangan membangga diri.Walaupun matlamat kalian sudah tentu betul, tetapi sejauh mana yakinnya kalian, bahawa Allah meredhai setiap apa yang kalian lakukan? Gunakanlah cara yang baik. Jangan mudah melenting. Pejuang Allah di Malaysia ini hanya diuji dengan iman dan nafsu. Sebab itu kita tidak memerlukan senjata.Lihatlah contohnya Rasulullah menggunakan kesempatan ketidakadilan Perjanjian Hudaibiyah dengan baik. Manfaatnya dapat kepada Islam. Jangan dipandang usaha yang besar sahaja. Kita harus bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik. Bukannya membalas kejian dengan kejian. Sebagaimana kaum yahudi memberi salam laknat kepada Rasulullah, apabila Aisyah mendengar lalu dibalas Aisyah, “laknat ke atasmu juga”,lalu Rasulullah menegur Aisyah. Rasulullah berkata bahawa baginda sudah menjawab salam yahudi itu dengan ucapan “Waalaikum”, “dan kepadamu juga”.. Betapa murninya sikap Rasulullah.
Pernahkah kalian terfikir bahawa kalian memperjuangkan agama Allah, namun sikap yang kalian tonjolkan bukan akhlak yang dibawa Rasulullah. Barangkali kalian merasakan bahwa Rasulullah senang dan senyum melihat kalian bertungkus-lumus membawa panji-panji  Islam, namun sebaliknya Rasulullah sedih melihat akhlakmu. Apa yang kalian mahukan? Hanya laungan bahawa kalian dalam jalan yang betul, tetapi cara pembawakan kalian itu sendiri yang tidak tepat. Maka kalian harus sedar itu. Kalian harus menilai kelemahan. Bukannya hanya melaungkan kelebihan. Berdiri atas kaki sendiri dengan nama Allah dan buka mata kalian. Buatlah sesuatu untuk mencapai redhanya Allah dan bukannya sekadar memperoleh kemenangan dunia.
BUAT BIRU
Kalian juga janganlah ego. Walaupun kalian mempunyai suara majority, tidak semestinya kalian itu benar. Mengapa bukan agama Allah yang kalian jadikan asas dalam pembentukan negara. Ya, untuk mencapai perpaduan maka kalian adil pada semua agama. Adil itu tidak salah, tetapi mengapa kalian tidak menegakkan undang-undang agama Allah? Kalian juga mengaji dan membawa tafsir Al-Quran. Kalian juga tahu hadith. Kalian tidak pernah meninggalkan solat. Tetapi, pernahkah kalian terfikir bahawa agama lain sedang senang apabila agama Allah itu tidak menjadi pilihan. Bukankan hokum Allah itu adalah hukuman yang paling adil di atas dunia ini?
Kalian sanggup menghina para ulama’. Kalian mempersoalkan ayat Al-Quran yang telah mereka bacakan. Kalian keraskan hati kalian. Maka bila sekali kalian berpaling, maka Allah akan memalingkan hati kalian sepenuhnya. Tidakkah pernah kalian terfikir? Kalian sebenarnya hanya adil sesama kalian. Bukan pada yang lain. Apabila temuduga kerja, mengapa pilihan parti menjadi kriteria utama? Maka sudah jelas kalian itu tidak adil.Kalian menghina parti yang membawa agama Allah. Kalian dengan bangga menghina mereka yang seagama dengan kalian.

Sedarlah semua, kalian hanya membuang tenaga kalian untuk lahir dan tinggal di atas bumi Allah ini. Kembalilah kepada pencipta. Astaghfirullahalazim,,,,,, bawa-bawalah beristighfar…. Begitu banyak sebenarnya khilaf yang kita sendiri tidak ketahui. Sedangkan orang kafir meneliti Al-Quran, mempercayai kalamullah,,,, inikan pula kita yang memang dilahirkan dalam nikmat Islam. Islam kerana keturunankah kita? Iman tak boleh diwarisi. Wallahualam bissowab
~~Dari insan kerdil yang hina

Friday, May 6, 2011

Himpunan ayat Al-Quran dan hadis mengenai perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim,,,

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19.Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Ada di antara ayat-ayat di atas yang boleh disertakan di dalam isi kandungan kad jemputan perkahwinan. Ia boleh dipilih mengikut kesesuaian citarasa anda.

