Bismillahirrahmanirrahim…. Syukur
Alhamdulillah, Allah memberikan saya seorang suami yang sangat baik, penyayang,
memahami dan sangat sensitive dengan perilaku isterinya. Sejujurnya, saya dan
suami tidak pernah keluar berdua semasa tempoh perkenalan sebelum berkahwin.
Tetapi selepas berkahwin, dia dapat memahami hampir semua gerak geri saya, riak
muka, nada suara dan semua perangai saya. Sama ada saya terasa dengan
perbuatannya, dan lain-lain lagi. Inilah kisah seorang suami yang sangat-sangat
saya hargai. Tidak pernah terlintas saya mempunyai seorang suami yang sangat
teliti ini. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Mungkin kerana Allah
mengetahui bahawa saya ini seorang yang sangat sensitive, jadi Allah satukan
saya dengan seorang suami yang sangat penyabar dan sering mendampingi saya
walaupun jasadnya tiada di sisi saya. Inilah diri saya. Sebelum berkahwin, saya
sejujurnya memang cepat terusik dan senang menitiskan air mata. Tapi dalam
diam. Apabila sudah berkahwin, semua perubahan sangat cepat dikesan oleh suami
yang sangat penyayang ini… Tidak ada ruang untuk disembunyikan.
Pernah satu ketika, saya berkecil
hati dengan sikapnya. Semasa dalam kereta, saya hanya mendiamkan diri.
Kemudian, air mata pun mengalir laju. Betapa telitinya suami terhadap saya,
kerana dia boleh mengesan saya menangis sedangkan dia sedang memandu kereta.
Mungkin juga dia sedar perkara itu kerana gerak tangan saya menyapu air mata
dan mengesat hidung. *_* Menakjubkan… Tahu apa tindakan suami yang amat saya
cintai itu??? Dia berhentikan kereta di bahu jalan. Segera dia meminta maaf
pada saya, walaupun saya belum mengatakan sebab saya menangis. Wahai suamiku,
senang benar air mata ini jatuh berderai dek kerana halusnya rasa hati ini.
Isterimu ini suka mengeraskan hatinya dalam segala urusan. Kemudian apabila
sendirian, dia menangis. Wahai sayangku, isterimu ini cuba untuk menyembunyikan
air mata ini. Kerana air mata ini jatuh bukanlah keranamu. Tapi kerana masalah
yang wujud di sekeliling. Cuba disembunyikan agar tidak mengganggu dirimu.
Tetapi apakan daya. Air mata ini tidak boleh terhalang dari jatuh apabila di
hadapanmu.. Walaupun di khalayak ramai…. Pernah juga air mata ini jatuh di
kawasan orang ramai…. Maafkan isterimu duhai sayang……. Ia mengalir sendiri…
Tetapi tindakanmu amat bijak… Semua dalam genggamanmu dilepaskan. Jarimu segera
menyelati jari isterimu. Matamu melihat tepat kedalam anak mata isterimu.
Jarimu menyapu lembut air mata ini. Lalu didakap isterimu dalam pelukanmu.
Kerana itulah semua masalah selesai dalam masa yang sekejap. Kerana itulah kita
tidak pernah bergaduh berpanjangan. Hadirnya seorang suami yang sangat bijak
dan berjiwa lembut.
Ayuh kita beralih pula dengan
cerita yang agak nakal… Saya mengadukan masalah saya kepada suami. “Sayang,
laptop ni macam ada current kat bahagian kiri. Takut overflow. Bahaya ni..” Keesokkan harinya, suami datang ke UPM
Serdang dari Melaka untuk rawatan rambut dan juga makan malam Biomedical Club.
