Bismillahirrahmanirrahim… Lama juga tak dapat nak update
cerita kapal ni… Sebabnya, angin kat luar sangat kuat (*force 7=ombak lebih
kurang 7 meter. Jadi, kapal akan bergoyang-goyang. Pening kepala nak menaip…
Berjalan pun tak seimbang… Kapal ni rasa bergegar je… *_* Hari ni baru keluar dari
port Negishi, Japan. Macam biasa, saya hanya jadi pemerhati dan tukang sibuk
aje… Nasib la kapten ni baik.. huhuhu… 3
orang pilot Japan membantu kapal keluar dari port kerana mereka lebih arif
dengan situasi atau kedalaman laluan yang sesuai untuk kapal yang besar ni (panjang;
276m, lebar; 43.4m dan tinggi; 64.5m).. Alhamdulillah,
dapat juga melihat salji walaupun halus… Salji tersebut jatuh dan terus
mencair.. Tak dapat nak sentuh…. Hihihi…. Suhu di Jepun lebih kurang 9˚C.
Bila bernafas dan bercakap, wap sentiasa keluar dari mulut. Betapa sejuknya
waktu tu… Sampai sejuk menangkap ke tulang dan otak.. +_+
Rasanya hari ni nak berkongsi pengalaman beberapa hari
sebelum masuk port ni. Maklumlah tertunda kerana kapal ni bergoyang dan susah
nak menaip. Sebelum ni, semasa di laluan Luzon, Alhamdulillah saya sempat
melihat dolphin yang melompat keluar dari laut.. Alhamdulillah… Dolphin liar
ini berwarna hitam.. Melompat keluar dan menghempaskan badannya ke dalam laut. Mereka
bergerak secara berkumpulan. Tapi tidak sempat nak tangkap gambar kerana dolphin
tersebut berenang berlawanan dengan arah kapal. Mereka semakin menjauh dari
kapal yang berkelajuan hampir 28 knots (1 knots = 1.8km/h; 1 mile=2.5km).
Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai aktiviti
harian yang wajib bagi kapal ini. Huhuhu… Seorang officer akan ditugaskan untuk
mengira waktu solat menggunakan satu formula. Setiap hari, waktu solat akan
berubah kerana waktu terbitnya matahari (siang) dan tenggelamnya matahari
(malam) sudah tak sama panjang seperti mana di Malaysia. Contohnya, waktu solat
pada 2 feb 2015 (di perairan Luzon) adalah; zohor pada 12.11 pm: asar pada 3.15
pm: maghrib pada 5.42 pm: isya’ pada 6.50 pm dan subuh pada 5.16 am. Waktu
solat ini akan ditampal dibeberapa check point info waktu solat. Kedudukan
kapal sentiasa berubah, jadi kiblat juga akan berubah. Selalunya mereka yang
ingin tahu arah kiblat kapal akan menghubungi pegawai yang berkawal di bridge.
Mereka menjadikan bearing 280 (279.9) sebagai rujukan arah kiblat. Perkara yang
menarik bagi saya adalah mereka menjadikan jarum jam sebagai rujukan yang
mudah, contohnya; Forward (kepala kapal)
adalah pukul 12, Starboard (bahagian kanan kapal) adalah pukul 3, Aft (belakang
kapal) adalah pukul 6 dan Port (bahagian kiri kapal) adalah pukul 9. Jadi,
apabila mereka bertanya mengenai arah kiblat, pegawai yang bertugas hanya perlu
melihat pada bearing 280 dan hanya memberitahu arah jam sebagai arah kiblat.
Sangat menarik bagi saya.. ^__^
![]() |
Radar... Bebola tersebut adalah tetikus... |
Dalam kapal ni ada pelbagai jenis alat, tiga jenis radar
yang canggih, barograph (to measure atmospheric pressure), chronometer (to measure
barograph), autotel, public address system (to make announcement), deck talk
back, vsat (satellite phone), VHF radio tel, GPS dan banyak lagi. Setiap jam 12
tengahari, kapal akan membunyikan hon (whistle). Ada dua jenis hon.
Alhamdulillah, my hubby memberikan saya peluang untuk membunyikan hon. Sangat
teruja… ^_^… Hon yang pertama tak berapa kuat. Hon yang kedua, saya perlu
membunyikannya selama dua saat. Baru sahaja sekali tekan, saya terus terkejut.
Rasanya tak sampai dua saat pun… Huhuhu…. Bunyi hon tu sangat kuat, dan saya
terasa gegarannya…. Jantung boleh gugur,,…. *_* Sangat terkejut… First time
dengar dan tekan hon kapal… Hihihi…
Perkara yang paling best sekali adalah makan, makan dan
makan… Alhamdulillah chief cook ni sangat-sangat pandai masak. Antara juadah
yang dihidangkan termasuklah laksa sarawak (guna bihun, rasa macam kari sikit),
umai (isi ikan tenggiri yang mentah di campur perahan limau dan bawang-sangat
sedap), daging salai blackpepper, nasi lemak first class, western food (setiap
ahad), asparagus goreng dan banyak lagi… sangat sedap hingga menjilat jari…
Kekenyangan… Dan baru sedar, lapar itu juga suatu nikmat. Bila perut kenyang,
tak bagus untuk kesihatan. *_*
Ahad makan western food. Waktu luch, hubby tengah kerja, jadi makan di bridge sahaja sambil nikmati keindahan alam.. ^_^ |
Perkara yang tak best pula adalah apabila kapal dilanda
angin kencang. Kapal bergoyang-goyang. Kepala asyik pening sahaja. Saya ada
juga duduk di bridge dan perhatikan bahagian depan kapal. Apabila dilanda angin
kencang, kapal dibahagian depan boleh terangkat, turun, terangkat dan berulang
lagi selama beberapa hari… T_T Mungkin itulah punca mabuk laut bagi sesiapa
yang tidak biasa. Saya juga memerhati air laut yang dibelah oleh kapal besar
ini. Percikan air yang terkena cahaya matahari menghasilkan warna pelangi. MashaAllah….
Saya dapat lihat pelangi berulang kali…. Banyak kali… Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah kamu dustakan? Tiada nikmat-Mu wahai Allah, yang kami dustakan..
Semuanya cukup sempurna. Alhamdulillah.. ^__^
Kapal yang dilanda angin kencang |
Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan buat entry kali
ini… Kapal ini mempunyai banyak jenis bendera yang membawa maksud tertentu.
Saya pun kurang arif mengenainya. Jadi, saya sertakan beberapa contoh gambar
susunan bendera apabila kapal sedang belayar ke sesuatu pelabuhan.
Bendera untuk masuk port Negishi, Japan |
Sekian sahaja entry buat kali ini… Alhamdulillah..
~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
gambar itu ialah RADAR...rudder kt bawah kapal.....n chronometer ialah jam...chronometer n barograph 2 fungsi berbeza
ReplyDeletegambar itu ialah RADAR...rudder kt bawah kapal.....n chronometer ialah jam...chronometer n barograph 2 fungsi berbeza
ReplyDeleteTerima kasih Shahier Samian. Maklumlah, bila pelajar science naik kapal... hihihi... Lagipun hanya 2 minggu sahaja atas kapal. X boleh expert... ^__^
Delete