~~ Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W~~~

Friday, April 15, 2011

Rintihan seorang dai'e

Jika aku berada di awan,
Angin sepoi melembutkan hati kesepian,
Kicau burung turut menenangkan,
Bergetar hati melihat keagungan Tuhan,

Huh,
Malangnya itu hanya impian,
Aku berdiri disaksikan bulan,
Aku bergerak berpaksikan cinta Tuhan,
Mengeluh aku bila kesakitan,
Mula terkenang nabi membawa perjuangan,
Darah menitis tidak dihiraukan,
Walau nyawa menjadi taruhan,
Namun jangan agamaku engkau permainkan,

Aduh,
Jangan engkau mengeluh wahai dai’e ku,
Kenapa perlu bibirmu membisu,
Jangan dibiar tubuhmu kaku,
Melihat agamamu, saudaramu diperlaku,
Biar harus kau beribu batu,
Namun jangan sesekali alasan mendahulu,
Ingatlah yang pasti itu janji RabbMu,
Setiap penjuru di setiap waktu,

Ini kita?

Dikala mulut ini tidak lagi mampu berbicara,
Hanya titisan air mata bukti segalanya,
Aku takut dengan setiap yang diaturNya,
Adakah aku mampu terima atau merintih sahaja?

Dibibir aku tekad aku mampu,
Bila datang dugaan aku sudah terpaku,
Mula mencari jalan untuk dituju,
Atau diam, pasrah tanpa usaha didahulu….

Tiada yang faham wahai manusia,
Bisik hatimu hanya milik Dia,
Apa manfaat kau berpaling daripadaNya,
Adakah kerana ego atau kau tidak berguna?

Islam bukan untuk dipilih dan memilih,
Jangan jadi hamba yang hanya tahu bersedih,
Mahu perhatianNya, tapi kau enggan bertasbih,
Bukan sekadar mahu digelar anak yg soleh…

Wednesday, March 16, 2011

MENGAPA JAMAAH ISLAMIYYAH?

Bismillahirrahmanirrahim,,,

JAMAAH ISLAMIYYAH

LAKARAN MINDA
            Bayangkan, ooohhh indahnya, jika kita berada didalam satu saff bersama-sama Rasulullah s.a.w, sudah pasti semangat jihad itu sangat kuat. Bayangkan, kita mengangkat panji-panji Islam ditengah-tengah medan perjuangan. Bayangkan, ketika kita menoleh, kita terlihat wajah Rasulullah s.a.w tersenyum ke arah kita dan berkata, “Aiyuhasshabab!!!!!!!!!!!!!!”. Bayangkan, ketika saat kita dikelar dengan pisau, kita tidak mampu menangis, tetapi kita tersenyum. Dan kita berkata, “Syukur, Alhamdulillah ya Allah,,, akhirnya hamba syahid dalam memperjuangkan ad-deenul islam”. Bayangkan, jika kita bersama-sama Rasulullah s.a.w.
            
            Malangnya kini, kita berada dalam zaman yang lain. Malangnya kita sahabat-sahabat, kita sekarang di zaman pemerintahan Dato’ Najib, bukan zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. Kita sekarang di zaman kereta mewah, bukan zaman menunggang unta. Kita di akhir zaman. Jauhnya Rasulullah s.a.w menunggu kita di syurga. Uzurnya bumi menunggu masa untuk meluahkan isi perutnya.Kita begitu mudah bergelumang dengan dosa. Sukarnya membuat yang ma’aruf dan meninggalkan perkara yang mungkar. Diri ini tidak kuat…

HANYA ORANG BIASA

            Kalian hanya menjalani hidup sebagai seorang khalifah biasa? Ayuh, bangkitlah sahabat-sahabat. Hidup kita ini hanya sementara. Maka gunakanlah sebaik-baiknya. Manfaatkan hidup kalian buat islam. Carilah bekalan sebanyaknya agar dapat ke syurga Allah. Tanggungjawab yang diberikan haruslah dilaksanakan. Jangan biarkan hidup kita ini kosong. Tanggungjawab kita dalam mempertahan dan memperjuangkan agama.“Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa tanggungjawab)?” Al-Qiyamah:36
           
            “Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Al-Anfal:53 Jika kita hanya duduk goyang kaki dan mengharapkan orang lain, maka kita sebenarnya membiarkan islam itu tidak terbela. Dan itu sebenarnya lebih teruk dan buruk padahnya. Jika kita tahu, tetapi tidak kita laksanakan, maka itu sangatlah dibenci Allah. “(Itu) sangatlah dibenci Allah sekiranya kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” As-saff : 3

