Monday, December 21, 2015

Pengalaman Anak Prolonged Jaundice

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ni TSB (Total Serum Bilirubin) anak kesayangan sudah menurun banyak. Hari ni merupakan hari ke 25 Irdina Safiya melihat dunia. Irdina Safiya adalah anak sulung ummu yang mengajar ummu erti kesabaran menantikan kehadiran anak selama 2 tahun 3 bulan, merasai detik keindahan mengandung, megalami kesakitan melahirkan seorang khalifah dan kini bakal mengajar ummu erti kesabaran mendidik anak. Bukan Irdina sahaja yang perlu belajar mengenal dunia, ummu juga perlu belajar menguruskan anak dan rumah tangga. In shaa Allah…

Semasa tiga hari pertama Irdina lahir ke dunia, barulah ummu perasan rupanya Irdina tak pandai menyusu. T_T Nurse yang melawat ke rumah dah mula risau dan meminta ummu memeriksa TSB Irdina di klinik kesihatan. Muka Irdina memang kuning dan merah. Hari ke 5, pusat Irdina da jatuh. Alhamdulillah. Senang sikit nak uruskan Irdina. Hari ke 6, TSB Irdina naik ke 322 (Sepatutnya kena masuk wad bila TSB lebih 250) dan Irdina terus masuk wad di Hospital Tampin selama 3 hari 2 malam. Ummu sedih sangat sebab ummu tiada pengalaman dan rasa macam salah ummu pula bila Irdina tak menyusu. Walhal masa tu, Irdina tak pandai menyusu dan ummu pun tiada pengalaman. Irdina keluar wad dengan TSB 185. Masa tu ummu masih risau sebab ummu rasa, TSB Irdina turun kerana phototheraphy. Mungkin masa tu Irdina dehydrated sebab muka Irdina jadi merah kehitaman (macam sun burned) dan naik bintik-bintik berair atas kepala Irdina. Kesian Irdina.

6 dec, daddy buat akikah untuk Irdina. Kuning Irdina mula naik semula. Ummu pun risau, takut Irdina terpaksa ke hospital di hari akikah Irdina. Kuning Irdina masih di paras muka. Dua hari selepas majlis akikah, Irdina masuk wad di Hospital Seremban pula kerana TSB Irdina naik ke 320. Umur Irdina dah 15 hari, Jadi Irdina sudah dikategorikan sebagai kuning berpanjangan (prolonged jaundice). Ummu terpaksa tinggalkan Irdina semalaman kerana tiada katil kosong. Keesokan harinya, barulah ummu dapat temankan Irdina. Kali ni pun, Irdina kena duduk bawah lampu selama 3 hari 2 malam dan keluar wad dengan TSB 208. Ummu masih risau lagi.

Kemudian, Irdina kena follow up bacaan TSB dengan klinik kesihatan. Seperti yang dijangkakan, hari ke 21, TSB naik mendadak ke 234. Lagi 16, kena masuk wad. T_T Sedihnya dan ummu mula tak berpuas hati dengan nasihat doctor yang mencadangkan Irdina diberi susu setiap satu jam. Ummu tahu, perkara tersebut agak mustahil kerana Irdina tidak menyusu pun. Irdina hanya merapatkan gusi Irdina dan sambung tidur. Pernah sampai tersedak sebab Irdina tidur, tapi dipaksa menyusu. Ummu dan daddy akhirnya buat keputusan untuk ke klinik swasta. Ada yang mencadangkan klinik yang menawarkan ubat makan bagi menurukan kuning. Tapi ummu tak ambil pilihan tersebut kerana ummu tahu, pasti ada kesan buruk daripada pengambilan ubat tersebut.

Di klinik swasta tersebut, doktor bertanya tentang semua keputusan makmal Irdina semasa di Hospital. Alhamdulillah, thyroid function test, liver function test dan UFEME semuanya negative. Berat badan Irdina pun meningkat dari 2.47kg ke 3.3kg. Jadi, doktor tersebut merumuskan bahawa Irdina cukup susu badan. Kemungkinan Irdina dikategorikan dalam “breast milk jaundice”. Jaundice terbahagi kepada 2 jenis. Breast feeding jaundice dan breast milk jaundice. Breast feeding jaundice selalunya berlaku kepada bayi yang berusia 2 minggu ke bawah kerana kekurangan menyusu. Kemungkinan berlaku disebabkan oleh teknik penyususan yang salah atau bayi pasif dan masih tidak tahu menyusu. Breast milk jaundice adalah jaundice yang disebabkan oleh ketidakserasian susu ibu dalam membawa keluar bilirubin dari darah bayi. Jadi, doktor tersebut mencadangkan ummu memberikan susu formula selama tiga hari berturut. Wallahu a’lam. Tidak pasti sejauh mana kesahihannya kerana Allah menjadikan susu ibu itu sebagai makanan dan penawar segala penyakit buat bayi. Namun, ummu berpuas hati sedikit kerana doktor tersebut masih memberi alternatif lain kepada ummu berbanding menyusu setiap satu jam. *_*

Ummu pun mengikut cadangan doktor tersebut. Alhamdulillah, tiga hari kemudian TSB Irdina turun dari 234 ke 149. Alhamdulillah.. Dengan kuasa Allah.. Gembiranya teramat sangat dan rasa bersemangat. Jadi, ummu nak berkongsi perkara ini dengan orang yang mempunyai masalah sama dengan Irdina di blog ini. In shaa Allah. Semoga kuning dan “sun burned” Irdina cepat sembuh.


~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

6 comments:

  1. Saya pun alami perkara sama. Baby sy premature, sb asyk turun naik,turun naik. Warded 3 hari,mase warded sedih sb terpksa berpisah dgn yg sulung,susu pn drop,dr paksa bg fm,tp sy refuse..discaj sb sb turun,tp lepastu naik balik.cukup 21 hari(sb premature baby), kene refer ke pakar. Alhamdulillah lepas jmpe pakar die kate semua ok,xpyh buat test ape2.syukur sb xsanggup tgk baby kecik kene cucuk amik drh lg 😌😌

    ReplyDelete
  2. Salam..ambil susu formula brand apa ya waktu tu?

    ReplyDelete
  3. Skrg sy sdg mngalami nya sis.. Sy pakai susu formula, sab sy rs susu sy perah x ckup, dtambah dgn stress kuning anak. Bole sy taw susu formula apa yg d rekomen oleh doc?

    ReplyDelete
  4. Saya mengalami masalah sama sekarang. Dah hari ke 26 anak saya jaundis. Anak menyusu badan sepenuhnya. Bercadang nak guna susu formula juga utk sementara. Tapi tak pasti yg mana sesuai. Boleh tau sis guna susu apa yer?

    ReplyDelete
  5. saya pon mengalami masalah yang sama.hari ke 15 anak masih jaundis.anak saya minum susu formula dan susu badan.sekarang saya bagi susu Ducth baby untuk topap susu.esok ank akan di ambil darah dengan air kencing.

    ReplyDelete