Thursday, February 5, 2015

Experiences onboard Puteri Mutiara Satu. 5 feb 2015

Bismillahirrahmanirrahim… Lama juga tak dapat nak update cerita kapal ni… Sebabnya, angin kat luar sangat kuat (*force 7=ombak lebih kurang 7 meter. Jadi, kapal akan bergoyang-goyang. Pening kepala nak menaip… Berjalan pun tak seimbang… Kapal ni rasa bergegar je… *_* Hari ni baru keluar dari port Negishi, Japan. Macam biasa, saya hanya jadi pemerhati dan tukang sibuk aje… Nasib la kapten ni baik.. huhuhu…  3 orang pilot Japan membantu kapal keluar dari port kerana mereka lebih arif dengan situasi atau kedalaman laluan yang sesuai untuk kapal yang besar ni (panjang; 276m, lebar; 43.4m dan tinggi; 64.5m).. Alhamdulillah, dapat juga melihat salji walaupun halus… Salji tersebut jatuh dan terus mencair.. Tak dapat nak sentuh…. Hihihi…. Suhu di Jepun lebih kurang 9˚C. Bila bernafas dan bercakap, wap sentiasa keluar dari mulut. Betapa sejuknya waktu tu… Sampai sejuk menangkap ke tulang dan otak.. +_+

Rasanya hari ni nak berkongsi pengalaman beberapa hari sebelum masuk port ni. Maklumlah tertunda kerana kapal ni bergoyang dan susah nak menaip. Sebelum ni, semasa di laluan Luzon, Alhamdulillah saya sempat melihat dolphin yang melompat keluar dari laut.. Alhamdulillah… Dolphin liar ini berwarna hitam.. Melompat keluar dan menghempaskan badannya ke dalam laut. Mereka bergerak secara berkumpulan. Tapi tidak sempat nak tangkap gambar kerana dolphin tersebut berenang berlawanan dengan arah kapal. Mereka semakin menjauh dari kapal yang berkelajuan hampir 28 knots (1 knots = 1.8km/h; 1 mile=2.5km).

Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai aktiviti harian yang wajib bagi kapal ini. Huhuhu… Seorang officer akan ditugaskan untuk mengira waktu solat menggunakan satu formula. Setiap hari, waktu solat akan berubah kerana waktu terbitnya matahari (siang) dan tenggelamnya matahari (malam) sudah tak sama panjang seperti mana di Malaysia. Contohnya, waktu solat pada 2 feb 2015 (di perairan Luzon) adalah; zohor pada 12.11 pm: asar pada 3.15 pm: maghrib pada 5.42 pm: isya’ pada 6.50 pm dan subuh pada 5.16 am. Waktu solat ini akan ditampal dibeberapa check point info waktu solat. Kedudukan kapal sentiasa berubah, jadi kiblat juga akan berubah. Selalunya mereka yang ingin tahu arah kiblat kapal akan menghubungi pegawai yang berkawal di bridge. Mereka menjadikan bearing 280 (279.9) sebagai rujukan arah kiblat. Perkara yang menarik bagi saya adalah mereka menjadikan jarum jam sebagai rujukan yang mudah, contohnya;  Forward (kepala kapal) adalah pukul 12, Starboard (bahagian kanan kapal) adalah pukul 3, Aft (belakang kapal) adalah pukul 6 dan Port (bahagian kiri kapal) adalah pukul 9. Jadi, apabila mereka bertanya mengenai arah kiblat, pegawai yang bertugas hanya perlu melihat pada bearing 280 dan hanya memberitahu arah jam sebagai arah kiblat. Sangat menarik bagi saya.. ^__^

Radar... Bebola tersebut adalah tetikus... 


Dalam kapal ni ada pelbagai jenis alat, tiga jenis radar yang canggih, barograph (to measure atmospheric pressure), chronometer (to measure barograph), autotel, public address system (to make announcement), deck talk back, vsat (satellite phone), VHF radio tel, GPS dan banyak lagi. Setiap jam 12 tengahari, kapal akan membunyikan hon (whistle). Ada dua jenis hon. Alhamdulillah, my hubby memberikan saya peluang untuk membunyikan hon. Sangat teruja… ^_^… Hon yang pertama tak berapa kuat. Hon yang kedua, saya perlu membunyikannya selama dua saat. Baru sahaja sekali tekan, saya terus terkejut. Rasanya tak sampai dua saat pun… Huhuhu…. Bunyi hon tu sangat kuat, dan saya terasa gegarannya…. Jantung boleh gugur,,…. *_* Sangat terkejut… First time dengar dan tekan hon kapal… Hihihi…

Perkara yang paling best sekali adalah makan, makan dan makan… Alhamdulillah chief cook ni sangat-sangat pandai masak. Antara juadah yang dihidangkan termasuklah laksa sarawak (guna bihun, rasa macam kari sikit), umai (isi ikan tenggiri yang mentah di campur perahan limau dan bawang-sangat sedap), daging salai blackpepper, nasi lemak first class, western food (setiap ahad), asparagus goreng dan banyak lagi… sangat sedap hingga menjilat jari… Kekenyangan… Dan baru sedar, lapar itu juga suatu nikmat. Bila perut kenyang, tak bagus untuk kesihatan. *_*
Ahad makan western food. Waktu luch, hubby tengah kerja, jadi makan di bridge sahaja sambil nikmati keindahan alam.. ^_^


Perkara yang tak best pula adalah apabila kapal dilanda angin kencang. Kapal bergoyang-goyang. Kepala asyik pening sahaja. Saya ada juga duduk di bridge dan perhatikan bahagian depan kapal. Apabila dilanda angin kencang, kapal dibahagian depan boleh terangkat, turun, terangkat dan berulang lagi selama beberapa hari… T_T Mungkin itulah punca mabuk laut bagi sesiapa yang tidak biasa. Saya juga memerhati air laut yang dibelah oleh kapal besar ini. Percikan air yang terkena cahaya matahari menghasilkan warna pelangi. MashaAllah…. Saya dapat lihat pelangi berulang kali…. Banyak kali… Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Tiada nikmat-Mu wahai Allah, yang kami dustakan.. Semuanya cukup sempurna. Alhamdulillah.. ^__^

Kapal yang dilanda angin kencang

Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan buat entry kali ini… Kapal ini mempunyai banyak jenis bendera yang membawa maksud tertentu. Saya pun kurang arif mengenainya. Jadi, saya sertakan beberapa contoh gambar susunan bendera apabila kapal sedang belayar ke sesuatu pelabuhan.

Bendera untuk masuk port Negishi, Japan


Sekian sahaja entry buat kali ini… Alhamdulillah..


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

3 comments:

  1. gambar itu ialah RADAR...rudder kt bawah kapal.....n chronometer ialah jam...chronometer n barograph 2 fungsi berbeza

    ReplyDelete
  2. gambar itu ialah RADAR...rudder kt bawah kapal.....n chronometer ialah jam...chronometer n barograph 2 fungsi berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shahier Samian. Maklumlah, bila pelajar science naik kapal... hihihi... Lagipun hanya 2 minggu sahaja atas kapal. X boleh expert... ^__^

      Delete