AHLI JAMAAH
            
             Akhirnya sampailah sahutan berperang buat kita. Berperang bukanlah bermakna kita harus mengangkat senjata sahaja. Bagaimana kiranya diri kita ini diundang dan dijemput masuk dalam memperjuangkan islam. Adakah kita akan lari? Bersungut? Mengelak? “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung.”Al-Maidah : 35. Sedangkan Allah telah berfirman, supaya kita ini mencari wasilah agar jarak kita dengan Khaliq tidak jauh berenggang.Maka apabila sudah diberi peluang, adakah kita takut dan mengatakan bahawa kita tidak layak untuk memperjuangkan islam ini? Sesempurna manakah kita ini baru kita akan menyahut seruan jihad? Bukanlah paksaan dalam menyertai sekumpulan mereka yang berjuang iaitu yang digelar jamaah islamiyyah. Tetapi, adakah kita ini tidak mampu berkorban sedikit pun hanya kerana kita mementingkan diri. Mementingkan duniawi.

             “Ketika mana diri diwaqaf untuk perjuangan islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan, maka teruskan langkah itu.Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan mehnah dan tribulasi melanda, maka yakinlah dengan apa yang kita lakukan maka kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah derita umat terdahulu. Penat kita hari ini untuk generasi akan datang. Perjuangan harus diteruskan.Beramal kerana Allah.” Sahutlah cabaran itu, ganjarannya adalah syurga. Wahai sahabat-sahabat. Yakinlah, Allah telah memilihmu. Bukan semuanya beruntung seperti kalian.

            Wahai sahabat, ya, terkadang hati sedikit gentar, sedikit curiga adakah ini jalan yang benar? Dengarlah dan rujuklah ayat Allah.“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”As-Saff:4 Allah mengatakan bahawa Allah mencinta mereka yang berada dalam satu barisan yang teratur. Kerana kita perlukan kekuatan sahabat-sahabat. Perkara ini bukanlah permainan. Lebih mudah kiranya kita bergerak di dalam kumpulan iaitu jamaah islamiyyah.

            Apakah pula buktinya Allah memberi seruan jihad??“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dah berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” As-Saff: 10-11 Allah telah membeli jiwa-jiwa mereka yang berjuang di jalan islam. Kita memasukkan roh islam dalam berjuang. Yang terbaik bagi kita itu adalah berjihad. Adakah berada dalam jamaah itu dikira jihad? Berada dalam jamaah untuk belajar islam, melakukan yang maaruf dan melarang yang mungkar, itu sebenarnya adalah jihad. Seperti Allah berfirman, “Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Al-Imran : 104

             Setelah jelas fikrah (pemahaman) maka hati ini sering pula berbisik. Mula rasa sukar dan leceh. Terkadang hati rasa takut. Mengapa perlu takut jika kalian hanyalah menegakkan yang haq dan batil?? Sedangkan mereka di luar sana bangga melakukan maksiat. Mengapa harus junub? Kita harus berani. Yakinlah, jika kita mahu menjadi mujahid dan mujahidah, para amilin, maka janganlah kalian gentar melainkan kepada Allah.Sesungguhnya islam itu tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan islam.

MASALAH JAMAAH

             Kita kadang-kadang gentar dengan mereka yang akan menyerang kita. Mereka itulah musuh. Setiap perjuangan, pasti ada penentangan. Allah pasti akan menguji kita. Maka hendaklah kita bersikap keras dengan musuh-musuh kita. Seperti firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum.Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui”Al-Maidah; 54 Kita yang membawa islam harus tahan semasa difitnah. Kerana kita sentiasa akan diuji. Mereka tidak akan senang jika islam diperjuangkan. Sedangkan, mereka itulah yang jahil.
Kunci perjuangan itu adalah kesabaran.“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung.” Al-Anfal:45 Allah juga telah berfirman, “Maka jika diantara kamu ada seratus orang yang sabar,niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika diantara kamu ada seribu orang yang (sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar”Al-Anfal : 66 Makanya mengapa kita harus takut?Allah sentiasa bersama kita. Wahai sahabat-sahabat. Kita sudah matang. Maka keputusan kita haruslah di atas pertimbangan kita sendiri agar kita tidak menyesal. Ikutlah al-Quran dan As-Saunnah, nescaya kalian tidak akan sesat.