Semasa menunggu suami membuat rawatan rambut selama satu jam, saya pun
mengambil kesempatan untuk window shopping. Lalu saya ternampak satu coklat
yang sangat cantik berserta bear. Sangat comel. Saya belikan buat husband
bersama kad. Selepas rawatan rambut selesai, suami terus menerpa ke beg yang
berisi coklat dan kad tersebut.. “Eeehhh…. Apa ni?” Suami saya tersenyum
panjang. “Untuk abang ke?” Soal suamiku…. “Opppssss….. da tak surprise la macam
ni…” jawabku… hehe… Terus dipegangnya beg itu. Tersenyum lebar sahaja dia…
Kemudian dia ajak saya ke satu kedai. Dia beli reben tarik. Saya hanya
memerhati dari jauh. Macam tahu sahaja kenapa.. hehehe… Sampai sahaja di hotel,
suami meminta saya menarik hujung reben tersebut agar menjadi satu gulungan
yang cantik. Saya cuba menahan ketawa. Selesai mandi, suami menunggu dengan beg
laptop ditangannya bersama reben tersebut. Rupa-rupanya dia ingin meletakkan
reben tersebut di beg laptop yang baru dibelinya buat saya. Syukur, Alhamdulillah
sayang…. Hana sangat bersyukur kerana suami hana sangat prihatin. ^__^ hana
suka sangat dengan laptop tu. Alhamdulillah…

Antara cerita nakal yang lain,
saya berkata kepada suami, “Erm, nak beli tudung la… Jom pergi warta..” Suami
kemudiannya akur membawa isteri membeli belah. Sampai sahaja di warta, tudung
yang saya cari tiada. Jadi saya berjalan pula ke kedai lain. Semasa di kedai
jubah, saya ternampak sehelai jubah yang sangat cantik. Warnanya pun lembut. Lalu
saya pun berkata, “Sayang, jubah ni cantik la… Murah ni.. RM50 je…. Kat tempat
lain tak jumpa. Ada bunga-bunga lagi…” Akhirnya saya berjaya menambah koleksi
jubah… hihihi… Semasa berjalan di kedai kasut pula, saya pun berkata lagi, “sayang,
sandal ni dah nipis la. Sakit kaki.. Nak sandal baru boleh..” Suami pun akur
juga.. Tiada sedikit rungutan pun yang keluar dari mulutnya. Keluar sahaja dari
Warta Bangi, saya pun berkata, “Sayang, hana minta maaf.. Kata nak beli tudung.
Tapi beli kasut dan jubah pula…” hihihi…. Suami hana memang terbaik… kata-kata
nak sedapkan hati suami, “sayang beli baju, tudung untuk isteri, hana cover
aurah..abang dapat pahala.. betul tak? Hihihi” Ataupun, “Hana dah menjadi
isteri, imej hana maruah suami. Tak kan nak selekeh kan?” hihihi…. Sabar je la
dapat isteri macam ni…. Tetapi, bukan semua barang tersebut suami bayarkan.
Saya menggunakan duit sendiri. Jangan bebankan suami.. Berbelanja ikut
kemampuan. ^_~
Minggu inilah minggu kritikal.
Dua minggu terakhir kuliah. Kena hantar abstrak proporsal, buat thesis, oral
presentation dan lain-lain lagi… Saya rasa agak stress. Tambahan pula saya
diserang cirit-birit, menstrual pain, sandal putus, sikat tercabut, wet lab x
menjadi dan banyak perkara lagi. Sangat stress. Suami menelefon saya. Saya
lebih banyak mendiamkan diri kerana tidak tahu mahu mula dari mana untuk
berkongsi masalah. Menitis lagilah air mata ini semasa menceritakan semua
masalah tersebut. Keesokkan harinya, suami menghantar mesej kepada saya, “Abang
ada surprise..” Rupanya dia menghantar
gambar tiket bas untuk ke Terminal Bersepadu Selatan daripada Masjid Tanah,
Melaka. Suami saya rupanya sudah sampai untuk berjumpa dengan saya. Sanggup
ponteng kelasnya.. Masya Allah….. Tak tergambar gembiranya rasa dihati. Dia
tidak putus-putus memberikan kata semangat kepada saya. Dialah suami terbaik
buat saya. Saya ingin sekali bersamanya di syurga Allah.
Kepada sesiapa yang membaca entry
saya ini, bukanlah hadiah laptop sebagai objek utama, bukanlah jubah sebagai
bukti cinta, bukanlah kereta sebagai syarat utama, bukanlah harta sebagai
permainan bahagia. Semuanya datang dari hati dan cinta yang ikhlas kerana Allah.
Hadiah terbaik buat isteri atau suami adalah kesetiaan, kepercayaan, mengambil
berat, sensitive dengan pasangan dan banyak lagi. Itulah hadiah terbesar, yang
tidak boleh diukur, tetapi sungguh besar nilainya. Penulisan ini adalah bagi
merakamkan detik terindah bersama pasangan. Jika kesepian atau diuji dengan
masalah, ingatlah semula kebahagiaan dan kenangan manis tersebut. Pasti terubat
duka di hati. In shaa Allah..
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS
JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~