             Ketika diri kalian sudah berbai’ah, maka ingatlah firman Allah ini, “Bahawa orang-orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka barang siapa melanggar janji, maka sesungguhnya mereka melanggar atas (janji) mereka sendiri, dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar.”Al-Fath : 48 Ingatlah, ini adalah pengikat semangat kita. Yakinlah dengan janji Allah. Janji setia kita terus kepada Allah. Begitu mulianya kita dalam memperjuangkan islam.

             Sekiranya sudah berada di dalam jamaah, maka berlapang dadalah. Setiap pejuang itu ada tingkahnya masing-masing. Tetapi dalam berukhuwah dan berjihad, makanya kita tidak boleh berselisih. Kerana itu akan melemahkan kita. Buanglah ego itu jauh-jauh. Jika kalian yang dulu itu ego, maka ciptalah diri kalian yang baru tanpa adanya rasa ego. “Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”Al-Anfal:46 Sudah menjadi sunnatullah pelbagai ujian yang kita terima. “Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, diantaranya ada orang-orang yang soleh, dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)” Al-A’raf : 168 Allah menguji kita untuk melihat keimanan kita. Jika kita orang yang beriman, maka bertambah beratlah ujian itu. Jika kita memilih jalan yang baik, maka lagi hebat ujian Allah itu. Kerana Allah nak melihat sejauh mana keimanan kita. Adakah kita mengaku kita beriman sedangkan kita masih belum di uji?Oleh itu, terimalah dan sabarlah sekiranya kita diuji. “dan, janganlah kamu (berasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman…”Al-Imran : 139

              Sahabatku, jika kalian menumbangkan pemerintah yang tidak mengikut syariat islam, maka tugas kalianlah dalam membela nasib umat-umat islam yang lain. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertaqwalah kepada Allah jika kamu orang-orang yang beriman.”Al-Maidah : 57 Tugas ini amatlah berat, tetapi taklifan ini akan menjadi mudah sekiranya kalian bergerak secara berjamaah. Beramallah secara jam’ie, kerana berjuang seorang diri ibarat sebatang lidi yang mudah dipatahkan. Tetapi bergerak dalam jamaah akan membuatkan kita lebih kuat dan sukar dipatahkan.

             Wahai sahabat yang sudah berada dalam jamaah. Kuatkanlah hati kalian. Thabatlah dalam perjuangan. Janganlah kalian sesekali berniat untuk futur. Kalian akan rugi. Hidup ini hanya sementara. Maka, manfaatkanlah segala apa yang kita ada buat islam. Jika tiada harta, maka korbankanlah diri dalam membuat kerja-kerja islam. Semoga Allah merahmati kalian.

WALLAHUA’LAM BISSOWAB

HASBUNALLAH WA NI’MAL WAKIL
   Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allahlah sebaik-baik pelindung
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Tuesday, February 8, 2011

Teka-teki imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?



Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?



Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?



Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

>>> share dari seorang sahabat.... best nie,,,,, :-)

muhasabah bersaman!!

Monday, February 7, 2011

AIR

AIR

            Jika diberi pilihan, aku mahu menjadi air. Air adalah molekul berulang H₂O yang sangat lembut dan menenangkan. Setitis air mengandungi jutaan atom dan molekul yang saling berpegangan dalam air. Alhamdulillah, dengan sifat air yang lembut itu, air sangat memenuhi fitrah kita sebagai seorang manusia yang dapat meneguknya serta menghilangkan dahaga. Nikmatnya tidak terkira.

            Sifat air sangat menarik. Takat bekunya apabila berada dibawah 0°C dan tahap mendidih pada suhu 100°C. Dari sifat itu, turunlah salji yang kemudiannya menghasilkan putaran musim yang indah seterusnya menstabilkan suhu dibumi ini. Dari sifat didihnya pula, kita dapat membunuh kuman dan bakteria. Air yang meruap pula menghasilkan kabus, awan dan seterusnya hujan. Maka lengkaplah satu kitaran air.Dalam kenderaan, air juga digunakan sebagai bahan penyejuk. Tanpa air, kenderaan yang besar juga tidak mampu bergerak.

            Lebih 75% daripada badan kita adalah air dan lebih 75% bumi ini juga adalah air. Subhanallah,,,, Indahnya ciptaan Allah itu. “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman?” Kejadian manusia juga bermula daripada setitis air mani. “Dan sungguh, Kami menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk lain)” Al-Mu’minun ; 12-14

             Walaupun air nampak lemah, tetapi banyak kekuatannya. Air boleh menjana sumber elektrik. Air yang dicincang tidak akan putus. Air yang dikepung akan mencari jalan keluar. Sekiranya gagal, air tersebut akan cuba melembutkan struktur tebing itu dan cuba untu melepasinya. Sekiranya gagal lagi, air yang berkumpul itu akan menjadi wap dan akhirnya bebas ke udara. Setitis air yang menitik berterusan juga boleh melekukkan seketul batu yang keras. Air yang menitis dari kelopak mata pula boleh melembutkan hati yang keras. Ingatlah, barangsiapa yang menangis kerana bertaubat, menangis kerana takutkan Allah, maka air mata itu akan memadamkan api neraka buatnya.

            Air mempunyai satu matlamat. Mengalirnya dari hulu ke hilir. Tidak pernah songsang. Bertemu di satu tempat. Bergabung kekuatan. Menjadi medium baru untuk hidupan lain, iaitu hidupan laut. “Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Ar-Rahman:19-21

            Marah itu adalah api yang boleh membakar diri. Kerana itulah syaitan mudah menguasai diri. Siramilah kemarahan itu dengan air kesabaran. Mudah-mudahan api kemarahan itu segera terpadam. Bersifat lembutlah kita sepertimana air, tetapi bila sampai masanya nanti kita harus bersifat keras dan tegas. Tegaslah kita dalam memperjuangkan agama Allah yang satu ini. Bertegaslah kita terhadap musuh-musuh Islam. “Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.”Al-Maidah; 54

             Bersyukurlah kita dengan air yang tiada rasa ini, tetapi memberi manfaat yang sangat besar terhadap diri kita. “Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah kami yang menurunkannya? Sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?” Al-Waqiah: 68-70

Rujukan:
• Al-Quran Mukarim
• Al-Islam, Februari 2011

Saturday, December 11, 2010

ISLAM WASATIYYAH ganti ISLAM HADARI?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah  lagi Maha Mengasihani
ISLAM HADARI.
Islam Hadari ialah teori yang dibawa oleh mantan perdana menteri yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Teori ini sebenarnya  telah diterbitkan Tengku Abdul Rahman dalam nama lain. Prinsip Islam Hadari bertujuan untuk memenuhi kehendak syariat (maqasid syariah).Antara sepuluh prinsipnya termasuklah:
1.     Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
2.     Kerajaan adil dan amanah.
3.     Rakyat berjiwa merdeka.
4.     Penguasaan ilmu pengetahuan.
5.     Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6.     Kehidupan berkualiti.
7.     Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8.     Keutuhan budaya dan moral.
9.     Pemeliharaan alam semulajadi.
10.   Kekuatan pertahanan.
Saya bukanlah memandang perkara ini salah, tetapi dari suara rata-rata rakyat, ada yang kurang bersetuju.Hal ini membuatkan banyak golongan yang terkeliru terutamanya golongan bukan islam. Mereka tertanya-tanya, adakah islam ini boleh dibahagi-bahagikan dan apakah bezanya  Islam Hadari dengan islam sebelum ini. Adakah ini mazhab baru bagi orang Islam?
Setelah membuat sedikit kajian bersumberkan buku berjudul Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang,  kini saya semakin jelas mengapa Islam Hadari tidak diterima dari sudut politiknya.Gagasan Islam Hadari sebenarnya bersistem politik yang sekular dan tiada asas sejarah politik Islam yang mantap, makanya mereka berdepan dengan masalah teori dan seterusnya  bermasalah dalam mempraktikkannya.
Gagasan ini cacat dari aspek teori (aqidah) dan praktik (syariat) dalam sistem kapitalisme (berkaitan ideologi politik demokrasi)  atau sosialisme. Perdana Menteri  menafikan bahawa Islam Hadari adalah mazhab atau agama baru, tetapi beliau menterjemahkan Islam Hadari sebagai ‘Islam yang bertamadun’. Kenyataan ini sebenarnya telah mewujudkan jurang di antara penganut  Islam di Malaysia. Ini tidak adil sekiranya mereka yang tidak menyokong Islam Hadari pula dilabelkan sebagai ‘tidak bertamadun’.
Ibn Khaldun juga ada membawa satu teori yang dikenali sebagai teori Ta’awun.Teori tersebut mengenai dua golongan masyarakat dalam sesuatu tamadun.Golongan pertama ialah masyarakat Badwi (belum maju) dan golongan kedua ialah masyarakat Hadari(sudah maju).Konsep Islam Hadari mungkin bertujuan mewujudkan suasana Islam yang maju. Pemimpin haruslah bijak memilih mana satu yang lebih awla (utama). Mengapa kita tidak membangun bersama-sama kerana itu akan menjadikan Islam lebih kuat. Mengapa  Islam di Malaysia harus dipisahkan??Perlaksanaan dan pentadbiran Negara Islam tidak perlu dipecah-pecahkan kerana Islam itu sendiri memang bersifat syumul (menyeluruh). Mengapa perlu dirumitkan Islam itu?
Suka saya ingin katakan di sini, kebanyakan prinsip Islam Hadari tidak dapat dicapai. Bercakap tanpa bukti  yang sahih itu hanya mempermainkan diri sendiri, makanya saya sertakan sedikit penjelasan supaya  anda sendiri boleh menilainya. Sedarkah anda index hak politik Malaysia sebenarnya  berada di tahap ke-4 (tertinggi 1 dan terendah 7) berbanding Thailand (2), Filipina (2), dan Indonesia (3) dan begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Rakyat Malaysia tidak diberi hak  kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.Maka, prinsip 2 dan 3 iaitu kerajaan adil dan amanah, serta  rakyat berjiwa merdeka tidak dapat dicapai. Hal ini telah menyebabkan  Malaysia berada dikedudukan yang kedua terburuk  (di kedudukan 81 daripada 82 buah negara dengan index demokrasi sebanyak 5.98). Kecacatan demokrasi Malaysia diukur  dari perspektif hak politik dan kebebasan awam.
 Islam Hadari sememangnya berbeza dengan prinsip Membangun Bersama Islam yang di bawa oleh  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang lebih bersifat  syumul dan tidak lari dari syariat Islam. Banyak lagi yang perlu dibincangkan mengenai kecacatan dan kelemahan Islam Hadari, namun saya hanya mampu memberi  sedikit contoh. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini adalah kebenaran mengenai Islam Hadari. Jika kita lihat, Islam Hadari ibarat satu hembusan angin yang dulunya semua orang mengagung-agungkannya  tetapi sekarang hanya tinggal kenangan dan  juga yang kedengaran hanyalah  suara-suara kecil sahaja.




 ISLAM WASATIYYAH
Islam sederhana  diperkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Konsep ini semakin popular sehingga diperkenalkan dengan istilah Arab iaitu Wasatiyyah yang bertepatan dengan konsep 1- Malaysia.
Al-Quran juga menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan atau sederhana (Ummatan Wasatan).Allah berfirman:
‘Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, ( pemindahan kiblat)  itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah.Dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu….’
Al-Baqarah:143
*umat pertengahan: umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik dunia mahupun akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.
Sarjana mendefinasikan umat pertengahan sebagai:
1.     Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya.
2.     Umat yang adil dan tetap dalam keadilannya.
3.     Umat yang diperhatikan orang lain sebagai contoh kerana keunikannya.
4.     Umat yang mengamalkan sikap sederhana dari setiap segi.
Mereka menyalah tafsir mengenai ayat tersebut sehinggakan mahu bersederhana  dalam menjana pendapatan dan hiburan sehingga mencadangkan dirancakkan penubuhan  hab hiburan maksiat bagi memperhebatkan perkembangan ekonomi negara dan pernah tidak lama dulu disyorkan pertaruhan (judi) bola sepak dalam Negara.Adakah ini namanya bersederhana? Sehinggakan isteri pemimpin juga berani menjadi peneraju Islamic Festival Fashion (IFF)  di pentas antarabangsa yang kononnya didakwa busana  islamik walhal pakaian tersebut tidak menutup aurat dan terdapat nama Nabi Muhammad di bahagian dada salah seorang peragawati pakaian tersebut. Dimanakah hilangnya maruah mereka sebagai umat islam?  Mereka hanya menjatuhkan maruah Islam. Adakah ini yang dikatakan bersederhana?
Pelik,,,, kerana yang salah inilah yang disokong oleh ramai orang.Kenapa? Kerana NAFSU!!        
‘Dan ketahuilah bahawa ditengah-tengah kamu ada Rasulullah.Kalau dia menuruti  (kemauan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan….’Al-Hujurat:7
*kemauan itulah NAFSU.Ingatlah, bahawa nafsu adalah salah satu antara 5 musuh orang Islam.
Mereka haruslah membuka mata hati bukannya setakat membuka mata kepala.Kenapa harus diambil Islam itu secara juzuk (sebahagian)? Tidak cukup cantikkah Islam itu? Tidak cukup sempurnakah Islam itu? Tidak cukupkah lagi teladan Rasulullah itu? Hebat sangatkah anda yang hanya mempunyai 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki? Bagaimana jika esok Allah tarik semua nikmat itu dan semuanya menjadi satu?Islam  hanya dengan keturunan sahajakah anda? Bangkitlah!!!….
Mengapa Islam itu tidak diambil secara penuh? Adakah kerana tidak sempat membaca Al-Quran sehingga habis atau tidak perasan dengan firman Allah yang lain?
                ‘….Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)        Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat, mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah   terhadap apa yang kamu kerjakan.’Al-Baqarah:85
Maka terbuktilah  3 generasi yang dibawa oleh Ibn Khaldun iaitu generasi pertama; mereka yang  mempunyai semangat juang yang tinggi, semangat assabiyah, bersemangat dalam membela negara.Generasi  pertengahan: mereka yang  menimba ilmu, memajukan masyarakat dan negara. Dan generasi sekarang adalah generasi yang semakin tidak bertamadun. Penuh dengan gejala sosial, tiada semangat juang, tidak menyanyangi diri sendiri kerana mereka tertipu dengan kemewahan dunia. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
‘Menggenggam agama kini diibaratkan menggenggam bara api.’Riwayat Tirmizi. Dan dikuatkan lagi, maka benarlah di akhir zaman ini, umat islam umpama  buih-buih di lautan.Mereka tersangatlah ramai, tetapi langsung tidak bermanfaat bagi islam.
Ini bukanlah kutukan semata-mata dan menyalahkan kerajaan, namun ini adalah apa yang saya dan masyarakat lain rasakan. Pelajar terutamanya selalu dikecam hebat apabila terlibat dengan politik. Namun, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk menghasut, tetapi untuk menyedarkan sesetengah orang yang masih lena tertidur. Saya tidak mahu rakyat Malaysia akan melatah dan tersentak dari tidur apabila negara ini sewenang-wenangnya dirampas oleh orang yang tidak sepatutnya.Bangkitlah,,,,,,
Wallahualam bissowab~
SUMBER:
1.     Tafsir  Al-Quran Mukarim.
2.     Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
3.     Wan Abd Rahman Wan Abd Latif, Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang.
4.     22-25 November 2010, f11, Surat Khabar Harakah.
5.     http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_Hadhari
*Sumber kajian adalah terhad, sebarang kekurangan atau kesalahan amat dikesali dan saya memerlukan teguran.Syukran jazilan~
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

KISAH 2 MUSUH KITA

Jika kita rasa kita PANDAI, igtlah ada yg lagi PANDAI dari kita,
Jika kita rasa kita HEBAT, igtlah ada yg lagi HEBAT dari kita,
Jika kita rasa kita KUAT, igtlah ada yg lagi KUAT dari kita,
Jika kita rasa kita SEMPURNA , igtlah ada yg lagi SEMPURNA dari kita,
           Ingatlah sahabat, perasaan itu sering menipu kita,,, Sering mengaburi kita,,,, Perasaan yang dikuasai nafsu dan syaitan.Sahabat, marilah kita muhasabah diri kita,,, Kita adalah sebaik-baik ciptaan... Walaupun diciptakan dari tanah, tetapi Allah tetap menyuruh malaikat (daripada cahaya) dan syaitan (daripada api) bersujud kepada kita... Kita ada akal, ada nafsu,,, Kenapa kita tidak tundukkan segala milik Allah ini kpd Khaliq (Pencipta) kita. Ingatlah,, setiap jam malaikat maut merenung ke wajah kita. Menantikan perintah Allah untuk menarik semula nyawa (harta) Allah yang kita PINJAM ini..
Ini saya kongsikan 2 kisah musuh kita. Berhati-hatilah dan lawanlah ia.Itu juga dikira berjihad wahai sahabat.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)


Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........
Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!".
Sahabat2, mudah2an cerita ini memberi kesan di dalam hati kita. Semoga sahabat2 mendapat perlindungan Allah~
Kongsikan dgn org tersayang~
Wallahualam bissowab~